Friday, March 7, 2014

Bolehkah mewarisi kekayaan, keimanan dan kepandaian?

Beruntung mereka yang dilahirkan dari keluarga jutawan. Lahir berbumbungkan kemewahan. Belantaikan keindahan. Tidur pun mungkin  berbantalkan lambakan wang. Hingga mimpi pun agaknya segala yang mewah-mewah belaka. Tidak perlu belajar tinggi-tinggi pun tidak mengapa kerana keluarganya sudah membuat simpanan kewangan atau harta berjuta-juta. Sekadar tahu mengurus sedikit itu-ini dengan bantuan pekerja yang ramai semuanya jadi mudah. Duit dalam bank, hartanah berekar-ekar, bangunan pencakar langit semua sudah ada dalam genggaman. Sampai mati pun tidak habis untuk diguna-pakai.

Namun tidak sama andai seseorang itu dilahirkan sebagai anak seorang alim ulama' atau bijak pandai. Biar tinggi manapun ilmu ibu-bapa belum tentu anak yang dilahirkan akan menjadi ulama' atau ahli bijak pandai juga. Tidak ada satu pun ilmu yang boleh diperolehi melalui keturunan atau diwariskan. Biar bertimbun mana kitab dan buku-buku yang ibu-bapa mereka ada andai tidak digunakan ianya tidak boleh di copy & paste masuk ke dalam otak secara semulajadi. Ilmu samada boleh setanding atau mungkin lebih dan kurang tidak boleh diukur dari keturunan. Sebab itu ada anak bijak-pandai agama yang menjadi samseng (kasihan pada mak-ayahnya). Tidak kurang anak seorang petani yang berjaya menjadi doktor, engineer, architect, peguam dan sebagainya.

~~ Harta boleh diwarisi namun kepandaian, iman dan taqwa kenalah diri sendiri mencari dan menggali.~~

52 comments:

Mia Kassim said...

Salam jumaat kak.
Sangat setuju, harta boleh diwarisi, ilmu kena cari sendiri.

Farah Waheda Wahid said...

harta tu bolehlah diwarisi kak, tapi kepandaian, ilmu dan iman macam akak kata memang sendiri yang kena cari... kalau harta menggunung pun tak ada kepandaian atau ilmu untuk mengendali, harta tu pasti habis kena tarah....

cahayahidupku.blogspot.my said...

Setuju sgt kakzakie... Ilmu taqwa iman tidak boleh diwarisi tetapi perlu dipelajari Dan dicari..

t.a.t.a said...

Harta mmg boleh diwarisi, tapi kalau tak pandai jaga harta pun nanti habis juga harta tu.

Fazlina Ridzwan said...

betul tu kak..biar miskin harta, tapi kaya dgn ilmu...

babYpose said...

Salam Jumaat Kak zakie, ibadat menunjuk teladan pun tidak pasti lagi, ada yang mencari baka yang pandai atau alim, sebaliknya lebih baik sendiri jadi alim, biar
yang tak alim itu ikut pun tidak mudah,
(tetapi sekarang berpesan-pesan cari kawan
yang baik saja) jadi berbeza2 individual walaupun dari darah daging sendiri.
moga dengan berdoa ada jalannyakan kak
zakie. Thanks for sharing. Terbeliak mata ni :)

Cho Zila said...

dulu bapak saya selalu cakap apakni takder harta nak diwariskan.. tapi apak hanya mampu memberikan pendidikan untuk jadi warisan sepanjang hidup... jadilah anak berilmu.. alah touching sendiri kalau sebut pasal apak ni...

Kayu Manis said...

"Hati saya jadi tenteram apabila mengetahui bahawa apa yang ditentukan bagi saya tidak akan terlepas dari saya, dan bahawa apa yang terlepas dari saya semestinya ianya bukan ditakdirkan untuk saya." ~ Imam ash-Shafi'ee (rahimahullaah)

che mid said...

Salam Kak..alahai kangen dengan kak Zakie la..bila boleh jumpa ni..Iman tak dapat diwarisi atau pun dijual beli..

p/s: jom masuk blog CM ada sesi luah perasaan..

Sura Mohd said...

baca n3 ni teringat pulak lagu Raihan ..Iman Mutiara..:)

Mila@Rimbun said...

teringat cerita khalifah Umar Abdul Aziz, dia memilih untuk tinggalkan beberapa dirham sahaja untuk anaknya, dan memilih untuk mendidik anaknya beriman... tetapi selang beberapa tahun anak2nya jadi hartawan yang sangat dermawan, tapi terdapat khalifah yang meninggalkan harta yang bertimbun untuk2 anak2 mereka, akhirnya setelah kematian mereka, anak2 merempat meminta sedekah dijalanan... rasanya dengar dari syarah alhikam dr.zulkifli kut

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu kakak. Ilmu dan iman kena usaha belajar. Harta tidak kemana jika kita tidak ada ilmu.

