Monday, December 2, 2013

Singgah sebentar di Citarasa Rinduan

Semalam kami berjalan-jalan. Tiba di Sungai Sayong, Bandar Tenggara tidak semena-mena anak dara kami boleh terlihat papan tanda menunjukkan Restoran Citarasa Rinduan. Segera saja kami singgah walau waktu sudah hampir jam 5:00 petang. Kelihatan dua orang pekerja sedang bersiap-siap menyusun kerusi-meja tanda restoran mahu ditutup. Melangkah masuk aku sudah disapa manis empunya restoran Ayu.


Singgah - Sebentar kami mengganggu Ayu yang mahu menutup restorannya. Biasa restoran ditutup jam 7:00 petang tetapi kerana semalam Ayu ada urusan dengan suaminya En Zalie restoran kena tutup lebih awal. Kenapalah mata abang terpejam pula - letih memandu agaknya:)
Depan Restoran - Adik dengan Auntie Ayu di depan restoran. Walau restoran hampir tutup tetapi masih tidak putus pengunjung yang datang. Ayu pula melayan semua pelanggan dengan berhemah sekali. Tetap menyediakan apa juga yang pelanggan kehendaki. Aku dapat merasakan dalam masa tidak lebih 15 minit  lebih 7-8 orang yang datang. Kira sajalah kalau setiap seorang berbelanja RM5-10/- tidak sampai setengah jam pendapatan masuk antara RM50-100.
Bekal - Semua makanan itu Ayu bekalkan buat kami. Kek (bukan satu slice Ayu memberi tapi sebuku), mee bandung dan mee goreng yang lazat. Anak-anak sudah berkata tidak jauh restoran Auntie Ayu lain kali boleh pergi lagi. Adik suka betul mee bandung Citarasa Rinduan memang sedap. Ingin mencuba silakan:)

Terima kasih Ayu dengan semua layanan dan juadah yang diberi. Maaf kerana sedikit mengganggu masa yang sepatutnya sudah bersama keluarga tetapi kehadiran kami membantutkan apa yang dirancang. Kepada semua teman buat masa ini Ayu sangatlah sibuk memandangkan masalah pekerja. Jelas Ayu sedikit keletihan kerana sebelum ini Ayu mempunyai 8 orang pekerja tetapi kini tinggal dua saja yang setia. Bukan mudah berurusan dengan pekerja warga asing. Sebab itulah blognya sekarang sedikit sunyi. Doakan Ayu dipermudahkan menjalankan perniagaannya yang kelihatan sangat berjaya.

~~ Bangga melihat bangsaku maju setandang bangsa lain.~~


78 comments:

Aisy Nasiha said...

Wah..seronoknya makan sambil jumpa kak ayu ni.. kurus je orangnya.. gigih dia meniaga...bagus

cheqna said...

terliur tengok mee goreng tu..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedap pulak saya tengok mee bandung Ayu tu kakzakie... Susah sekarang nak cari pembantu restoran yg setia kakzakie... semoga Ayu suksess dengan perniagaannya :)

Unknown said...

selalu jugak zee masuk blog kak ayu tengok resepi..
kek tu nampak cantik..mesri sedap tu berkaramel..

Rosmawani♥ said...

Aduhh kek pelangi tu xtahannnnn :p

Kayu Manis said...

assalamualaikum kak.

bestnya dpt jumpa rakan blog..rasanya akak dh jumpa ayu sblum ni..kan..bertambah erat lagi...itulah kak lama juga tak berkunjung ke blog citarasa rinduan ni..

semoga semakin sukses ayu dlm bisnesnya

Puan Kutu said...

masalah pekerja memang benda utama yg selalu berlaku pada usahawan macam ayu ni..semoga dipermudahkan dan perniagaan makin berjaya..

terliur sungguh tgok kek karamel kastard tu..:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tetiba jadi rindu dengan Citarasa Rinduan

AtieYusof said...

