Monday, July 14, 2014

Eh... papa konvo lagi?

Senyum lebar kami berdua apabila pihak sekolah mahu diantara kami berdua berbincang siapa yang akan naik ke pentas mewakili pihak Kak Reen. Anugerah Cemerlang di Maahad bekas sekolah tempat Kak Reen belajar menganjurkan majlis tersebut hari Sabtu lepas. Papa tolak mama, mama sorong papa. Mama punya alasan besar mengatakan yang memberi hadiah lelaki sebaiknya papalah menjadi wakil. Mudah sikit untuk bersalam. Kami sebenarnya malu bila pihak maahad mahu setiap yang mengambil hadiah tersebut memakai jubah macam konvo dulu-dulu.
Pelajar - Salah seorang pelajar yang mengambil hadiah. Rata-rata yang naik ke atas pentas untuk SPM 2013 tuan empunya badan tidak dapat menghadirkan diri. Samada mewakilkan ibu-bapa atau kakak/abang kerana kebanyakan sudah berada di IPTA yang jauh dari sini.
Senyum - Papa senyum lebar terkenang dulu-dululah agaknya. Adik pula kalau memakai jubah ini labuh dan besar,  itulah yang terpaksa papa juga yang menjadi wakil

Semoga kemerlangan anak-anak yang terlibat bukan cemerlang di bidang akademik sahaja. Sepertimana harapan pihak sekolah dan ibu-bapa semua, kami mengharapkan mereka cemerlang dengan sahsiah diri selaras dengan kejayaan akademiknya. Mampu menjadi hamba Allah yang cemerlang di dunia dan akhirat. 

~~ Insya-Allah jika ada izin Allah Kak Reen akan berpeluang untuk naik ke pentas ini andai keputusan MUET yang diduduki tahun ini membuahkan kejayaan kerana peperiksaan tempohari diambil di sini.~~
 

54 comments:

saniahibrahim said...

tahniah kakzakie....papanya pakai jubah dah macam orng yg beri anugerah pulak hihiii...

Kniedaz said...

tahniah buat kakak...hehehe..terkenang ye kak...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah buat kakak sekeluarga. Segak papa berjubah konvo.

Umm AA said...

tahniah buat kak reen.alhamdulillah..tahniah jgk buat papa kak reen yg siap berjubah lagi...sygnya kan reen tak dpt amek sendiri diatas pentas ngan berjubah..:)

faraherda.razalan said...

Hehehehe...mcm comel lak tgk hubby akk naik pentas smbl pki jubah tu. Apapun, tahniah utk Kak Reen!

Izwa Kamaruddin said...

tahniah buat akak sekeluarga!

semoga keluarga kecil izwa pun istiqomah sebegini..dan semoga anak-anak izwa membesar berjaya seperti anak-anak akak atas didikan kami..

Fazleyatul Aini said...

tahniah
senyum ibu dan ayah
bangga diatas kejayaan anaknya

Nor Azimah Ali said...

Alhamdulillah..anugerah Allah punya anak-anak dan keluarga yg membahagiakan

tasekM said...

tahniah kak...

Sayap Biru said...

tahniah!!

bila tengok orang konvo
_ _) tingat masa konvo .. hanya bertemankan seorang kawan yang baru dikenali 6bulan masa tu ..

zmarl (ibu) said...

tahiah kak reen, tahniah kak dan jugak abang..hepinya biler anak berjaya dgn cemerlang..

Rizziela said...

wah..bestnya..mesti bangga kan :D

Hudalatip said...

Wah untunglah papa kan hehe..Bukan senang nak pakai jubah konvo tu hehe..Tahniah untuk kakak dan suami kerana berjaya mendidik anak2 hingga berjaya...

Sura Mohd said...

gelak pulak sura tengok suami kakzakie yg ganti kak Reen..apapun mesti kakzakie suami isteri bangga dengan pencapaian kak Reen tu..tahniah buat kakzakie sekeluarga..:)

Rinna said...

Tahniah buat kakak.. Wahh papanya senyum lebar yer wakilkan anak.. bangga gitu.. :)

Dr K said...

alhamdullilah...moga kak reen terus cemerlang :)

amirah said...

alhamdulillah syukur...insyaAllah ada rezeki untuk MUET pulak nnt kak zakie

paridah said...

tahniahh kakzakie/suami n reen..jejayaan cemerlang yg membanggakan keluarga..

aizu's life said...

alhamdulillah... dpt gak papa sarung jubah ye.. hasil kejayaan anak :)

Ibu Lala said...

Ok la tu kak. Syok apa pakai jubah konvo. Bukan senang nak dapat tau. Tahniah.

