Saturday, June 29, 2013

Bunga ros kampung

Cantik ros comel ini  - Duduk dihadapan pasu bunga raya putih

Ros kampung - Walau dikatakan kampung tapi aku sangat suka baunya yang harum dan manis

Ambil batang pokok bunga ros ini dari jiran kami yang membersihkan rumah untuk dibuang. Aku cacak di pasu bunga ros merah aku. Alhamdulillah sudah mula mengeluarkan bunganya. Biasalah bila mula menampakkan kuntumnya pun aku sudah gembira apa lagi bila ianya mekar menjadi bunga.Warna pink yang cantik. Ibarat kata watak Mei Mei dalam Upin-Ipin "saya suka, saya suka".

~~ Bila apa yang kita usahakan berhasil pasti ada rasa gembira di dalam hati.~~


52 comments:

Anonymous said...

cantiknya bunga tu. Sejuk juga tanya kakzakie ni. Kak ani suka ros kampong sebab ada bau.

haryati said...

dulu ms skolah rajin gak tanam..bunga ros ni, buh kat pasu sendiri... tiap ari siram...bila dh kuar kuntum bunga tu...seronok sgt2...

musang said...

penyeri laman rumah

sitirohaida said...

suka tengok kalau halaman rumah penuh dengan bunga warna-warni..sejuk mata memandang..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Memang sejuk tangan Kak Zakie.. tanam apa semua menjadi. Tgn saya ni panas kot.. pegang pokok terus mati. Kekeke..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Assallam,

beberapa kali beli anak pokok bunga ros tapi habis layu,
perasan tangan x sesuai menanam orkid dan bunga ros..sedih
bukan tak siram dan x baja tapi tak ada rezeki..

mala said...

best lah kakzakie main cucuk ja tumbuh. suka bunga raya putih tu.

ummiross said...

Salam pagi Sabtu Kakzakie..

Cabtiknya warna pink dia tu Kakzakie,dahlah cantik, wangi pula.
Ummi rasa mesti best persekitaran rumah Kakzakie, dihiasi pokok dan bunga-bungaan, segar bugar udara pagi disekitarnya.

eira eixora said...

nampak fresh. saya suka suasana kampung. tp sekarang saya duk kat bandar. rumah takde laman

Unknown said...

Alhamdulillah, pagi tadi baru alih2kan pokok ros!
Mama teringin ros yg menjalar2!
Seronok dgn bunga yg harum!

Ruse Sulaiman said...

Bunga Ros tetap nampak cantik :)

Unknown said...

kakzakie pandai jaga senanglah bunga tu nak kembangkan dirinya. :D

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..soft pink kan kak..suka tengok la..kalau pagi..kena embun baunya lagi kuat kak..fresh..mma saya ada tanam kat kampung..bila balik kampung bangun pagi saya suka cium..huhuhuhu..betul la kak tiada yang menggembirakan bila apa yang kita usahakan berhasil..

aby said...

Kena berhati juga dgn polok ros, wlupun wangi dn cntik tp dahan nya berduri. Kena brjaga sama dgn durinya tu

Masya said...

cantikk.. sejuk tgn akak.. sbb tu hiduppp

Mizz Aiza said...

cantiknya bunga ros tu kakak.. sejuk tangan kakak ya.. :D

Tie HT said...

memang bunga ros kampung lebih tahan dan wangi dari ros komersial tu kan kak..nice picca :)

Murni Alfathunnisa said...

ada beza ros kampung dengan ros bandar ya kak..hehe...saya ingat sama je..kalau dah nama ros tu tetap ros. pink lembut..memang menawan hati wanita.

PiNkYCaT said...

i like PINK kaler...bagi kat saye satu bunga tu kakzakie..hehe;)

Amie said...

Saya pun suka bunga ros kampung, selain baunya yang harum lembut, ros kampung rajin berbunga...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

cantik & harum baunyer tu...orang kater kalo nak naikkkan seri wajah makan kelopaknyer tu kak...

Unknown said...

Mak saya kat kampung pun suka tanam bunga ros.... tak pernah berhenti berbunga, sampai bau wangi masuk dalam bilik...

tapi kat kl ni takder tanah untuk menanam

Acik Erna said...

Acik pun suka dengan bau bunga ros

Unknown said...

oh ros pun ada yang jenis kampung dan bandar yer kak...baru tau...hehe

Puan Kutu said...

nti bila bunganya dh kembang makin berseri la laman kakak..sy pun suka harumnya bunga ros

Kniedaz said...

Cantik kak bunga tu....

NEKCIK said...

Salam Kakzakie..nekcik pun besar hati sangat kalau tengok pokok tanaman berbunga..sebab itu nekcik memang suka tanam pokok yang berbunga...

ANIM said...

nanti saya minta sebatang pulak untuk cacak kat rumah saya pulak sebab rumah saya takde pokok bunga berbunga, kesian saya...heee...semua berdaun..

sal said...

hati terhibur melihat keindahan bunga..

azi said...

Kakak..
sejuk betul tangan kakak, cacak macam tu pun, hidup subur dan keluarkan bunga...kena bagi petua ni...:)

Siti Nurhayati Dollah said...

Cantiknya bunga ;) rasa sejuk dan damai bila tengok bunga-bunga di taman mekar dah. Rasa hilang penat kerja.

Unknown said...

dekat umah nenek lia masih byk lg ros kmpung ni kak...ada warna putih n pink.. tp lia x pandai tanam bunga,kat umah ni pun cuma ada 4 pasu bunga orkid yg dah mcm x brp nak hidup heheheee...

AtieYusof said...