Assalam Kak..
adui!mesti sedap mee bandung tu Kak..nama pun dah menarik..
susah lah bila masalah pekerja ni kan..urusan pengambilan pun dah leceh...sabar je lah...

asyifamustaffa said...

Lama dah x jenguk blog CR...harapnya dipermudahkan sgala urusan k.ayu...
Mcm sedap je mee bandung tu kak....

Umm AA said...

Bagusnya akak ayu nie..dlm nak tutup pun sempat lg layan customer..mcm tuh patut dtg lagi tuh..

p/s-thanks 4 yr advice kakak..u r alwiz the best..:)

inazamri said...

tengok mee tu pun dah tau sedap.dah lama juga tak jenguk blog ayu tu

The Unknown said...

Terliur sy tgk entry nie pagi2 sebelum sarapan... hehe

Mimie_Zatun said...

sedapnye mee..
mcm nk kena cari untuk buka pose hr ni jer.. hehe

Kamsiah yusoff said...

kek tu nampak tersangat la sedap..:)

Fazleyatul Aini said...

wah sedap2 nya

rostina76 said...

wow!!!mesti sedap makanan kat restoren ayu ni sbb dr apa yg kakzakie bgt tu ramai juga org datang. bila tgk gambar2 mee & kek karamel tu mmg sah le ni sedap. terliur plak.

matahati-aishahazhar said...

teringin nak makan kek tu...

Sura Mohd said...

semua makanan tu nampak menyelerakan..sedapnya...:)

yan's cottage said...

memang tergoda bila melihat mee buatan Ayu nie....

Mummydearie said...

Aduhai sedapnya kek pelangi tu. Tetiba perut berbunyi bila melihat makanan yang sedap-sedap dari restoran ni.

aDisH.sHidA said...

teringin sangat nak rasa mee bandung CR awal tahun lepas pegi x dapat makan..hehe..


ntah bila akan ke sana lagi...best dapat kenal ayu nie..baik orang nya

adyna AB said...

Tak rugi kan buat baik ;) , rezeki pun mudah masuk ;)

YUS said...

Sedapnya kek tu.. terliur la plak! hehe.. Baiknya AYU.. semoga ALLAH merahmati perniagaannya.. Amen..

faraherda.razalan said...

Bestnya...terliur tgk kek Ayu tu. Sedap je rupa. Yummeh!

Eye_nee said...

terliur-liur tgk mee bandung nye tu...dan kek pelangi yg nmpk gebu jer tu...brgkali layanan yg baik dari dia dan makanan yg superb tu buat pelanggan mahu berkunjung lg dan lg..

Unknown said...

Bestnya jumpa Ayu.
Mama selalu kalau bergambar mata pejam!

Rinna said...

Wahh bestnya.. rezeki nan jumpa Ayu yer.. Moga Restoren Ayu terus success...

Unknown said...

salam kakzakie..
nampak sedap mee bandung tu..tak sengaja tertelan airliurr hehe..
karamel kek tu lagilah tersangat-sangat mengoda tekak saya haha..

Nor Azimah Ali said...

jalan-jalan cari makan, jalan-lalan cari Tuhan kzakie yea..

Anonymous said...

mmg nampak sedap ni kak. lama x ke blog CR ni !

Unknown said...

rumah mak saya agak dekat sebenarnya dgn kedai ayu.. tapi tak pernah sempat sampai lagi..jeless

KakNi said...

Kak Zakie, saya ni baru lepas makan tapi tengok gambar makanan tadi tu, terutamanya yg no. 2, mmg nmpk mcm sedap nyer....

Unknown said...

gulp telan air liur hehe

aizamia3 said...

Moga makin murah rezeki beliau hendakNYA.

H A N said...

Ya Allah, t'liurnye tengok makanan2 tu! ;p

Qhaifa Nur said...

rezeki tuh kakzakie...selain dapat jumpa Ayu...dijamu pula dengan menu yang sedap-sedap pula..

eira eixora said...

semua nampak sedap kakak

nohas said...

Sedapnya kek belang2 tu..

