Friday, December 7, 2012

Untuk bapak sudah sampai

Kisah bapak kemalangan motor, terlantar di hospital dua hari dan berada didalam penjagaan di rumah aku melebihi sebulan telah pun berlalu. Kini hampir sebulan juga bapak sudah balik kerumah kampung dengan bibik. Pergerakan bapak ke masjid untuk solat jumaat menjadi masalah jika tanpa motor. Jika solat lima waktu oleh kerana kedudukan surau terlalu hampir dengan rumah bapak boleh berjalan kaki, tetapi masjid agak jauh buat bapak yang telah berusia kalau mahu berjalan kaki.

Untuk bapak - Tidak tergamak pula bila aku balik dua  minggu lepas dia berkata hendak membeli sarapan, pergi ke surau dan jalan-jalan berdekatan terpaksa menaiki basikal. Nasihat supaya solat saja di rumah tidak diendahkan. Mungkin sudah terbiasa dari muda.

JPA 982 - Balik dari kampung itu jugalah kami meronda banyak kedai motor. Cari yang paling kecil, ringan dan mudah untuk start (tekan dibahagian tangan). Bila berjumpa terus booking dengan kedai tersebut. Oleh kerana kami yang menempah pasti nombor ini menjadi pilihan - murah pula booking nombor kali ini. Semalam balik kerja hubby mengambil motor ini.

Buang pembalut - Menarik ada dua tempat duduk. Siapa juga yang mahu naik motor bapak tidak boleh lebih dari 2 orang. Sengaja hubby tempah begini walau boleh juga mengambil yang seat seperti biasa.

Bergaya - Adik dan temannya Nurul Nusroh anak yang mengaji di rumah aku posing bersama dengan muka berminyak-minyak kerana baru lepas bermain basikal di luar. Nampak kehadiran JPA982 sibuk mereka mahu merasa.
~~ Harapan kami semoga bapak gembira memperolehi motor baru ini. Tidak lagi tertunggu-tunggu untuk menumpang seseorang bila mahu ke masjid terutama pada hari Jumaat. Insya-Allah Sabtu ini akan kami hantar ke kampung dan menjadi milik bapak sepenuhnya.~~


78 comments:

Aisy Nasiha said...

tentu bapak akak gembira dapat naik motor yang baru ni..
bagus dapat tempah tempat duduk macam ni...

Huda said...

Alhamdulillah terus murah rezeki akak sekeluarga..Senang untuk bapak akak nak gerak especially solat jumaat kan.

Ayu azmir said...

tu la mesti die gembira dapat motor baru nak nak dari anak nya

Puteri BeriBiru said...

Salam
Moga bapak gembira dgn kehadiran motor ni kak kak

Jna marcello said...

mesti laaaaa abah gembira wee~ ;D

inazamri said...

cute motor bapak tu.Ina suka gak.Macam nak beli satu la utk gi kedai dekat2 tp lesen motor takde pulak .Motor tu mcm motor arwah wak tersayang.Bape ribu tu kak?

Aju Mohit said...

wahh mcm ni bapak mmg happy lah kak, mmg cepat sihatnya, moga bapak swntiasa sihat hendaknya, teringat plak pada arwah ayahku

:: Mrs.Eady :: said...

terharu nyer la hai kak...>_<

Dkna Abza said...

antik motor nie.. susah nak jumpa zaman sekarang..kena jaga elok2 boleh dijadikan warisan :)

Sharifah Nadzarah said...

wah motor baru!!...mesti bapak suker....

pagi tadi nampak lagi..JMY982...hehehe

ummuaidan said...

Salam Kak...
Alhamdulillah bertuah bapak ada anak yang baik hati memberinya motosikal tnkt kemudahan..semoga senang urusan bapak slps nie...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Alhamdulillah, rezeki bapak, untung ada anak2 yg prihatin.. sampaikan salam sy pd bapak ya, mudahan dipelihara keselamatan bapak sepanjang perjalanan menggunakan motor ini, Aminnn.

Knor said...

ANAK YG SOLEHAH..:)

mestilah bapaknya suka kak..

Sherwieyna Muzzawer said...

salam.

wah bestnyaaaaa bapa dapat motorsikal baru. mesti bapa terharu dan gembira sangat kan kak zakie..:)

Leeza Eelza said...

dah lama x tengok moto macam ni.. dulu kat rumah ada la honda C70 yg sgt antik tapi dah jual..

ieda said...

wah kak .. motor bapak antik tuuu .. dah lama motor nie x kuar dah
tapi di kg saya , ada je yg simpan dan modified jadi cantik dan menarik .. dah ada group layie kak !

seat dia cantik lah kak ;))

Rapunzeel Cikilolo said...

amek nombor plat motor lama ke?

aanie said...

moto dulu mmg da xleh baiki ke kakak?

no plat tu no bertuah kakak ke?

Maria Menado~ said...

Anak solehah.. bertuah ayah dapat anak macam kakzakie ni.. =)

Alhamdulillah... 1 day i want to be just like u.. :)

Ujie said...

Hadiah besar ni! Mesti happy sgt bapak akak. :)

Zaitun said...

