Berada di kampung untuk berkumpul detik bergembira sama sekali tidak sama dengan suasana berkumpul ketika majoritinya mengalirkan airmata. Puas memujuk hati untuk merelakan dan redha tapi mulut sahaja yang mampu berkata namun hati tetap terasa hiba.
Kenduri bacaan yasiin dan tahlil kami jalani seperti biasa. Bahkan doa kami anak-anak sentiasa meniti hati dan bibir kami setiap kali selesai solat sebagaimana yang kami titipkan buat arwah mak yang telah pergi lebih 20 tahun dulu. Biasanya bila ada majlis bibik menjadi rujukan kami setelah emak kembali ke rahmatullah. Tapi malam itu kami tiada siapa lagi untuk dijadikan tempat merujuk.
Hari itu kami bergotong-royang memasak mengikut petua yang bapak berikan. Ketika kerja masak-memasak banyakkan berselawat dan bacalah suroh Al-Kauthar - berharap moga makanan yang dihidangkan menepati selera mereka yang datang. Membaca suroh Al-Quraisy ketika menyenduk makanan sebelum dihidang - berharap semoga makanan yang dihidang mencukupi semua jemaah yang hadir dan tidak membazir . Tidak perlu bimbang tidak cukup makanan.
|
Membaca Yaasiin - Berkumpul di masjid sementara menanti ketibaan jenazah dari hospital |
|
Sebelum solat Asar - Adik pun tidak mahu ketinggalan sama |
|
Persediaan awal - Gelas lama dan baru semua keluar sebab ramai penduduk kampung yang datang.
|
|
Persediaan lagi - Semua anak-anak turut kena bekerjasama walau masing-masing dalam berduka |
|
Persiapan asas - Tomato, tempe, kari, santan, kacang panjang, kobis, tauhu, terung, nenas, timun, bawang-bawang, rempah tumis, cili dan segalanya aku beli dulu sebelum aku menjengah pejabat seketika. Ayam dan udang abang yang membeli pula pada waktu pagi esoknya. |
|
Berada di ruang tengah dapur - Sepupu-sepupu dan anak-anak saudara kami yang kehilangan emak dan nenek mereka. Tapi ia juga mak kami adik-beradik sebab telah menjadi isteri bapak juga. Kaum lelaki menjamu selepas bertahlil dan yasiin di ruang tamu. (tidak ada gambar) |
|
Alif - Cucu terkecil allahyarhamah bibik buat masa ini. Tidak mahu makan. |
~~ Walau bibik dan arwah mak telah berada di alam berlainan doa kami tidak pernah putus buat mereka. Moga roh mereka dicucuri rahmat.~~
87 comments:
Yang hidup pasti kembali kepadaNYa.... Bilakah waktu kita ... tidak diketahui.... Al-Fatehah untuk kedua2 Allahyarhamah!
Alfatihah, detik itu pasti, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat
al-fatihah..
alfatihah...moga arwah tenang disana...
bykkan bersabar ye kak...dan doa yg berterusan..kita tahu akak kuat..
Info surah ni saya baru tahu. Thanks akak bt perkongsian ni..
Semoga seluruh keluarga akak tabah menempuhi dugaan ni.. Kita doakan kesejahteraan arwah ye..
al-fatihah.
terima kasih atas perkongsian petua bapak tu ya, Kak Zakie
Al-Fatihah..
al fatihah... moga roh nye di cucuri rahmat >_<
takziah buat akak sekeluarga.
amin..moga roh mereka dicucuri rahmat..
semoga roh arwah emak kakak dan bibik ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin.
p/s.. terima kasih sudi kongsi petua memasak. Boleh saya amalkan baca ayat tu sebab saya selalu risau bila masa untuk tetamu takut tak sedap...
Semoga roh mereka dicucuri rahmatNya dan tenang di Sana...aaminn~
al fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..
baru saya tahu pasal peua masak tu
tgkkan gambar ni, merasai kesedihan akak.. moga akak & family terus tabah.. moga roh arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman..amin..Al Fatihah!
semoga arwah tenang di sana.
al-fatihah...
terasa aura kesuraman...
oo..tq kakak utk surah2 tu...nanti blh diamalkan...
semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman..amin.....
terima kasih kakak kerana berkongsi petua yg bapak bagi tu
moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yg beriman..
Al fatihah Dan takziah buat akak sekeluarga.begitu sayang Dan kasihnya kita pd mereka namun Allah lebih menyayangi mereka, kita yg hidup ni hanya mampu berdoa Dan bersedekah alfatihah Dan bacaan yasin..saat kita dipanggil bekum tahu bila ntah esok lusa kan kakak..
