Monday, June 24, 2013

Halaman comelku yang patriotik

Walau keadaan jerebu masih tidak ada perubahan tapi pokok-pokok aku terus juga kena jaga. Kasihan daun-daun bagai ditutupi debu-debu putih. Setiap pagi sebelum pergi kerja aku mandikan semuanya. Balik kerja sekali lagi aku siram bagi membersihkan debu-debu yang melekat. Kasih yang dicurah nampaknya telah dibalas. 

Merah - Hebat tidak mahu kalah kerana ini bunga kebangsaan negara. Istimewanya ia kerana pokok ini mempunyai bunga yang lebih besar saiznya  tidak seperti yang biasa.

Peach berlapis - Berbunga juga kau akhirnya setelah sekian lama menanti.

Oren dan merah - Walau setiap pokok baru mula menunjukkan kemampuan tetapi sudah mampu membuat aku tersenyum. Kelihatan ada kuntum-kuntum yang akan menyusul untuk berkembang tidak lama lagi.

Pink - Tidak kurang mahu menunjukkan kebolehannya menghasilkan bunga. Baru sekuntum yang mekar. Tapi yang pasti ada kuntum-kuntum menunggu giliran untuk berkembang juga.

Setia - Inilah salah satu pokok yang sentiasa setia berbunga. Tidak pernah culas walau bunganya tidak semegah dengan rakan seangkatan yang berlapis-lapis dan besar kelopaknya.
Si putih - Sekarang kian rancak kuntum-kuntumannya menanti untuk kembang, Suka aku melihatnya.

Bukan kuntum - Bunga raya ini jenis bunga raya malu-malu tetapi tidak pernah berhenti dari berbunga. Memang beginilah bunganya tidak kembang.
~~ Sedang menyemai satu lagi jenis bunga raya yang besar bunganya sama saiz piring kuih berlapis kelopaknya berwarna merah dan ditepinya berwarna kuning. Harap bolehlah ia subur dan menjadi seperti yang lain-lain.~~


91 comments:

Kamsiah yusoff said...

cantiknya berbagai spesis bunga raya...yg bestnya bunga ni amat senang dijaga,kan...tak cerewet..

Puan Kutu said...

Ya Allah cantiknya kak,dh lama tak tgok bunga raya pelbagai warna macam ni.jgn kaata pelbagai warna yg warna merah ni pun dh ssh nak jumpa in real..dulu2 kt kmpg byk..skang dh macam pupus..takde dah org tanam

ajumohit said...

wahhh cantik2nya bunga di halaman akak, segar mata melihat gambar bunga2 pagi ni biarpun di luar jerebu semakin teruk

Umm AA said...

Mmg patriotik...heheh..pelbagai warna lagi tuh..mesti berseri2 kan laman kakak ngan bunga raya yg mcm2 warna ngan btk nie...suka tengok yg kaler pink tuh..ceria warnanya...bunga raya senang nak jaga kan..

asyifamustaffa said...

patriotik sungguh kak...!
ada try tanam hri tu....tp mati sudahnya....skrng ada bby x de masa nak tgk2 pokok...bnyk yg matinya....huhuhu

beat said...

sempoii...byk kaler aa

Unknown said...

Ya Allah hebat taman dia...
mama memang agak kalah dengan bunga2,tak pernah lagi tanam bunga raya.
Ni nak ke pasar nak ke nurseri!

Fazleyatul Aini said...

mak saya pon minat tanam bunga ni. tapi sayangnya lately orang yang bela kambing lembu ni main lepas je binatang dia, habis di makannya bunga2 mak. nasib baik orkid kita gantung, kalau tak, dengan orkid2 jadi menu diorang kak. huhu

Mama4hero said...

cantiknye kak..bunga raya tu..rajin akk ek..

Masya said...

susah nak jumpa bunga raya putih skrg kan, kira betuah akak ada tanam pokok ni...

aizamia3 said...

suka tengok orang tanam tapi kalau ai yang tanam.. hehehe.. tinggal rangka jelah pokok bunga tu..

HeNRieTTa JoSe said...

Byknye akk...semuanya chantek chantek belaka....

Deq's Qienz said...

byknya akk.,kt kg ader juga bunga raya nih, tapi kan tak terjaga pon..hehee

Izwa Kamaruddin said...

cantik!~

musang said...

berseri-serilah halaman rumah kakak

faraherda.razalan said...

Tapi kak, JB rasanya skg dah ok sket kan?

Cantiklah bunga raya tu. Suka tgk...

azi said...

Cantiknya semua bunga raya kakak...memang sejuk tangan ni...semua sedang galak berbunga . Bunga raya putih tu saya selalu gunakan untuk "jelum" kepala kalau demam...:)

Shaiful Zaidi said...

cantiknya bunga raya..pelbagai warna.