Cantikn ya bunga tu Kak.. dah menunjukkan kemekaran nya..
Pa'e plak kata " Ibu ni mcm Mei-Mei lah"..haha:)

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam K.Zakie..

ape beza ros kampung dgn ros biasa?
nmpak bunga ni agak kembang sikit..

jgnkan akak, klu cma sendiri pun, bila ditanam mmbuahkan hasil, maunye senyum sampai habis telinga....... :P

Unknown said...

saya suka..saya suka.. mak saya bukan jenis suka bunga. bunga2 mmg takde kat rumah..

Unknown said...

kampung bkn sembarang kg kak..zila suka yg ni jgk..harum semerbak bau dia..

ajax85 said...

lawanya bunga itu..heheheh.sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

ewanthology said...

kaler lain ada?

Nastyna said...

ini ros yang kecik kecik tu eh, mmg sedap kan bau dia, semerbak.

Bunda_nora said...

assalam,

bunda pun suke bunga ros..tak kira kampung ke bandar punya...orang kata bunga ros dan bunga melor aura dia menyerlah..baik utk terapi..

masaalahnyer tangan ni tak pernah menjadi kalu tanam, baik yg disemai atau yg dibeli anaknyer...ermm, memang tak der auralah kot..

Kakzakie Purvit said...

Bunga ros salah satu yg kakak suka. Tetapi yg ada tiga warna (pink, merah dan kuning) kakak beli dinursery. Ini ros yg kelopak besar tidak sewangi ros kampung yg banyak kelopak dan harumnya semerbak. Warna pink pula belum ada dalam koleksi ros kakak itu yg kakak tanam.

Tangan kakak juga bukan jenis sejuk tapi kakak jenis tak putus asa. Apa lagi bunga orkid kakak memang tidak menjadi tapi kakak tanam juga walau banyak daun saja tanpa bunga.

Terima kasih semua teman yang sudi memberikan komen:-

Mak Long a.k.a Kunang-kunang, Haryati Faizal, redza, Siti Rohaida Yusof, Miss Mirror a.k.a Sam, Marina Monroe @Nanie, mala, ummiross (sebenarnya kawasan tanah rumah kakak kecik aje ummi. Semua bersesak-sesak satu tempat), eira eixora, Juhariah Johari (seronok kan Kak Ju), Ummi Iman, syuk shusuke, PeRdU cINta (betul kalau pagi wanginya itulah yg kakak suka), aby (duri yg menjadi penyeri aby), Masya, Mizz Aiza, Tihara, Murni Alfathunnisa (ros kampung kelopak dia kecik-kecik dan banyak Murni), PiNkYCaT (Kalau nama pun Pinky mestilah suka pink hihi...), Amie (betul Amie), (Lizz) http://haslizalizz.com, MystoryPic, Acik Erna, Papa Mifz (kakak ikut aje org kata PM), Puan Kutu, Kniedaz, NEKCIK (kakak kalau ikutpun pun gitu juga nekcik tapi orkid kakak susahlah berbunga), ANIM (kakak pun tak banyak Anim sebab tanah terhad keluasannya), sal, azi (roa kampung memang mudahlah hidupnya azi, tak macam ros kelopak besar tu jaga rapai pun payah nak berbunga), Siti Nurhayati Dollah, ismaliana sulaiman (kalau rumah kakak dekat dgn nenek mahu kakak minta yg warna putih tu), aTieYusof Family (Pa'e pun suka upin-ipin ye Atie hihi...), ♥ CmĀŖ shIemĀŖ ♥ (seronok kan Cma bila dah berhasil), Rai Ourkizuna (Rai busy dgn hal lain yg lebih bermanfaat), Norzila Zakaria, man (lama dah kakak follow man punya blog tau), the malay male (roa kampung kakak ada warna ini je), Nastyna ( tak kecik juga Nas biasalah macam ros lain cuma kelopak dia banyak dan kecik-kecik)dan akhir sekali BUNDA a.k.a KN (kakak tak gunakan utk terapi bagai tapi kakak suka cium KN)

Terima kasih kepada semua teman yg sudi menitipkan komen di N3 kakak ini.

OKje said...

Rasanya lama dah OKje tak dapat menghidu bunga ros yang harum tu kanda....sebab dah lama tak jumpa bunga hehe..
Menanamnya pun tak mo macamana nak hidu harumnyakan kanda!

are_lin@yu said...

subhanaallah cntiknya kelopak bnga ni

Izan Ishak said...

izan suka ros pink camtu kak zakie. cantik!

kat rumah mak izan ada pokok ros yg jenis kecik2 tu. wangiiii sangat baunya. mak selalu petik... pastu suka selit celah2 rambut mak.

Anonymous said...

yg penting baunyer sedap sgt kan kak !

Cik Rose said...

Ros pun suka bunga Ros.. lagi2 kalau warna merah.. dengan wangi harum...

wawa syaida said...

rasa nikmat tengok pokok yang dijaga dah keluarkan bunga...lama tak berkebun tanam2 pokok...last tanam pokok bunga matahari..masa zaman sekolah dulu :)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...cantik2 penyeri kat rumah ni...;)

Unknown said...

cantiknye bunga kaler pink... kaler feveret deqla.. dan semestinya ros adalah bunga idaman wanita..kan kak kan? hihi

amirah said...

amie pun suka dengan bau bunga ros yg manis...manisss sgt kan kak zakie. mcm sirap ros yg kita minum tu..ngeee

duniaanita74.blogspot.com said...

ita suka bau bunga ros kampung...walaupun tak berapa cantik belah kelopak dalam..tetap wangi..berbanding bunga bandar..cantik aje tapi tak berbau...

Syamimi Saad said...

cantiknya kak.. saya suka, saya suka..hehehe