Tuesday, June 25, 2013

Tidak semestinya yang baik itu baik dan yang tidak baik itu tak baik

Mari kita rehatkan minda seketika membawa cerita rekaan semata-mata...

Kehidupan pakcik itu sebagai keluarga miskin hanya mempunyai seorang anak lelaki. Harta yang ada hanya seekor kuda. Kuda pula kerana kelaparan entah bagaimana boleh mencari makanan hingga ke dalam hutan dan akibatnya tidak bertemu jalan keluar untuk pulang.

Orang kampung: Kesian kami melihat tuan hamba satu-satunya kuda yang ada pun sudah hilang entah ke mana.
Pakcik: Tak semestinya yang tak baik itu tak baik dan yang baik itu baik

Maha pengasih Allah kuda pakcik itu mendapat pertolongan kuda-kuda hutan untuk kembali kepangkuan tuannya. Bererti baliknya kuda tersebut bersama membawa segerombolan kuda. Maka bertambahlah jumlah kuda pakcik tersebut. Rezeki!!

Orang kampung: Beruntunglah tuan hamba kini kuda telah bertambah banyak. Murah rezeki.
Pakcik: Tak semestinya yang baik itu baik dan yang tak baik itu tak baik.

Oleh kerana kuda-kuda hutan banyak maka tugas untuk menjinakkan kuda diberikan kepada satu-satunya anak yang dia ada. Kerja menjinakkan kuda bukanlah satu tugasan yang mudah hinggalah satu hari anak lelakinya telah diterajang kuda liar tersebut. Akibatnya anak itu menjadi OKU.

Orang kampung: Kesian anak lelaki tuan hamba kini cacat disebabkan kuda tersebut.
Pakcik: Tak semestinya yang tak baik itu tak baik dan yang baik itu baik.

Suatu hari kampung jiran sebelah akan diserang. Ketua kampung meminta semua pemuda kampung membantu kampung jiran tersebut untuk turut serta ke medan perang. Oleh kerana anak pakcik tersebut OKU maka hanya dialah satu-satunya pemuda yang tidak perlu pergi ke medan perang.

Orang kampung: Untung juga jadi pemuda OKU tidak perlu pergi ke medan perang
Pakcik: Tak semestinya yang baik itu baik dan yang tak baik itu tak baik.

Kesan dari peperangan tersebut mereka kalah. Kesemua pemuda yang pergi ke medan peperangan telah terkorban. Akibatnya tidak ada pemuda lagi selain anak pakcik yang OKU tersebut. Ramai anak-anak gadis kampung berebut-rebut untuk menjadi isteri kepada pemuda OKU sebab bimbang menjadi andartu (ini cerita dongeng ye..)  sebab sudah tidak ada pemuda lagi di kampung jiran dan kampung tersebut.

Orang kampung: Bahagialah walau dia OKU tetapi mempunyai ramai isteri yang cantik-cantik belaka
Pakcik: Tak semestinya yang baik itu baik dan yang tak baik itu tak baik.

Aku hentikan di sini untuk memberi peluang kawan-kawan senyum seketika. Boleh sambung sendiri selepas mempunyai isteri ramai dan kuda pula banyak. Kisah tak semestinya yang baik itu baik dan yang tak baik itu tak baik boleh direka kita sendiri. Sambunglah kalau suka.

~~ Ironinya kenalah sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Allah dan redha atas apa juga ujian yang diberikan olehNya kerana hikmah disebalik kejadian tidak kita ketahui.~~



67 comments:

MOKCIK AZWA said...

Salam Kakzakie..moral of the story..bersyukur dengan apa yang kita ada dan sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana dia lebih mengetahui..

mesti pemuda itu tersenyum lebar menjadi rebutan. mungkin juga lepas itu pening kepala melayan karenah isteri yang ramai hahaha...

Puan Kutu said...

unutnglah jadi pemuda oku tu punya ramai isteri cantik.anak2 beliau mesti comel2.haha..

nk smbg tp kekeringan idea pg2 ni.tgh fikir apa nak masak ada tetamu nak dtg.sempat lg on9.hehe..

Fiza Rahman said...

Sambil baca sambil senyum. Kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Redha dgn ujian dariNYA, mungkin boleh diterima. Tapi nak redha atas perbuatan org pada kita, amat lah payah kak...sgt payah.

Tak der idea lah kak nak sambung. Otak dah penuh dgn jerebu...hehehe...tekak pon dah mula rasa perit nih...huhuhu...

dhiera zainudin said...

senyum juga membaca ye.
tak semestinya yang baik itu baik dan yang tak baik itu tak baik. Bersyukur, syukur. syukur. Alhamdulillah~

paridah said...

sama2 renung2 n fikir2kan...