Kniedaz said...

banyaknya bunga raya...seronok tengok

Fazlina Ridzwan said...

wahh...canteknya kak...suka tauu saya dgn bunga raya nie...

AtieYusof said...

Kak...sy mcm dah lama rasanya tak tgk bunga raya depan mata..hehe..
dulu msa kecik2 ada jg tanam depan rumah..:)

lia said...

wahhhh kagumnyer saya.... warna-warni c bunga raya...

yan's cottage said...

semuanya cantik Kak....kat tempat Yan tak boleh tanam pokok bunga raya nie...habis mati kepanasan akibat bena yg putih tu....

Eye_nee said...

Cantik2 nyer Kakzakie..ada pelbagai spesis bunga raya rupanya...berkelopak bagai...

amirah said...

cantik2 nya bunga raya ni kak...subhanallah...besor2 pulak tu ye

are_lin@yu said...

byk bnga akak ;-)

Cho Zila said...

dulu mak saya memang bela pokok Bunga rayani.. macam2 bentuk bunga raya... kaler pun macam2.. dah jadi taman bunga raya gitu... tapi tuler sekarangni dah kurang ler sikit...

norhidana said...

dana kalu balik kg mmg tercari2 org yg tnm pokok bunga raya nih, sbb kt umah pun pokoknyer dh pupus... syg betul, skrg nih dh ada banyak jenis terutama yg besar2

OKje said...

Wahh...boleh booking kebun kanda ni kalau nak buat dokumentari pasal bunga kebangsaan hehe
Macam macam jenis dan warna rupanya yeh Kanda....

Unknown said...

bunga patriotik. :)
pandai akak tanam :)

ahmad humairi said...

Wow!!!
Sungguh patriotik!!!!

sitirohaida said...

salam kak..wah..rajin betul akak..dah jarang jumpa bunga raya nie ditanam kan...suka putih tu.cantik...

BungaTulip said...

sejuk je tengok bunga2 di laman akak ni..semuanya cantik, ada 1 jenis bunga raya yang jarang nak jumpa. kelopak die banyak dan berlubang. saiz kecik sikit dari yang biasa

Fiza Rahman said...

Colorful tu, cantik.

Qhaifa Nur said...

banyak jenis juga yang Kakzakie tanam...bangga kerna ia bunga kebangsaan kita..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

salam kak cantik-zcantik semua bunga raya..akak memang tangan sejuk..kemain subur lagi pokok bunga tu...saya pernah juga tanam bunga raya warna pink tu beli kat cameron seminggu jer hidup...

akak adik kesekolah ker tak?

Sweetamieda. Blo said...

Ya Allah, cantiknya kak!subhanallah!suka tengok bunga yang mekar dan pelbagai warna.
sy dah follow blog akak ni hehe

Kayu Manis said...

indahnya taman akak...colourfull

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...wah !! cantik2 la color nyer menarik sungguh...;)

Sue Bee said...

paling suka tengok bunga raya klasik merah tu..

TiranaAduka said...

salam bakyu ku.
Kabare.?
Lawatan sejap ja

BinMuhammad said...

Peminat bunga raya...bagus! Pokoknya senang di jaga tapi kadangkala pemalas nak berbunga.

Unknown said...

rajin aka bercucuk tanam yer...samalah macam mak dan mak mertua saya...hehe

Mia Kassim said...

Cantiknya kak...dah lama tak nampak bunga raya pelbagai jenis macam ni... :D

ummiross said...

Subhanallah, cantiknya bunga-bunga tu Kakzakie, pelbagai warna, setiap kali tengok pasti menjadi terapi minda.

paridah said...

assalam..salam kenal..cantik2 semuanya...

Anonymous said...

wah byk jenis bunga raya yang ditanam yer kak!. cantik2 pulak tu !

Unknown said...

semua bunga2 akak nampak cantik..kalo kite berjiran kak, sy da mintak kerat da..nak tanam kat rumah..pandai akak jaga

ieja amieja said...

rumah ieja x de pkk bunga raya ni kecuali kat kg..mcm2 warna ada..tp sejak peninggalan arwah mak pkk bunga sume dah semakin x terjaga..ieja suka yg berlapis2 kelopaknya..nmpak lebih menarik...rajinnya akk kan..sempat lg berkebun

izzah said...

sukanya tengok bunga2 ni kak...cantik sgt2...kalau umah akak kat sebelah umah sy, memang sy dh dtg jenguk dah...siap gi hari-hari lagi...hehe...

QasehnyaRania said...

macam2 jenis wrna ada.
mmg semangat patriotik la kakak :)

jaga kesihatan ye kakak .kt jb teruk tak jerebu?

