Friday, March 14, 2014

Bebas tanpa pengawasan ibu-bapa

Minggu ini merupakan minggu agak sibuk buat aku dan hubby. Jadual harian kami bertukar serta-merta kerana Mak Zah tidak sihat. Hari Ahad aku tidak bekerja, oleh itu urusan rumah dan keperluan adik pergi-balik sekolah semuanya teratur walau tanpa bantuan Mak Zah. Masuk hari Isnin sebelum subuh mesin basuh aku sudah memulakan kerja. Hubby jadi tukang sidai. Aku bekerja 3 jam saja sudah balik rumah untuk menyediakan makan tengahari dan ambil adik dari sekolah kebangsaan. Jam 3:00 petang pula menghantar adik ke sekolah agama. Selepas Asar seperti biasa masak untuk makan malam. Hari selasa giliran hubby pula bekerja setengah hari. Makan tenghari aku sudah sediakan sebelum pergi kerja. Panaskan lauk hubby bolehlah juga. Hari Rabu giliran aku pula begitulah hingga semalam aku dan hubby bergilir kerja 3-4 jam saja. Hari ini aku bekerja penuh tapi adik tidak bersekolah dan hubby juga tidak bekerja. Aku percaya adik mesti makan di luar dengan papanya.

Rasa seronok juga dapat menyediakan semua keperluan adik makan dan pergi-balik sekolah walau baru seminggu. Dapat melihat kerenah anak-anak yang bebas dari tumpuan mata ibu-bapa. Macam-macam aku lihat gelagat anak-anak bila tanpa pengawasan ibu-bapa ketika di sekolah.

Berkejaran - Mereka bermain sembunyi ibu (hide & seek) sebenarnya. Aku boleh mengekek ketawa sendirian duduk di dalam kereta melihat anak-anak ini bermain. Ada yang bersembunyi di sebalik pokok memang tidak nampak. Ada juga yang bersembunyi di di dalam bas dan ada juga bersembunyi di belakang makcik menjual air-jajan. Dibuat makcik itu macam ibu dia. Manalah aku tidak ketawa sendirian sementara menunggu adik keluar kelas.
Santai - Sementara menunggu bas datang boleh santai-santai di bawah pokok. Tidak kisah duduk di atas rumput yg kian menguning dek kerana panas dan kering. Balik sekolah pasti si ibu hairan kenapalah seluar masing-masing kotor.
Bolos - Mencari jalan pintas menuju bas yang sudah menunggu. Tidak terfikir bahaya melanda andai terjatuh.

Anak-anak bila tanpa pengawasan ibu-bapa membuat tindakan mengikut kehendak hati. Lupa segala bahaya yang mungkin datang. Itulah sebabnya mengapa ibu-bapa dan para guru sentiasa memberi nasihat tanpa mengenal penat demi mahu anak-anak menjadi 'orang' baik-baik.

~~ Melihat anak-anak girang bagaikan terapi buat orang dewasa sebenarnya.~~

60 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Suka tengok gelagat anak-anak. Boleh gembirakan hati yang gudah.. :-)

t.a.t.a said...

Memang seronok. Tapi kalau zaman laa ni tengok depa macam tu, perhati kan jugak kawasan sekitar. Kalau tiada pengawasan atau tempat yang terbuka memang risau kalau kes penculikan berlaku.

AtieYusof said...

Salam Jumaat Kak..
memang seronok melihat karenah anak2 ni..kekadang tu boleh buat kita tersenyum sndiri.. InsyaAllah, sy tak pernah putus2 bagi nasihat yg baik2 pd Pa'e..moga dia membesar jd 'org' yg baik..aminnn...

zmarl (ibu) said...

macam2 gelagat boleh tengok kak..
zee hari2 dok menunggu si along memang dah biasa tengok kak..
yang nyaris2 eksiden pon selalu nampak kak..seriau jer rasa..bebudak faham jer la camaner..

Fiza Rahman said...

As salam kak.

