Tuesday, March 11, 2014

Betapa perlunya menjaga aib

Berlaku jujur dan saling mempercayai adalah suatu sifat yang baik. Namun ada ketikanya dalam kejujuran itu perlulah ada sedikit rahsia diri yang tidak perlu dikhabarkan. Apa lagi kalau ianya melibatkan aib diri sendiri. Mengapa mesti berbangga dengan kejahatan atau keburukan yang lalu yang telah ditinggalkan. Simpanlah sebagai rahsia diri. Pandang ke hadapan untuk terus memperelok dan memperkemas kebaikan diri. "Dulu aku sebenarnya pemabuk dan kaki perempuan sebelum aku menjadi ustaz." Ini contoh aib yang tidak perlu dibanggakan kerana semua yang buruk itu pun sudah ditinggalkan.

Begitu juga seandainya kita mengetahui akan aib seseorang sebaiknya simpanlah saja tanpa dicanang ke sana-sini, jadikan ia sebagai satu teladan diri. Bukanlah bermakna aib diri disimpan tetapi aib orang lain pula didedahkan. Mendedahkan aib seseorang lain juga merupakan perbuatan tercela. Memalukan orang lain dikhalayak ramai lagilah satu sifat keji walau motifnya adalah untuk kebaikan. Jika mahu menegur seseorang biarlah dengan cara yang berhemah.

Rasulullah saw bersabda : "Wahai orang yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya; janganlah kamu mengumpat kaum muslimin dan janganlah mengintip aib mereka, maka barang siapa yang mengintip aib saudaranya, nescaya Allah akan mengintip aibnya dan siapa yang diintip Allah akan aibnya, maka Allah akan membuka aibnya meskipun dirahasiakan di lubang kendaraannya." (HR. at-Tirmidzi)

~~ Walau hitam sekali sejarah dilalui aib diri sendiri atau orang lain perlulah dijaga rapi.~~

* Dua hari ini juga kakak dilanda kesibukan. Mak Zah sakit. Kakak kena urus semua kerja rumah termasuk urusan adik pergi-baik sekolah. Kerja di pejabat 3 jam balik rumah. Doakan Mak Zah cepat sembuh. Terima kasih. Maaf andai belum menerima kunjung balas dari kakak.*


68 comments:

Falsya said...

agreed..peringatan utk diri sendri..

Fazlina Ridzwan said...

semoga mak zah cpt sembuh, kak...

cheqna said...

amin..moga mak zah cepat sembuh

Pokok Manggis Depan Rumah said...

setuju dengan perkongsian ini. Jangan buka aib diri kita setelah Allah menutupnya dengan BAIK. semoga Mak Zah cepat sembuh Kakak.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Syafakillah Mak Zah... semoga cepat sembuh...
Terima kasih peringatan ini kakzakie..
Patutlah kakzakie tak berkunjung balas ke blog saya... tak pe kakzaie , uruskan dulu yg lebih penting kan :)

PetakBunga said...

kalau allah dah tutupkan aib kita x perlulah kita nak buka.

tp mungkin kalau sebabgi pengajaran tak pe la..biar tak dikuti orng lain.

Unknown said...

betul tu akak..biarlah menjadi rahsia..kecuali Allah maha mengetahui segala2nya

semoga mak zah cepat sembuh sihat seperti sediakala amin...

Irfa said...

terima kasih utk peringatan
moga makzah cepat sembuh ye

Julia Johari said...

Kak zakie, bagus lahh entry ini...umi Qi byk belajar dari nasihat akak...serius ju suka baca perihal jaga aib diri sendiri...Umi Qi doakan semoga ibu kak zakie segera sembuh ye...aminnnn

Fazleyatul Aini said...

semoga mak zah cepat sembuh

Fiza Rahman said...

Mekasih atas peringatan kak. Aib kita biar allah jek yg tahu. Tak perlu nak dicanagnkan.

Smoga mak zah cepat sembuh dan smoga urusan akk dipermudahkan olehNYA.

saniahibrahim said...

peringatan dari kakzakie ,insya Allah akan dijadikan pedoman kami...

Unknown said...

Setuju...peringatan untuk saya juga.

BinMuhammad said...

Salam,
Selalu berdoa agar sentiasa terjaga aib diri. Begitu juga bila mati, semoga mati dalam keadaan sempurna dan dijauhkan dari keaiban...
Ada perkara perlu dihebahkan dan ada perkara lebih baik disimpan sebagai rahsia.

Nor Azimah Ali said...

takpe kzakie..faham, selesaikanlah urusan yang lebih penting dulu

Mila@Rimbun said...

