Friday, May 30, 2014

Jangan tidur selepas waktu Asar

Hari Sabtu minggu lepas....
Sebaik tersedar kelihatan sudah terang benderang. Keluar bilik kelihatan dua anak daraku masih terlena di depan televisyen. Sayu hati kerana anak-anak tidur tidak berselimut dan tilam. Menuju ke depan tolak sliding door. Cerah. Dalam hati berdetik "Masya-Allah satu rumah dah terlewat tak solat subuh". Bergegas melihat jam menunjukkan pukul 5:20. Mula membayangkan tanda hari kiamat tetapi aku belum bersolat begitu juga anak-anak. "Kenapa abang pergi surau tidak kejutkan kami". Itu yang terdetik dalam hati aku. Hairan sebab tidak pernah en hubby begini. Terus ke bilik air. Sebab sudah terlewat lupakan soal mandi dulu. Niat di hati mahu solat subuh dulu baru mandi.

Sebaik selesai berwudhuk, keluar bilik air baru sedar aku sebenarnya mamai. Mujur tersedar kalau tidak sah-sah aku solat subuh dan pergi kerja. Terlena sewaktu menonton cerita hindustan. Sehinggakan waktu petang aku sangkakan aku sudah terlewat subuh. Sedangkan en hubby sebenarnya pergi servis kereta. Anak-anak pula sebenarnya semua juga terlena sebab menonton tv. Mudahnya syaitan menggoda sehingga aku rasakan sudah terlalu lama aku terlena bagaikan tidur di waktu malam. Sewaktu menonton sementara menanti iklan aku pejamkan mata tetapi terus terlena sehingga azan Asar pun tidak aku dengar.
Malam - Tidur sekejap sebelum tiba giliran mengaji macam anakanda Aqil ini tidak mengapa. Letih seharian di sekolah malam pula kena mengaji. Bagi peluang dia tidur sekejap. Kasihan... Ini kalau mak/ayahnya tahu mesti kena marah.Tapi aku tidak sampai hati.

Sebenarnya tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah mengapa. Baginda rasulullah sallallahu alaihi wasallam juga melakukannya kerana dikatakan bagi mengimbangi kekuatan tubuh badan kita setelah bertahajjud di malam hari. Tetapi bukan selepas waktu Asar. Menurut Ibnu Qayyim; "Tidur di siang hari sangatlah dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakan (muka sembab dan tidak berseri), malapetaka, merosakkan warna kulit, radang limpa, lemah urat saraf dan melemahkah syahwat. Sekeji-keji tidur adalah ketika matahari terbit dan lagi keji tidur selepas Asar."

Ada juga alim ulama' mengatakan; " Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain dari dirinya sendiri."

~~Jadikan pengajaran walau tidurku tidak sengaja tetapi sebaiknya bila sudah menghampiri Asar jangan cuba berbaring sehingga boleh membuat mata terus telena.~~

53 comments:

lia said...

sy mmg x bole tido lepas Asar, bler bangun jer mesti rasa nak marah... so mmg avoid sgt tido time tu ;)

Bunda_nora said...

Memang setelah tahu keburukkannya....cuba sebaik mungkin untuk tidak terbabas...

BinMuhammad said...

Memang tidak dinafikan, kalau tidur lepas Asar, kalau bangun mesti rasa lain macam...bukannya kesegaran yg kita dapat. Sebab tu memang tak boleh baring kalau dah lepas Asar ni, syaitan mengganggu suruh tidur jer...

Acik Erna said...

sungguh kakzakie..kalau terlena selepas asar memang selalu kita akan jadi mamai..sekejap

HeNRieTTa JoSe said...

pernah juga tertdo sebelum asar...tpi selepas azan asar bru terjaga...

Unknown said...

Thanks info tu... saya tak biasa tidur lepas asar.

lieyalatif said...

betul tu kak..tdo lepas asar tak elok...org dulu2 kate leh gila heheheeh...tapi sebenarnye boleh buat kite mamai lembab kan kak...

mujur agak tak bangun mandi pi keje terus kak heheehhe...tak memasal kene gelak satu umah kang...

Aziela said...

Sejak kahwin, hubby membiasakan kami untuk tidak tidur di siang hari. Kalau tak dulu, lepas solat zohor jer mesti nak cari bantal bila ada hari cuti...

Sura Mohd said...

suami selalu bising ngan anak2 sebab slalu tidur lepas asar..bila baca n3 kakzakie hari ni teringat makmentua semalam..dia terlena petang semalam..bila bangun dia cakap kenapa tak kejut Ma subuh dah terang ni..suami ckp..apa ni Ma..asar la bukan subuh..betul la kak..tido petang boleh buat kita mamai..

Ujie Othman said...

larangan Islam bersebab kan kak..mmg betul, kalau tertido jugak..bgn tu mmg mcm otak tak betul je. hehee

kakrose said...

