Monday, March 31, 2014

Secret Receipe pulak hala di tuju

Hari Jumaat cuti sekolah yang baru lalu makan malam kami ke Secret Recipe. Niat di hati mahu membeli kain-kain untuk dijadikan blouse tetapi makan-makan punya pasal sudah agak lewat dan menurut adik di kedai itu lagi 15 minit akan ditutup. Belilah juga dua setengah meter kain berkaki untuk dijadikan jubah adik. Kakak-kakak tidak kisah kalau tidak dapat jangan adik mahu tidur pun masih teringatkan kain yang diidamkan kalau tiak membeli.

Kek Oreo - Sementara menanti hidangan adik dan Yasmien makan ini dulu. Kak Nurienne dan Mak Zah meninjau mencari subang silver katanya.
Spaghetti seafood - Ini papa punya. Kopi hitam legam pun pilihan papa juga. Isteri dan anak-anak tidak minum kopi walau papa merupakan peminat kopi tegar.
Asing meja - Kak Nurienne duduk dengan Mak Zah di sini. Mak Zah punya makanan belum sampai Nurienne makan dulu.  Lambat  makanan Yasmien, mama, mak Zah dan adik punya sebab itu lupa untuk dipotretkan. Adik makan pun tidak habis dan di bungkus bawa balik.
Kakak & Adik - Sajalah nak bagi kakak dia kerja. Adik sebenarnya selalu makan masih bersuap. Teringat aku dulu pun selalu arwah mak suap makan walau sudah besar. Sedap makan dengan tangan suapan mak. Anak-anak aku mengikut jejak aku. Selalu masih bersuap dari satu pinggan kongsi untuk makan bertiga. Gilir-gilir suap bila habis ambil lagi. Mamalah jadi tukang suap dan kadang masuk mulut mama juga.
Setiap malam sepanjang cuti sekolah lepas, sebaik anak-anak yang mengaji balik, kami pula keluar rumah. Semalam semua mula bersekolah dan rutin makan di luar akan berhenti serta-merta.

~~IM529 bukan jumlah yang sedikit yang terkorban. Sedih.~~

38 comments:

Bin Muhammad said...

Saya dah terpikat dengan satu cheese cake di SR ni... Memang nikmat sekali rasanya. Tapi isteri saya cukup xsuka.
Ianya cheese cake durian! Memang power!!

saniah ibrahim said...

seronoknya mkn2 dgn family kan kakzakie...ank2 sya jarang brkumpul,kalau sskali balik cuti pun ank llaki sya xmahu mkn kat luar sbb dh biasa sngt ,nk ibunya juga yg masak .

Nurulhuda Abdul Latip said...

Sedapnya nengok spageti seafood tu...

Nafira usof said...

telan ailio tengok spageti seafood tuh~ sedapnyeeee.. rasa nak masak spageti dan2 nih jugak.. hehehe

Knor said...

kualiti time kak...anak2 happy, sehat..rezeki Allah bagi..salur pd keluarga dulu..berkat kak..

ros_reeza said...

seronok kalau dapt makan ramai -ramai :)

t.a.t.a said...

Makan suap menyuap ni memang berkat kan kak. Zaman sekarang saya tengok ramai mak bapak yang jadi tukang habis makanan anak yang tak habis makan. Dah terbalik instead of anak-anak habiskan makan mak bapak.

Budak Gundut kalau tak habis makan tak pe saya suruh aje dia bagi kucing, walaupun rasa macam membazir tapi untuk saya habiskan makanan dia, memang tak lah kak.

Falsya said...

Sedapnye kek SR..

Kakak, tetibe falsya tingat time kecik2 dulu makan bersuap ngan mak..walaupun nasi ikan goreng ngan kicap, nasi telur dadar ngan kicap, tp rase nasi tuh boleh jd sgt sedappppppp..the magic of suapan dr tgn mak..;)))

Rai Ourkizuna said...

spagetti seafood papa tu nampak sangat menarik...

lama tak mintak mak suap makan..hehehe..

norhidana miswan said...

lama tak lyn kek cheese kt SR, sedap betul

*kenapa lah mereka zalim sgt,mcm tak sesuai ngn kesalahan hukuman itu

Deq's Qienz said...

sedap..sedapp..sedappp laaaaa

aizamia3 said...

seronok bila anak2 makan bersuap.. nak-nak lagi kalau dorang tak suka sayur.. time cengginilah boleh paksa dorang makan sayur sebab kalau makan sendiri takde maknanya dorang nak makan.. hehehe..

