Tuesday, March 4, 2014

Sesungguhnya ajal dan maut ketentuan Allah

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." - (Surah An-Nisa' : 78)

Hari Khamis minggu lepas penduduk sekitar taman perumahan kami kecoh. Bayi tiga bulan yang baru diasuh di rumah penjagaan kanak-kanak telah meninggal kerana tersedak susu. Itu berita yang diberitahu. Belum pernah terjadi di tempat kami sebelum ini membuat ramai yang terpempan. Apa lagi rumah asuhan itu ujud sudah puluhan tahun dan seingat aku sejak aku belum berumahtangga lagi. Kami semua juga tahu yang pengasuh di situ semuanya baik-baik dan sangat bertanggung-jawab. Ramai ibu-bapa yang bekerja yang tidak menghantar anak ke rumah jiran/penjaga akan menghantar anak mereka ke sini.

Menurut anak-anak yang sudah besar dan boleh disoal-siasat, penjaga di sana memang menjaga dan memberi susu secara betul tetapi tiba-tiba baby tersedak dan tercungap-cungap. Keadaan kelam-kabut itulah dibawa ke klinik berhampiran namun menurut doktor baby sudah meninggal dunia. Sedih bukan. Ketentuan Allah siapa yang mampu menidakkan. Bukan tidak dijaga bahkan semua anak-anak yang tinggal di situ juga tahu auntie/kakak yang menjaga mereka semua adalah baik-baik belaka. Pakaian anak-anak untuk ke sekolah agama pun mereka tolong perlengkapkan. Mahu menaiki van untuk kesekolah pun siap di perhati satu-satu baru boleh berlepas. Makan-pakai mereka terjaga rapi. Siap membantu membuat kerja sekolah sementara menunggu ibu-bapa masing-masing datang mengambil.

Apa pun nenek dan datuk kepada bayi tersebut tidak berpuas hati lalu menfailkan untuk dibawa ke mahkamah. Apa yang sedih ramai penduduk bermasalah bila pusat asuhan perlu ditutup walau untuk sementara. Pusat asuhan ini juga transit untuk anak-anak balik dari sekolah kebangsaan untuk ke sekolah agama. Juga menjadi transit anak-anak balik sekolah sebelum ibu-bapa mengambil mereka pulang.

~~ Kami mendoakan semoga kemelut berlangsung dengan baik. Allah maha mengetahui apa juga yang terjadi. Doakan yang baik-baik buat semua.~~

67 comments:

Kamsiah yusoff said...

minggu lps ada 2,3 kes mcm tu baca kat paper...sbb tu saya takut nak amik tanggungjawab mengasuh anak org...takut berlaku kes mcm tu..

Masya said...

kes yg dkt johor tu dekat dgn rumah akak yer ... moga apa jua yg berlaku family mereka redha menerimanya... sbb ajal dan maut dah ketentuan..

Izwa Kamaruddin said...

Allah....speechless tak tau nak ckp ape..

Fazleyatul Aini said...

dah jadi macam ni, nak tuding jari kat sesiapa pon tak guna. semoga kemelut ni tak berpanjangan lah hendaknya

Unknown said...

Itulah hidup dan sifat manusia sebagai makhluk. Kita tahu ajal maut telah ditentukan tapi apa nak buat sifat manusia juga tidak akan pernah berpuas hati dan reda dengan apa yang Allah tentukan

IntaNBerliaN said...

moga permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik... Dah jaga dengan baik kan.. dah tertulis ini yang berlaku

Pokok Manggis Depan Rumah said...

kasihan bila jadi macam tu. Mugkin jika kena kepada kita pun tak tahu juga apa tindakan kita. Semoga kemelut ini cepat berakhir.

Nor Azimah Ali said...

sekarang ni kzakie, kalau anak2 yang dihantar ke taska, jika jadi apa2 kes, doktor tak akan rawat melainkan lengkap dokumen anak tu dari mana, siapa jaga..so jika kebetulan kes tu terjadi di taska memang akan jadi kes polis

Siti Munirah said...

susah nak cakap benda ni kak, apatah lagi bila melibatkan kes-kes kematian macam ni. huhuhu...

saniahibrahim said...

mungkin nk jadi penyebab baby tu menemui ajal ,kasihan juga pd penjaga taska itu yg dh lama berbakti ,juga takziah juga pd family baby tu.