Sesekali lepak2 dgn anak2 hujong minggu seronokkan zakie.nyenyak sangat la tidur tu sampaimengigau ingatkan dah subuh..hee

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

Huhuhu.. time sekolah menengah dulo selaluuuu sangat tido lepas waktu asar.. dan selalu mamai..sedar tgk jam pukul 6.45..mula lah kelamkabut nk g sekolah..padahal dah nak masuk maghrib tu..
betapa tido lepas asar tu melalaikan kita..

Falsya said...

Kakak..falsya xsmpt nak tido lps asar sbb asyik xmelekat kt umah je..dh kawen nie lg la xpenah tido ptg..hehe..

Khairul Bariah said...

salam kak, saya pon penah jd macam tu..bgn petang rasa dah terlepas subuh & sahur sbb waktu tu bulan puasa...
pengajarannya, jgn tido petang..

Kayu Manis said...

tidur lps asar..mmg letih,malas sebagainya..

klu subuh awal lgi kak..asar agak kelewatanlah sikit..tapi sesekali terlajak..tak sengaja..

tak sengaja,biasa buat tu yg risau smcm kan..

bygkn yg tak heran waktu solat..

are_lin@yu said...

btl tu kak..dlu sllu gk tdo ptg sbb pnt sgt mmg smbab ja muka..hehe,,skrg dh kja ssh nk tdo ptg.alhamdulillah..

ummiross said...

Betullah Kak zakie, tdur lepas asar ni boleh mamai, bila bangun ingatkan dah pagi.
Sekali-sekala terlelap, nak buat camne kan. InsyaAllah, moga tak jadi amalan kita semua.

Eye_nee said...

Saya pernah kak..sampai la ni jd pengajaran..tertido lepas asar waktu mengandungkan Yana..bermimpi dibawa terbang pontianak dgn perut besar tu..Ya-Allah takutnya saya..masa mak kejutkan saya..saya tgh terpekik mita tolong..tgn saya keatas..sbb dlm mimpi tu pontianak bawa saya terbang dgn memegang kedua belah tgn tgn saya...Nak kata tak tido siang tipulah kan kak..saya tido juga tp sekejap..lepas zohor dan bangun sebelum asar...

Sayap Biru said...

huhu selepas matahari terbit ? .. sepanjang waktu Dhuha tu ek ... ermmm biasanya waktu tulah Nat tido lepas berDhuha if terlalu letih .. alhamdulillah .. Nat ni bukan jenis senang tido siang

AtieYusof said...

Salam kak...sy kadang mcm tu gak, bila tertidur lama di waktu ptg bila bangun je msti mamai sedikit. ..tu yg skrg dah jarang tidur ptg melainkan terlalu penat..

paridah said...

pernah tertidur siang...pabila tersedar kelamkabut bersiap nk pergi sekolah heh..heh..

saniahibrahim said...

sebab itulah agaknya dilarang tido selepas asar....selalunya bila terjaga akan mamai...sya ni pula jenis yg tak reti tido siang walau duk relax kat rumah.

Izwa Kamaruddin said...

dah lama sgt tak dpt tido siang.hehehe..

Mia Kassim said...

Saya tak memang tak boleh tidur siang kak....walaupun terasa amat mengantuk.

Terima kasih untuk peringatan ni kak :)

Umm AA said...

Memang btul kakak kalau tidur waktu lepas asar mmenag boleh memaikan dan sakit kepala pun ado...
dulu pernah gak tidur siang..skrang nie dah ade anak langsung tiada peluang ...kalau sempat pun tidur waktu tengahari jer..

Mummydearie said...

Alahai kak, nak buat pengakuan ni. Kerap juga kalau weekend tu tidur balik lepas solat. Kononnya membalas dendam sebab tak cukup tidur pada hari bekerja. Memang senang betul terjebak dengan pujuk rayu Syaitan ni. Saya ingat masa di asrama dulu, kalau tertidur selepas Asar mesti bila bangun ada satu perasaan macam sayu pilu dan rasa macam sedih teramat-amat, tak tahulah mengapa!

emarieys said...

kita rasa lelap kejap jer..tapi rupanya agak lena.. itu kerja syaitan kan kak..

jie susanos said...

huhu.mamai rupanya..mmg xelok tdo slpas asar tapi kdang2 terlena gk..

Mar Mansor said...

betul tu..jangan tido lepas asar sebab boleh menyebabkan hilang kewarasan akal..
kadang2 terlalu letih, saya tertidur lepas asar..bila bangun badan terasa letih sgt..pastu mamai2..

Tie HT said...

nyong ki wes suwi dak turu sore kak.
biyen nyong sukak turu sore sebab kesel berjual nang isuk..saiki nyong wes orak ngawey opo2, jarang2 siji enek juga turu ney..
jarang ey dak opo yo kak..

asyifamustaffa said...

Assalamualaikum kak..
Sudi lg singgh di blog sy yg semakin hari makin suram tu...😑😑

Bukan x ingt pda k.zakie...tp kadang line yg x mngizinkan...

