Monday, December 30, 2013

Puteri Habour & Hello Kitty Town

Menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah yang sedikit kami menjengah Puteri Habour dan Hello Kitty Town.
Kami - Berada di perkarangan menuju ke Hello Kitty. Masih tidak ada perubahan lagi. Apa yang berubah kerana dekorasi sempena perayaan Krismas yang baru lalu masih ada lagi.
Puteri Habour - Sebenarnya kedudukannya di belakang Hello Kitty saja.  Kepada mereka yang menginap di Hotel Trades pasti suka untuk bersantai di tepian Puteri Habour ini. Perkhidmatan feri untuk menuju ke Pulau Batam juga ada di sini.
Playdoh - Hello Kitty adik sudah banyak ditambah pula dengan harganya yang mahal kami tidak membeli mainan di Hello Kitty. Tetapi keluar pintu Hello Kitty di depan mata terpampang signboard ToysRUs apa lagi adik memang tidak melepas peluang.
Kek dan biskut - Kalah mama punya kek dan biskut. Adik punya sangat menarik dan memuaskan hatinya.
Cup-cakes - Pandang saja tapi tidak boleh dimakan. Namun kepuasannya tidak terkata.. Murah saja playdoh adik yang kali ini baru RM49.90/-.
Semalam Kak Yasmien sudah kami hantar balik ke asramanya. Hari ini adik selesai semua pembayaran peralatan tambahan di sekolah. Esok giliran Kak Nurienne pula akan pulang ke asrama juga. Pelajar yang sekolah bukan aliran agama biasa sementara menunggu keputusan SPM boleh santai-santai tetapi Kak Nurienne sudah memulakan untuk ke tingkatan 6 dan memulakan sessi alam persekolahan semula pada 1hb Januari, 2014 ini.

~~Mohon maaf sebenarnya aku masih dalam bercuti sejak hari Khamis lalu. Segala komen akan aku jejaki sebaik aku naik cuti. Terima kasih semua.~~

60 comments:

Unknown said...

hello kitty..kalau bawa mia nie..mau dia tapau semua..hahaha..

Kayu Manis said...

selamat bercuti kak

Cik Puan said...

playdoh....mengiurkan tapi sayang hanya boleh di pandang...

musang said...

selamat bercuti kakak

AtieYusof said...

Selamat bercuti2 Kak..
seronok nya pegi Hello Kitty Town ni..kalau anak pompuan mmg teruja lah nak pegi kan Kak...:)

nohas said...

bagusnya anak akak..dah nak start Form 6..saya dulu lepas SPM, enjoy gila..lepas dpt result, baru masuk Form 6..

playdoh - permainan yg baik utk kanak2, merangsang minda kreatif..have fun, adik..

t.a.t.a said...

playdoh tu memang nampak menawan. kalau terus ngap lepas siap laaaaagi la menawan. kan?

BinMuhammad said...

Semua tempat ni kat area mana sebenarnya? Nama semuanya dah macam kat London jer...hehe

Izwa Kamaruddin said...

kepingin sungguh nak ke johor bahru ni!

Mun said...

comel je tgk..tp sayangnya xleh makan..keh keh....

YUS said...

Amboi seronoknya dapat playdoh baru! Tu la kan.. sekejap jer masa berjalan.. dah nak sekolah! Nanti sunyi lagi la kakzakie! ;)

Mar Mansor said...

dah nak abis cuti skolah ye..mmm..
suka tengok playdoh..

Rizziela said...

bestnya.. kami belum pernah sampai lagi

Unknown said...

Salam,
membaca kisah ni teringat zaman saya dgn anak2 kecil saya. Tak lama masa pun berlalu!

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

salam kak..
kiteorang tak pernah sampai kesana lagi,,
set cupcake tu sara pun ader comel sungguh..gegirl suka la kalo dapat set mainan ni kan kak...

Unknown said...

