Friday, March 28, 2014

Ensiklopedia Al-Quran

Sebuah buku yang penuh pengisian. Sewaktu diadakan tazkirah di masjid aku sekadar membawa duit untuk menderma jadi tidak dapatlah membelinya. Sudah berjanji dengan adik boleh saja membeli di book store, tetapi bila hari Maulidurrasul tempohari ada booth menjual buku dan buku dikehendaki pula ada di depan mata, apa lagi kenalah tunaikan janji. Harga pun berpatutan kerana tidak sampai RM100/-. Berkulit keras dan kualiti kertas yang tebal dan berkilat. 

Ensiklopedia Al-Quran - Sudah sebulan adik mengidamkan buku ini akhirnya dapat juga. Membacanya tapi baru bab pertama dan ditebuk terus ke bab explorasi angkasa. Agaknya bab itu yang lebih menambat hatinya.
Sejarah - Boleh dihayati ini juga. Aku pun belum habis meninjau baru 2-3 bab membacanya. Biasalah bila ada buku baru buku lama di tinggalkan sekejap. Sekarang aku sedang membaca buku Ahamd Ammar. Adik pula dengan novel-novel yang baru dibeli pada hari kedua sebaik cuti sekolah. Bila sekolah di buka dia sudah kena simpan semua novelnya.
Explorasi angkasa - Meninjau bab ini dulu sebab bagi adik bagai ada ironi dengan yang terjadi kini di negara kita. Sesungguhnya kandungan isi al-quran meliputi keseluruahan yg di langit dan di bumi, yang di darat dan lautan, yang hidup dan yang mati. Mudah kata meliputi sekelian alam.
Penerbit - Mungkin boleh juga berhubung dengan alamat tertera di atas seandainya ingin memilikinya.
~~ Membaca fatihah untuk mereka yang hidup rasanya tidak salah kerana al-fatihah bukan khusus untuk mereka yang mati sahaja. Bergantung bagaimana penyampaian doa dibuat kerana suroh al-fatihah mempunyai  beribu-ribu kebaikan. Janganlah dijadikan isu besar.~~ 

29 comments:

PetakBunga said...

menarik kak. buku warna warna. bukan org tua je suka..budk2 pun suka ni.
ada ilutrasi, gambr2 pun nampak menarik kak

Umialya said...

Alhamdulillah adik minat membaca buku2 sebegini.. pintarnya dia..

sitirohaida said...

banyak isi yang bermanfaat didalamnya..
Harga pun berpatutan la kan kak..

babYpose said...

Salam Jumaat, Assalamualaikum Kak Zakie, teringin buku ni, first time tengok kat popular lepas tu kat facebook ada yg menjual online. Adik minat membaca ensiklopedia, Alhamdulillah. Betul baca Al-Fatihah supaya dapat yang terbaik kerana dah stage bertawakkal kan.

Unknown said...

tebal jugak tu kak..
adik minat bab angkasa mungkin ada cita2 kearah tu kak..

Sura Mohd said...

harga sangat berpatutan..elok jugak sebagai hadiah buat anak..nanti boleh cari satu..nak bg abang Aqil..

Kayu Manis said...

boleh juga membeli buku ni...


yelh kak org skrg ni pelik...ingat org mati je ke nak bacakan fatihah..yg hidup pun boleh..tambah2 baca utk mak bapak..

Fiza Rahman said...

Menarik buku ni. Nak try cari nanti.

Betul tu kak. Bacaan al-fatihah bukan utk yg dah meninggal jer. Ustazah pernah ckp, Kalau kita tetiba teringat kat suami/anak²/ibubapa atau sesiapa saja, sedekahkan lah al-fatihah.

ummiross said...

Sukanya bahan bacaan macam ni, hebat kan kalam Allah, bila dikaji makin terserlah kebesaranNya.

Acik Erna said...

Alhamdulillah tertunai hajat adik nak kan buku tu

Aziela said...

Ada isu ke kak pasal Al-Fatihah? Saya tak tahu pula. Mungkin sebab saya tak ada fb.

Oh, saya pun tertarik dengan Ahmad Ammar. Insya Allah, antara target books saya nanti. Semoga sedikit sebanyak kita boleh ambil iktibar dari beliau.

Eye_nee said...

Tidak pula rasanya saya dengar dan baca..Al-Fatihah dikhususkan buat mereka yg telah mati..atau brgkali saya ada terlepas pdg dimana-mana...

Diarea Selangor sahaja terbitannya..boleh cari ni...

Muja.. said...

Alahai kak, saya pun memang suka membeli.. tapi nak membacanya asik x menyempat jer ..

Last2 sikecik yg tlg baca..

Shahrul Yusof said...

Dulu masa kecik saya rajin lepak library sebab nak baca ensiklopedia. Info dan fakta di dalam ensiklopedia ni lebih menarik sebab ada banyak gambar berserta layout yang lebih cantik.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bagus betul inti pati buku tu kakzakie, teringin pulak nak memilikinya ;)

Unknown said...

bagusnya buku ni kak.. kedai buku popular atau MPH ada jual ke tidak agaknya ya..

AtieYusof said...

Salam Jumaat Kak..
Menarik buku ni.. InsyaAllah boleh cari juga nti...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..
menarik buku ni.. nnti nk cuba survey
alhamdulillah..

Ujie Othman said...

bacaan yg sgt bagus dan semacam wajib ada kat setiap keluarga muslim. Harga tu berbaloi dgn kualiti kertas nampaknya.

*betul kak, tak salah baca al-fatihah utk yg hidup. Niatkan sebagai satu doa dll.

ANIM said...

macam saya jugalah kakzakie..
beli dulu..baca kemudian
juga belum khatam buku Ahmad Ammar terbaru tu..yang lebih sedih..

p/s banyak benda besar yang perlu dihighlight tapi kadang2 benda kecil juga jadi isu besar. 529 saudara Muslim kita yg shahid di Mesir tu sepatutnya dihighlight

Tie HT said...

insha Allah saya nak beli juga,
thanks sharing kak :)

Falsya said...

Bgs adik dh minat membaca dr kecik..moga kekal selamanye..

BinMuhammad said...

Bagus buku ni, dah baca... Memang sangat bermanfaat dan membuka minda tentang keajaiban Al-Quran.
Selamat membaca.. :)

Umm AA said...

Drp review kakak nie rs macam nak beli jugak satu..kita boleh baca..anak2 pun jugak..sama2 dpt ilmu kan..:)
Al fatihah tuh kan boleh dibuat boleh tuk mengubat jugak kan..

nOe suhaimi said...

nampak menarik buku ni kakzakie..sbb ada warna warni dalam tu..isi kandungan apa ntah lagi kan...

noe selalu sedekahkan alfatihah untuk anak2 noe :)

sobri yaacob said...

menarik ni sis..melanur utk saham akhirat.. buku pun kulit tebal..berbloi dgn harganya

Mimie said...

in shaa Allah nti nak ci jugak...

Mimie said...

in shaa Allah nti nak ci jugak...

Mummydearie said...

Menarik buku ni dan timbul rasa teringin pulak. Boleh didapati di bookstore kan. Nanti saya nak terjah tengok kalau ada.