Tengok gambar² ni pon dah buat saya tersenyum ☺

cahayahidupku.blogspot.my said...

Ye kakzakie, bila anak2 tiada pemgawasan ibubapa inilah mereka lakukan, ada yg mencuit hati, ada yg membuat kita risau... ADA sekali tu mereka bermain gelongsor... kepala didahulukan. Cepat saya tegur jgn buat mcm tu bahaya nanti boleh patah leher.. aduh kerisauan saya.. ada sekali tu berlaku kemalangan depan Mata saya.. trauma saya dlm minggu tu.. anak dibawah umur 12 tahun fikiran mrk belum matang lagi.. kena ada pengawasan..

Mizz Aiza said...

bahaya anak-anak tanpa pengawasan ibu bapa.. kita yang melihatnya pula terasa risau..

Unknown said...

saya pon nak kata rutin harian dan melihat gelagat anank2 pegi dan balik sekolah..kadang2 seriau jugak melihat anak2 tanpa pengawasan ibu bapa time balik sekolah ni..macam2 gelagat time nak melintas tu saje jer..saya pulak yg gerung nenguknyer :)

Kamsiah yusoff said...

mereka bebas bermain,tanpa mengira waktu dan keadaan,tanpa menyedari mungkin bahaya sedang menanti...hidup mereka cuma utk bergembira...

saniahibrahim said...

padatnya rutin kakzakie....xpelah biarkan makzah betul2 sihat.kat sini anak2 sek sllau brlumba2 brlari pergi kedai jual jajan kat depan sekolah.

BinMuhammad said...

Belum dapat merasai sendiri...tapi melihat gelagat kanak2 memang terasa seronok dihati. Dalam hati..."andai dapat kembali menjadi kanak2, seronoknya...tiada apa yg perlu difikirkan, hanya menikmati keseronokan dan bergumbira!"

Mummydearie said...

Memang gelihati kadang-kadang bila melihat gelagat kanak-kanak riang ni. Ada-ada sahaja yang mereka lakukan. Saya cukup suka bila tengok murid-murid Tahun 1 dan 2 di sekolah Abang bila nak balik sekolah. Macam-macam gelagatnya. Ada juga yang keluar aje pintu pagar muka terus berubah dari ceria ke sedih bila tengok mak/bapak takda menunggu. Ada yang memang tak peduli apa pun, yang penting mereka happy lari sana sini ikut suka sampaikan terkejar-kejar driver bas sekolah. Yalah agaknya kalau kat rumah tak boleh buat apa suka. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau makbapak tak nampak, memang bebaslah hidup :)

paridah said...

salam jumaat...anak2 yg terlepas drpd pandangan mata kita terasa bebas nk buat apa saja kan n kita mengharapkan anak2 memilih kawan yg baik kerana kawan2 juga memberi pengaruh kpd perilaku anak2...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

gelagat dierang ni memang gelihati sangat kadang mengerikan juga...budak2 mana fikir bahaya atau tidak dierang fikirkan keseronakan...kan kak...inilah dunia kanak2....
bila nengok gamba akak ni terbayang abang uwais kat sekolah balik kemain baju dia kotor agaknyer gini la...dia kat sekolah...

lia said...

saya juga begitu kak... tanpa pengawasan mak & ayah... mmg saya liar... cuma berpada-pada ;)

Siti Munirah said...

bahaya ada di mana2. jadi sebagai ibu bapa kita harus waspada.

p/s : akak kerja 3 jam saja?

norhasnizakhalid said...

salam jumaat kak, budak-budak mana tahu erti bahaya, yang mereka tahu.. keseronokkan ketika bermain.. hihi, kita yang dewasa ni pun tergelak tengok gelagat dorang..

Unknown said...

salam jumaat..semoga mak zah cepat sembuh.. cuaca begini memang mudah jatuh sakit..akak pun jaga kesihatan..

kelakat campur risau tengok gelagat anak anak diluar pengawasan ibu bapa.. ye lah..tak salah berseronok.. selagi tak membahayakan keselamatan.. semoga kesihatan dan keselamatan mereka dilindungi..