Al Fatihah ~
terima kasih kak untuk info surah -surah tu,.. Akan diamalkan kelak :)
Peritnya membuat persediaan di waktu masih berduka. Saya dah pernah rasa. Tapi x mampu nak nangis walau dalam hati rasa nak meletup sedihnya.
Terima kasih kakZakie sebab kongsi tips bacaan2 surah tu...Boleh diguna kalau buat kenduri lepas ni
alfatihah...moga arwah tenang disana...
bykkan bersabar ye kak...dan redha .. akak kena kuat..
moga mereka mendapat tempat yang terbaik di sana. amin
Al Fatihah utk semua yg dah pergi. Pergilah mereka ke tpt terbaik. Dan redhalah...
InsyaAllah dia pasti gembira di sana
Salam kak..
semoga arwah tenang di sana.. terima kasih kerana berkongsi petua bapak akak kepada kami.. Alhamdulillah.. dpt ilmu bari di sini..
Assalamu'alaikum kakZakie
Semoga roh ibunda digolongkan ke dalam golongan orang-orang yang diredhai Allah SWT. Aamiin
Kak baru selesai dengar dengar ceramah di blog kak tu.
kenangan bersama arwah terpahat dlm ingatan...
nanti nak cuba amalkan surah tersebut...
al-fatihah....
salam takziah dan Al-Fatihah..
Alfatihah sekali lagi
Moga roh mereka dicucuri rahmat
alfatihah...moga mereka sedang aman dan damai menanti kita di pintu syurga....
kuatkan semangat kak yeak
Al-Fatihah... Semoga arwah tenang di sana kak.. InshaAllah..
semoga arwah aman dan tenang disana .. sesekali berkumpul macam nie , memang meriah dan seronok kan akak ..
saya suke macam nie
kalau boleh nak hari2 ..
cuma x berdaya bab masak2 dan berkemas lah ..
tapi time makan dan berborak seronokk !
Al-Fatehah buat yg telah pergi, moga rohnya dicucuri rahmat & aman disana, Amin.
Tiada yg lebih sedih menggambarkan perasaan ketiadaan..tiada yg lebih hiba mengetahui berita pemergian...tiada yg lebih pedih memahami sebuah kehilangan dan tiada yg lebih redha bila mengerti semuanya hanya pinjaman...Al-Fatihah..semoga roh arwah ditempatkan bersama insan2yg diredhai....
al-Fatihah buat arwah yang telah tiada. terima kasih juga atas petua yg bapak akak ajari tu. perkongsian yg baik utk kita semua.
takziah kak...tinggal kite yg bile entah penghujungnya..hidup perlu diteruskan...
Semoga mereka yang pergi berjaya ke syurga semuanya, termasuk kita yang bakal menyusul.
al fatihah untuk aewah bibik kakak...kita juga akan menyusul nanti
Al-Fatihah...semoga rawah tenang disana...sabar banyak2 yer kak
alfatiha jugakk..
Al fatihah....
Al- fatihah..
P/s:
Kak..tksh utk amalan surah petua ayahanda akak tu yaa...:-)
semoga roh mereka di cucuri rahmat kak.. Aminn
alfatihah.. dan takziah buat kakZ sekeluarga
Semoga arwah tenang disana...Al-Fatihah.
Terima kasih kongsi petua.
alhamdulilah..bagi keluarga dkna pula setiap tahun wajib adakan kenduri arwah untuk arwah abah..
dapat jugak eratkan silatulrahim antara sanak saudara..
amin..al-fatihah
takziah kepada keluarga kakzakie
semoga kakzakie sekeluarga tabah dengan kehilangan ini..
semoga roh mereka ditempatkan dikalangan org yang disayangi dan dikasihi Nya...
Al-Fatihah.. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. amin..
al-fatihah
al-fatihah buat arwah...moga d tempatkan dikalangan orang2 yg berimman...kita yg tinggal sentiasalah berdoa untuk mereka yg sudah tiada...semoga kita menjadi harta mereka yg paling berharga yg ditinggalkan d dunia ini...
takziah. al-fatihah.
kak, bab yang bacaan masa masak tu. terima kasih kongsi.
saya baru tahu :)
Alllah ya Allah..memang perit merasa kehilangan, ummi sangat mengerti sebab pernah mengalami kehilangan ayah tercinta. Semoga Kakzakie dan ahli keluarga terus tabah. Al Fatihah..
