Tuesday, June 18, 2013

World Blood Donor Day - 2013

Mengikut hubby ke majlis anugerah dan makan malam di LC Sangkar Kristel. Majlis anjuran pihak Hospital Sultanah Aminah sebagai menghargai penganjur dan penderma darah yang aktif sepanjang tahun 2008-2013. Rata-rata yang pergi semuanya bos-bos, penderma darah dan kakitangan hospital. Syarikat hubby sering menganjurkan kempen derma darah itu yang dijemput sama. Aku dan adik menempel sama untuk menikmati upacara majlis malam itu. 

Zapin - Majlis dimulakan dengan persembahan anak-anak menari zapin. Adik walau malam itu sakit perut masih sempat menjeling sebab adik suka tarian-tarian seperti ini.
Hidangan - Sebahagian makanan terhidang. Aku malu untuk mengeluarkan kamera mengambil gambar setiap kali makanan keluar. Teman-teman meja kami ramai big-big bos.
Adik - Dalam pada sakit perut masih lagi boleh tersenyum menempel di sebelah papa. Adik tidak makan banyak malam itu sebab dia sakit perut sebaik balik dari sekolah agama.
Anugerah - Hubby menerima anugerah buat syarikat bukan untuk diri sebab hubby pun tidak layak untuk menderma darah. Jadi penganjur bolehlah. Tetapi aku tabik ada dua pakcik sudah berusia lebih 60 tahun telah menderma lebih 100 kali. Kedua mereka mendapat anugerah khas. Nampak keduanya amat sihat dan segak walau sudah bercucu.
Cenderahati - Setiap pengunjung diberi satu beg yang di dalamnya ada semua ini. Adik suka voucher McD sebab validity sehingga tahun depan. Boleh digunakan bila kakak-kakak balik
Sijil - Siap sudah berframe. Pasti akan digantung di pejabatnya.
Hadiah - Malam itu juga ada acara cabutan nombor bertuah. Nombor 098 memberi tuah kepada adik. Dapat tabung tajaan dari Public Bank.
~~ Motto "Give the Gift of Life" amat bersesuaian bila melihat slide yang dipertontonkan pada hadirin. Tersedar betapa setiap hari ramainya pesakit yang memerlukan darah.~~

73 comments:

Unknown said...

yup , 1 beg darah mampu selamatkan 3 orang pesakit. :D

Puan Kutu said...

sejujurny sy tak pernah derma darah..malu pun ada sbb mmg ramaikan yg memerlukan

Masya said...

TABUNG TU BANGUNAN MENARA PUBLIC BANK KEr??? bertuah adik dapat...

azi said...

Adik memang bertuah....Cik Azi, tak pernah dapat hadiah bila ada cabutan bertuah...:)

Kniedaz said...

saya sekali dulu nak derma darah tapi tak boleh waktu tu..lepas tu saya jadi seram sejuk nak derma..ingat nak derma juga ni

Unknown said...

salam kak..

zee tak pernah pun derma darah..dari dulu lagi ada masalah darah rendah,cepat sangat penat dan nak pitam..

Zaza Abdul Latif said...

tak pernah derma darah lagi..
Takutttt huhu

OKje said...

Ehhh Kanda, sebiji muka adik macam papa dia.... sejuk tu!
Hehe...kalau dinda pun malu jugak nak ambik gambar kalau cenggitu punya orang duk sebelah...
Dah namanya duk Johorkan kanda, zapin memang tak tinggal punya....itu yg adik suka tu kanda sebab budak kecik jugak yg menari!






makchaq said...

Makchaq derma darah bila ada kempen kat pejabat ja.. nak pi hospital sendiri malas..

Tak pa la.. tak derma anjurkan pun dah dapat pahala dan ganjaran... Adik dah makin cantik..sweet suka makchaq tengok...

Pn.bayu said...

cantik bunga kat kepala adik...hehehhe

miss yatie said...

KY pun belum pernah derma lagi, tapi Alhamdulillah..semua berjalan lancar, tahniah ye dik dapat tabung, simpan duit banyak2 kat dlm tu heee

Cikda said...

amboi.. kan main lagi adik bunga kembang tepi tinga..

cikda memang tak lepas nak derma darah dari dulu lagi.. tak cukup berat..