Umm AA said...

pandai kakak mengarang cerita dongeng nie..
tersenyum bila dah sampai part last tuh..pakcik nampaknya redha dan selalu berpikiran positif sbb itulah sll mendapat pengakhiran yg baik...

Mila@Rimbun said...

yang penting kita telahpun berusahakan.. selebihnya Allah jualah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

faraherda.razalan said...

Dlm2 motivasi, bt sy tergelak sendiri jugak kak. Suka cite ni kak. Heheheheh....

Ujie Othman said...

Mcm penah dgr citer ni..mmg bagus sbb mudah kita serap pengajarannya.
Tapi part yg berebut nk kawin dgn pemuda OKU tu blm penah dgrlah..pandai akak tambah. :D

Fazleyatul Aini said...

ya btol tu bersyukurlah =)

Unknown said...

cerita yang ada pengajaran..
bersyukur dengan apa yang kita ada..

nanti akak sambung lagi yer..cam best plak baca..hihi

Nini D.. said...

btol kak...kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada..serius best cerita nih..saya suka!

Qhaifa Nur said...

pakcik tu terlalu rendah diri...begitu juga dengan kata-katanya...
jika kita berbuat baik pasti ada balasanya...
sentiasa bersyukur...

Uncle said...

banyak maknanya.....syukur walaupun tak lengkap!

Kakcik Seroja said...

Setiap kejadian, ada buruk baiknya. :)

musang said...

isteri ramai, kuda banyak...bolehkah pemuda oku itu menjalankan tanggungjawabnya....

Kayu Manis said...

DUNIA KAK, ADA BAHAGIAN DERITA ADA BAHAGIAN BAHAGIA SEMUA TAK HAKIKI KAN..

ALHAMDULILLAH

Cikda said...

semua kejadian ada hikmah disebaliknya..kita je tak tahu..

Anonymous said...

Kalau kita menghargai apa yang ada, InsyaAllah taklah kita rasa kecewa dengan hidup

Eye_nee said...

cerita dogeng tp penuh isi pengajaran...semoga setiap perkara yg baik kita perolehi menjadikan kita tidak lupa dan terleka.. ianya terkdg boleh menjadi tidak baik pula dan perkara tidak baik terjadi kepada kita terkdg membolehkan kita menerima yg lebih baik kemudianya..ALLAH ITU MAHA SEGALANYA kan kak...

ummiross said...

Kakzakie..kreatif cara cerita ini diolah, dalam tersenyum terfikir pula apa akan terjadi seterusnya, baik dan buruk silih berganti.
Perjalanan hidup kita pun macam tu juga kan, kena banyak bersyukur dan redha, baru tenang menjalani kehidupan.

Mizz Aiza said...

moralnya, bersyukurlah dengan apa yang Allah swt berikan kepada kita.. kadang kala kita merasakan betapa malangnya/untungnya diri kita, sedangkan ada hikmah yang Allah berikan kepada kita di atas musibah/kesenangan itu.. setiap perkara yang terjadi ada pro dan kontranya.. terimalah qada dan qadar dengan hati yang senang..

asyifamustaffa said...

aduh kak....lama x mengarang....tulisan kat blog pun caca marba...otak tepu dah nak menyambung karangan....hahaha...! ALASAN!!!

syukur dgn apa yg ada kan....segala yg terjadi tu..ada hikmahnya....:-)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

setiap yang berlaku pasti ada rahsia di sebaliknya.. saya nak share ni dalam fb wall sy, thanx, Kakzakie :))))

Unknown said...

cerita ada isi...syukurlah

amirah said...

"disebabkan kahwin ramai isteri anak-anak pemuda OKU itu pula tersangat ramai sangat sehinggakan mereka hidup dalam kemiskinan"

tapi tidak semestinya yang baik itu baik dan yang tidak baik itu tidak baik sebab lepas tu semua cucu pakcik tu kerja doktor! hehehe...

tergelak amie baca cerita ni kak. moral disbalik cerita yg penting tu...redha dan bersyukur sentiasa..insyaAllah

BinMuhammad said...

pakcik :tidak semestinya yang baik itu baik dan yang tidak baik itu tidak baik...

BM : Yang baik itu pasti di balas baik dan yang tak baik itu pasti di balas tidak baik...

eiela said...

dalam maksud tidak semestinya yang baik itu baik dan yang tidak baik itu tidak baik tuh. kadang-kadang itu yg berlaku pada kita. pasrah shj la nampaknya.

Anonymous said...

suka baca n3 akak yang ini !

aby said...

Salam kz, apa yg brlaku sume atas qada dan qadar allah swt jua

Acik Erna said...

assalam kakzakie..yang utamanya bersyukur..

Acik Erna said...

assalam kakzakie..yang utamanya bersyukur..