Semoga Ayu tabah berniaga walaupun dgn dua pekerja..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

bestnyer kak dapat jumpa kenkawan blogger..makanannyer pun sedap2 tu...terliur nengok...betul tu kak bangga taumelihat kaum melayu berjayakankan kak...

Unknown said...

Ya allah kak... terliur saya tengok bekalan akak tu...

Dah la puasa nie.. ;D

lieyalatif said...

alhamdulillah...murah rezeki kawan akak tuh...mcm2 ole2 diberinya....cantik betul kek karamel tu....mmg pandai org yg buat tu....mee pun nampakmenarik kak...lieya suke laa mee goreng gini...tak kering sgt, basah2 n byk isinyer....aduhh telan air liur lieya hah....

Fifi Nadhrah said...

assalamualaikum kak .. nampak sedap makanan tu semue.. lapar la pulak hujan2 ni..

Ratu Hatiku said...

Seronoknya kakak da smpai kedai Ayu nie, saya blk ke kluang msh blm berkesempatan lg nk singgah... :D

Mizz ErMa said...

kesiannya, yela..dari 8 org pekerja tggl 2 aje..hm, macam sedap aje kek tu..hihi

Aine Ainun said...

SEMOGA ADA REZEKI NAKSINGGAH BALIK JOHOR NANTI...;)

Kniedaz said...

teringin nak rasa mee goreng tu..aduhai...

Unknown said...

assalamualaikum kak.. maaf lama x singgah sini...
wahh.. terliur la deqla tgk mee goreng tu kak.. mmg lately teringin nak mkn mee goreng.. hikhik..

Anonymous said...

kek pelangi tu...

cantik je...

atas pulak karamel...

pergh...

termengidam la pulak...

haha.

Acik Erna said...

Kalau kejohor acik pun teringin nak ke CR

OKje said...

Ya Allah kanda tengok mee bandung ngan mee goreng dia bukan main terliur dinda.... pekat pulak tu.....
ohhh Ayu ni pun ada blog jugak ke kanda.... nantilah dinda terjah!

Nastyna said...

Kat mana restoran dia ni yer, nnt boleh saya suggest kat family and frens. Tengok mee dia sedapnya.

Nor Azimah Ali said...

kzakie ni murah rezeki betul la, tapi nak murah rezeki tu mesti kita pun kena jadi pemurah ye kzakie

Cho Zila said...

ooo ingat dulu dia blogkan.. semoga berjaya.. sekarangni memang der masalah pekerja yerk kat restoran.. ramai mengeluh gitu...

nazayiena said...

sedapnya kek dan mee bandung tu kakzakie.Siannya juga dgn Ayu dgn masalah pekerjanya,susah nak cari pekerja yg betul2 setia skrgkan...

Unknown said...

wah, mee bandung ~ syuk perhati kalau mee bandung dibuat dari johor lagi sedap. hehe. >.<

eelobor said...

saya pun macam pernah sampai jer kat sini.... hihihihi

ZalinZalina said...

Saya dulu pernah bukak kafe... memang selalu ada masalah pekerja.. apapun kagum pada ketabahan dan kecekalan Ayu uruskan restoran tu.. bestnya kakzakie dapat pegi restoran Ayu :)

Unknown said...

Ya Allah..
Kau berilah kesejahteraan yang baik2 buat kak, abang dan anak2....
ENTRY ini buat saya terharuuu
Terfikir yang disisi saya.. Penuh dgn sahabat2 yang sentiasa mendoakan dan bangga dgn usaha peniaga melayu.

Thankss sangat2 kak. Moga ukhwah kita berkekalan....


Ameen

Nanti singgah lagi ya

(TERIMA KASIH teman2 yang komen dan membaca entry ini)

wanariahamiza said...

Sedapnya nampak kek karamel tu. (eh, betul ke kek karamel?)

Hehe

Ujie Othman said...

Wow, terliur sungguh!
Kalau ada ke sg sayong nak cari la jugak.

BinMuhammad said...

