Saturday, June 15, 2013

Tidak ada nasib untuk berkonvo

Cuti sekolah tempohari - Kalau boleh dia sudah tidak mahu mengambil gambar. Dia tidak mahu aku masukkan ke dalam blog tapi aku tunggu dia naik sekolah bolehlah mama dia buat N3 sebab di sekolah pasti dia tidak ada peluang membuka blog mama ini

Senyum dalam paksa - Mama dan papa tetap mahu dia posing juga dengan jubah yang telah dibayar sewanya. Dia malu-malu. Banyak gambar aku captured sebenarnya termasuk yg dia siap mencangkung, gelak mulut besar, tutup muka semua ada.  Satu rumah gelihati dan ketawa malam itu. Malu sebab orang lain bergambar konvo di atas pentas tetapi dia di dalam rumah.

Akur juga akhirnya - Ini saja yang agak sesuai untuk dipaparkan. Malam itu dia kena gayakan sebab esok paginya papa dalam perjalanan untuk outstation boleh pulangkan semula ke sekolah. Itupun titip melalui pak guard - upah 20 ringgit.
Semua kelengkapan telah diberikan pada 18-05-2013 sebelum cuti sekolah - kira seminggu sebelum tarikh konvo. Balik rumah ghairah untuk bercuti lupa tarikh konvo adalah pada hari Sabtu sebaik cuti sekolah. Manalah mama/papa tidak marah. Sibuk berfacebook, jubah dalam beg tidak keluar terperap dalam biliknya. Bila malam ustazah telefon kenapa tidak hadir sebab jubah sewa itu perlu dikembalikan, baru mama tahu siangnya adalah hari konvo untuk Darjah Khas Sekolah Agama Negeri Johor. Keputusan memang cemerlang sebab dia dapat pangkat satu sama macam kakaknya juga tapi hairannya boleh dia lupa memberitahu mama/papa tarikh konvo. Pihak sekolah ada memberi surat ke rumah tetapi dinyatakan tarikh konvo akan diberitahu kelak, tetapi surat susulan tidak ada - terkilanlah juga mama/papa. Memang tidak ada nasiblah untuk Yasmien berkonvo.

~~ Sebab hendak simpan di dalam file sijil-sijil seperti kakaknya juga itu yang kami paksa dia bergambar sebelum pulangkan jubah tersebut.~~

67 comments:

Umialya said...

ralatnya.. yalah nak buat camnerkan, xder rezeki...

aby said...

Salam kz, betul tu. Tk mudah nk brgambar dlm brjubah. Gmbo tu jika di gntung kt dinding blh kekal brtahun2 smpai gmbonya lusuh.
Sedelok meneh exam ku mulo. Doa kay ben aku d kepenakkay njawab soalan.
Aduhh-!! wes tekan UM lali pulak enggo kopiah. Arek balik meneh memang sempet.. Biaso wae lah

Mizz Aiza said...

kasihannya yasmien.. tak ada rezeki nak berkonvo bersama teman-tman lain.. nasib baik ustazah ingatkan, ada juga rezeki untuk bergambar walaupun di dalam rumah.. kakak tak sempat bawa bergambar di studio ke?

Unknown said...

alahaiii.. memang betol2 xde rezeki lah tuh.. takpe.. nanti2 mesti ade lagi konvo.. InsyaAllah~

AtieYusof said...

salam Kak..
takde rezeki nak konvo lg kot tu yg terlupa..hehe..
takpe nti masuk U boleh konvo sekali lg...:)

makchaq said...

Siannya... Tak ada rezeki la nampaknya tu... apa2 pun tahniah dari makchaq atas kejayaan cemerlang yasmien tu.. dengarnya bukan senang dan bukan calang2 pelajar boleh dapat pangkat 1 darjah khas tu kan...

Kat sekolah semua terkonkong, bila kat rumah itulah masa nak tengok fb, main game dan relax2 baca buku cerita... tu yg asyik sangat tu

Umm AA said...