Macam Sedapp jer nampak cup-cake adik tu.. ;D
Selamat bercuti Kak Zakie..

amirah said...

cantiknya puteri harbour tu ye kak..amie teringin nak lepak2 depan laut mcm tu..rasa mcm cantik tenanggg je hati..

sitirohaida said...

seronok dia dpat play doh tu...

ummiross said...

mesti seronok sangat adik tu kan Kakzakie, hello Kitty lagi, playdoh lagi, wow memang meriah.
Puteri Harbour tu cantiklah Kakzakie..suka ummi kalau dapat merenung laut hihi..

Fazleyatul Aini said...

wah menarik play doh tu. bleh main2 buat kek biskut. saya yang dah beso ni pon teruja plak haha

Mizz Aiza said...

semoga semua urusan kakak sekeluarga berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..

Cho Zila said...

cuti panjangler ni.. bestnyer kita tak sampai lagi hello kitty.. mungkin next yearler kot.. memang play dohni best sesangat budak2 suka tapi tuler kalua anak kecik lagi habis berterabur...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Wah bestnya Hello Kitty... ini Nabilah dan Najeeha mesti suka, kalau bawa cuti2 ke tempat ni kakzakie... :)

intanfirdaus247 said...

salam kak zakie..wah g hello kitty

Unknown said...

lamanya cuti kak...syok tu..
takpe cuti puas2 dulu..hehheee

Aziela said...

Kak...agak2nya adik bagi pinjam tak penerap playdoh tu untuk buat cookies yang boleh di makan? Macam menarikkkk jer kak...hehehehe

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...mmg nyaman dok berjalan-jalan ke sana...semuanya dekat2 aja...:)

Ibu Lala said...

Ank ank sy suka sgt plastisin ni kak. Sy yg x bg beli.

safurara said...

lahai.sonoknya.bila lah rara nk g pulak ni.

norhidana said...

skrg nama puteri harbour yek kak... dulu2 kan org panggil tanjung puteri... lama dana tak jln2 situ... kalu balik johor kejenyer memerap kt kg je... nk pg skudai jenguk kwn2 pun dh mls... kene cuti lama2 kalu nk pusing2 jb

asyifamustaffa said...

Best btul kak....lama cutinya tu...😊

Rinna said...

Bestnya last2 minit cuti2 gi jalan2.. gini.. Seronok laa anak2 kan.. :)

Unknown said...

yup kak zakie,semua barang kat hello kity town tu mahal segalanya..tang makanan pon sama juga,beli kat luar boleh dapat dua brg dengan hrga sama kat hello kity twon tu huhuu
selamat bercuti akak :)

Unknown said...

kalau Aleesya tengok ni mesti dia suke!!

Kamsiah yusoff said...

selamat menyambut th baru kak..

aby said...

selamat bercuti dan selamat menyambut tahun baru ..

Unknown said...

abg syuk dngan kakak ipar buat sesi foto kat sana :D

QasehnyaRania said...

tak pernah smpai kat hello kitty lg la
selamat bercuti kakak

Mia Kassim said...

Masih ada baki cuti, jangan disia-siakan...seronok bila dapat berjalan2 dengan keluarga kan kak... :D

nurbijen said...

sempat lagi adik pau mama play doh...
hasil kerja adik pun cantik....

ANIM said...

2 abdul saya pun masih membeli permainan kakzakie..
masih belum jejak lagi mana2 toys ur us..agaknya boleh terbeliak biji mata kalau p sana..

TiranaAduka said...

salam bakyuku
Hello kitty.. Kesukaan perawan cilik ku.
Sui bget ta orak mampir..ngapuro yo bakyu..igik ruet iki.ngurus key makku kambek motor ku.

Bunda_nora said...

assalam, selamat bercuti...

Sarah Talib said...

selamat bercuti kakzakie dan selamat tahun baru...

Adriannasyaz said...

pandai adik buat cupcake tu.hehe..slmt bercuti akk..dan slmt thn baru

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

tak pernah lagi sampai. sini.. cuci2 mata aje tgk pic2 akak.. hihi..
peminat hello kitty mesti teruja masuk hello kitty town ni kan?

tgk cake playdoh adik tu rasa mcm nk mkn je.. hihi..

zila norazila said...

