Monday, February 17, 2014

Bermarhaban di hari ulangtahun

Malam Sabtu yang baru lalu kami dijemput untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran teman merangkap jiran di taman perumahan kami. Kakak Hamidah meraikan majlis ulangtahun dengan menjemput anak-anak didik aku mengalunkan bacaan berzanji pada malam tersebut. Seronok juga melihat anak-anak kian berani tampil ke depan. Sudah boleh di bawa ke majlis orang dewasa.  

Malam itu (gambar ikut putaran jam) - Kak Midah sedang memotong kek, Firdaus membaca rawi 1, Nusroh rawi 3, Mak Zah rawi 2, adik rawi 4, Nurienne rawi 5 (lupa pula gambarnya). Mereka ini yang membaca rawi berzanji malam itu sebelum aku membacakan doa pada rawi terakhir.
Meraikan (gambar ikut putaran jam) - Kak Midah bersama jiran-jiran, kek red velvet, makanan pilihanku, hidangan juadah pada malam itu dan marhaban kami bersama-sama pada malam tersebut.
Sebenarnya biasa apabila aku ABC (Allah bagi cuti) dari membaca Al-Quran aku tukar mengajar anak-anak ini membaca berzanji. Walau sekadar sebulan sekali tetapi lama kelamaan dapat juga anak-anak tersebut mempelajarinya. Tarranum yang aku ajar pada mereka pun yang mudah seperti tarranum sikah. Kalau Nurienne sudah boleh mengalun tarrarum ras sebab sudah biasa memasuki pertandingan untuk sekolahnya.

~~Doa kami semoga Kak Hamidah jiran kami ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan terbaik untuk terus beribadah.~~

60 comments:

MOKCIK AZWA said...

Bagus sangat cara menyambut ulang tahun kelahiran seperti ini Kakzakie.. kalau saya berjiran dengan Kakzakie saya dan anak2 pun nak belajar ngaji dengan kakzakie..

Aisy Nasiha said...

Alhamdulillah. Nampak meriah dan berkat majlisnya ni. Bagus kan majlis macam ni. Dapat tunjukkan kita bersyukur dwngan kurniaanNya

PetakBunga said...

meriah dlam kesyukuran.

Mizz Aiza said...

alhamdulillah.. bagus menyambut ulangtahun kelahiran dengan cara begini.. semoga kak hamidah dipanjangkan usia dan diberkati oleh Allah selalu..

Sura Mohd said...

Alhamdulillah..sambutan harijadi yg penuh barokah..:)

babYpose said...

Assalamualaikum, Alhamdulillah menyambut dengan kesyukuran.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bagus betul kakzakie manfaatkan masa ABC tu dengan berzanji tu kan... Berkat ilmu yg diturunkan oleh kakzakie tu kepada anak murid... tu yg berani mengalunkan marhaban tu... Selamat Hari Lahir buat jiran kakzakie, moga usia dirahmati Ilahi..

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah. Bermarhaban di hari ulangtahun kelahiran. Selamat hari lahir buat jiran akk tu. Bagus nya anak² didik akk.

Mak saya dulu rajin bermarhaban dengan group dia. Macam² goodies bag dapat. Tapi sejak sakit ni dah tak boleh nak buat aktivi kegemaran dia tu. Sedih sangat :-(

KakNi said...

Syukur Alhamdulillah, untung anak2 ni boleh bljr ngaji dgn tajwid dan taranum. Dulu2 kami kat kpg ngaji quran x bertajwid, dah bsr ni kena ikhtiar sendiri kalau nakbljr baca quran dgn betul

lia said...

betapa saya berharap, akak tinggal berhampiran dgn saya... bukan sahaja anak2, saya sendiri nak belajar marhaban...

ibuhebat said...

Happy bday kak.. Moga dimurahkan rezeki :)

Hudalatip said...

Bagusnya sambut hari lahir cam ni antara jiran-jiran kan...Siap berzanji lagi tu..

@LeenShamsh said...

happy besday kak! ;)

imm said...

seronok JD anak2 johor ni kn.kecik2 lg da didedahkn dgn zanji ni seme.anak buah imm pn da pndai berqasidah umur baru 4 tahun.weekend haritu dpt jemputan g berqasidah kat majlis akikah.

imm said...

seronok JD anak2 johor ni kn.kecik2 lg da didedahkn dgn zanji ni seme.anak buah imm pn da pndai berqasidah umur baru 4 tahun.weekend haritu dpt jemputan g berqasidah kat majlis akikah.

Dr Singa said...

masih ada tak belajar berzanji dan marhaban di sekolah agama johor..?

Aziela said...

Inilah yang patut kita teruskan... Semoga amalan yang baik ini terus hidup dan berkembang.

Cik Rose said...