Al-fatihah, moga roh arwah dicucuri rahmat...
terasa sama kesayuan yg keluarga kakzakie alami
moga roh kedua ibu dicucuri rahmatNya
trima kasih juga berkongsi petua bapak
Semoga roh nenek n ibu akak dicucuri Rahmat. Al-Fatihah...
Alfatihan untuk mereka... semoga ditempatkan di kalangan org2 beriman
podo karo kakak2 ku..
angger masak mesti aku dhi kon mboco koyok kak nulis,
semoga roh2 arwah diletak bersama orang2 yg soleh
al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat.....amin
Sabar ye Kak Zakie.. Kami doakan moga arwah kedua2 bonda akak ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Al-Fatihah.
salam takziah dari lia kak... semoga arwah ditempatkan dikalangan para solihin..amin
al-fatihah.
baru lia faham maksud komen yg akak tinggalkan kat blog...
Al-fatihah.. semoga arwah tenang disana... terase kesunyian bace entry nie... harap akak sekeluarga tabah hadapi ujian dr Allah ya...
Saya pernah merasa sebuah pemergian..sedih yg tak dpt ditahan.
Hanya doa mampu kita sampaikn..tnda kasih berpanjangan..
btl kak..saya skrg dh redha dgn pemergian arwah azim..cuma kadang2 ada khilaf dlm diri.. rasa baru je azim dok dlm perut.. dah 8bulan azim pergi... hanya gambar arwah yg dapat saya tatap..
Setiap kita pasti akan mengalami situasi ini. Tidak sekarang tapi akan datang. Oleh itu kakak kenalah redha.
Terima kasih semuanya: -
hainomOKje, Aju Mohit, Lya Colours, Sharifah nadzarah, Aisy Nasiha, Seri Kandi tanah Jauhar, Saya Disini, Afasz, Nini D, Are_linayu, azi, Maria Menado, Zie Marziah, Maya amir, redza, gadisBunga, inazamri, aanie, Rai Ourkizuna, ariana, Ros-Reeza, Aziela, Daddy Ziyyad, NM03, anitadiana, Juhariah Johari, abah khalisa, Hanis Azla, Werdah (menghayatinya terasa dihati kita kan kak werdah), Qhaifa Nur, Ema Blog, Kesuma Angsana, izan mama mia, lieyalatif, Hazmin (kakak tak boleh masuk blog Hazmin tak tahu kenapa), ieda, sudipVSsenduk, Eye_nee, Riedaffya ibrahim, Cikli, Tihara, wanieys aka IbuQalief, Wak Gelas, Mummy Akmar, Pn Kartini, SuriHanna, Beb, Zaitun, Dkna Abza, Mama Rey, Anim, Suraya baharun, ct rahani, mama ila, SumeSakan, Rapunzeel Cikilolo, ummiross, Mat Gebu, ibuIntan, Daddy Zuki, MyStoryPic, aby, Nur_nba, Mia Kassim, Ismaliana Sulaiman, Rohayu Osman, Ujie dan Adyna.
Terima kasih atas segala komen buat entri kakak ini.
moga roh beliau ditempatkan dgn para solihin...ameeen...
kak zakie...20tahun daa...huhuhuhu...tak dpt nk bayangkan kl mak sy takde,rasa mcm biarlah saya yg pergi dulu....
salam kak..
sayu sangat baca entry ni...
moga rohnya dicucuri rahmat..
salam kak..semoga dua-dua arwah tenang di sana..
al fatihah utk mereka2 yang telah meninggalkan kita! tq atas perkongsian ilmu utk kenduri!
al fatihah, semoga famili kak zakie tabah ye...
Al Fatihah buat arwah..
takziah buat k'zakie skeluarga
takziah dan al Fatihah..
Moga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman, aminnn :D
Al-fatehah kpd yg sudah kembali.
Kita yg hidup prlu teruskn kehidupan. Seronok dpt brkumpul berkenduri disamping mengingati yg tlh tiada.
al fatihah
Al-Fatihah buat mereka.Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.Aamiin Ya Allah.
Takziah buat akak sekeluarga...
Terima kasih juga buat: -
Cikgu Ma, Azian, Lizz@mummy cute, Kasih Salina, elly nadyra, Haryati Faizal, Si Matatajam, QA's -mamapapa, fieda, Myra Jay, Cinta Misteri, Mimie, NovelGurl dan Marya Yusuf.
Terima kasih atas segala doa diberikan.
Al Fatihah buat arwah..moga mereka tenang di sana
Post a Comment