Cho Zila said...

ituler susah nak cakapkan.. kalau nak jadi pasti akan jadi.. tapi kalau pusat jagaantu betoi Allah pasti membantu...

Mimie_Zatun said...

ajal maut di tangan Allah.
Ada hikmah disebalik ketentuanNya.

Mizz Aiza said...

bila difikirkan secara logiknya, ajal kita Allah yang tentukan.. jika bukan tersedak susu pasti dengan cara lain bayi itu akan meninggal dunia juga.. apa-apa pun, takziah diucapkan kepada keluarga bayi dan semoga kes ini akan segera selesai..

Sayap Biru said...

moga Allah memperkenankan doa kak Z

cahayahidupku.blogspot.my said...

Semoga kemelut ini dapat diatasi dengan penuh berhemah, setiap sesuatu yg berlaku adalah atas takdir Allah... kita sebagai manusia hanya mampu mentadbir... wallahualam

Kancil 8349 said...

kasihannya....

Falsya said...

Kalau anak2 dijaga ngan baik, xde ape2 masalah sebelum nie ok la..tmpt nursery tuh pun xnk bende2 mcm nie jd..mmg kesian baby tuh..tp dh tertulis dh kan kakak ajal die..harap dpt diselesaikan dgn cara baik..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

saya dulu ada bibik, sekarang hantar rumah pengasuh...tahun lepas ok tapi start tahun nie anak2 mula merungut kata boring sbb tak boleh bising2 kat rumah pengasuh..sbb ada nenek yg sakit kat rumah tue....aduzz pening bsb

PetakBunga said...

tak ada sapa yg mintak benda2 mcm ni..

tp kalau kena kat anak sy x tau lah..

xleh fikir.
mohon jauh je..sy takut x dpt hadapi jgk

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

aduhai..inilah yg paling tak nak didengar..
semoga semuanya berakhir dgn baik..salam takziah buat keluarga sikecil..

zmarl (ibu) said...

ya allah kak..takziah tuk keluarga mangsa..
memang dah ajal kak tapi tu la sebab jadi diluar jagaan mak ayah memang dorang akan pertikai benda cam gini..
moga sumernya selesai dengan baik..

Umm AA said...

Sll bila kes mcm nie orang buruk sangka ngan pusat penjagaan kan...tp rs simpati jugak bila kakak cakap yg pusat nie mmg bagus n bertanggungjawab..mungkin ade hikmah atas setiap yg terjadi kan..

JunAina said...

Sebagai ibubapa sedikit sebanyak perasaan sedih turut mempengaruhi keputusan mereka. Semoga semuanya dapat di selesaikan dengan baik.

Farah Waheda Wahid said...

kakzakie, bercerita pasal baby meninggal tersedak susu ni, baru minggu lepas bekas staff saya anak dia umur 8 bulan meninggal dunia... i'm not sure sama ada tersedak susu atau tidak... dia demam dah beberapa hari, lepas tu dah macam beransur pulih, mak dia hantar ke rumah pengasuh... pukul 12 tengah hari pengasuh bagi baby tu minum susu, dia dah pandai pegang botol sendiri...baby tu tidur... jadi pukul 3 petang pengasuh nak kejutkan nak mandikan baby tu dan bagi makan...

alih2 tengok muka baby tu dah biru... bila ex staff farah ni bawa ke klinik, doktor tolak ke PPUM... dan sampai di PPUM , doktor sahkan baby tu dah meninggal...

saya menangis kot kak...tapi tu lah ajal maut semua ditentukan oleh Allah... semoga ibu bapa di luar sana yang menghadapi kes2 macam ni terus tabah dengan dugaan Allah...bukan mudah tapi benda dah jadi dan dah ditentukan.. saya yang tak mengalami pun rasa semacam dan terus seriau bila teringatkan Ash...

moga2 anak2 kita semua dilindungi Allah....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

susah nak cakap kakzakie sebab tak kena batang hidung kita sendiri. Kes macam ni memang banyak, ada ibu bapa yg boleh terima ada yg tidak. kes ni, nenek dgn datuk yg nak ambil tindakan, cemana dgn ibu bapanya pula, kak?