Dr K said...

Macam lirik lagi Raihan kan kak zakie..IMAN itulah harta terhebat yg kita perlu cari sentiasa sebenarnya

Fiza Rahman said...

Harta di dunia ni hanya sementara jer. Harta pahala yg kekal selamanya.

Falsya said...

Falsya setuju dgn kata2 kakak..

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie.....
setuju dgn akak.
harta berkepuk3 mungkin blh diwarisi samapi 7 keturunan.. tapi keimanan?

semoga kita x lalai..

Eye_nee said...

Sgt betul kak..Siapa sangka seorg gadis yg telah murtad dan tersebar berita di akhbar2 adalah anak seorg Imam...

Iman dan ketakwaan perlu dicari dan digali sendiri..Ibubapa hanya sebagai pemberi dan pembuka jalan..semuanya bergantung pada diri sendiri...

ANIM said...

iman memang tak dapat diwarisi kan kakzakie. tapi berdasarkan apa yg pernah kita lalui atau oranglain sekeliling kita, adakala tersasar satu ketika dan alhamdulillah, balik ke pangkal jalan. mungkin itu juga berkat doa orangtua kita yang tak putus2 juga kan?

Sue Bee said...

salam jumaat,kak..

NM03 said...

saya mengharapkan anak saya tak mewah dgn harta benda tapi biarlah mewah dengan ilmu agama... moga Allah makbulkan doa seorang ibu... amin.

AtieYusof said...

Biarlah hidup sederhana tapi ilmu agama penuh di dada..ini yg sllu sy terapkan kat Pa'e kak...moga Allah permudahkan...
Teringat lagu Raihan" Iman tak boleh diwarisi"...

musang said...

setuju dengan kakak

Aziela said...

Iman itu individual. Sangat tidak adil kalau masyarakat menghukum iman seseorang atau menilainya dari salasilah keturunan. Yang penting, kita usaha untuk memantapkan iman diri sendiri sehingga ke hari perhitungan.

Muja.. said...

sangat setuju kak..

Pernah terbaca menyatakan " berikan anak2 dgn ilmu pengtahuan lebih menjamin khdpn mereka drp kita meninggalkan harta ".

Anonymous said...

iman penuh dengan ilmu dan barakah...

jika nak, kena belajar dan hayati...

hurmm

Mizz Aiza said...

betul tu kakak.. kekayaan boleh diwarisi.. tetapi keimanan dan ketakwaan harus berusaha untuk mendapatkannya sendiri..

ummiross said...

Kakzakie..terngiang-ngiang lagu kumpulan Raihan..iman tak dapat diwarisi,hehhe tengah nyanyi2 kecil ni..kucing pun tak nak dengar, sumbang.
Ummi setuju sangat2 dengan apa yang Kakzakie tulis ni, banyak contoh nyata depan mata kan.

are_lin@yu said...

btul tu setuju dgn akak..semua tu atas dri sendri msing2 kna cari

Aien Not Alien said...

setuju dengan kakak...harta memang boleh diwarisi. untuk entry ni...teringat lak saya dekat lagu Raihan :

"iman tak dapat diwarisi...
dari seorang ayah yang bertaqwa...
ia tak dapat dijual-beli...
ia tiada di tepian pantai..."

paridah said...

salam jumaat..kekayaan ilmu itu kaya sebenarnya kerna perlu berusaha mencarinya dimana saja...ilmu pun boleh diwariskan tapi bergantung pada amalannya...

aizamia3 said...

betul kak.. saya setuju.. ;)

zila norazila said...

ingat lgu raihan kak..biasa org yg susah tu lh yg berjaya dunia n akhirat..imn tu indvidu kn.

saniahibrahim said...

harta yg melimpah ruah tanpa iman belum tentu dapat ketenangan hidup,

Julia Johari said...

Bagus nasihat kak zakie...sekurang-kurangnya ju tersedar awal...jgn terlalu taksub kejar harta dunia...walhal harta akhirat masih lg kosong...ya Allah...kak zakie ckp betul...rasa mcm kena buat sesuatu

Izwa Kamaruddin said...

teringat lagu raihan..

PetakBunga said...

seimbang lah dua-dua..
dunia dapat, akhirat pun dapat.

Bunda_nora said...

assalam, salam jumaat..

setuju sangat...

Ayu Ayunie said...

betul tu kak. setuju sangat. harta boleh diwarisi. tp ilmu pengetahuan tu belum tentu.

Blog Santai said...