Dengan kasih sayang Allah, kita berbuat dosa pun, takde siapa yg tahu, buruknya perangai kita kalau kita plak yg warwarkan dosa kita kan...

Cho Zila said...

betoi.. betoi... aib tidak seharusnya kita buka.. kalau suami isteripun kisah2 lama tak perlu buka pekung di dada...

Mimie_Zatun said...

nasihat yang baik..
terima kasih kakzakie

Eye_nee said...

Kurang bijaklah jika dia secara riak begitu membukakan aibnya..namun jika kata2nya sebagai pemberi contoh kepada yg masih belum berubah..brgkali boleh memberikan keinsafan pada yg mendengarnya...

Liza said...

betul tu kak zakie, peringatan utk diri Liza jugak..terima kasih

musang said...

semoga mak zah cepat sembuh

lieyalatif said...

SETUJU KAK... kalo boleh jaga la mulut dan hati tu...tak perlu dicanang cite org...takut nanti ade unsur2 tokok tambah tu yg mendatangkan fitnah...moga kite tergolong dlm golongan yg menjaga mulut dan hati...amin...

moga mak zah cepat sihat...akak jaga diri juga tau..takut penat sgt nanti...udah le cuace tak menentu ni...makan minum jaga kak yeak...ade mase rehat2kan diri....

norhasnizakhalid said...

semuanya bermula dari diri kita, sebelum menunjuk jari kesalahan pada orang, ubah diri sendiri, terima kasih atas peringatan ini, betapa pentingnya menjaga aib orang,...

aby said...

Salam kz,
Mnjaga aib sndiri selepas mmbuat satu dosa besar mudah diterima ALLAH swt bile kita brtaubat, sebalik bile kita riak pula dan bngga diri lps mmbuat satu dosa besar akan dpt kemurkaan Allah swt

sitirohaida said...

muhasabah diri..
moga kak zah cepat sembuh..insyallah..

paridah said...

assalam kakzakie...pakabar moga makyah dh semakin sihat...rahsia aib kita biar Allah saja yg tahu jgn kongsi dgn sesiapa.

adyna AB said...

Allah pun jaga aib hambaNya , semoga mak zah cepat sembuh ye

AtieYusof said...

Salam Kak..
betul tu..sekiranya perlu disimpan sesuatu rahsia diri, baik lah simpan. Jgn lah dibuka aib kita sndiri kan...
Moga Mak Zah cpt sembuh ya kak...

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Zie...entry yang sangat bermanfaat untuk renungan bersama.Terkadang terlupa...asyik duk cerita aib org lain...sekejap jer Allah buka aib diri sendiri.

Unknown said...

...maaf yer kak...typo error nak type Kak Zakie tertaip Kak Zie...

t.a.t.a said...

Baru tadi ada seorang tanya saya, "Awak marah pada siapa?"
"Pada si polan."
"Cerita la dia buat apa?"
"Tak nak la. Tak baik kan cerita keburukan orang?"
"Haah."

Unknown said...

Setuju dengan N3 Kakak..
tutup lah aib orang, mudah2an Allah akan menutup aib kita jugak.. Amin~

Semoga Mak Zah cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala. Amin~

babYpose said...

Betul tu Kak Zakie, biar diri saja yang tahu dan bersyukur Allah swt telah permudahkan penghijrahan yang dilalui. Semoga Mak zah cepat sembuh dan sihat dengan segera. InshaAllah

ummiross said...

Setuju sangat-sangat Kak Zakie. Setiap orang ada aibnya, tapi Allah tutup dengan kasih sayangNya.
Siapalah kita nak dedah aib orang kan..

ummiross said...

Ummi juga doakan Mak Zah, cepat sembuh...

QasehnyaRania said...

perngatan bersama tenkiu kakak
smga mak zah cepat sembuh.aamiin

Mulan said...

moga mak zah cepat sembuh..

Bunda_nora said...

Setuju...perinatan untuk diri sendiri juga..

emarieys said...

saling mengingati...buka aib orang..aib sendiri belum tentu bagaimana

Ujie Othman said...

kat alam siber ni mmg mudah sgt terbuka aib sendiri dan aib org. Moga kita terhindar dari sifat tu.

saya doakan mak zah cpt sihat ya kak zakie.

ewanthology said...

ramai yg bangga dengan perkara2 yg tidak elok skrg ni.

Sayap Biru said...

Ada juga tak sedar kekadang tu terlepa berkata-kata ...
Thanks for sharing kak Z

Moga segala beban yang ditanggung kini peroleh kebaikan dalam masa terdekat .. amin.