Aziela said...

Hubby saya sukaaa minta saya suapkan dia. Adam dah tak nak di suap. Tapi yang tak bestnya, bila suap hubby, saya kena makan sekali. Masalahnya, selera nasi dan lauk hubby tak sama dengan saya. Tapi dek kerana kasih, saya makan juga...hehehehehehe.

Ema Johari said...

kalau makan bersuao anak-anak lagi berselera nak makan kak.

paridah said...

sukanya dapat bersama anak2 yg dikasehi bermesra-mesraan sebelum berpisah kerana urusan masing2...kasih sayang dlm keluarga penting sekali dibina kukuh...

UmmuAidan-Arissa said...

suka tengok kemesraan kakak & adik tuh..tp sygnnyer tak dpt tgk kemesraan mama sekali hehe..
kesiankan nasib saudara2 kita dimesir..gara2 org yg tamakkan kuasa didunia..

Mummydearie said...

Kalau ke SR ni kak, pilihan saya memang New York Cheese atau seafood spaghetti sahaja. Lain-lain saya tak pandang dah. Saya pun sekarang ni lagi suka menyuapkan makan anak-anak. Biasa gak masuk mulut sendiri lebih banyak daripada mulut anak-anak.

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam K.Zakie..

kalo ke SR, CMa suka noodle tomyam tu.. nyum3..

hihi..alhamdulillah..suka melihat keakraban sesama ahli keluarga..

suapan dari tangan mak lah yg paling sedap.. :)

♥ Cmª shIemª ♥ said...

alhamdulillah..terkorban dek kezaliman dunia..kelak syahid syurga menanti mereka disana

lia said...

sama mcm saya... masih makan bersuap bler jumpa mak... rasa sedap lain mcm dgn suapan dr tangan mak sbb penuh kasih sayang...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Memang sedap makan kat SR. Seronok makan ramai-ramai macam ni Kakak.

Nasuha Puteri Nass said...

Sama macam nasuha....umur nasuha dah 19 tpi masih suka makan disuap mak atau ayah....

sud@is said...

happy2 time cuti sekolah bersama anak2 nikmat yang besar.....

Fazleyatul Aini said...

seronok tengok family akak

HeNRieTTa JoSe said...

blom pernah makan kek oreo...rietta jrg ke SR...masih bersuapan?erat kasih sayang tu...

babYpose said...

tringin spegeti seafood plak ni, kak zah pun ikut skali, Alhamdulillah dah sihat. best santai ngan family.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sudah lama aiza tidak ke SR.. paling aiza suka kek coklat.. sesekali makan bersuap begitu mengeratkan hubungan kekeluargaan.. :D

sarah said...

sedap plak tgk spageti seafood..nyum nyum nyum

Zee Suhaini said...

kak, terliur tengok abang punya spageti tuh...besor sungguh sotongnya..hehehe..

manja adik ni..memang makan bersuap no syok kak..lain rasanya..hubungan pon tambah erat..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Seronoknya makan bersuap...
Nabil sampai sekarang makan masih bersuap kakzakie :)

- said...

seronoknyer tgk makan bersuap2 ni.. mesra :)

*tetiba je tekak ni nak makan kat secret recipes... hehehehehe

RDZ Z said...

Kita memang suka SR KZ..spaghetti seafood tu antara yang selalu kita orang makan...

ANIM said...

hero2 saya pun masih makan bersuap sekali sekala kakzakie..
nak buat macamana..tu jelah 2 orang, hee..

p/s ni mesti jahit sendiri jubah atau blouse tu..

aby said...

salam kz ..
klu suap menyuap dapat tambahkan kemesraan ..
elok klu ianya dijadikan amalan kan!

mizz yatiey said...

assalamualaikum kak

yatie belum pernah rasa lg mkn kat SR ni..

amirah said...

amie suka sgt2 dengan chesee kek durian...sedap bangat kak..aiii..camni kena singgah lepas keje ni..huhu..

sedih kan kak...ramaiii sgt tu. sampai 529 org...sedih.. : (

n O e s u h a i m i said...

sedapnya ... dah lama x makan kat secret recipe ni...

hainom OKje said...

Suka tengok kemesraan mereka kanda...mereka bergaduh tak kanda? Kalau budak budak sini ada aje yg nak disakatkan...riuh satu rumah bila bergaduh hehe