Maka tibalah malam terakhir untuk anak-anak menimkati malam malam sebelum esoknya akan balik ke asrama. Pilihan makan di Tasconi's Pizza. Puas makan di Pizza Hut dan Domino tukar menjamu di Tasconi pula.
|
Tasconi Pizza - Inilah lokasi pilihan anak-anak. Kak Nurienne malam itu pening kepala jadi order dibuat oleh adik-adik. |
|
Special - Tidak tahu pula apa nama dish ini. Sedap juga |
|
Pepperoni - Adik suka pepperoni walau ke mana outlet pizza. Hanya dua jenis pizza satu pilihan adik dan satu pilihan Kak Yasmien. |
|
Air teh lemon - Suam sebab mama sudah dilanda batuk. Tatapi dua anak dara mama tetap minum air sejuk pilihan mereka juga. |
|
Expresso - Papa biasalah mesti si gelap ini juga jadi pilihan |
|
Bungkus - Bila tidak habis mesti kami bungkus. Malam sambil menonton tv tiga-tiga anak dara akan menghabiskan semua ini. Esok pagi semua licin. |
|
Kek lapis Sarawak - Beli ini di booth pameran di luar Tasconi outlet. Empat perisa RM20/-. Tetapi sehingga mereka sudah balik asrama masih berbaki lagi di rumah. Adik pula bila sudah tidak berteman makan pun agak kurang. |
Berakhir sudah acara makan-makan cuti sekolah kali ini. Pesanan buat anak-anak mama moga ikatan kasih dan sayang terus berkekalan hingga ke syurga. Kasih yang tidak boleh ditukar-ganti. Bersyukur dan taat perintah Allah, sayangi rasulullah moga hidup terus diberkati.
~~ Mendustai saudara seagama sendiri mungkin selamat di dunia, namun akhirat Allah itu kekal abadi. Di sana semua menjadi saksi yang tidak boleh berdolak-dalik.~~
32 comments:
Nampak sedap je makanan semua ni. Rasanya saya tak pernah jumpa kedai makan ni di kawasan selangor ni. Ke saya je yang tak perasan? Seronokla dapat jalan2 cari makan selama cuti sekolah..dengan semua anak ada di rumah, memang meriah jadinya..
Salam isnin kak....sunyi balik bila anak2 dah kembali ke asrama kan.
Sedapnya pizza tu, kat kk ni pizza hut je yg ada. Klu ada jual pizza jenis lain pun x pastu kehalalannya.... :)
menariknya menu2 tu
Sunyilah semula rumah akak ye...Kuali yg digantung pun kena turun baliklah, hehe
Tak pernah tau pula ada restoren pizza lain selain dr Pizza Hut & Dominos...huhu, nampak bebeno kampungnye
masa yang ada digunakan sebaiknya.. ;) kalau dak Nuha dekat pasti Adik ada kawan.. ;)
nampak sedap semuanya. alhamdulillah
nampak memang sedap ni ..
bestnya dapat mkn malam terakhir sblm naik sekolah dengan menu begini sedap kak... lama saya tak mkn pizza ngan anak2... nnt bole terjah mana2 kedai pizza...:)
entah kenapa husband sy kurang minat makan di tempat2 begini jadi saya kalau nak makan kena tggu dia gi outstationlah, hehehe
Sunyi la rumah nanti bila budak-budak semua dah start sekolah. Kadang bila bebudak ni ada kat rumah, ceria je rasanya. Seronok dengar hilai tawa diorang.
sedapnya kak zie..meleleh liur saya..huhuu
nampak gebu pizza nya tu kak..
insya allah..tengok anak anak akak rapat antara satu sama lain..
sekali sekala berubah selera pilihan pizza..macam sedap tengok pizza tu.
assalam kakzakie..acik dah tak de yang sekolah..dah tak fikir nak bercuti musim cuti sekolah..kalau nak jalan2 pun tak mau dah masa cuti sekolah..bagi peluang pada ibubapa yang anak masih bersekolah
Sunyi balik rumah ya kak bila anak-anak dah pulang ke asrama. Kalau anak-anak semua di rumah, boleh saya bayangkan keseronokan makbapak melayan kerenah anak. Yalah, keluarga saya besar. Kalau dulu memang arwah ayah tak pernah missed membelikan apa kemahuan si anak-anak bila balik bercuti ke kampung. Cakap aje apa nak makan. Siap sedia punya. Tasconi Pizza ni tak pernah nampak pulak di KL. Takda kot outletnya di sini.
sedapnyer kak oiiiiii
salam k.zakie..
lazat jg tgk menu tu.. cma tak pernah ke outlet ni lagi..
alhamdulillah..semoga kasih sayang utuh hingga ke akhir hayat :)
bler da x de kawan, mmg selera pon berkurang yer kak... sbb tu kek tu x abes2...
Assalamualaikum....enak2 makanan di Tasconi's Pizza...
Salam Kak,
idah tak pernah lagi makan di Tasconi's Pizza nie... sedap yer kak? hidangan nampak menarik jerr...
aiza belum pernah lagi makan di tasconi's pizza ni kakak.. nampak sedap juga..
semua makanan tu nampak sedappp,kak..yummy
suka makan pizza tp ank2 x berapa suka..pizza tasconi's blm cuba..rasa2 nya blm ada d KK..
Kak ani pulak kalau nak makan piza tunggu budak2 ada kat rumah. Dia orang jerlah yang faham apa yang nak order. Kak ani tak pandai. He he
meriahnya...mesti sedap dan anak2 akak suka kan...SA baru nak bawak Dania shopping baju next Saturday...masa tu nanti kita tgok apa dia nak makan...hehehehe
Dah lama tak g makan kat pizza hut...
samalah kita kak... malam terakhir along dirumah sebelum balik ke asrama makan luar bersama2 ikut selera tekak anak2
seronok jugk kak tiap kali cuti sekolah jalan2 cari makan..kalau amie memang suka jalan2 cr makan, cuma encik suami tu suka makan di rumah. amie suka cuba benda yg baru dan pelik jugak..huhu..tp anak2 pun bukan selalu ada di rumah, masa cuti sekolah ni la masa untuk bawak dorang jalan2 makan2 kan kak
sedap nampak pizza tu...bila anak2 ada rumah...mesti tanya diaorg nk makan apa...sbb bila balik asrama..dh x merasa nak makan macam tu
Tunggu lagi hujung minggu baru acara makan makan luarlah eh Kanda...
Nampak pun mcm sedap je benda tu...Manis ke kanda?
Tunggu lagi hujung minggu baru acara makan makan luarlah eh Kanda...
Nampak pun mcm sedap je benda tu...Manis ke kanda?
Bila berkumpul ramai2 macam ni baru meriah makan, kalau tak mesti ingat kat setiap yang takder tu kan.
Post a Comment