Yaya Azura said...

salam kak..
kena bersyukur dan positif sentiasa kan..yg berlaku ada hikmahnya

Deq's Qienz said...

betul kak..setuju ;)

Dr K said...

hahahaha..part " takut jadi andartu" tu yang lawak!

Nisah Idham said...

Salam KAkak..
setuju dengan ironi tersebut.

bersyukur, janga bersangka buruk. sentiasa ingat Allah menarik dan memberi apa yang kita perlu walau bukan yang kita mahu, tetapi disitulah bahagia terletak (^_~)

HeNRieTTa JoSe said...

akhirnya byk kuda byk isteri nnti ada anak2....bahagia hidup sekeluarga...hehehe....rietta suka moral of the story....bersyukurlah dengan apa yang ada...

NM02 said...

dari takde biarlah ade...







eh... fenin! hehehe

OKje said...

Betul kata pakcik tu kanda .... Setiap peristiwa, samada baik atau buruk tetap mengandungi hikmah yang tidak dapat dicapai dek akal manusia, hanya Allah yg maha mengetahui disebaliknya....
Namanya pun manusiakankan...kanda

Unknown said...

ringkas je jawapan pakcik tu..tp sgt bermakna dan mendlm maksudnya..apapun kenalah bersyukur..smuanya dah diaturkan Allah dgn baik.. Dia yg maha mengetahui...

mama maman aka yana said...

pengajaran dr cerita nih bagus la kak.. atleast buat sy berfikir.. setiap dugaan dan cabaran itu ada hikmahnya sendiri.. sabar yg paling penting.. huhu.. insyaallah

Nastyna said...

Syukur dengan apa yang ada, dan setiap kejadian ada hikmahnya. Gitew... mmg sempoi la citer ni.

aizamia3 said...

pakcik tu sentiasa merendah diri dan tidak alpa dengan kelebihan/kesenangan yang dimiliki.

Unknown said...

bersyukur dengan ape yang ada.
jadikan nasihat orang tu sebagai pengajaran

Unknown said...

hehe..memang membaca sambil tersenyum kak zakie..pandai kak zakie mereka cerita..tapi dalam duk mereka cerita tu ade jugak moralnya..

membuatkan kita lebih menghargai apa yang kita miliki sekarang..
bersyukur dgn apa yang ada tapi tak pernah berhenti utk berusaha ke arah yg lebih baik..;)

Unknown said...

hehehehe.. gelak jer baca citer akak nih.. moralnye.. kena sentiasa bersyukur kan~~

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

hehe...kemainkan pemuda oku siap perempuan berebut nakkan dier

Myra Jay said...

Apapun kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki kan kak..

Ada pengajaran terselindung dari cerit ani

uncle gedek said...

saya kurang pasti... adakah ini cerita motivasi?

atau cerita pemangkin untuk beristeri cantik-cantik..?

haha!

Ratu Hatiku said...

Bagus cerita yg kakak kongsikan nie...
Bersykur dengan apa yg ada..

Unknown said...

akak penglipur lara...penat baca dari awal tau..tetiba suh sambung sendiri...sbnrnya bersyukurla dgn ape yg kita miliki kan..nak lebih usahala lebih...

~::Chenta::~ said...

kak ..
poning den ...
jawapan ea 1 yo ...
kalu den asik jawab tu kan kak ..
osah ea kwan2 ni membongang ngan den ..

* yang baik itu datangnya dari DIA.. *

Tie HT said...

sebenarnya yang tak baik tu datang dari diri kita sendiri dari tangan kita sendiri..nice sharing kakak :)

Anonymous said...

Allah sendiri dah ingatkan hal mcm ni kan dlm Al-Baqarah ayat 216.. :)

LydSunshine said...

Senang je dialog pakcik tu. "Tak semestinya yang tak baik itu tak baik dan yang baik itu baik" dan tak semestinya yang baik itu baik dan yang tak baik itu tak baik.".

Apa-apa pun anak dia la yg untung. Apsal pompuan2 kat kampung tu tanak kawen dgn orang2 tua kat kampung tu. Yg pertengahan umur takkan takde. Hehe. Pakcik tu sendiri ke.

Ruse Sulaiman said...