Salam kakak..
Kat sekolah yasmin jer kan ader konvo bf sekolah menengah yer? mesti sedih kan result cemerlang tak dpt konvo lak sbb terlupa..apapun inshaallah ade lagi peluang dimasa hadapan...

Sura Mohd said...

tahniah buat anak kakzakie..In Shaa Allah lain kali mesti dia x lupa lg..:)

Kakzakie Purvit said...

@ umi alya : itu yg dikata tak ada rezeki

@ aby: Wa'alaikumsalam. Kakak taklah gantung gambar di dinding tapi simpan dlm fail sijil-sijil anugerah yg dia dapat

@ Mizz Aiza: Sebab jubah tu sewa memang ustazah terpaksa call suruh pulang - kementerian punya

@ Nafiraa: Nak kata apa kan

@ Atie Yusof: Wa'alaikumsalam. Tunggu masuk U kekak insya-allah

@ makchaq: tapi masa tu kakak memang marah makchaq sebab satu daerah punya celebration utk sekolah-sekolah agama

@ ummuaidan: Wa'alaikumsalam. Peperiksaan Darjah Khas Agama ini adalah utk sekolah agama ummu bukan sekolah kebangsaan. Sebab itu muridnya ada yg ada sudah 17 tahun, tapi dua-dua anak kakak berjaya ketika usia mereka 13 tahun. Selepas Darjah Khas ini duduk utk exam 4 thanawi utk melayakkan ke Mesir,Jordan atau mana-mana institusi pengajian. Anak kakak tapi sekolah kebangsaan aliran agama tak perlu - biar mereka cari jalan utk kerjaya mereka sendiri kelak..

ummiross said...

Tahniah buat Yasmien, tahniah buat Kakzakie dan suami juga yang berjaya mendorong anak-anak mencapai kecemerlangan.
Ralat juga tak dapat konvo kan, takpe, insyaAllah tunggu konvo U nanti, entah2 ke Jordan Kakzakie masa tu.

Deq's Qienz said...

assalam kak sian dia xpalah xder rezeki..tgu konvo kt u..compom masuk u nih..

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

Berkonvo dlm rumah pun jadilah..
huhu..mcm mana blh terlupa tu..?

apepun, Tahniah utk Yasmin atas kecemerlangan..
Mesti Mama/Papa Bangga dgn kejayaan Yasmin..
Dan semoga terus maju dlm pelajaran..

mala said...

alahai sayangnya tapi apa2 pun tahniah.

NoEn said...

alahai...boleh pula dia lupa..tp xpe nnti convo masa amik degree pulak ye

sitirohaida said...

kesiannya dia,mesti dia keceawakan..xpe2 nanti ada lagi..tunggu je..

ANIM said...

1st of all, tahniah buat yasmien. dah boleh jadi ustazah dah ni. 2ndgelihati pun ada baca kisah yasmien ni kak..selalunya kita yg tua ni selalu terlupa. kenangan buat yasmien, len kali insyaAllah tak lupa.

p/s kawan saya dulu nak menikah lupa bw I/C kak. dah depan jurunikah. nasib baiklah bakal pak mertua kenal baik dengan jurunikah..alhamdulillah, dapatlah teruskan majlis, huhu..

Kayu Manis said...

tahniah utk kakak dan anak kakak tu...tak pe kak tak ada rezeki utk tgok dia naik kepentas berjubah...

byk lagi nti anugerah yg memerlukan dia berjubah..

mcm adibah tak suka juga utk memasukan kisah dia dlm blog..malu ma...

Unknown said...

laaa..cemane boleh terlupa ni..sayang betul kak zakie..dah la dapat result elok..huhu..takde rezeki..

tapi pasti ade hikmah..:)

QasehnyaRania said...

as-salam
suka duduk johor sbb ada sekolah agama khas untuk anak2 dari umur 5 tahun.
teringin saya dulu kak. tp apakan daya bukan rezeki saya di jb.

nawaitu saya dulu kalau saya dapat ank di jb nak je anto dorang berskolah di skolah agama tu.