Acik Erna said...

assallam kakzakie..tahniah adik dapat tabung..makin rajin la adik menabung

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..
Alhamdulillah..
Menjadi salah 1 org terpenting dlm penganjuran kempen2 mcm ni mesti besar t/jwbnya..
Tahniah bt en hubby akak n the company!
Comel adik dgn munge di tudung tu.. :)

Deq's Qienz said...

sedapnya tgk apam kodot tuh..nk order kt kawan tp dia xnak buat..huhuu

Izan Ishak said...

segan rasanya sbb izan pun tak pernah derma darah seumur hidup ni... kalau difikir2kan, mmg ramai sgt org2 yg perlukan darah di luar sana atas berbagai2 sebab.

Unknown said...

bertuahnya adik dapat cabutan bertuah..:)

lia said...

pernah derma darah dulu... sekarang xbole sbb bersambung2 breastfeed anak2...

Ratu Hatiku said...

teringin nak derma darah tp belum berkesempatan lagi nak buat sebab..
Wah...cantik tabung yg adik dpt tu.. :)

Unknown said...

saya pun tak layak jadi penderma kak.. berat sikit sangat..hehe..

tahniah kat adik..!

Umm AA said...

Alhamdulillah adik bertuah tul..dlm sakit2 tuh pun dpt cabutan..

Bab derma2 darah nie en.Abuaidan yg suka..tiap2tahun dia kalo dapat nak menderma...:)

Nini D.. said...

Nini lamaaaa dah sgt tak pegi donate blood..dulu sblm kawen ragin sgt pegi tapi lepas kawen tak dapat approval dari bos...nini lupa apa ke alasan yg dia bagi tapi ada bersangkutan dgn kesihatan nini jgk.

faraherda.razalan said...

Sy suke derma darah. Tp berpeluang sekali je. Mana nak cari g ni eh?

are_lin@yu said...

bgs yg rjin derma drh kan..byk phla dorang..;-)

Unknown said...

As salam Kak Zakie,

Tgk aluk tu buat saya lapar...lama dah tak makan lauk kenduri mcm ni... eh, kira kenduri lah ni kan...hikhik... Marya pun tak pernah derma darah sb saya kurang darah...tp pernah terfikir utk donate organ satu hari nnt... errr... maybe tunggu saya dah takde kot...

Take care kak :))

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

cute adik comel bunga pink ditudung...

waa kagum jugak ngan pak cik tu lebih 100 kali menderma...bagusnyer...saya yang sekali ni pun macam takut-takut..

yan's cottage said...

amalan menderma darah nie....bagus untuk kesihatan & orang yg memerlukan....

Anonymous said...

derma darah tu seronok la...

saya ada gak derma 2 3 kali sebab dah tua-tua baru pandai menderma...

hehe.

cheqna said...

cheqna x pernah derma darah
huhuhu

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..derma darah pun salah satu amal jariah kita kan kak..sangat bernilai dan bermakna..suami saya pun kerap juga derma darah..besar ganjaran pahalanya..amin..cumil bunga kat kepala adik tu..boleh acik pinjam..heheheh *,~

Mizz Aiza said...

dah lama aiza tak menderma darah sebab kesihatan tak mengizinkan untuk aiza menderma.. betul tu kakak, darah yang kita dermakan tu mampu menyelamatkan nyawa insan lain..

aizamia3 said...

dah lama tak derma darah.. tapi bila dapat peluang memang takkan lepaskan.. ;)

sitirohaida said...

xpernah derma darah..sedih kerana xdibenarkan menderma kerana berpenyakit..hehehe...dlu pun mintak darah orang...:)

ummiross said...

Kakzakie, ummi kan suka sangat tarian zapin Johor ni, terutama bila budak2 yang menari, rentak zapin ni bestlah.

Besar pahalanya kalau dapat menderma darah ni, derma yang berkait rapat dengan nyawa seseorang, moga Allah memberkati mereka semua.

Waa tahniah adik, murah rezeki, selamat menabung lagi ye adik!.

AtieYusof said...

Bertuah adik dapat hadiah tabung tu..cantik je..pernah derma darah masa zaman2 anak dara dulu..:)

ewanthology said...

timbul juga keinginan nak derma darah ni...

lieyalatif said...

alhamdulillah...moga pahala berlipat ganda tuk mereka2 yg rajin menderma darah.....dlm family lieya plak kak, abah lieya rajin derma darah....sgt2 rajin...penuh selalu buku derma darah die.....

cantik adik kak..kemain besar bunga atas kepala....hehehehe

bagus ade aktiviti mcm ni kan kak....penderma2 tegar rase dihargai dan dpt berkongsi pengalaman ngan kawan2 lain....

