Tuesday, July 8, 2014

Satukan yang retak supaya menjadi indah

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. (QS Ali Imran:103).

Betapa indah sebuah penyatuan. Satukan yang retak demi sebuah keharmonian dan keindahan. Itu yang aku lakukan kepada pasu bunga kenanga aku yang pecah. 

Ikat - Asal pasu ini adalah milik bunga kenanga. Bila retak tanpa sedar lama-lama jadi pecah. Tapi hendak buang terasa sayang. Itu yang aku ikat dengan tali rafia.  Sewaktu menjadi pasu untuk bunga duduk di depan, kini tanaman utk kegunaan dapur duduk di belakang rumah.
Pulih - Lihatlah retak itu sudah pulih semula. Jika menggunakan gam pun tidak boleh sebab bila kena air selalu lama-lama rekah kembali. Tali rafia juga jalan yang terbaik.
Empat sekawan - Sudah aku tanam dengan benih pokok cili yang adik tabur dulu. Sebab pasu besar aku masuk sekali 4 anak pokok. Tunggulah harap tidak mengecewakan.
~~ Meruntun hati bila melihat situasi yang terjadi pada saudara-saudara kita di Palestine di bulan ramadhan ini. Semakin menjadi-jadi pula kejam-zalimnya puak rejim Israel. Teruskan doa buat saudara kita di sana. ~~
 

69 comments:

Rai Ourkizuna said...

retak menanti belah tu kakzakie.. :)

semoga anak anak pokok cili tu membesar kuat dan sihat~

Fazleyatul Aini said...

semoga Allah melindungi saudara kita di Palestine

saniah ibrahim said...

pokok cili tu tak lah berat untuk pasu tu....insya Allah akan boleh menampung cili tu membesar...
bila dah lama dgn kita memang sayang nak dibuang...

ZazaMyMoon said...

Salam Kak Zakie..
betul tu saya setuju ayat kakak tu..yang mana retak jgn dinantikan belahnya.. better sambung semula kannn.. macam ukhwah saya dan kakak =)

nhhas said...

Assalamualaikum wbt....

berbakti pada tanah... banyak manfaatnya...

p/s: kakak.. kita ada cd mufti menk yang baru... nak tak?

nhhas said...

owh yer... nnt kita masukkan emel akak dalam senarai nama kat masjid besi... nnt akak boleh dapat rakaman tazkiran 30 minit ramadhan oleh mufti menk... nak tak?

whatsapp kan kat kita emel akak... ea...

readers yang lain pun boleh kalau nak...

lieyalatif said...

bagus akak..selagi boleh digunakan mmg gunakan.... ikat tali pastu akak cat satu pasu kak...cantik sikit...tali pun tak nampak sgt heheehehe....

sejuk tgk akak...bercambah elok anak benih tu...

Nizam.Ariff said...

Aku pernah tgk pàsu pecah dijadikan mcm taman mini bunga..cantik gak

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kreatif lah kakzakie tu.. selagi boleh digunakan kita guna sebaik mungkin kan kak..

Semoga Allah terus memberkati perjuangan rakyat Palastin..

Mar Mansor said...

selagi boleh gunakan..kalo tali rapia takleh gak..guna tali yang lebih kukuh..
kita juga sama2 doakan buat mereka

Fiza Rahman said...

Asal boleh kan kak. Janji tak retak menanti belah ☺☺

Simpati dgn nasib saudara kita di sana. Dalam bulan ramadhan plak tu. Smoga mereka sentiasa dibawah lindunganNYA. Hanya doa saja sebagai senjata.

Sura Mohd said...

ada jer idea kak zakie kan..bila sayangkan sesuatu ada jer cara untuk cuba menahan atau membaikinya dari pecah atau rosak..bagus kak..selagi boleh guna..kita guna..:)

babYpose said...

sayang pasu terakota, retak tak pecah tu, kalau nak beli ada, tapi banyak jual yang plastik, patut kita bersatu lebih harmoni.. inshaAllah.

Aziela said...

Itulah kita yang perempuan ni kan kak...sayanggg nak buang. Masih boleh diguna, kita guna lah...