Unknown said...

wahhh..besh nyer..byk sugguh bunga raya..umh aiza ade 1 jerk..tp berkenan jiran nye pokok bunga raya..kelopak nye mcm berlapis..hehehehe..

Angah said...

wah memang patriotik akak ye...

Unknown said...

waahhh..macam2 jenis bunga raya kak zakie tanam..
rajin la..bagus2..

sy mmg jenis takleh tanam pokok..asal tanam je mesti mati..mak kata tangan panas..tapi saya memang teringin sgt nak menanam..huhu..

Dr K said...

Bunga pun tahu membalas jasa tuannya yg menjaganya sebaik mungkin kan kak zakie..:)

Nastyna said...

Memang patriotik, berbaloi kan bila tengok bunga2 kembang mekar di taman cececeh. Kak, kat sini ada jual bunga raya ni, kecik2 ada bunga cantik, mahal pun mahal. Saya terlintas nak beli tapi risau takut tak tahan lama sebab bunga ni tak nak dalam rumah kan. Tapi semangat patriotik berkobar kot setiap kali nampak bunga raya ni.

MOKCIK AZWA said...

Salam Kakzakie..teringat kat kampung pulak bila tengok bunga raya ni..kat halaman rumah mama memang banyaklah bunga raya..kalau kat sini pulak rasanya payah nak jumpa bunga raya kat bandar besar ni..

Ujie Othman said...

Peminat bunga raya ya? Mcm2 warna akak ada..cantik!

fieda said...

tu dia..penuh dgn bunga raya

Unknown said...

bunga raya bunga kebangsaan kita...hihi.. cantik2.. dulu masa dok sentul, sng nk tgk bunga raya ...tp skng ssh nk cari.. hrp tgk kat blog akak ni je la...huhu

emarieys said...

segar jer bunga tu kak..pandai akak menjaganya

cahayahidupku.blogspot.my said...

Memang sungguh patriotic kakzakie ni... suka yg warna peach tu ;)

Mun said...

oh hooo... duk kl ni, saya rasa dah bertahun xnampak bunga raya... huhu sedih rasa..mcm dah x kenal bunga raya plak saya ni.. ngeeee

Rozie said...

Wah rajinnya kakak tanam pokok.. hidup subur pulak.. teringat masa kecil tanam pokok bunga raya menjadi.. hehehe seronok pulak..

PCL said...

baka pokok dari mana tu kak, CH ke? cantik2 lah..

Nur-nba said...

Rajinnya Kak Zakie.. macam2 warna ada.. Tentu berseri-seri halaman rumah akak bila semua bunga ni berkembang mekar..

Unknown said...

akak yang tanam sendiri ke ni..rajin lah akak

Azian Elias said...

Cantik nya kak...banyak sungguh bunga raya ye...suka pulak sy tgk..umah sy pulak je banyak bunga frangipani.

Anonymous said...

bunga raya warna pitch memang cantik...

Zaitun said...

Cantiknya...berlapis2...kalau kak Zai dengan bunga orkid, kakzakie pula dengan bunga raya...

Temuk said...

Assalam KAKZAKIE
Yang ada bunga raya banyak saja yang boleh beraya setiap tahun, hihihi. Subur-subur dan cantik-cantiknya pelbagai spesis bunga raya tu. Memang amat bagus jika kakzakie berhasrat menambah koleksi dengan jenis-jenis lain. Yang tak kembang itu arwah ibu Pak Temuk panggil bunga "kanthil" sebab bunganya "terkanthil-kanthil" atau tergayut-gayut.

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..sihat..cantik bunga raya akak..macam mama saya..dan ibu mertua saya..fanatik bunga raya..pelbagai warna bentuk..begitu juga sebalinya punya kisah tersendiri.. :)

Ruse Sulaiman said...

Meriahnya raya ;) cantik. Suka tgk. Skrg susah juga nak jumpa bunga raya berbanding dulu zaman kecil.

Mizz Aiza said...

sukanya aiza tengok pelbagai jenis bunga raya tu.. semuanya cantik-cantik belaka.. kasihan jika terdedah dengan jerebu..

MulutPayau said...

cantiknya..macam2 jenis ada...
Suka tengok...