Alhamdulillah ...rezeki bapak dari anak yang amat penyayang dan bertanggung jawab.

Ayah kak Zai juga pernah jatuh motor semasa balik dari masjid, dari hari itu dia tidak lagi dibenarkan oleh anak2 untuk naik motor dan selepas itu juga ayah sudah tinggal dengan anak2 secara bergilir.

ct rahani said...

Alhamdulillah.. semoga urusan bapak akak terus dipermudahkan Allah dgn adanya motor nih.. :)

Wanita Mutalib suka Share Instagram's Pictures said...

sejuk hati bapak :)

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. seronok bapak akak dapat motor baru.. seronoknya dgr bila akak dapat belikan motor baru untuk bapak akak.. semoga terus murah rezeki akak sekeluarga, insyaAllah..

Munnafendy said...

mesti bapak akak senang hati sgt :)

Kancil 8349 said...

happynya dia...mesti gembira punya

~Beb~ said...

alhamdulillah. sayu bila membaca. alhamdulillah bapa kakZ dah sihat. alhamdulillah jugak kakZ dapat membantu beliau. semoga murah rezki kakZ.

comel sgt motor ni.

Haryati Faizal said...

cantik plat no motor tu kak hihi

amirah said...

alhamdulillah syukur, nnti senang la bapak kakzakie nak pergi sana sini

Suraya Baharun said...

wahh!!mesti bapak gembira dapat moto baru...:)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah bapak akak mesti gembiran dan terharu kan dapat motor baru ni...

Qhaifa Nur said...

mesti bapak Kakzakie hepi bila terima hadiah ni...klasik tmpt duduknya Kakzakie..samalah dgn motor FIL Nur kaler pink lagi motornya...

Rinna said...

Alhamdullillah.. tentu bapak gembirakan tgk anak belikan motor untuknyaa tak payah laa kayuh basikal yang nak guna kederat yang kuat tuh..

gadisBunga™ said...

mesti atuk senyum tak berhenti lepas ni!

NM02 said...

motor peten lama tapi dah di upgrade, cantek molek je... kiut kan kak...

Ratu Hatiku said...

Mesti abah kakak gembira dan terharu sebab anaknya belikan motor... :D

azi said...

Salam rindu kakak...baru ada kesempatan nak jalan-jalan kat rumah kawan-kawan...:)

Mesti bapak seronok dapat motor barukan...bolehlah bapak ronda-ronda pusing kampung dengan bibik ..nak kesurau pun bolehlah berdua...bertuah bapak dapat anak macam kakak...:)

zie marziah said...

touchingnnya...mesti ayah kak zakie happy sesangat..

kalau saya pun awal2 dah bertenggek kat motor tu..seat ala2 orang muda hehehe

QueeN TerataI said...

tetntulah bapak akak tersangat gembira terima motor ni kan... ;)

redza said...

buat round petang2 pon best juga nih

izan mama mia said...

tentu bapa kak gembira,,

ibuintan said...

alhamdulillah ...mudahlah bapak ke masjid lepas ni, moga makin murah rezeki kakzakie dan keluarga selepas ini


❤Kamsiah❤ said...

alhamdulillah...sedih pula baca kisah kemalangan tu sbb kesnya sama mcm ayah saya...

Mia Kassim said...

mesti gembira si bapa dapat moto baru lebih2 lagi daripada anak sendiri....

fairus mohamad noor said...

salam kak..harap bapak akk sihat sentiasa

Nur farahiza said...

tentu bapak aka rase bahagia sangat kak ,

Kesuma Angsana said...

amboi cucu2 pulak yg lebih teruja

sal said...

semangat mendapat kenderaan baru..
tentu bapa rasa bahagia..

azieazah said...

Terimakasih Kakak! cewahhh bagi pihak pulak.

Nombor plate tu nampak sesuai untuk orang lama. Hehhehe

Alangkah bahagianya bapak nanti... tak sabar nak tengok reaksi dia.

KakNi said...

KakZakie, nak tanya lah untuk motor kecik tu berapa RM ek? kalau kak tak keberatan berkongsi dengan kami

kak nora said...

bukan saja bapak gembira dpt moto baru, anak n menantu juga dah tentu dpt pahala...mengembirakan hati org tua..Alhamdulillah..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

mesti bapak akak happy dpt hadiah motor dr anaknye lebih2 lagi satu keperluan buat dia..

norh said...

Alhamdulillah..bahagia bapak akak..

CikZaniff said...

mesti bpak akak syok kan..dh ade kemudahan..
comel je moto tu

abg cik said...

terus murah rezki kakak sekeluarga , beli motor utk bapak ke masjid , sama2 dapat pahala , saham akhirat tu , insyaAllah dapat pahala ke masjid juga kak zie sekeluarga...Amin

Hazmin said...

Mesti bapak akak happy dapat pemberian motor ni. Mumudahkan pergerakannya untuk ke mana-mana

Kasih Salina said...

boleh tahan juga cantiknya motor tu kak..mesti seronok la bapak akak tu..