*thanks kak. alhamdulillah kalau loading ok :)

ieja amieja said...

assalam..x de rezki la tu kak..x pe masih ada masa lagi utk konvo yg lbh besar menanti..in sha Allah..tahniah!!

ariana said...

Assalam kak,
Ralat jg kan..tp x pe lah..ada majlis konvo yg lebih besar lg nanti..ttgu di puncak menara gading pulak..in sya Allah.

Puan Kutu said...

lor macam mana boleh lupa tarikh.ini namanya takde rezeki.takpe la ada juga gambar dengan jubah..

tringat kisah sy masa konvo dulu.kamera sendiri rosak,harapkan kamera kawan.yg lg sedih gambar yg ditngkap pihak universiti pun sy takde sebagai kenangan.ada kisahnya.klu dikrang boleh buat satu entri...:)

Kakzakie Purvit said...

@ Sura Mohd: Nak tunggu konvo lagi memang lama lagilah

@ Ummiross: Amin... moga impian itu terlaksana

@ Deq's Qienz: itulah kena tunggu lama lagi

@ ♥ Cmª shIemª ♥: itu yg kami semua ketawa Cma konvo dlm rumah hihi..

@ mala: dah tak boleh kata apalah mala

@ NoEn: betullah nak tunggu lama lagi

@ Siti Rohaida Yusof: dia bukan kisah sangat pun walaupun dah nak masuk 14 tahun

@ ANIM: Belum boleh Anim sebab tak ada 4 Thanawi. Cuma sebab dia sekolah aliran agama tak perlu 4 Thanwi teruskan aje sekolah aliran agama sekarang

Unknown said...

salam kak..
alahai sayang sungguh la..camner leh lupa ni yasmien??hihi
anyway tahniah tau,janji result cemerlang pon dah cukup happy kan kak??..
takpe la,xde rezeki kali ni..next time yer mama..

Kakzakie Purvit said...

@ Knor: macam-macamlah anak dara kakak ni Nor.

@ mama_kaOri: Kakak pun tak tahulah kenapa dia boleh lupa

@ QasehnyaRania: Johor meamng ada sekolah agama Ciksu

@ ieja amieja: betul semua ini Allah dah plan

@ ariana: yelah... kena tunggu yg lebih besar

@ Puan Kutu: setiap org pasti ada kenangan dan ini jadi kenangan anak kakaklah Murni

Kakzakie Purvit said...

@ Zee Suhaini: Memang tak ada rezekilah Zee

Munn Jaafar said...

adoi laaa...syg nya...kalau sy mesti kena bebel gila2 ngn ayah..hahaahha

Ruse Sulaiman said...

Tak sempat pergi kedai gambar ke kak. Kalau tak boleh bergambar satu famili. Apa pun tahniah sebab cemerlang dlm pelajaran.

Mat Gebu said...

Tahniah dari che mat....

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Tahniah buat kakzakie sekeluarga..takpa kan terlupa dan dah lepas..insyaAllah ada hikmahNya di situ yg kita tak tahu.

ajax85 said...

nanti blh lah konvoi ye..hehhe

kurus said...

anak akak ni pemalu ikut sape lah ye ;)

tahniah dah berkonvoo pasti lega didalam hati ;)

miss yatie said...

ala haiii..mcm mana boleh lupa ni, majlis penting tu...

PeRdU cINta said...

assalammualaikum kak..anak akak ni lowprofile..besederhana saja,,bestnya darjah khas sekolah agama ada konvo..ermm dulu saya tk ada la..hihihihi..ambil keputusan jumpa guru besar je..cikgu ucap tahniah..pun hati dah berbunga bunga.. *,*

apdm said...