*SiRibenMerah said...

dulu saya suka bunga raya.. sebab bunga neh glemer..
hehe.. tapi lepas kawan2 cerita mitos tentang bunga raya neh adalah jadian hantu raya.. terus saya takut kalo lalu tepi bunga raya.. sbb saya ingat hantu raya tgh tido dlm bunga tuh..

ok ngade2 penakut sangat kan.. hehehe :p

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..
Banyaknya koleksi bunga raya..
teruja cma tgk, ade bermcm2 jenis & kaler..
klu dah tgk pic akak post ni pun dah buat cma rasa teruja..apetah lagi puan empunya yg membajanya..

seronok tgk kuntum2 mekar kelopaknya..
*tiba2rasa mcm terbau bunga raya*

hihi.. :)

miss yatie said...

ala...akak, cantik lah yg warna pink tu, KY pun suka menanam, tapi bab penjagaan serah kat suami heeee

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya kalau ikutkan kakak suka pada bunga orkid tetapi tangan kakak kurang serasi menanam bunga orkid (susah berbunga). Itulah sebabnya kakak menukar arah menanam bunga raya demi mahu melihat taman secoet kakak ada bunga.

Terima kasih kepada semua yg memberikan komen:-

❤Kamsiah❤, Puan Kutu, Aju Mohit, ummuaidan (betul ummu tanam pun mudah bila dah bertunas), Asyifa Mustaffa, duniafana, Juhariah Johari, Fazleyatul Aini (tangkap kambing tu sembelih aje Lya hihi...), fairus mohamad noor, Masya, aizamia3, HeNRieTTa JoSe, Deq's Qienz, :: Mrs.Eady ::, redza, faraherda.razalan, azi, Shaiful Zaidi, Kniedaz, Cik Puan Fadli, aTieYusof Family, lia, yan's cottage, Eye_nee, amirah, are_lin@yu, Cho Zila, norhidana miswan, hainom OKje, syuk shusuke, ahmad humairi, Siti Rohaida Yusof, BungaTulip, Fiza Rahman, Qhaifa Nur, (Lizz) http://haslizalizz.com (mula tanam tak boleh kena panas Lizz, bila dah besar dah ok. Adik sekolah Lizz), Tuan Juhaida, Knor, Mas Zull, Sue Bee, TiranaAduka, Bin Muhammad (betul tu BM), Papa Mifz, Mia Kassim, ummiross (kakak mememng suka pokok bunga ummi), paridah, Kesuma Angsana, Riedaffya ibrahim, ieja amieja, izzah, QasehnyaRania, Aiza Hamdan (jerebu kian menipis nampaknya sekarang Aiza), Angah, mama_ka0ri, Daddy Ziyyad, Nastyna (bunga raya memang tak tahan lama Nas), MOKCIK AZWA, Ujie, fieda, Deqla Manjew, Ema Johari, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), C.M.A @ CikMoonAdnan (kata bunga kebangsaan tapi bandar pun tak nak tanam ye), Sayangku Zie, PakcikLie PCL (kakak tak boleh komen kotak baru PCLlah), Nur-nba, MaMa Rey, Azian Elias (frangipani tu macamana Yan?), Rapunzeel Cikilolo, Zaitun, Temuk (oh ye ke Pak Temuk kanthil hihi... macam gelihati pulak namanya), PeRdU cINta, Ummi Iman, Mizz Aiza, MulutPayau, *SiRibenMerah (tak pernah pulak kakak dengar Iyra)dan ♥ Cmª shIemª ♥ (bunga raya tak ada baulah sayang. Tak macam bunga ros wangi).

Buat semua sekali lagi terima kasih dari kakak ye:)

Mila@Rimbun said...

Meriahnyer halaman rumah kak zakie

sarah said...

BANYAK KAK TANAM BUNGA RAYA..PATRIOTIK BETUL NIH...

Julia Johari said...

Sgt cantikkkk....x sangka akak pandai menanam....cayalah kak zakie...nk tips penanaman yg subur...mana tahu umi Qi tergerak hati nk menanam mcm kak zakie :) my mentor

Myra Jay said...

Tetap segar berkembang, walau alam bersuram tp bunga tetap 'tersenyum' :)

bicara mak dara said...

wahhh cantekkkknyaaa... segar segar semuanya

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih juga:-

mila@rimbun, Sara, With Julia (bunga raya senang hidup Ju, potong batang dia cacak dan siram selalu itu aje), Myra Jay dan adzairdawati makdara.

Sekali lagi terima kasih:)

Ibu Lala said...

akkkkkk suka la tgk buga ry akak tu....

Nora Karim said...

Cantiknya... pandai akak jaga pokok...

ellynadyra said...

wah bunga kebangsaan kita, sangat patriotik

Tengkubutang said...

subur2 bunga raya nya..

salam.. teman datang curi2 masa kunjungbalas tuan tanah disini.. thanx sudi singgah n baca entri teman yea.. jangan lupa singgah selalu yea.. heee.. salam meriah..

Eliss said...

kat rumah mak eliss tanam bunga raya yang warna peach tu jugak dan satu lagi, yang jenis macam dikoyak2 gitu kelopaknya.

PiNkYCaT said...

ingatkan letak bendera malaysia kat halaman tadi...hehe. BUnga raya bunga kebangsaan:)