Walaupun di zalimi, mereka masih boleh berterawih secara Jemaah. Subhanallah...

UmmuAidan-Arissa said...

baik diikat ..jadi elok balik boleh guna lagi drp dok buang kan kakak..harapnya cili tuh menjadilah nanti..biar berbuah lebat nanti boleh kenen2 ngan kakak plak..hihihi

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hehehe.. mak sy penah buat macam ni..

semoga Allah swt melindungi saudara2 kita di sana, Aamiiinnn.

Zee Suhaini said...

tak sanggup nak tengok berita skang nih kak..makin lama makin ganas,makin kejam..allahuakbar..

faraherda.razalan said...

Salam kak. Bkn takat palestin tp saudara kite di myanmar. Hidup dlm ketakutan akibat permusuhan etnik.

amirah said...

sayang nak buang kan kak...baik repair...boleh guna lagi...

Khairul Bariah said...

retak pon masih boleh guna kak...jgn dibuang!

❤Kamsiah❤ said...

kalau saya pulak..bila ada pasu pecah..ketuk2..bg hancur terus..buat isi dalam pasu orkid..(campur arang)

norhidana miswan said...

kalu barang ke pasu nih mudah jugak nk di satukan ye kak walaupun retak, tp kalu perpaduan manusia agak payah kan...

tp mmg meruntun hati nengok apa terjadi kt sana, tiap kali tgk berita mulut nih msti berdoa laknat lah israel, moga di turunkan bala di bulan yg mulia nih...

Dkna Abza said...

teringat lak kat arwah abah selalu ikat pasu tapi guna dawai..

mama ka0ri said...

akak ni macam mak kita..pakai selagi boleh pakai..mmg perangai mak2 camtu kan..hihi..

suka la baca apa yang akak tulis..pandai berkias..:)

JunAina said...

Tak lama lagi meraslah hasilnya kak, rosak tak semestinya tak berguna.

N.A.T said...

ni dah kira petua ni ...
petua berjimat cermat ...


maszmadi muhamad said...

teringin nak tanam pokok cili kat umah, tapi lum ksampaian lagik... maklumlah, umah x der tanha, kna beli pasu n tanah dulu baru boleh bercucuk tanam.. hihi

Ibu Lala said...

Cepat cepat tampal tu kak. Boleh selamat.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bila dah keluar buah nanti lagi seronok Kakak kan.

PiNkYCaT said...

blh kire kreatif jgk ni...guna tali ikat pasu...klu letak tali kaler2 mgkn lagi ceria kakzakie...hehe;)


***semoga Allah melindungi saudara2 kita di palestin, ameen...

Nor Azimah said...

sesungguhnya org-org mukmin itu bersaudara.
kita tak mampu berjihad dengan senjata, mari kita gunakan senjata yang lebih ampuh iaitu doa.

Shaiful Zaidi said...

assalamualaikum akak

bagusnya..lepas raya nanti bolehlah kutip hasilnya..

Mummydearie said...

Rajin akak berbakti pada tanah. Insya Allah, akan ada hasilnya nanti. Kasihan tengok saudara seagama kita di sana. Entah mengapa kejam sungguh puak Israel ni, langsung takda hati perut dan belas simpati.

aizu's life said...

Insyaallah menjadi anak pokok tu nnt :)
Sama2lah kita amalkan Qunut Nazilah

Kuazue Mohd said...

kak.. ikat dengan dawai dulu kak.. tali rafia tu kang dia reput ,..t terbelah balik.. lepas kak ikat dgn dawai... kak boleh ikat dgn tali tambat lembu.. jadi dah deco utk pasu ni...

PetakBunga said...

biasa jugak ikat2 pasu ni..

Zaitun said...

Biarpun pasunya pecah tapi masih boleh digunakan lagi.
Bila berbuah kakzakie tak tak payah beli cili lagi.

azieazah said...

Pakai gam gajah boleh dak?

Eiqa Almond said...

sayang nye akak dekat pasu ni ye :)
Bagus kak zakie nie :)

aizamia3 said...

Moga pokok2 cili tu membesar dengan sihat hendakNYA.
Moga mereka di Palestine kuat dan tabah dalam mengharungi ujianNYA.

aizamia3 said...