Yg baik dr Allah, yg tak dr kita sendiri. Setiap ujian ada sebab. Tp lebih kpd kita mengingati kesalahan kita pd Allah. Ujian itu juga buat kita dekat kepadaNya. Apa pun moral yg baik utk difikirkan dari cerita ni.

s a r said...

assalamualaikum akak.

hee. boleh senyum di petang2 hari yang jerebu ni. heee.

betul kak kan. jangan pandang pada yang buruk. sebab setiap yang buruk Allah jadikan, mesti bersebab dan pastinya ada kebaikannya juga.

jangan pandang sebelah mata pada yang serba kurang kan.. :)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul la tu kan jgn pandang pd yg buruk dlm buruk2 tu pasti ada kebaikanya...;)

ANIM said...

rasanya ini cerita asal (diubah sikit ni) bukan cerita dongeng kak. ini adalah kisah dari pengubat jiwa yang saya baca dari sebuah kitab...ada hikmah daris etiap kejadian

p/s nanti bila dapat trace kitab tu, saya bagitau kakzakie no..

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah betul kak..yang baik tak semestinya baik,,yang tak baik tak semestinya tak baik..contoh..buah,,luar nampak elok..tapi dalam berulat..dan insan..kita ni biasanya nilai luaran,,bila comot tak nak kawan..padahal hati budinya sangat baik..

oleh itu nilai dengan mata hati yang berlandaskan iman..

Murni Alfathunnisa said...

assalam kakzakie,

rindu saya tak? haha..tiba-tiba datang menagih rindu. teruk betul saya ni! saya yang rindu dengan kawan2 blogger. mudah2an kakzakie sekeluarga sihat hendaknya.

cerita yang best...tersenyum sorang-sorang baca entry tu.

Unknown said...

Biasalah dalam kehidupan nih Allah bagi sikit, selepas tuh ada ketikanya Allah ambik balik sikit..

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya ini salah satu kisah yg boleh dijadikan pengajaran dari salah satu buku yg pernah kakak baca tetapi lupa pula asal-usul sanatnya. Sekadar membuka sedikit minda kita betapa kita kena betul-betul percaya pada qada' dan qadar Allah. Rukun iman kita sebagai umat Islam.

Terima kasih kepada semua:-

MOKCIK AZWA (macam-macam boleh terjadikan Azwa), Puan Kutu (walau dia OKU tapi pastinya anak-anak dia tak sebab dia bukan OKU asalnya), Fiza Rahman (itulah kita tak maksum Fiza tidak mudah mendidik hati yg di dalam kan), dhiera, paridah, ummuaidan (berkat 100% percaya pada qada' dan qadar Allah ummu), Mila@Rimbun, faraherda.razalan, :: Mrs.Eady ::, Ujie (kalau ada terbaca bukunya pasti pernah tahu), Fazleyatul Aini, Zee Suhaini, Nini D.., Qhaifa Nur, Uncle, Kakcik, redza, Knor (begitulah Nor), Cikda, Mak Long a.k.a Kunang-kunang (begitulah Kak Ani), Eye_nee, ummiross (sebagai manusia kita tak ada kemampuan andai tanpa redhaNya kan Ummi), Mizz Aiza, Asyifa Mustaffa, Seri Kandi Tanah Jauhar, izan mama mia, amirah (harap jgn miskinlah Amie, kesian anak-bininya hihi...), Bin Muhammad (kalau yg baik dibalas tak baik itu mungkin sebagai ujian), eiela, Kesuma Angsana, aby, Acik Erna, Yaya Azura, Deq's Qienz, Daddy Ziyyad (sesaja tu doc. penambah perisa cerita hihi...), Nisah Idham, HeNRieTTa JoSe (happy ending yg Rietta reka - bagus), NM02, hainom OKje (manusia yg sepenuhnya bergantung pada Allah), Deqla Manjew, mama maman aka yana, Nastyna, aizamia3, syuk shusuke, mama_ka0ri, Nafira usof, (Lizz) http://haslizalizz.com, Myra Jay, uncle gedek, Ratu Hatiku, Riedaffya ibrahim, ~::Chenta::~, Tihara, Cik Gee, LydSunshine (dah nama pun cerita org tua mestilah tak nak dia nak yg muda hihi...), Ummi Iman, s a r (kerana kita tak mampu tahu yg akan dtg), Mas Zull, ANIM (cerita lama tak ingat dah Anim), PeRdU cINta (jadikan sebagai renungan bersama), Murni Alfathunnisa (ohoho... dah habis exam ye dik)dan Papa Mifz (kerana kita sebenarnya tidak ada apa tanpa redha dariNya).

Buat semua teman kakak terima kasih sekali lagi:)

lelamaisara said...

renung2 dan selamat beramal...:)

Nora Karim said...

Setiap aturan Allah itu ada sebab musababnya... maka bersyukurlah atas segalanya...

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

huhu.. ade unsur lawak & cerita tersirat,,suka bca..
cma mintak izin nk kopi kat FB buleh kak? ;)

nhhas said...

Assalamualaikum wbt...
hehehee...kakzakie... kiter pun pernah baca citer ne... kelakar dan berpengajaran untuk difikirkan... gelak2 juga kan kak...