Thursday, March 27, 2014

Titipan doa dari kami semua

Majlis doa selamat diadakan bersempena sahabat kami yang akan menunaikan ibadah umrah. Seperti biasa tuan rumah akan merisik aku. Pantas aku katakan Insya-Allah dan jangan bimbang sebab jauh di sudut hati tidak bimbang sebab aku ada 'penyelamat' jika majlis dibuat waktu cuti sekolah.Anakanda sulung aku sudah boleh menjadi 'penyelamat' sekiranya aku ABC. Jadi malam itu majlis Yasiin, tahlil dan doa selamat diimamkan oleh anak dara sulung aku. Alhamdulillah selesai dengan baik.

Manja - Dua hero ini aku kenyit-kenyit dan pancing dengan games di handset aku lalu melekat duduk dengan aku hingga selesai majlis. Waktu makan pun dia boleh tinggalkan ibu masing-masing. Mahu melihat gambar ini dari yang aku captured. Suka benar kalau boleh mahu ikut aku balik agaknya. Sebenarnya aku yang terlebih seronok. Comel kan:)
Puan Rosyidah - Inilah sahabat kami yang akan menunaikan Umrah dan akan bertolak pada hari Ahad ini. Beliau menjalankan perniagaan dari rumah. Frozen karipap, samosa, roti pizza di ekspot ke Tempines, Singapore. Doakan moga beliau dan keluarga dipermudahkan dan diberi kesihatan terbaik untuk menjalankan ibadah di tanah suci.
Air dalam bekas - Setiap kali ada majlis begini mesti akan ada air begini diletak dihadapan aku. Kali ini duduknya di depan anak dara sulung aku. Bagi peluang dia mengendali sesekali boleh juga mama jadi makmum.
Selesai majlis - Ramai juga kariah yang hadir pada malam itu. Syukur alhamdulillah moga doa-doa kami diterima Allah.  Juadah dihidang banyak. Pilih sajalah mana satu idaman hati.
Kami punya - Ini pilihan aku, Mak Zah, Nurienne dan adik. Yasmien sedang ABC tidak dapat turut sama tetapi kami dibekalkan berkat untuk dibawa balik. Dapatlah hubby dan Yasmien merasa juga.
~~ Setiap kali ada majlis amal di waktu sekarang sebaiknya bersama-sama juga kita mendoakan semoga Allah memberikan petunjukNya ke atas MH370.~~

39 comments:

Blog Santai said...

Salam Khamis KZ..Semoga beliu dikurniakan kesihatan yang baik & mambrurnya umrahnya

BinMuhammad said...

Semoga beliau dipermudahkan urusan dan sihat sepanjang melakukan ibadah umrah.
Mudahlah akak kerana dah ada pengganti yang boleh diharapkan. :)

Fazleyatul Aini said...

semoga selamat pergi dan selamat pulang

cahayahidupku.blogspot.my said...

Semoga dipermudahkan segala urusan umrah sahabat kakzakie tu...

Alhamdulillah kak long dah boleh jadi penyelamat ye :)

Bila ibubapa mendidik anak ke arah kebaikan.. insyaAllah.. baiklah akhlak anak tersebut..

NM03 said...

semoga selamat menjalani ibadah umrah. semoga diberi kesihatan yang baik buat beliau. ermmmm... sedapnyer mee kari tu KZ.

zmarl (ibu) said...

alhamdulillah..bestnya kalo jadi jiran akak..

jiran pon dah macam sedara jer sumernya..meriah sangat..silaturahim utuh..

aizamia3 said...

Moga Pn. Rosyidah diberi kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah di sana serta selamat pergi dan balik hendakNYA.

psstt: comel budak berdua tu.. ;)

Sura Mohd said...

semoga sahabat kakzakie dipermudahkan segala urusan..selamat pergi dan kembali..:)

azi said...

Salam kakak..
Sejuk perut kakak mengandungkan anak yg.boleh mengantikan kakak macam tu...saya tumpang bangga & gembira akak.Semoga Allah juga mudahkan jalan yg sama untuk anak-anak saya...amin.

p/s..kakak, hampir 3 bulan kakak ilah sakit, tapi sekarang dah ok. Dlm tempoh tu, saya ambik dia duduk kat rumah. Senang nak pantau..nak harapkan mak sorang, kesian jugakkan. Dia sakit bermula 1.1.2014. Mulanya saya cuti seminggu untuk jaga kakak, lepas tu tambah lagi. Alhamdulillah kakak, berkat doa saudara mara dan rakan-rakan yg tak putus kunjungan, dia kembali sihat dan boleh berjalan dah...sesungguhnya kuasa Allah melebihi segalanyakan...yg penting usaha, doa dan tawakal..