JunAina said...

Aina selalu berpegang jagalah aib org agar nanti org juga akan menjaga aib kita.

Doa yg terbaik buat Mak Zah moga cepat sembuh. Nasib baik pejabat dekat boleh lari2 urus adik ye kak.

Mizz Aiza said...

semoga mak zah cepat sembuh.. betul tu kak, kena jaga aib orang..

amirah said...

betul tu kak..walaupun skrng dah berubah, kita kena simpan rahsia tu antara kita dengan Allah. yang penting bertaubat2 dengan sepenuh hati..moga Allah ampunkan dosa2 amie..moga mak zah juga cepat sembuh ye kak...

Fai Nardir said...

kita jaga aib org, Allah akan jaga aib kita.. tq atas peringatan ni..

fai doakan semoga mak zah cepat sembuh..semoga segalanya dipermudahkan..

Dr K said...

Insya Allah kak zakie...
Muhasabah utk diri saya

Izwa Kamaruddin said...

peringatan yang bagus kak...

norhidana said...

kadang2 kite terlalu nk tunjuk diri ktie jujur kak sampai terbuka segala sejarah, keaiban yg lama2.... moga dijauhkan n peringatan bt diri sndiri

moga mak zah cpt sihat ye kak

haryati said...

betul tu kak kdg2 yang perlu kita simpan...kita jagalah elok2..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu mmg perlu tu...peingatan yg baik utk semua n diri sendiri juga...:)


p/s singgah yer n collect hadiahnya...

http://maszull.blogspot.com/2014/03/pengomen-tegar-bulan-februari.html

Mimie said...

Betul tuh kak...kite jge aib org org jge aib kite..tp kdg2 sbg manusia mudah lalai n leka...rse sonok je citer aib org

Jahirah said...

itulah sebaiknya..aib perlu dijaga...
moga mak zah cepat sembuh kak,,,:)

NEKCIK said...

Sama sama kita mohon semuga Mak Zah cepat sembuh ye kak..insyaallah

Unknown said...

berat tanggungjawab hendak menyimpan rahsia , tetapi jika sudah amanah perlulah dipatuhi...

Unknown said...

berat tanggungjawab hendak menyimpan rahsia , tetapi jika sudah amanah perlulah dipatuhi...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

tq kak mengingatkan...
betultukak toksah lah cerita aib kita kat orang orang hilang respek & kita juga jangan buka Aib orang...
kesian akak terlalu sibuk...jangan lupa jaga diri juga yer kak...Moga mak zah cepat sembuh..

Fyda Adim said...

betul tu kak..saya setuju..jaga aib diri dan aib org...sy doakan mak akak cepat sembuh...

che mid said...

Siap juga entri tentang aib ni ya kak.. CM pun kena berhati-hati juga, kadang-kdang kita rasa cara kita menegur tu dah sebaik dan sehalus mungkin, tapi masih juga siempunya diri terasa...agaknya, biarlah terasa sedikit demi kebaikan jangka panjangkan..

Lydia Miza said...

Peringatan utk diri sendiri. Biasanya org akn kata nk jdkan kisah tu iktibar tp dlm diam ia mengaibkan org:(

aizamia3 said...

Moga Mak Zah cepat sembuh hendakNYA..

nOe suhaimi said...

terima kasih kak zakie...peringatan tuk diri sendiri..

ellynadyra said...

semoga mak zah sembuh seperti selalu.
jaga diri kak!

Nur-nba said...

Ingatan utk diri sendiri juga.. Moga Kak Zah cepat sembuh.

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..
alhamdulillah..terima kasih atas peringatan..

cma sendiri belajar dr kesilapan kak..

semoga mak zah kembali sihat spt sedia kala..

Mummydearie said...

Mak Zah dah sembuh ke, kak? Semoga beliau dah kembali sihat harapnya. Saya pun entah mengapa sibuk juga sejak awal minggu. Blogwalking pun tergendala tapi mana yang penting seharusnyalah didahulukan.

Aib diri tu memang seeloknya disimpan rapi dalam diri sendiri. Buat apa nak bermegah mengingatkan orang lain pada aib sendiri.

Wafa cw said...

Hari ni baru dapat jenguk mamazakie, macamana lah agaknya keadaan Mak Zah, harap dah beransur sembuh...
Bila baca entry ni, terfikir kat saya betapa indahnya Islam ni... disuruh kita tutup aib orang, di suruh jangan saja nak cari aib orang... dan jangan dok ungkit/cerita aib diri yang lalu...
Semuanya POSITIF...

Anonymous said...

tq kak, sama2 ingat mengingatkan yer !