Kayu Manis said...

dulu knor ada juga menderma darah..masa berkerja..

baguskan..dah warga emas byk darah lagi..heheh..gurau kak..anak2 muda turun le cpt..

Anonymous said...

pernah derma darah dulu2 lah..

Cho Zila said...

tak pernah derma darahpun.. teruk betoi.. dulu orang kata kalau derma darah gemuk.. padahal tak mendermapun gemuk gak...

Unknown said...

wahh meriah majlisnya... comel jek bebudak menari zapin... adik comel jugak.. =)

aanie said...

kakak, sy pun suka zapin....

dah 100x derma darah? sy baru sekali..itupun dah macam nak pitam lepas derma...haha....

Hudalatip said...

Saya pun tak pernah derma darah sebab tak layak..Katanya berat tak cukup..Tapi suami saya biasa derma darah. Amboi adik bergaya dengan bunga atas kepala, cantik.

wahida said...

suami saya dulu rajin derma darah...tapi bila dia disahkan ada talasemia minor, dia tak derma dah...huhu...

JunAina said...

Aina sekali ja pernah derma tu pun baru2 ni, selama ni cam takut tp sekali derma rasa cm nak derma lagi je.

nOe suhaimi said...

hari ni kat office noe ada kempen derma sarah...tapi noe tak dapat menderma sbb ada darah tinggi...sebelum kena darah tinggi dulu...selalu derma..rasanya adala dalam 6/7 kali..

nuyui a.k.a miss YUI said...

ayah yui pun suka derma darah..yui ni bru brape kali..huhuh

haryati said...

comei adik dressing ye...

QasehnyaRania said...

saya tak pernah derma darah kak.
cik abe slalu gak.
abg ipar pon selalu gak

cantik la tabung tu

aizu's life said...

sy x pernah lg menderma.. sbb x lepas.. huhu.. beso bunge kat kepala adik.. :)

Unknown said...

saya teringin nak menderma darah tapi tak layak sebab sedang breastfeed..aritu kat tempat keje pon ade buat kempem derma darah..tapi tgk jela kawan2 derma darah..huhu..

anyway, tahniah dapat hadiah cabutan bertuah..suka la goodies dia..mcm2 ada..

Qhaifa Nur said...

tak pernah derma darah..takutlah pula..
meriah juga malam tuh Kakzakie..
tahniah adik pulang bawa hadiah...

wawa syaida said...

tak pernag derma darah lagi...teman kawan pernah sekali...takut tang jarum tu huhu

Fiza Rahman said...

Tahniah buat hubby Akak dah buat adik.

Hazlin Nazri said...

saya tak pernah derma darah... tapi untungnya orang yg derma tu boleh produce darah baru.. hihi

Zaitun said...

Bertuah adik dapat hadiah...dulu hubby kak Zai pun selalu dapat kalau ada dinner dan sebagainya. Hadiah besar2 pulak tu hihihi...

Kak Zai belum pernah lagi menderma darah.

Julia Johari said...

Kak zakie...comel lah bunga ats kepala adik hehhehe geram tgk bunga sekuntum....umi Qi suka sgt zapin x tau kenapa...:)

BinMuhammad said...

Dah lama tak derma darah, darah saya jenis yang jarang penduduk Malaysia ada. Selain membantu, derma darah bagus...sebab ianya mencuci darah dan membina sel2 darah baru.

zulaikha megat said...

saya tak layak derma darah sebab selalu kekurangan darah..kakak jadi penderma tetap ker?

Rinna said...

Waah bertuah adik dpt cabutan bertuah yer.. dpt tabung leh laa simpan duit byk2 dlam tabung tuh.. :)

HeNRieTTa JoSe said...

byknye isi goodies bag tu....

no bertuah? rietta pown suka klu ada cabutan bertuah...

psss...hehehe...ada ibubapa yang tersalah pham...igtkan gred itu adalah markahnye...