SumeSakan said...

wah seronoklah ayahnya dapat pemberian dari anaknya cenggini...tambah semangat gitu

Nur-nba said...

Cantik dah motor ayah Kak Zakie.. Seat macam jarang Nur lihat..

Sungguh bertuah ayah akak kerana memilik anak dan menantu yang sungguh prihatin dan penyayang.. Moga kehidupan akak sekeluarga diberkati.. Amin.

man said...

Baiknya kak ni.hehe...kita kena bg senang kat org tua..

adyna said...

alhamdulillah..besar pahala nie ;)

Areef Ibn Naim said...

salam,

alhamdulillah, punya anak yg mengambil berat hal ayahnya...

sy sedih, sbb arwah ayah sy pergi masa sy sdg belajar lg, tp sempat dia nak merasa senang dr seorang anak, huhuhu...

Amie said...

Alhamdulillah... lagilah kalau diguna untuk ulang alik ke masjid....

Ann Ishak said...

entry ni buat saya rindu dengan arwah ayah saya...mesti hati ayah akak gembira sangat bila dapat hadiah ni, alhamdulillah

rohayu osman said...

classic moto nie.. chantek

are_lin@yu said...

wahh cntikla mtor baru ayah akak ni..npk unik..mcm ayah akak ja ada..hehe

p/s:bkn denggi akak..kna buat ultra sound ada bji dkt breast trasa sakit mcm lebam.

boni kacak said...

tabik spring.. ni lah salah satu contoh anak yang baik.. :)

Kakzakie said...

Insya-Allah hari selepas zuhor kakak akan balik kampung menghantar motor ini utk kegunaan bapak. Motor ini murah tidak seperti motor-motor besar yang lain. Harga lebihkurang 4K saja.

Terima kasih pada semua yang memberikan komen:-

Aisy nasiha, Huda, Ayu Azmir, Puteri Beribiru, Jna Marcello, inazamri, Aju Mohit, Mrs Eady, Dkna Abza, Sharifah Nadzarah, ummuaidan, Seri Kandi Tanah Jauhar (sebenarnya kami macam takut tapi kesian pulak kalau tak ada motor), Knor, Sherwieyna Muzzawer, Leeza Eelza, ieda, Rapunzeel Cikilolo (bukan no. lama tapi kakak kalau beli kenderaan booking no. ini), aanie (motor lama kami beri pada org lain - tak mahu tengok motor itu lagi), Maria Menado, Ujie, Zaitun (kalau nak ikut anak-anak kita seanga kak zai, bapak kakak tak boleh lama ikut anak-anak), ct rahani, Wanita Mutalib, Hanis Azla, Munnafendy, Kancil 8349, Beb, Haryati Faizal, amirah, Suraya Baharun, Waniey aka IbuQalief, Qhaifa Nur, Rinna, gadisBunga, NM02, Ratu Hatiku, azi, Zie Marziah, Queen Teratal, redza, izan mama mia, ibuIntan, Kamsiah, Mia Kassim, Fairuz Mohd Nor, Nur farahiza, Kesuma Angsana, Sal, Azieazah (no. ini adalah no. kebanyakan kenderaaan kakak), KakNi (lebih kurang 4K aje CikNi), Kak Nora, Sweetmama@Eija, norh, CikZaniff, abg cik, Hazmin, Kasih Salina, SumeSakan, Nur_nba, Man, Adyna, Areef Ibn Naim (jaga mak yg ada cikgu - doakan yg telah pergi), Amie, Ann Ishak, Rohayu Osman, Are_linayu (moga tidak ada yg serious Ayu) dan boni kacak.

Terima kasih sekali lagi semuanya:)

zila norazila said...

dah lama x naik moto kak :) bestnya dpt motor..

Aishah Jahirah said...

lepas ni mudah bapa akak nak ke mana pun...ringan moto ni...saya dah lama xbawak motor...harap ada lesen saja...heheh

Mat Gebu said...

Kak zakie, bila che mat baca n3 ni...me so taching oredi...

Puan Kutu said...

comelnya motor bapak akak..tiada apa yg lebih menggembirakan seorg anak selain melihat kesenangan bapaknya.Pasti bapak akak gembira dengan pemberian ni

IntaNBerliaN said...

alhamdulillah... mesti bapak akka akan gembira sangat2 kan.. :-)

Nini D.. said...

klasik kak motornya..
saya suka!

Papa Mifz said...

Lepas nih pasti lancar dan mudah pergerakan bapak akak ;-)

Kakzakie said...

Untuk pengetahuan kakak tak jadi balik kampung kerana bapak pula yg datang ke rumah kakak. Planning tidak menjadi. Minggu depan insya-allah baru hantar.

Terima kasih juga kepada: -

zila norazila, Aisha Jahirah (kakak naik basikal pun tak pandai usah kata motor), MatGebu, Puan Kutu, IntaNBerlian, Nini D dan Papa Mifz.

Terima kasih sekali lagi.

Remy hazza said...

mesti bapak akak suka..... tak perlu nak mengayuh lagi......

hainom OKje said...

Seronoknya bapak dapat moto baru...tapi sedihnya bila isteri dah tiada disisi!