Assalamualaikum kak.. bagusnya macam ni.. semalam kat jabatan Ros, ada buat sambutan maulidur rasul.. ada juga buat majlis marhaban dan bacaan Rawi..

amirah said...

bagusnyaaa kak..best ada keraian gini bolehla juga berzanji...seronok2

Fazleyatul Aini said...

seronok lihat ulangtahun di sambut secara begitu =)

Unknown said...

seronoknya kak ada aktiviti camni..memang payah dah nak jumpa sekarang melainkan kat kampung..
bebudak pon turut seronok..
dapat plak makan kek besar..

Unknown said...

kalau la saya tinggal dekat dengan akak..boleh hantar anak2 belajar mengaji dengan akak..

paridah said...

bagusnya sambut birthday sambil meraikan anak2 didik kakzaki n jiran2 keliling ya...selamat hari jadi pada kwn kita tu...moga hidupnya berkah n berbahagia selalu...in sya Allah.

Cho Zila said...

seronok membaca.. mengembalikan zaman kecik2 dulu .. pergi rumah orang bermarhaban.. sekarangni semuatu dah lama ditinggalkan..

sud@is said...

marhaban berzanji seronoknya, seronoknya arena tu datang kembali dengan memertabatkan qasidah

Anonymous said...

seronok nyer majlis2 sebegini kak.. KA waktu kecik2 dulu mmg selalu berzanji ni .. siap masuk tanding tiap2 tahu, tapi tiap2 tahun itu jugalah menang tempat ke 2, no.1, dah sah2 my sister hehehe.. lama x berzanji ni cam dah ingat2 lupe pulak kak

Eye_nee said...

Mengenang saat kelahiran bersama alunan berzanji..alangkah indahnya kakzakie...Selamat Hali lahir buat jiran akk tu semoga Allah merahmati kehidupannya didunia dan akhirat..

Nur-nba said...

Seronok hidup berjiran dengan Kak Zakie.. Senyum lebar jiran yang diraikan tu..

t.a.t.a said...

Sekali pandang sarung kek yang kaler merah tu macam kain yang dikait.

emarieys said...

Alhamdulillah... pandai anak-anak dah pandai berzanji.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

alahmdullilah..seronok tengok anak2 kecil pandai berzanji.

adyna AB said...

Bertuah jiran Kak zakie ;) , berzanji mmg mmg ptt dimulakan sewaktu msh kecil lg kan

||aLeaSaRa|| said...

alhamdulillah,kesungguhan akak mengajar dan mendidik anak2 saya ibaratkan motivasi dan inspirasi untuk kami semua :)

Dr K said...

dah lama tak berzanji....zaman sekolah rendah agama dulu la yg paling last! :)

BinMuhammad said...

Bagus akak mengajar mereka berzanji dan tarranum, budak2 sekarang ramai yang xtau...malah apa itu berzanji. Semoga amalan baik ini terus berkekalan...

Unknown said...

pa'kal akak jauh nun dikulai sana..ingin juga melihat anak2 sy berjanzi dan belajar dengan akak..

tempat sy cuma ada belajar mengaji je yg ada..

banyak jugak menu yg dihidangkan untuk tetamu yg hadir untuk meraih ulangtahun kelahiran jiran akak..

aizamia3 said...

selamat hari lahir buat kak Hamidah jiran kakzakie tu.
Moga beliau sihat dan kuat dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)

Mummydearie said...

Bagusnya mengingati ulangtahun kelahiran begini caranya. Kalaulah saya duduk setaman dengan akak, bukan saja anak-anak, dengan saya sekali pergi belajar mengaji lagi dan berzanji.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah Kakak ajar anak-anak kecik bermarhaban juga. Bagus untuk mereka juga.

yan's cottage said...

meriahnya.....tambah meriah dengan marhaban lagi tu....

haryati said...

Alhamdulillah, semoga kehidupan sentiasa diberkati olehNya

BERT said...

majlis hari jdi yang diberkati.. Alhamdulillah... tercari2 mna stu kak zakie? hiihi

eMMe said...

Salam Kak Zakie... saya suka cara menyambut ulangtahun.. +marhaban..lebih baik dari kita ikut style barat, kalo tiup2 lilin tu budaya masyarakat Majusi kan... bukan agama kita... Haram kan Kak Zakie...

Slamat ulangtahun kak Midah...moga sihat sejahtera hendaknya...

Nor Azimah Ali said...

Alhamdulillah, berkat didikan kzakie anak2 dah boleh bawa masuk majlis org dewasa yea, kena share petua ni, tapi saya tau kzakie ni jenis pemurah dgn anak2 tu, sbb tu mereka sayang...

makchaq said...

Alhamdulillah semoga majlis ini diberkati Allah.

Makchaq tak pandai berzanji ni... tahun lepas ada belajar, tapi x pandai... suara tak sedap langsung...

Khaira said...

bagus cara merayakan seperti itu... tidak mubazir dan berhura-hura

Nastyna said...