OKje said...

Sekarang ni banyak betul berlaku kes macam nikan kanda....takutnya... lebih lagi nak mengasuh baby...
Tapi yelah ajal dan maut tukan ketentuanNya

Ruse Sulaiman said...

Bg saya kalau kita letak anak kita pada org. Kita dh kena bersedia terima sbrg kemungkinan.

Mila@Rimbun said...

Moga Allah permudahkan segalanya.. mungkin ada hikmah disebalik semua ini.
Kebiasaanya budak2 tak berbohong, so mungkin bukan kecuaian, tapi takdir Allah, ajal baby tuh disitu.

Chot said...

Kalau jadi kat diri sndiri pun mgkin buat tndkn serupa..hak mereka utk persoal.Allah lebih mengetahui. Semoga semua berakhir dengan baik.

amirah said...

semua perkara ada hikmahnya kan kak...kita kdg kena redha...

lieyalatif said...

tu la kak...byk dah kes tersedak susu ni kan...tu dok pikir2 balik nak pregnant balik ni...ingat nak bagi adik dah pada dayyan tapi sejak mcm2 berita mcm ni keluar rase takut plak....dilema betul nak anta anak kat mane...nak benti keje rase belum kemampuan lagi...at least boleh bantu pendapatan keluarga.....

HeNRieTTa JoSe said...

moga pengakhiran nya baek baek belaka...

Unknown said...

Allahuakbar.. ngeri dibuatnya bila dengar kes begini.. ye lah.. bukan senang nak jumpa pengasuh yg bertanggungjawab.. tentu ibu bapa dan keluarga bayi pun bersedih dan susah nak terima hakikat.. apa lagi bila banyak kes sebab kecuaian pengasuh..

Fiza Rahman said...

Scary lah kak. Lately banyak sangat kes mcm nih. Mungkin dah ajal baby tu kan. Smoga kemelut dapat diatasi dgn sebaiknya.

Cik Puan said...

Ajal dah kan kak zaie.Ape2 pon semoga semuanya di permudahkan lah..

Fyda Adim said...

tak tahu nak cakap macam mana..berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...mungkin dah ajal kan kak..

Anonymous said...

lepas satu kes macam ni... apapun kita kena bersangka baik dan moga kebenaran akan berpihak pada yg benar yer !

Orkid said...

singgah baca ari ni yer !

Blog Santai said...

Doakan yang terbaik untuk semua...Macam-macam kes sekarang ni..ada yang cedera ada yang ok..Apa-apa pun semuanya dah ditentukan Allahkan KZ

@na said...

kadang tu apabila kita tiba2 diuji dgn dugaan besar, kita seolah terlupa sekejap...utk kembali kepadaNYA...lps tu baru kita mula blh menerimanya...WALLAHUALLAM

Dr K said...

kalau parents/grandparents baby tu nak ambil tindakan, itu hak mereka...siasatan akan dilakukan..kalau pihak pengasuh tak bersalah, maka saya doakan dipermudahkan urusan mereka hadapi ujian ini

Rinna said...

Moga menemui jalan penyelesaian dlm perkara ini.

Mummydearie said...

Ajal sudah sampaikan, kak walau berjaga rapi pun boleh terjadi perkara begini. Fahamlah kalau pengasuh/kakak di situ jenis sambil lewa. Ini semuanya baik-baik belaka dan rapi menjaga budak-budak pun tetap nasib yang sama berlaku. Nak kata pun susah sebab kita tak merasainya sebagai ibubapa bayi malang itu. Minta dijauhkan hendaknya perkara begini terjadi dalam keluarga dan kenalan.

BinMuhammad said...

Jika kita dah tinggalkan maknanya kita yakin dan serah sepenuhya kpd penjaga. Kalau apa2 terjadi redalah...melainkan ada banyak kes sebelum ini.
Tapi tak kena kat diri sendiri boleh lah cakap...kalau dah kena, xtau lah pula...
Semoga ianya berakhir dengan baik dan kebenaran terserlah. Benar...hanya Allah yg maha mengetahui.