Salam,
Hehe. Boleh terlupa tu, pelik nye.. Heheh... Dapat lah merasa juga pakai jubah kan :)

Nik said...

alahai sygnya. sian dia. tak apa la. tak ada rezeki kan

Nastyna said...

Dalam umah pun jadi la, ada jugak gambar untuk kenangan, ni esok2 kalau igat balik kejadian lupa lagu ni, confirm gelak seisi keluarga.

Aisy Nasiha said...

Alahai, sayangnya... Tapi benda dah nak jadikan, tak dapat nak kata apalah... Ada hikmahnya lah tu. Yasmien tahniah sebab dpat keputusan yang baik... Teruskan usaha yang baik tau....

Nur-nba said...

La hai.. sayangnya... Takde rezeki dia berkonvo.. Apa2 pun tahniah buat Yasmien kerana dapat memperoleh keputusan yang cemerlang.. Next time, tarikh2 penting suruh dia set dalam hp (reminder)..

nurbijen said...

Alahai, mmg terkilan la kalu lagu tu... tapi nak buat macam mana, dah takde rezeki yasmin nak berkonvo atas pentas...
Apa apa pun, congrats to her :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak zakie...Alahai ruginya la,klu tak ada gak gambar2 sekitar konvo trpapar kat blog ni sebagai kenangan.Takpe la..bergambar kat rumah pon..ok gak :)

Acik Erna said...

assalam kakzakie..ada juga kenangan Yasmien

Unknown said...

aloh ciannye..nyway tahniah ye dik..xde rezeki kan..t usaha lagi konvo kat U plak ye sayang..

Bunda_nora said...

assalam,
alahai takder rezki, memang terkilan kan..takper panjang umur lain kali ada lagi..InsyaAllah..

cikguNae said...

macamana boleh terlupa ni... ralit & seronok bercuti dengan keluarga la tu...
Tapi, saya ada seorang sepupu yang terlupa pendaftarannya di UPSI tahun lepas. Dah siap beli semua peralatan... bila sedar tarikh dah seminggu berlalu. Rasa hairan dan lucu... satu keluarga terlupa... :-)

YATZAKIE said...

ralit jg kan kak..xpela,blm rezeki lg..nanti konvo kat u plak =)

Azian Elias said...

laaa..sampai lup aye ke.. kalau kat johor ni kan ah boleh mengajar kan kak.. i still remember my sisters yg dua tu lulus peksa ni.. i pun ah tak ingat dah.. but salute style sekolah agama di Johor..

Kakzakie Purvit said...

@ Munnafendy: Kakak dgn abang pun membebel Munn - geram

@ Ummi Iman: Memang tak sempat sebab esok paginya abang terus bawa pulang ke sekolahnya

@ Mat Gebu: Terima kasih

@ Werdah: Wa'alaikumsalam Kak werdah. Itulah tak tahu apa hikmahnya

@ man: hihi..

@ ieda immi: Tak sempat pun ieda

@ KY: tak tahulah KY

@ Perdu Cinta: Dulu masa kakak pun tak ada. Sekarang dah lain

@ Syira Qahira: Tak tahulah Syira. Benda dah terjadi pun

@ nik ros: Nasib dialah nik

@ nastyna: Itu yg kami semua gelak Nas

@ Aisy nasiha: Kalau ikutkan urutan sekolah agama di negeri Johor ini dikira yg tertinggi sebab selepas itu dah tak ada lagi Aisy

@ Nur_nba: Jumaat kan baru balik, konvo tu patut esoknya tak sempat pun dia tulis di whiteboard Nur

@ nurbijen: Itulah Nur.. tak boleh kata apa dah

@ azatie sayang: Ini yg diakta tak ada rezeki atie

@ Acik Erna: Kenangan dlm rumah ajelah Acik

@ Norzila Zakaraia: Nampak macam itulah Zila

@ BUNDA akak KN: Insya-Allah, mudah-mudahan

@ cikguNae: Masalahnya hari itu kami semua tak tahu dia sorang je yg tahu tarikhnya

@ YATZAKIE: Sebab Jumaat baru balik patutu konvo Sabtu itu yg lupa Yat

@ Azian Elias: Sekarang ramai yg dah celik dan ambil berat tentang sekolah agama Yan itu yg kakak nampak..