Kak. Sekarang ni sy dah otw nak balik rumah nk ambik danial bw jumpa dentist. Harap ada la solutionnya. Akk doakan ye. Dalam tren lagi ni. Appmnt pkl 1230.

musang said...

tahniah kakak..semoga anak2 akak terus cemerlang dalam pelajaran

aizamia3 said...

Tahniah buat Kak Reen..
Paparan nama setiap pelajar cemerlang dipaparkan di skrin belakang pentas tu.. ;)

Mummydearie said...

Tahniah buat Papa, eh bukan tahniah buat Kak Reen :) Okeylah ya dapat naik pentas konvo sekali lagi. Umur tolak ke tepi, janji naik pentas lagi :)

Unknown said...

Salam Kakak~
Zura tumpang happy dan bangga atas kejayaan anak kakak.
Tahniah Reen.. Tahniah juga buat kakak dan suami.

Semoga Anis dan Delisha pon akan jadik seperti anak Kakak.. Amin~

Falsya said...

wahhhh, papa kak reen siap berjubah lg..hehhe..congrats kak reen..;)

Mar Mansor said...

tahniah buat kak reen..merasa papa konvo sekali lagi..

Cikli said...

Tahniah kepada papa dan anak mama.

Selamat berpuasa.

uncle gedek said...

uncle dulu naik pentas pon sebab kena public caning... hehe

OKje said...

Tahniah anakanda Reen ....moga Anakanda akan terus cemerlang.....
Hehe seronoklah cik abe yeh kanda...selain bangga dgn kecemerlngan anak dpt pulak pakai jubah wakil anak ambik hadiah hehe...
Rezeki papa yek

drshikinzainal @ ekin said...

Salam Isnin..
Jemput semua singgah sini juga.
Life is beautiful...don't waste it.

Unknown said...

tahniah kak reen.. wahh.. siap ada jubah ya.. best betul.. baru feeling konvo kan..

sud@is said...

Kejayaan anak-anak membuah senyum ibu bapa

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tahniah papa konvo lagik, hihihi

asyifamustaffa said...

Zaman skrng ye kak...tamat skolah...ada konvo..siap berjubah bagai..kita dlu x merasa ye tak...hehe...

Tahniah buat k.reen...

insyallah tu muetnya..msti cemerlang....):

Zaitun said...

Tahniah buat kakzakie sekeluarga. Itulah yang kita harapkan bukan saja berjaya dalam bidang akedamik tp biarlah berjaya dalam semua bidang.

Fiza Rahman said...

Tahniah buat kak reen. Dan tahniah buat akak dan hubby kerana berjaya mendidik anak jadi cemerlang.

sitirohaida said...

tahniah buat kak reen,alhamdulillah..sebagai ibu mestilah kita berbangga bila tengok anak kita berjaya kan kak..

HeNRieTTa JoSe said...

igtkan papa sambung study....alhamdulillah...bangga seorang bapa kan...

Masya said...

tahniah.. kira wakilkan anaknya lah ni hihihihi.. ingat bebetulah papa konvo tau...

NEKCIK said...

untonglah tu kak boleh konvo berkali kali

cahayahidupku.blogspot.my said...

Wah merahnya jubah papa. Lebar semyuman nya.. Tahniah buat kak reen Dan kakzakie sekeluarga..

Bunda_nora said...

Tahniah buat KZ sekeluarga..

Ibu Yusuf Maryam said...

Alhamdulillah, tahniah buat Reen. Tahniah juga buat akak sekeluarga :D

Jari Manis said...

Terkejut gak bila baca tajuk tu rupanya ohhh heeee tahniah buat kak reen tu sejuk perut ibu mengandung :-)

Unknown said...

Tahniah buat kak zakie sekeluarga.. :)
Mesti papa bangga pakai jubah naik pentas... hehehe nostalgia gitu

nOe suhaimi said...

tahniah tuk kakzakie dan kak reen juga...semoga kak reen terus cemerlang...

suka la tu papa pakai jubah...:)

Unknown said...

tanhiah buat kak Reen dan kak zakie sekeluarga juga

Wa said...

Tahniah kak,kejayaan anak memang kebangaan ibu bapa kan:-)

drshikinzainal @ ekin said...

Jadi wakil ye, kak?

babYpose said...

tahniah, pandai anak kak zakie, lega, ibubapa pasti bangga

K.A. said...

langsung teringat nostalgia.. Tahniah buat Kak Reen ye Kak Zakie.. bagusnye, semua result selalu tggi...

QasehnyaRania said...

tahniah buat kak reen :)

ellynadyra said...

tahniah kakak
pasti abahnya bangga walau mewakili sang anak
siap berjubah bagai
sesekali apa salahnya
amik aura anak, anak dia juga kan!

Suria Amanda said...

Tahniah...ibu ayah sure bangga....