Tie HT said...

mungkin baby tu asalnya dah demam kut
wallahualam
kena siasat betul2,
kena plak kes hilang nyawa ni memang serius la kan kak

Eliss said...

bila ajal datang menjemput dia tak tunggu sesaat dah. semoga taska tersebut boleh beroperasi spt biasa lepas ni dan tiada lagi perkara yg tidak diingini.

Kayu Manis said...

sbb nila setitik rosak susu seblga..kaedahnya gitulah..kalau ianya benar tak perlu takut..

nohas said...

takutnya bila jadi macam ni..semoga kedua-dua belah pihak dpt selesaikan di luar mahkamah..anak kecil yg meninggal terus ke Jannah..menanti kedua ibubapanya..

ajax85 said...

ajal di tangan allah swt

Wafa cw said...

Assalamualaikum,
sedih kenangkan nasib semua pihak yang terlibat. Parents dengan cara parents, pengasuh dengan cara pengasuh... ibubapa lain pun terkesan dari kejaidan tersebut... Bagi saya kalau grandparents bawa kes ke mahkamah pun tak apa jugak... nanti cerita sebenar akan keluar dan lebih jelas... kadang-kadang tu la yang kata ada hikmah disebalik setiap yang berlaku... kata lain dia, ada la tuhan nak tunjuk sesuatu atau berikan pengajaran, samada kpd parents, keluarga, pengasuh, rumah pengasuh dan masyarakat sekeliling... Apa-apapun, Allah sahaja lebih mengetahui atas perancanganNya... itu pengajaran yang saya dapat...
Salam kenalan KZ :) Guess it's my first time here...

duniaanita74.blogspot.com said...

sedih bacanya...harap semuanya kembali jernih...dah ajal....kasihan juga....

Eye_nee said...

Semoga dapat diselesaikan dgn cara yg paling baik...Jika tidak bersalah tak perlu takut dgn saman menyaman..cumanya ibubapa yg lain2 pula kena bersusah sehingga kes dpt diselesaikan..

Unknown said...

Al Fatihah.
Dah tiba masanya, tapi bukan senang nak bagi yg terlibat sejuk hati...

nadia rashid said...

Lbh kurang baya anak saya ni....seriau baca kes2 mcm ni..mula la termenung sendiri...semoga kes ni dpt diselesaikan dengan cara baik

Qaseh Vee said...

sudah tertulis ajalnya dengan cara begitu . redhalah ...

PeRdU cINta said...

Mati itu pasti,, namun yang membezakan satu sama lain adalah masa,cara dan tempat bagaimana nyawa itu diambil..redha dan bersabarlah..

Unknown said...

disebabkan nila setitik maka destroylah susu sebelanga. >.<

ummiross said...

Keaadaan tentu sukar bagi kedua-dua pihak, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. moga semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

aby said...

salam kz ..
tk sume org mempunyai keimanan yg tebal bahawa setiap apa yg menimpa adalah ujian daripadaNya ..
bg mereka
tiap suatu kejadian ada penyebabnya,
dan penyebabnya harus la bertanggung jawab ..

Bunda_nora said...

ajal dan maut ditangan Allah ...segala kejadian adalah asbab kematian itu...

Allahuakhbar..

Kakzakie Purvit said...

Sedih bila kejadian ini bagaikan satu mimpi ngeri buat ibu-ibu yg baru mendapat baby. Pada pendapat kakak pun sebagai keluarga yg kehilangan apa cara pun mungkin akan bertindak seperti atuk dan nenek baby tersebut. Bayangkan ketika dihantar baby berkeadaan sihat petang belum balik kerja dpt tahu baby sudah meninggal dunia. Siapa tak sedih..