Sy jarang tdo siang hari kak...klau da penat sngt2 tu...bru la...itu pun kdg tertido sbnrnya...kan..nasib akk x trus siap p keje...hehe...

Sarah Talib said...

Kakzakie....mak cakap kalau tidq petang kita ni tenggelam rumah...saya pun pernah jdi mcm tu..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu kalau tidur lepas asar ni kalau bangun tu mesti badan rasa semacam jer....dr nak tidur tu seboleh2nya buat sesuatu yg buat kita leka dr nak tidur....

nadia rashid said...

Biasanya pukul 3 la mata ni berat..sbb dah penat dan perut kenyang hihihi...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Hehehe bila baca entri kakzakie ni teringat pulak saya zaman saya sekolah .. gara-gara tertido petang.. saya ingat dah kelewatan solat subuh dan kesekolah .. cepat2 mandi dan solat terus sarung baju sekolah.. kakak2 saya saja tak beritahu.. nak tengok saya mamai sampai bila.. saya terus menuju kejalan besar utk tunggu bas sekolah.. nasib baik emak yg tersedar memanggil balik.. kata saya mamai bangun tido.. hahaha satu rumah gelakan saya..

Moral of the story jgn cuba2 tido waktu petang kan kakzakie :)

:: CIKVIVA :: said...

Sy jarang tido petang, sebab tak suka nanti sakit2 badan..

OKje said...

Sesekali tak apa kot kanda ...jangan sampai jadi amalan sudah....betul kalau kita dah terbaring dengan badan yg letih mmg terlenalah jawabnya
Tidur petang ni kalau tak dikejut mmg boleh terbabas sampai maghribkan... Kalau ikutkan mmg sedap tidur siang ni tapi tulah...dinda tak nak biasakan
selagi mampu

Shahrul Yusof said...

Pernah berlaku kat saya dulu akibat tidur lepas asar terlajak sampai ke maghrib waktu duduk asrama dulu. Time nak solat, terniatkan solat subuh. Itu pun mujur tak pakai baju sekolah sebab ingat masa bangun tu waktu pagi. Padahal maghrib lagi waktu tu. haha. Biol kejap pala hotak waktu tu.

sukaxplo said...

salam kakzakie

saya pernah juga jadi macam tu kak..lepas tu dah serik tertido lepas asar :(

Blog Santai said...

salam sabtu KZ..Thanks for info. my friend request kita buat entry mengenai tidur selepas Asar ni dah lama..tapi tak buat-buat lagi..he..he

Salmi said...

Seingat saya ayah mmg marah kalau kami adik-beradik tidur ptg hari. Jadi sampai skrg saya x amalkan tidur waktu ptg.

Qaseh Vee said...

klu tidur selepas asar , selalunya mata susah nak buka walaupun kita dah sedar . pas tu kepala pening yg amat ...

Rinna said...

kdg2 kalau terlampau penat terbabas jugak..tapi mmg elak laa tido lepas asar nie..

@na said...

salam kakzakie;
saya pun penah ada pengalaman mcm ni...hehehe

ANIM said...

zaman sekolah dulu selalu terkena. selalu juga kena gelakkan..

tapi saya ada baca hal tidur lepas asar ni tak ada apa2 masalah dalam satu majalah Islam. kalau jumpa bilangan berapa saya beritahu kakzakie.

tulah..selama ni kita diberitahu takleh tidur lepas asar, bila ada satu pihak kata tak mengapa, jadi kelirulah pulak

Nina Mads said...

betul tu akak.. nina kadang2 tahan juga mata sbb tak nak tidur lepas asar. sbb kalau tertidur juga nanti mamainya pelik semacam

Ann Ishak said...

betul tu kak, kalau dilayan mata...tido waktu petang la yang paling best :)

Nor Azimah Ali said...

memang ada tak silap saya hadis, yang tidur selepas asar tu mewarisi penyakit gila, manakala tidur selepas subuh tu mewarisi papa. tidur siang atau qailullah yg disunatkan adalah tidur sebelum waktu zohor.

Masya said...

sy pun pernah tertdo lps asr, lps tu bgn mamun.. klu blh mmg nak elak.. salunya lps asr suka riadah kat luar kalau mengantuk...

FarahFerraDotCom said...

farah mmg tak amal tido siang hari kak..heheh

nOe suhaimi said...

jarang la dapat tidur siang....tapi klu ada org dalam umah tu tidur lepas asar...mmg noe akan gerak...sbb dah biasa dengar x elok tidur lepas asar ni..

QasehnyaRania said...

kan..
peringatan bersama tima kasih kakak..
ahamdulillah, saya mmg susah atau jrg tidur siang.sbbnya saya jrg menonton tv.lebih suka dgr radio..
tapi kalau cik abe kadng kdng terbabs jga sbb penat kan..blk kja kena harung jem. sabtu ahad msa utk rhat sambil nengok tv pasti telelep jga walaupon skjap tapi saya cba juga kejutkan..

K.A. said...

seeloknya tidur sekejap sebelum zohor.. insyaAllah segar sepanjang hari..