Itulah ragam/rintangan berniaga...utk mendapat pekerja setia dan berdisiplin begitu sukar sekali.
Nampak menarik dan enak sekali masakannya.

Mizz Aiza said...

sedapnya masakan.. tahniah kerana peniaga melayu juga terbukti boleh berjaya.. :D

aby said...

salam kz ..
klu towkey nya tahu masak,
klu ditinggal pekerja, kedai masih boleh jalan lg ..cuma badan penat sikit la ..yg penting customer tk beralih arah ...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

She is so humble walaupun busineswoman berjaya...
Saya pun teringin nak buat kejutan
ke restoran Ayu.. tapi belum tercapai2 lagi.

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih kakak juga dari kakak diatas komen dan doa dititip buat Citarasa Rinduan. Moga Ayu diberi kekuatan dan terus berjaya dalam dunia perniagaannya.

Terima kasih sekali lagi buat:-

Aisy Nasiha, cheqna, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Zee Suhaini, redza, ♥ ROS ♥, Knor, Puan Kutu, Seri Kandi Tanah Jauhar, aTieYusof Family, asyifa mustaffa, ummuaidan, inazamri, Rizal Slaughterheart, Mimie_Zatun, ❤Kamsiah❤, Fazleyatul Aini, rostina76, Cinta Cinta, Sura Mohd, yan's cottage, Mummydearie, aDisH.sHidA, adyna, YUS, faraherda.razalan, Eye_nee, Juhariah Johari, Rinna, Roha, Nor Azimah, Kesuma Angsana, Rai Ourkizuna, KakNi Sihat Cantik, Ako Si AiN, aizamia3, Hanih Borhan, Qhaifa Nur, eira eixora, nohas, (Lizz) http://haslizalizz.com/, acik idah, lieyalatif, Fifi Nadhrah, Ratu Hatiku, Mizz ErMa, aine ainun, Kniedaz, Deqla Manjew, Rapunzel Cikilolo, Acik Erna, hainom OKje, Nastyna (di Bandar Tenggara Nas), Nor Azimah, Cho Zila, Nazayiena Ayiena, syuk shusuke, eelobor, ZalinZalina, rinduan citarasa (DARI KAKAK DAN KELUARGA JUGA TERIMA KASIH AYU. KAMI SENTIASA MENDOAKAN YG BAIK-BAIK BUAT SEMUA. INSYA-ALLAH ADA MASA KITA JUMPA LAGI), wanariahamiza, Ujie, Bin Muhammad,
Mizz Aiza (Dunia Kecil), aby, Miss Mirror a.k.a Sam.

Buat semua terima kasih lagi:)
Delete

Masya said...

kalau sedapp mesti ramai yg sukekan.. moga ayue terus berjaya..

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..kak kek tu nampak menyelerakanlah kak..bila dalam keadaan letih sekalipun tapi masih mampu memberi senyuman Allah akan melipatgandakan rezeki kita kerana itu salah satu tanda orang tersebut penyabar.. :)

Myra Jay said...

Fuhhh!! memang terliur tengok :D

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...wah seronoknya dpt singgah dan berjumpa teman bloggerkan...:)

azian said...

OK...tak jeles pun sbb dah selalu g sini....kikikiki...tp yg mee bandung dgn kek tu mmg jelessss habess.....ahahahahha

Nastyna said...

Bandar Tenggara? Hmm saya kurang arif tapi takper, nnt saya war war kan my brothers pun dua orang kat Johor tu :)

Unknown said...

nampak sedap la mee bandung tu kak

Rayyker said...

TERRBAIKK!

haryati said...

murah rezeki dia ye sbb pengunjung sentiasa ada...

Nur-nba said...

Seronok melihat pertemuan ni..

HeNRieTTa JoSe said...

Semua pown nmpak sedap...pking buat rietta suka, tgk corak pada kek tu...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

oo..restoran k.ayu.. selalu tgk pic mkn2 yg diupdate beliau kat fb.. memikat selera betul.

kalau cma datang sana,insyAllah..pasti singgah punya..! :)

sedapnya mee bandung tuuuu