Namun doa kami semoga tiada perbalahan dan dapat diselesaikan dgn berhemah. Terima kasih semua:-

❤Kamsiah❤, Masya, :: Mrs.Eady ::, Fazleyatul Aini, mountdweller, IntaNBerliaN, Pokok Manggis Depan Rumah, Nor Azimah (tapi nampak gayanya macam dah berbaiklah Azie. Mungkin mereka dah redha), Uni Aqilah, saniah ibrahim, Cho Zila, Mimie_Zatun, Mizz Aiza (Dunia Kecil), N.A.T, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Kancil 8349, Falsya, Be Simple Beb(BSB) - threeQ, Petak Bunga (siapa pun pasti tak boleh terima PB), ♥ Cmª shIemª ♥, Zee Suhaini, UmmuAidan-Arissa (tapi kalau kita berada dipihak baby itu pun kakak rasa akan bertindak macam atuk dan nenek dia juga UAA kan...), JunAina (betul Aina), Farah Waheda Wahid (sebaiknya walau dah pandai pegang botol kena tunggu hingga habis baru boleh tinggal), Seri Kandi Tanah Jauhar (kakak rasa kalau kakak pun akan bertindak macam atuk/nenek baby tu SK), hainom OKje, Ummi Iman, Mila@Rimbun, Chot, amirah, lieyalatif (insya-allah Lieya jgn takut pulak nak ada baby. Allah kan ada kena percaya itu), HeNRieTTa JoSe, Rai Ourkizuna (walau baik pun Rai kalau nak jadi tak boleh nak kata apa. Sebagai keluarga baby mestilah tak boleh terima ye tak), Fiza Rahman, Cik Puan, @lfidah @dim, Kesuma Angsana, PearlVelvet SueQys, RDZ Z, @na (rasanya begitulah yg terjadi pada mereka kini Ana),Daddy Ziyyad (ye betul doc. sebab kakak rasa kalau kita pun mesti bertindak macam keluarga baby itu kan), Rinna, diana, Mummydearie (cuma yg kesal kematian terjadi bukan ditangan keluarga sendiri MD, itu yg buat jadi isu), Bin Muhammad (tapi sebagai kelaurga rasa terkilan tetap ada BM), Tihara, Eliss Mie, Knor, nohas, nor azman, Wafa Cw (thank you been drop your first comment here), anitadiana, Eye_nee, Juhariah Johari (betullah Kak Ju), nadia rashid, Qaseh Vee, PeRdU cINta (itulah yg jadi isu sekarang PC), syuk shusuke, ummiross (betul ummiross - keluarga yg kena mestilah sedih sebab baby dihanger sihat tetiba meninggal di bawah jagaan org lain), aby (rasanya sama-sama kesal aby), BUNDA a.k.a KN.

Mendengar kata pusat asuhan ini dibuka dgn baik semula. Kes selanjutnya kakak tak tahu.

Terima kasih semua yg memberikan komen.

norhidana said...

al fatihah utk arwah bby tuh... kesian jgk pd pusat asuhan tuh, kalu kanak2 kt situ sndiri ckp pengasuh kt sana baik2... n penduduk setempat sndiri ckp kt sana terbaik.. kite kene terima itu ketentuan Allah...

bkn pe kak, bile ada segelintir tmpt asuhan yg tangkap muat, yg tanpa lesen bt hal... bile kes2 begini jd mmg kene siasat betul2 lah...

ellynadyra said...

kalau kita pun tau pusat tu bagus kerjanya, bila jadi begini, maybe sudah ajal....tapi soal siasat perlulah dilakukan juga
lama gak pusat ni beroperasi kan kak, semoga semuanya lancar, dan dpt mencapai keputusan dengan baik.....berbincanglah dengan baik dan semoga kita sama2 redha!
kesiannya kalau pusat tu tutup ... macam mana plak parents lain nak urus anak2....al fatihah utk baby dan semoga keluarganya tabah!

Jahirah said...

qada' n qadar...mgkn sudah tertulis begitu cara baby tu meninggal.namun bagi sesetengah orang itu satu kecuaian yg xptt berlaku...mgkn kalau kat tempat keluarga baby saya pn buat perkara yg sma, ataupun mgkn tak. apapun hanya Dia yang maha mengetahui...:)

QasehnyaRania said...

bersabarlah dgn dugaan ni.
smga dipermudahkan segalanya aamiin

nOe suhaimi said...

semoga semuanya dapat diselesaikan secepat mungkin...ajal maut ditentukan olehNYA...mesti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku...

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

besar tggungjwb nk jd pengasuh ni ye,bukan main2 nk jge baby ni,,innalillah,ajal maut dtgn Allah