Tie HT said...

kekadang kita segan kan nk snap pic dalam majlis keramaian ni, best menunya kak, alhamdulillah :)

kurus said...

alhamdulillah dan tahniah ...
akk , saya baru perasan saya baru sekali derma darah huhu

saya takuttt sebenarnya .. hhuhu

eelobor said...

masa kecik2 dulu kalau dapat hadiah tabung "celen" mesti seronok... tp tak pernah lak nak menabung....

zila norazila said...

Rezeki tu dpt tbung .sgkr kristal mknsn sedap2. Zila suka brbuka dsitu..

aReLaN said...

tak pernah berkesempatan derma darah kat malaysia ni. asyik kantoi je tak cukup tidur la, tak makan la pe sume.wuuuuu

Unknown said...

PM setakat nih baru pernah menderma sekali jer,itupun selepas dipaksa oleh wife...hehe

Unknown said...

Alhamdulillah, baik hati betul sipenderma2 tukan.Mama masih tak beranilah.

Nastyna said...

Adik very lucky la. So far saya tak pernah menderma darah, bukan tak nak... tak layak. Naik penimbang jer terus kena halau, tak cukup berat.

ellynadyra said...

X pernah derma darah sbb x layak

Kakzakie Purvit said...

Jujur seumur hidup kakak yg dah tua ini tak pernah lagi kakak menderma darah. Ambil darah untuk pemeriksaan itu pun kakak dah ngeri tak terkata. Jarum injection itupun kakak tengok macam dah nak terkencing rasa. Bersyukur pada mereka yg mampu memberi kehidupan pada org lain. Besar ganjarannya.

Terima kasih semuanya:-

syuk shusuke, Puan Kutu (samalah dgn kakak ni), Masya (tak tahulah kakak mungkin juga kot), azi (suka dia azi hadiah sakit perut malam itu), Kniedaz, Zee Suhaini, ZazaMyMoon, hainom OKje (dlm hati bimbang org kata tak pernah jumpa makanan agaknya hihi...), makchaq (at least makchaq ada berjasa, kakak tak pernah sekalipun), Pn.bayu (sebenarnya itu cekak rambut dia), KY (tabung adik banyak isi aje sikit hihi...), Cikda, Acik Erna (menabung rajin tapi tak penuh-penuh acik), ♥ Cmª shIemª ♥ (sykt abang memang tiap tahun buat Cma), Deq's Qienz (ala buat aje sendiri DQ), Izan Ishak, Nafira usof (itulah nasib dia baik malam itu Zura), lia, Ratu Hatiku, Rai Ourkizuna, ummuaidan (oh.. bagusnya dia ummu), Nini D.. (at least dah pernah rasa, kakak tak pernah Nini - takut), faraherda.razalan, are_lin@yu, Marya Yusof (moa niat baik Marya terlaksana kelak), (Lizz) http://haslizalizz.com, yan's cottage, Rapunzeel Cikilolo, cheqna, PeRdU cINta (kalau yg sihat dan bernai sebenarnya baik tapi kakak takut), Mizz Aiza, aizamia3 (oh.. kira dah pernah mendermalah kan... kakak tak), Siti Rohaida Yusof, ummiross (kalau buat memang dapat pahala tapi kakak ni jenis takutlah ummiross), aTieYusof Family, the malay male, lieyalatif (memang itulah motif pihak HSA buat), Knor Kesuma Angsana, Cho Zila, Deqla Manjew, aanie (takut kan aanie), Nurulhuda Abdul Latip, wahida (tapi dah pernah buat itu dah bersyukur), JunAina, n O e s u h a i m i (eh... kira dah banyak kali tu Noe), nuyui a.k.a miss YUI, Haryati Faizal, QasehnyaRania, aizu's life, mama_ka0ri, Qhaifa Nur, wawa syaida, Fiza Rahman, hazlin nazri, Zaitun, With Julia, Bin Muhammad, zulaikha megat, Rinna, HeNRieTTa JoSe, Tihara, ieda immi, eelobor, zila norazila, aReLaN, Papa Mifz, ,Juhariah Johari (samalah kakak pun takut), Nastyna (tak layak lain tapi mcam kakak ni takut Nas) dan elly nadyra.

Beruntung mereka yg pernah menderma kerana selagi darah masih mengalir ditubuh penerima pahalanya sentiasa tercatat.

Sekali lagi terima kasih semua:)

Myra Jay said...

Wahhh memang bertuah dapat tabung..

Leh buat simpanan hingga hari tua kelak :D

Mila@Rimbun said...

cun bunga kat kepala adik tuuu