OKje said...

Macamana kanda? seronok tak jadi separa surirumah sepenuh masa? hehe....

Betullah kanda bebudak ni mmg suka kalau mak ayah tak de depan mata mereka , mereka boleh buat sesuka hati tiada sapa nak larang...namanya pun bebudakkan....hehe
Moga Mak zah cepat sembuh!ringanlah sikit beban kanda yeh!

Ujie Othman said...

teringat lak zaman kecik2, saya sekolah kat STMI(1) tu...time balik tunggu bas mmg melepak tepi longkang atau atas rumput.

norhidana said...

bdk2 kan kak, fikiran mereka tau nk seronok2 je... lg2 bile bersama kwn2, nsb lah tempat keje akak n suami akak boleh bertolak ansur... kalu tak pyh jgk... ni mak zah dh beransur sihat belum?

Eye_nee said...

Saya pun sama kak..bila bercuti diwaktu anak2 bersekolah..bila menghantar atau menjemput Yana...saya memang akan perhatikan anak2 ini...baik perempuan mahupun lelaki..mereka berkejar-kejaran...duduk saja dimana2 yg mereka rasa suka...dunia pada mereka adalah "bermain-main"...

Aziela said...

Betul kak. Saya hanya ada seorang anak. Tapi kalau dengar dia ketawa dan gembira, saya rasa seluruh dunia saya cerah bercahaya.

Tie HT said...

Seronik tengok keletah budak2 ni
Moga mereka selamat selalu

sitirohaida said...

begitulah karenah anak-anak..walau belum dikurniakan anak,tapi kasih sayang dari anak saudara,sudah ckup untuk menghiburkan sy kak...

Cik Puan said...

hahaha...kerenah anak2...teringat mase cik kanak2 dulu...teringat mase cik sekolah rendah dulu....uuuhhhhh rindu nya....

Unknown said...

hehehehehe.. itu jugak agaknye xtvt Anis kat sekolah.
bila balik rumah mamanye bebel nape baju kotor mcm belacan.. hehehehe

Qaseh Vee said...

budak2 bila ada kawan , apa pun menjadi ...

Permata Malap said...

bila tengok gelagat budak-budak ni,teringat masa sekolah dulu.mcm ni la keadaan bila dok dengan kawan.seronok rasa..

ellynadyra said...

bila tengok gelagat derang, saya teringat diri saya pun sama aje ngan derang masa kecik2 dulu
yang ditegah tu la seronok buat
rindunya zaman kanak2

HeNRieTTa JoSe said...

btul tu akk..anak anak mmg xboleh duduk diam....tidak kenal erti letih ataw bahaya...

Sura Mohd said...

Salam Jumaat Kakzakie..baru berkesempatan menjenguk sini..semoga mak Zah cepat sembuh..
Sura kalau tengok budak2 seronok main..terasa cam nak jadi budak2 balik..hihi..

Izwa Kamaruddin said...

kan...sgt seronok memerhatikan diaorg dari jauh sebenar nyer :)

aizamia3 said...

hehehe.. teringat masa zaman sekolah dulu.. bebas seronok takde fikir selain dari belajar.. ;)

Khairul Bariah said...

salam akak, petang baru sempat bw. gelagat anak2 mmg buat kita geleng kepala. tmpt menunggu di sek anak saya ada satu lereng bukit. kat situ dorang main menggulingkan diri mereka. balik rumah penuh rumput kering atas kepala....

emarieys said...

macam itulah agaknya anak saya..hari pertama sekolah...kasut dan hitam legam...membebel juga...kakak ni perempuan..kenapalah tak boleh jaga kebersihan kasut ni..mungkin masa rehat dia bermain dgn kawan-kawan hingga kotor pun tak ambil kira...

amirah said...

memang nak main je dorang ni kan kak...huhuhu

nadia rashid said...

