Petang semalam Mak Zah menelefon aku di pejabat mengatakan Mama Leha iaitu kakak aku telah tiba di rumah. Pasti selepas ini bapak akan ke rumah dia pula. Di rumah masing-masing sedang menikmati bubur kacang durian hasil tangan Mak Zah. Selepas bersalam aku terus ke dapur menyediakan persiapan makan malam. Pasti selepas maghrib mereka akan bertolak pulang membawa bapak.
Selepas solat maghrib anak-anak pula datang mahu mengaji. Terpaksa minta Mak Zah dan anak-anak menghidang makan buat tetamu sementara aku mengajar anak-anak mengaji. Habis mengaji mereka sudah habis makan. Minta hubby layankan anak yang terakhir mengaji untuk makan bersama.
Makan bersila - Selepas habis mengaji aku ajak dua anak ini makan bersama apa yang ada kerana sebahagian mereka sudah selesai makan |
Selepas makan sebelum solat Isyak lagi bapak sudah dibawa oleh kakak aku. Menurutnya mungkin pada 6hb Januari dia kena balik ke kampung sebab pada 7hb Januari bapak perlu membayar gaji pekerjanya.
~~ Baru satu malam bapak tidak ada aku sudah mula terasa lain. Terdengar-dengar suara dia berzikir di sofa panjang tempat dia selalu berbaring.~~
62 comments:
Seronok kalau dapat makan bersama keluarga..
Sekarang bapak bergilir la duduk rumah anak2 dia ek...selagi kita mampu dan buat yang terbaik..
Semalam kakcik menonton drama AYAH di Astro Oasis... terkenang kakcik pada Allahyarham bapa yang pergi bersama kerinduannya... :(
rindu ya. kite pon rindu.. mak abah. hehe~
Salam Kak Zakie..
Seronok juga berkumpul dan makan bersama2 ramai2...terasa mesra kan..
hmmm...akak rindukan bapak tuh..takpalah nanti 7bh baliklah semula kan...
gilir2 bapak dok rumah anak ye...semua dpt rasa menjaganya...
menu2 akak tu nampak sedaplah..
psst: harini nampak org tu bertudung merah..betul tak??hehehe
bestnya mkn ramai2 cmtu....
Klau dah ramai2 cmni....makan lauk cmne pun bole jdi sedap kak.....:-)
Best makan ramai-ramai berkumpul keluarga makan bersama.
Saya dah update segmen pokok2u kakak. Blog akak tersenarai. Terima kasih.
aka rindu bapak ek..sabarlah kak nanti akan sampai lg giliran akak jaga bapak
walaupun juadah hidangan simple tapi bile dah berkumpul ramai2 mcm ni meriah rasenye kan kak.....bertambah2 makan sebab seronok makan ramai2.....
lieya terliur hati masak ungkep tuh....
rindunya dengan masakan ungkep...
alahai dapat rasakan kehilangan itu..
baguih adik beradik muafakat berkat ajaran mak ngan ayah jugakan...
Seronok kalau adik beradik sama-sama menjagakan KZ....
Kesian bila fikirkan orang tua yg terpaksa tinggalkan rumah/kampung..
mak makchaq (MIL) pun duduk dengan anak sebab dah tak sihat, tapi dia perkataan nak balik tengok rumah dia sentiasa dibibir setiap kali kita jumpa dia..
memang tearsa lainnya biarpun baru seharj berjauhan kan kak, mak saya dah balik ke rumah kakak, anak2 pun rasa ketiadaan wan nya
seronok tgk bila dapat berkumpul makan camnie..
owhh..jaga bergilir ye.. bagus tu :)
Seronoknya bila mkn ramai2 mcmnie.. makin bertambah2 nasi kat pinggan.. :D
tgk bapak akak teringat pd atuk dana kt kg.... dia bekas imam kg, kalu dgr dia mengaji mmg sedap,rasa rindu lak kt atuk ngn nenek kt kg....
doa dana semoga bapak akak ttp sihat bdn nyer
sentiasa meriah je rumah kakak....seronok...
kazakie berliur pula bila baca sambal tumis lokan dan sayur nangka tu..
seronok makan reramai camtu kan kak.. :)
Banyaknya kakak masak...paling saya suka sayur nangka...mesti sedapkan air tangan kakak untuk bapak dan kakak tersayang..:)
p/s.. pasti bapak akan kembali kerumah kakak...jangan rindu-rindu ye...:)
seronok bila berkumpul ramai2.bukan senang nk kumpulkan semua dalam satu2 masa..
sy pun tengok cerita ayah malam tadi..sedih sangat.ayah meninggal dalam kerinduan terhadap anak2 :'(
pejam celik pejam celik tak lama lagi dapatlah jumpa bapak semula.. kalau rindu Kakzakie boleh pergi rumah kakak ya..
BEstnya dpt bakan beramai2.
Untung pada yg masih punya ayah...huhuhu...
Seronok makan rfamai-ramai... waktu bapaku masih ada, sibuk dia layan cucu-cucunya makan...
syukur bapak akak nak tinggal bersama anak2. Nenek saya langsung takmau, padahal sakit. Risau jadinya..
mesti teringat2 kan kak..:)
memang kalau kita sayangkan mak ayah kita, kita akan sentiasa merindui mereka walau sehari tak bertemu..
Kata orang, apa yang ada dijamu. Tapi rezeki yang disyukuri.
kak zakie ni anak ayah eh...
mama pun rindu pada abah!