Jejalan ye kak..bestnya..x byk prubhn lg tmpt tu kn..klu siap spnuhnya lg best kn

emarieys said...

kembali sunyilah rumah akak..anak-anak dah masuk asrama...

LadyBird said...

mahalnye mainan kanak2.. huhuhu.. nanti lady nk bawa baby lady mian pasir kt pantai jelah.. hihihi

p/s: ibu kedekut.. :P

Unknown said...

Cuti sekolah adalah waktu untuk gembira kan hati anak2 yer kakak.
lagi pon waktu cuti sekolah lah senang nak bercuti or jalan2 tanpa perlu ganggu waktu sekolah dorang. cumanyeeeee.. kalo nak menginap di hotel perlu bayar mahal sket.. hehehehe

Unknown said...

bagus permainan macam playdoh ni kak.. tapi yg tak tahannya bila doh tu dah bercampur warna.. kalau nak jimat sikit boleh buat sendiri guna tepung dan pewarna je.. hehehe..

NEKCIK said...

Biarlah di orang enjoy bermain ..nanti akan jadi memori indah di kala tua!!

haryati said...

seronoknya diaorang wat kuih...

KakNi said...

Kak Zakie, minta maaf sbb terperasan gmbr yg no 2 tu akak tulis 'zakoepurvit'.... heheheh.... tahun baru 2014 dah selmt tiba kak....

Kakzakie Purvit said...

Hari ini kakak pasti ramai yang bercuti. Selamat menyambut tahun 2014 buat semua. Hari ini Johor tidak bercuti. Anak-anak juga sudah memulakan sessi persekolahan untuk tahun 2014 hari ini.

Terima kasih kepada semua yg memberikan komen N3 kakak ini.

izan mama mia, Knor, Cik Puan, redza, aTieYusof Family, nohas, t.a.t.a, Bin Muhammad (aduhai BM semua ini di JB aje), :: Mrs.Eady ::, CikMoon Adnan, YUS, Mar Mansor, Rizziela, Juhariah Johari, (Lizz) http://haslizalizz.com/, acik idah, amirah, Kisah Si Dairy, ummiross, Fazleyatul Aini, Mizz Aiza (Dunia Kecil), Cho Zila, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), intanfirdaus247, Zee Suhaini, Aziela (boleh aje Ziela hihi...), Mas Zull, Ibu Lala, Cik Puan Rara, norhidana miswan (bukan Tg. Puteri Dana. Tg Puteri tu dekat Danga ini di Gelang Patah), asyifa mustaffa, Rinna, Roha, mama_ka0ri, ❤Kamsiah❤, aby, syuk shusuke, QasehnyaRania, Mia Kassim, nurbijen, ANIM, TiranaAduka (diparengi sabar seng okeh yo TA), BUNDA a.k.a KN, Sarah Talib, adrianna syaz (mold dah sedia ada tinggal terap aje anna), ♥ Cmª shIemª ♥, zila norazila, Ema Johari (mood pun merudum bila anak-anak dah balik asrama Ema), LadyBird (yg adik beli ini yg murah Lady), said...
Nafira usof, Rai Ourkizuna, NEKCIK, Haryati Faizal, KakNi Sihat Cantik (kakak perasan KakNi tapi malas dan ubah dah sebab guna handset dah tu tengah cuti biarkan ajelah hihi...).

Buat semua terima kasih sekali lagi. Akan kakak jejaki selepas ini dan selamat tahun baru buat semua.

Bunda_nora said...

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Anonymous said...

Salam dan selamat tahun baru 2014 untuk kakzakie sekeluarga.

Ibubapa yang ada anak sekolah mesti sebok kan.

OKje said...

Kalaulah kita dapat jumpa masa sesi terjah Johor hati tukan best

Mummydearie said...

Nasib baik anak-anak saya lelaki, takdalah terhairan pun mereka bila melihat Hello Kitty ni. Tapi tang Toys'R'us tu janganlah buat main. Mahu tak nak keluar nanti.

Unknown said...

tentu seronok anak2 akak time cuti skolah umi walid bawak jln2..