BinMuhammad said...

Tak pelah...xde rezeki. Ada juga gambar berjubah buat kenangan. Bila dia dah ada anak kemudian hari, pasti menjadi pengajaran.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alahai kesian nyer...x pe la x ada rezeki gayanya tapi mungkin ada juga di lain kali...;)

ciK LyndaWawa said...

tahniah..=]

Anonymous said...

utglah ada konvo . zmn saya dulu x der pun ... huhuhuuuu

kakrose said...

teringat zaman sekolah agama dijohor, klau tak lulus tak bleh naik kelas. tahniah buat anak kakzakie..lenkali ada rezeki tu..

adianiez AIDA said...

takpe. rezeki bergambar konvo di lain kali in shaa Allah.... tahniah utk keputusan yg cemerlang...

OKje said...

Yasmin ni tingkatan berapa kanda?

Dahsyat darjah khas sekarangkan kanda.... Siap ada konvo dan jubah bagai, zaman kita dulu tak dekan....dapat sijil je hehe....ke sebab dinda tak dpt pangkat satu...

Kakzakie Purvit said...

@ Bin Muhammad: Kakak pun kata begitu pada dia BM

@ Mas Zull: Insya-Allah kalau ada peluang akan datang

@ Cik Lyndawawa: Terima kasih

@ harumanvee: Zaman kakak pun tak ada tapi anak-anak saudara kakak dah ada dah

@ Kak Yon: Betul sampai sekarang sama kalau tak lulus tak naik kelas

@ adianiez AIDA: Amin.. begitualh hendaknya

@ hainom OKje: Tingkatan 2 sekarang. Periksa SDKAnya tahun lepas masa dia tingkatan satu. Anak kakak semua sekolah agama darjah satu sekolah kebangsaan pun darjah satu. Sebab itu bila tingkatan satu dah periksa SDKA.

Cikda said...

tahniah ye kakak.. hahaha.. walaupun tak sempat naik pentas tapi rasanya posing kat rumah lagi bermakna.. cikda teringat dulu tiap kali ustaz darjah khas bgtau esok periksa cikda terlupa nak datang sekolah..hehhehe.. sampai ustaz pergi kedai bak cikda bgtau...adehhh

aizamia3 said...

memula ingatkan tak dapat hadir konvo sebab tak sihat.. rupa-rupanya sebab terlupa.. :(
apa-apapun tahniah dengan keputusan cemerlang ye Yasmien.. ;)

Cik Rose said...

Alahai..sayangnya kak.. macam mana boleh terlupa.. tak pe kak. tak ada rezeki kan..

cemerlang anak-anak akak :)

emarieys said...

tak apalah kak...kiranya tak ada rezeki..InsyaALLAH rezeki akan datang lagi untuk berkonvo..

are_lin@yu said...

ksian kakak xdpt konvo ya..huhu..xpala kan nk wt cmna xdarzki tu..huhu

Masya said...

lah hai.. sabar jerlah.. mmg betul² lupa ke hapa ni, ke.. mmg xnak amik sebenarnya.... mesti terkilan sgtkan..

Mila@Rimbun said...

alahai... tak pe insyaallah nanti nanti konvo kat universiti plak yerr...

Anonymous said...

hehehe mcm2 anak2 ni kan !

Unknown said...

alahaiii.. boleh terlupa pulak.. tp xpela.. at least ada la kenangan kan.. bergmbr mcm ni... malu2 kucing ye dia bergmbr..

amirah said...

alahai sayangnya. tapi apa nak buat memang dah takde rezekila tu kak

Rosmawani♥ said...

Ala kak... Xpe xde rezeki..mungkin ada hikmah kak.. Tahniah :)