Selamat hari ulang tahun kak Midah (walau tak kenal) moga Allah berkati. Rajin akak walau ABC tetap buat something untuk anak didik, kami dulu suka kalau tok guru "bercuti" sebab kami pun bercuti sama, budak2 kan hehehe.

Cik Puan said...

Alhamdulillah..meriah nya majlis..

aby said...

Salam kz,
Bujangan pd thn 60 dan 70han, sapa2 yg pndai bc berzanji mesti cepat dpt jodoh. Melagukan bacaan marhaban d surau2 pd ketika itu mesti mnjadi halwa telinga anak2 dara yg dtg ke majlis marhaban tu..
Moga kz brjaya menaburkan ilmu yg ada pd anak2 muda yg tngh dahagakan ilmu tu

Blog Santai said...

Alhamdulillah ..Best juga dapat belajar marhaban ni..kita suka tengok makcik-makcik kat kampung yang ada group marhaban ni..rajin dia orang belajar..nway meriah majlis tu KZ!!!

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya kami pun tidak menyangka Kak Midah mahu mengadakan majlis seperti ini. Kami sangkakan hanya makan-makan. Namun apabila seminggu sebelum itu beliau memberitahu mahu diadakan pembacaan berzanji dan marhaban kakak ikutkan saja. Sekurang-kurangnya anak-anak turut dapat merasakan bagaimana berzanji dan marhaban itu digunakan dalam majlis.

Kepada semua terima kasih kakak ucapkan di atas komen yg diberikan:-

MOKCIK AZWA, Aisy Nasiha, Petak Bunga, Mizz Aiza (Dunia Kecil), Sura Mohd, babYpose, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Fiza Rahman, KakNi Sihat Cantik, lia (bestnya kalau kakak jiran lia dpt gomol Zara selalu hihi...), ibuhebat, Nurulhuda Abdul Latip, Ummu Muhammad, imm, Dr Singa (ada doc. siap ada pertandingan antara sekolah lagi), Aziela, ros_reeza, amirah, Fazleyatul Aini, Zee Suhaini, Rai Ourkizuna (dpt kakak culik Aisy bestnya hihi...), paridah, Cho Zila (tempat kakak masih ada lagi Zila), sud@is, Kesuma Angsana (teruskan KA. Ajarlah adik mesti adik suka), Eye_nee, Nur-nba (ala... kalau nak dtg aje rumah kakak Nur), t.a.t.a (budak yg suka kek tu tata), Ema Johari, Be Simple Beb(BSB) - threeQ, adyna, ||aLeaSaRa||(sekadar yg termampu Lea), Daddy Ziyyad (sekarang sek agama tempat kita masih ada lagi doc), Bin Muhammad (kalau di Johor semua sekolah agama masih ada lagi BM), Roha (kalau dah pandai alun dan kenal tajwid semua rawi boleh baca dah Roha), aizamia3, Mummydearie (kalau dekat untung kakak dapat gomol si comel MD tu), Pokok Manggis Depan Rumah, yan's cottage, Haryati Faizal, BERT, eMMe (keluarga kakak lama dah tinggalkan itu semua Me), Nor Azimah (alhamdulillah Azi), makchaq (suara tak jadi hal makchaq, janji menjadi ok punya), Khaira Hisan, Nastyna (ada juga yg macam itu sekarang ni Nas, nama pun budak kita cuti dia pun cutilah hihi...), Cik Puan, aby (kiranya dedulu lagi hebar kan aby), RDZ Z.

Buat semua terima kasih sekali lagi.

ummiross said...

Waa bestnya Kakzakie pandai berzanji, pandai bertaranum juga, Alhamdulillah bertuah kakzakie,rezeki juga namanya tu, ummi ni kalau bertaranum, sumbang kakzakie, tak jadi lagu apa pun, sikah tidak,ras tidak..hhehe..

duniaanita74.blogspot.com said...

bagusnya kak alhamdulilah..meriah majlis mcm ne...seronok tengok bebudak cerdik ne..

Myra Jay said...

Sedapnya kek..

Dan semoga beliau dimurahkan rezeki selalu :D

Unknown said...

wahh alhamdulillah.. bgsnya di hari ulang tahun berzanji.. sebaiknya majlis mcm nilah yg diadakan.. selamat hari ulang tahun kelahiran buat org yg dirai..

Mimie said...

Meriahnya majlis...siap ada marhaban..bagus

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie....
alhamdulillah..daripada parti tak tentu hala, elok adakan majlis2 mcm ni..

~~Doa kami semoga Kak Hamidah jiran kami ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan terbaik untuk terus beribadah.~~

aminnn

OKje said...

Hepy bezday kak Hamidah...moga panjang umur dan bahagia dunia akhirat...
Baguslah berzanji dihidupkan dpd terkuburkan kanda...

nOe suhaimi said...

wahhhh bagusnya...kek tu cantik sangat....teringin nak belajar berzanji...

QasehnyaRania said...

bagus kan.
selamat hari lahir buat kak hamidah