Hihi mcm tu la dulu sy duk ulang alik ambil Adik kat sekolah...kalau time cuti semester...masuk saja kereta semerbak bau masam...berpeluh2...main kejar2 katanya...kanak2 riang!

Puan Kutu said...

gelagat anak-anak kecil mmg buat kita terhibur..tp yg aksi bahaya tu boleh buat kita mengucap panjang juga..bila tgok anak org mula la teringat anak sendiri..entah apa yg dia buat bila jauh dr pemantauan kita..padahal hari2 dah nasihat kak zakie kan

mummY daniSha said...

setuju kak...tengok muke anak2 hilang lara hati hehee

sobri yaacob said...

itulah bahaya klau x de pngawasan ibu bapa or penjaga.. tambah2 time balik skolah ..takut kita lihat kat jlan raya..nasib baik skrg ada gate skolah jaga.. amin

Nor Azimah Ali said...

yang bolos ikut lubang pagar tu budak perempuan kan?

Bunda_nora said...

Dunia kanak2...mereka ini yang masih suci..

Blog Santai said...

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling best bagi kita KZ..Seronok sebab tak perlu fikir banyak masalah. Semuanya boleh ikut kehendak hati..

Unknown said...

bahayanya budak2 sekarang ni. kurang didikan agaknya.

Akupenghibur.com said...

budak2 memang gitu, dulupun gitu jugak... tak memikir apa yang penting seronok

Nina Mads said...

lama xsinggah jenguk akak.. terapi mindu tu kalau tgk gelagat budak2 skolah. pasti tersenyum saja kan

Deq's Qienz said...

assalam akak..lama xjenguk akak..sihat ke??aha kan takut la bila jadi pkara y xdiingini mulanya nk mnyesal..masa tu nasi dah jadi bubur..

Unknown said...

Salam.
Teringat zaman kita kecil dulu!

sud@is said...

nostalgia zaman kanak-kanak dulu...

Wafa cw said...

Allah... syukur sebab dorang masih boleh bermain bebas zaman sekarang ni... sesetengah tempat dah tak bebas macam tu lagi... bimbang bila teringat kejadian jenayah ke atas kanak-kanak spt culik dsb. Saya kesian anak-anak saya dapat main kat laman rumah saja... tak macam saya dulu, masuk bendang, turun alur, teroka kebun getah, sembunyi dalam semak belukar entah kat mana jauh dari rumah... zaman berubah...

Anonymous said...

anak2 kecil kdg2 x dapat membezakan bahaya2 kecil, kitalah yg kena bimbingkan.. tpi serius seronok melayan keletah anak2 ni !

Suria Amanda said...

menakutkan..sebab tu SA sanggup xde kereta kat KL ni..biar abah guna senang dia nak hantar or jemput anak pi ngan balik sekolah...SA x suka situasi mcm ni la...menggalakkan jenayah kalau mcm ni...

nOe suhaimi said...

mmg nampak sangat diaorg kalau bersama dengan kawan-kawan...tak ada siapa yg melarang

ummiross said...

zaman kanak2 memang seronok kan, tapi memang perlu pengawasan, kanak2 ni akalnya pendek, orang tualah yang kena selalu prihatin.

Julia Johari said...

Kak zakie...pandai kak zakie teliti ambik gambar keletah anak2 tuh...Umi Qi pernah melalui zaman diorg...panjat pagar...lompat pagar...hehhehe sgt nostalgia...tp zaman sekarang x seperti dulu...anak2 x boleh dibiarkan...

QasehnyaRania said...

terngat zaman sekolah hihihi

Ibu Lala said...

Budak budak skrg tau nak bebas je. Depa x tau byk masalah kat luar tu.

nhhas said...

salam,

hehehe... budak2... memang macam tu.
tak da masalah pun... happy dan sincere jer mereka... kan kak...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

hehe.. ya.. mmg terapi..
kdg2 bila cma ke tmn bwk anak2, blh terkekeh sorg2 tgk gelagat anak2 yg kat tmn tu.. mcm2 ragam mereka..