Masya said...

moga dipermudahkan perjalanan kwn kak zakie disana.. amin.. mg skrg ni kalau buat doa selamat mesti teringatkan MH 370

musang said...

bagusnya anak sulung kakak

HeNRieTTa JoSe said...

rindu dengan majlis majlis sebegini di kampung...duduk sendiri di tempat org...jarang berkesempatan dijemput ke majlis sebegini...

PS...jika akak nak print gmbar kenangan boleh la guna kod rietta tu...sebab kita xboleh guna kod sendiri...

Muja.. said...

Kak,bangganya saya punya anak yg boleh mengetuai majlis2 sebegini..

Alhamdulillah akak punya anak2 yg solehah.. smoga istiqomah hendaknya.. Aminn

*mesti ibu mereka pun pun mithali* :)

Angah said...

tahniah untuk anak dara akak...dah boleh gantikan mamanya....

norhidana said...

tumpang bangga ngn anak dara sulong akak yg dh boleh jd imam n mengetuai bacaan yassin n tahlil.... seronok kalu kenduri doa selamat kt johor msti dibekalkan ngn berkat...

Kakcik Seroja said...

Semoga segalanya dipermudahkan...

Kayu Manis said...

mana kuah kalau tak tumpah ke nasi ye kak..alhamdulillah..

semakin ramai anak2 muda mudi yg bijak untuk menjadi pemimpin dan memimpin.

@na said...

moga dpt umrah yang mabrur...dan dilindungi Allah sepanjang perjalanan pergi dan balik...INSYAALLAH

Eye_nee said...

Seusia Muda itu dia sudah boleh memimpin majlis Doa selamat ini...Tahniah KakLong..Tahniah kak..saya cukup hormat akk dlm bab2 begini...

Semoga Allah pemudahkan perjalanan dan ibadah Jiran kakzakie disana nnt....

Rizziela said...

semoga selamat semuanya

Shahrul Yusof said...

Pandai anak akak bantu handle majlis ni. Muda-muda lagi dah pandai pegang tanggungjawab :-)

Semoga perjalanan ibadah jiran akak tu dipermudahkan.

ANIM said...

kalau di kedah, bila mengetuai bacaan yassin, di panggil khalifah kakzakie.

p/s baguslah ada anak dara jadi pelapis. seronok saya baca. bukan senang sekarang nak cari anak gadis ke depan mengetuai..

Unknown said...

alhamdulillah..semoga perjalanan sahabat kakzakie tu dipermudahkan.. sejuk hati baca si sulung dah boleh handle.. jadi penolong mama untuk didik adik2 sekali..

paridah said...

anak2 kakzakie pandai bermasyarakat n xmalu bergabung dgn aktvti masyarakat setempat bagus sungguh...semoga puan yg akan menunaikan umrah dipermudahkan urusan ibadatnya...slmt pergi slmt kembali.

Aziela said...

Alhamdulillah, dah berjaya kakak didik anak menjadi penyambung legasi. Semoga lebih ramai lagi khalifah dapat dilahirkan kelak. Moga hero comel 2 orang tu juga membesar sebagai khalifah. Amin...

Mizz Aiza said...

semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan ke tanah suci..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

moga sahabat akak selamat menjalani ibadah umrah..

Bunda_nora said...

Semoga selamat pergi dan selamat kembali..

Mia Kassim said...

Semoga beliau selamat pergi dan balik....

OKje said...

Manalah tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasikan kanda....senang le kanda boleh luruskan kaki dah sekarang ni hehe

Unknown said...

tumpang hepi bila kakak kata anak sulung kakak dh boleh gantikan kakak menjadi imam majlis. terasa bangga.. hehehe.
mudah2an anak2 zura pon jadik macam anak2 kakak jugak.. amin~

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

Alhamdulillah..sampai rezeki beliau nk ketanah suci..
kak zakie suka dgn kanak2 kan.. :)

alhamdulillah..mudahan majlis diberkati :)

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah..

nOe suhaimi said...

bagus nya anak dara kakzakie....mesti kakzakie rasa bangga dgn dia...semoga kawan kakzakie..dipermudahkan segala urusan di sana

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah semoga dipermudahkan semua urusan kawan akak tu...:)

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih atas segala komen sahabat-sahabat kakak semua:) Doa kami memang semoga sahabat kami dipermudahkan dan sihat ketika menjalankan ibadah di sana.

Terima kasih sekali lagi:)

Permata Malap said...

in shaa Allah..semoga dipermudahkan segalanya..

Ibu Lala said...

Sedapnya kak. Moga selamat pergi dan kembali.

Mummydearie said...

Akak ni jadi orang kuat majlis rupanya. Untungnya kalau dapat berjiran dengan akak. Sekarang ni anak yang sulung boleh menggantikan tempat bila perlu. Alangkah bagusnya.