Enak eiii hati amsak ungkep kak.
Saya kadang2 pelik dengan segelintir orang yang bergaduh adik beradik untuk tentukan turn siapa jaga ayah/ibu. Kasihan ibu/ayah ditolak sana dan sini. Apalah salahnya berbakti sementara boleh.
anak2 pula ambil bahagian jaga bapak Kakzakie...sekurangnya taklah bapa sunyi dan sedih....
seronok makan ramai2 ni....
tanggungjawab menjaga ayah yg dipikul bersama adik-beradik..
moga terus aman harmoni keluarga kak zakie
paling seronok kalau makan beramai2 lebih2 lagi dengan keluarga...
seronok makan ramai2 macam ni kan kak.. lauk apa pun pasti x kisah..
Dah lama tak makan bersila ramai ramai macam ni ...mmg meriah kan KakZakie....bertambah nasi pun tak sedar! haha
Kerinduan itu akan sentiasa ada. Doa yang terbaik kat mana pun dia berada Allah akan sentiasa merahmati dia.
lama sgt rasanya dah x mkn bersila bersama keluarga.. last sekali pun masa bulan ramadhan kak...
erm ... rindu ayah jugak ....
*pendam je lam hati*
Haishh....kelmarin, ayah dtg sini. Smlm, dah balik BP. Tp rindu menjadi-jadi. Mmm...
bila kita biasa dgn dia... dan bila dia tiada mmg sangat terasakan... ternampak2 ja bayang mereka tu di tempat kesukaan mereka..
takpa nanti sampai turn akak bapak akak kembali lagi :)
Salam.
Amboi seronoknya bila berkumpul ramai2....kacang panjang campoq suuk uuun pon tambah 2-3 kali!
salam kak..nor tak masak lgi ni..sibuk buat tempahan org..nak tumpang mkn boleh...nampak sedap tu..tambah mkn bersila..semlm kami sekeluarga pun mkn bersila..nasi tomato dgn ayam masak merah je..lps tu hari ni mkn lauk semlm nasi putih je..jadilah kan..
salam kak..
bahagianya tgk pic mkn beramai2 ni.. mskan simple2 pun blh tambah berpinggan2..
:)
nanti akak singgah la rumah mama leha tengok bapak akak.
makan ramai2 macam ni best kan? lagi2 ada ungkep. sedap ye~
bila berkumpul mcm ni makan apa pun sedap kak
makan ramai ramai mmg sedap walau hanya makanan yg simple...
makan ramai2 nih best
walaupun kadang2 makan tu cuma ikan goreng dan sambal jer tapi selera tu lain
rasa sedap dan seronok sangat :)
kan sis?
bestnya makan ramai2.
sy pun rindu suasana ni. cadang bulan 1 nak balik kg kalau husband dpt cuti
rindukan bapak ye kak..
eh eh sonoknnyee kak nengok suasana camni..cam raya plak..
Meriahnya makan...seronok berkumpul keluarga camni...rindu plak saat camni sbb bila mak ayah dah takde ni susah sikit nak berkumpul sekeluarga...
seronoknya dpt berkumpul bersama dgn ayah KZ sekali..
bila dah selalu bersama akan terasa kehilangan bila tade depan mata kan.. rinduu.. syukur kak ada abah lagi.. saya tade dah meninggal waktu saya 14 tahun dulu
Tukar angin tinggal bersama anak lain pun bagus juga tidaklah bapak beku di rumah aku saja. Semalam bila di telefon pun kelihatan dia ceria itu yg penting.
Terima kasih semuanya:-
abah khalisa, Nurulhuda, Kakcik Nur, Maria Menado, ummuaidan, Sharifah Nadzarah, Asyifa Mustaffa, Pokok Mangis DR, redza, lieyalatif, Rai Ourkizuna, Cho Zila, hainomOkje, makchaq, Aju Mohit, CMA @ CikMoonAdnan, Ratu hatiku, norhidana miswan, aanie, Mama Rey, Sara, Zie Marziah, Seri Kandi Tanah Jauhar, Fiza Rahman, Amie, Ujie, mama maman, boni kacak, Azieazah, Rapunzeeel Cikilolo, Juhariah Johari, Aziela, Qhaifa Nur, Nini D, Mia Kassim, ct rahani, Daddy Ziyyad, JunAina, Queen Teratal, Chenta, Faraherda.razalah, Syiela, Uncle, Knor, Cmª shlemª, Dhiera, Kesuma Angsana, Fadilah Aziz, Hans, eira eixora, Riedaffya ibrahim, mizz miaizzati, nrina, mama aina dan Bert.
Terima kasih sekali lagi buat semua.
Pusing rumah anak2 lah lepas ni bapak kakzakie. Waktu inilah anak2 mengumpul pahala, alhamdulillah..dan bertuahlah bapak kakzakie dikelilingi anak cucu yg menyayanginya..
makan bersama keluarga adalah waktu yang paling bernilai..jika sesiapa yg tidak pernah atau jarang merasainya, memang dia org yg rugi :)
Bila dh ramai2, mmg kene makan bersila la jawabnya. Tp saat2 mcm ni CiM cuma rasa tìme berbuka puasa
klu boleh akak nak bapak sentiasa disisi akak kan?tp apa boleh buat,bapak pun ada anak lain jugak kan..
sekarang ni bergilir2 jg bapak kan..nanti sampai la giliran akak tu..sabar yer kak...wani pn rindu arwah ayah :-(
Post a Comment