Sangat-sangat setuju KZ. Ilmu & Iman perlu dicari. tak boleh diwarisi..salam jumaat ya...

Unknown said...

Betol tu kakak~
kalo lah iman boleh di warisi.. pasti ramai yang menjadik alam ulamak..

Fifi Nadhrah said...

setuju sangat akak.. same macam hidayahkan.. hidayah tu milik Allah.. takde siape dapat warisi..

OKje said...

Begitulah ujian Allahkan kanda...alim ulamak, ustaz ustazah ada kalanya diuji dengan anak yang tak serupa orang ... dan jangan disangka juga yang kaya raya, hidup mereka penuh tenang dan aman damai tanpa dugaan...
Begitulah indahnya kehidupan yang Allah aturkan buat hambanya. Subhanallah.... tingginya martabat ilmu disisi Allah sehingga tidak mudah diwarisi

Anonymous said...

betul tu, mmg iman mmg x boleh diwarisi but sebagai ibu kita mesti didik sebaik mungkin kan !

sitirohaida said...

Betul tu kak.kekayaan boleh diwarisi oleh anak-anak,tapi dalam bab ilmu agama tak semua anak-anak boleh mwarisinya..

Siti Munirah said...

thumbs up utk entry akak. saya sangat bersetuju.

Nurulhidayah said...

Tepat sekali... ilmu kena gali sendiri.. tak bole download gitu je.. manyak lawa! ehehe

Azhafizah MN said...

Salam jumaat..betul tu..kena usaha sendiri :)

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

salam jumaat kak zakie,,betul tu, bak kate dlm lagu raihan 'iman tak dapat diwarisi, dr seorg ayah yg btaqwa' heheh jd kenalah usehe

Kakzakie Purvit said...

Kalau semua benda boleh diwarisi kakak rasa tidak adalah organisasi indah teratur di dunia ini. Yg kaya akan terus mengusai dunia. Org bodoh juga kian ramai sebab tidak perlu belajar dan memikir. Apa pun kalau kaya pun tidak pandai mengendali akhirnya akan habis juga. Ilmu juga yg tidak mungkin akan pupus.

Terima kasih kepada semua yg sudi memberikan komen:-

Mia Kassim, Farah Waheda Wahid, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), t.a.t.a, Cik Puan Fadli, babYpose (tak payah terbeliak dik hihi..),Cho Zila, Knor, che mid (marhaban dan berzanji boleh diwariskan dgn mengajar yg mahu CM), Sura Mohd, Mila@Rimbun (satu renungan yg baik buat kita semua Mila), Pokok Manggis Depan Rumah, Daddy Ziyyad, Fiza Rahman, Falsya, ♥ Cmª shIemª ♥, Eye_nee, ANIM (sebab itulah kena didik anak-anak sedari kecil sekurang-kurangnya sudah ada benih ditanam dlm diri), Sue Bee, NM03 (itulah impian setiap ibu-bapa), aTieYusof Family, redza, Aziela, Muja.., Rapunzel Cikilolo, Mizz Aiza (Dunia Kecil), ummiross, are_lin@yu, Aien Not Alien (baru kakak teringatkah lagu itu bila kakak buat N3 ini Aien), paridah (ilmu hitam ada yg mewarisi ye - heee yg ini kakak takur hihi..), aizamia3, zila norazila, saniah ibrahim, Umi Qi, :: Mrs.Eady ::, Petak Bunga, BUNDA a.k.a KN, Ayu Ayunie, RDZ Z, Nafira usof, Fifi Nadhrah, hainom OKje, Kesuma Angsana, Kisah Si Dairy, Uni Aqilah, Nurul Hidayah, Azhafizah Md Nor, NORSHAHFEZA HAMSAN.

Buat semua terima kasih sekali lagi.

Wafa cw said...

Betul tu kak... harta boleh diwarisi.. tapi ilmu, kalau tidak diturunkan secara sengaja... tak turun dia... :D

sebut pasal ni, saya baru perasan, tok guru selalunya tak beri ilmu sendiri kat anak dia.. dia akan serah anak dia kat tok guru lain...kan?

Nor Azimah Ali said...

sememangnya iman itu bukan warisan, kena diusahakan, InsyaAllah dengan bimbingan guru

Mummydearie said...

Belum tentu beruntungnya ya kak kalau mewarisi harta dan wang tinggi menggunung. Hidup dalam penuh kepalsuan juga dan hati tak pernah tenang. Sukar membezakan teman dan lawan juga.

Betul kata akak kepandaian dan ilmu memang tak mampu untuk diwarisi. Kalaulah boleh, memang serba-serbi cuma ada dua kelompok ini aje - yang kaya, yang miskin. Yang pandai dan yang bodoh.