Moga pokok2 cili tu membesar dengan sihat hendakNYA.
Moga mereka di Palestine kuat dan tabah dalam mengharungi ujianNYA.

Knor said...

ada pasu retak gitu..nor buang je..malas punya pasal kak..

lia said...

selagi x berderai kak, pakai selagi bole...

Zefa NorAsmara said...

Saya pun ada pasu yg retak, dah terbelah pun. Agak2 kalau ikat mcm ni boleh tak ye?

paridah said...

bahan yg rosak jgn terus dibuang n ada cara memenafaatkannya spt yg kakzakie lakukan...

elly nadyra said...

saya pun tengah tanam pokok cili
harap menjadi

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...betul juga ni kalau ikat boleh juga digunakan semula...:)

Ema Johari said...

sama-sama kita doakan rakyat di sana ye kak...meruntun hati tengok pergolakan di sana...

nohas said...

semoga pokok2 cili itu tumbuh subur..berkongsi 4..

sama2 kita panjatkan doa utk saudara seagama kita yg sedang menghadapi ujian berat di bulan Ramadhan..

Nastyna said...

owh boleh pulih macam tu yer pasu nya, masih panjang umurnya kan.

tu la tadi baru nampak kat news tunjuk bedilan2 kat sana, ya Allah.... doakan yang terbaik untuk mereka di sana.

ANIM said...

doa senjata orang mukmin, kakzakie..
kita tak dapat angkat senjata bantu mereka, angkat tangan berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka.

ummi aqilah (LM) said...

Selagi blh guna kan kak..

Moga Allah beri ganjarat buat penderitaan mereka :(

Jari Manis said...

Ohhh pasu ke yg retak akak, saspen je tau

asyifa mustaffa said...

Moga hidup subur wahau pokok...

Betul kak...bangun sahur pagi tdi...dah terbaca kisah di gaza...sedih rasanya...kita di sini...penuh segala nikmat...mereka di sana...ala kadar sahaja...moga mereka sentiasa dlm perlindungan yg Maha Kuasa...insyalah...

acik idah said...

sayang nak buang yer kak... mesti ada sentimental value tu... :D

kakyon said...

akak pun sama zakie, sayang nak buang pasu lama.letak kat belakang rumah atau pun jadi alas pasu yg lain..

Puan Kutu said...

benda masih boleh pakai,lgpun sentimental value tinggi..:)

berbakti pada tanah Insyaallah dtp hasilnya..kira kak zakie jenis tangan sejuk la org tua2 kata, tanam apa pun jadi

Ummu Madihah said...

Salam Kakzakie,

Elok kalau tali rafia diganti dengan dawai sebab lebih tahan lama. Mak Aji biasa buat begitu dengan dapur arang (anglo) yang masih nampak elok, boleh dipakai cuma retak menunggu belah sahaja. Pak Aji ambik dawai, diikatnya kuat2, elok dipakai macam biasa!

zila norazila said...

kretip jgk akk kn..cili klu brbuah puas tuai hsilnye..moga hdup subur..
doa untuk plstin ..slmtknlh mereka disana.amin

Hamidah Mahmud said...

Assalam kak..
Insyaallah berbudi pada tanah ada hasilnya..
mudah2an Allah lindungi rakyat plastine dari kekejaman zionis di Bulan Ramadhan yg mulia ini.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Rajinnya akak bercucuk tanam...
Saya pun rajin jugak dulu2.. tapi
tanaman mcm takut dgn saya la..
makin ditanam, dialih2kan makin mati... hahaha..

eelobor said...

melihat keretakan menanti belah juga menyeksakan....

adyna said...

Gud idea sy bg 5 bintang kak ;). Nmpk Israel sengaja mencari psl di bln Ramadan , semoga Allah pelihara bumi Palestin amin

Qaseh Vee said...

tak sabar tuannya nak tgk pokok cili tu membesar . semoga Allah melindungi rakyat pakestin ... p/s ; saya nak beri kad raya . blh beri alamat ... alamat tu saya x publish ... terima kasih .

Nafira usof said...

Selagi boleh di baiki.. kita baiki dulu kan kakak~ tengok.. dah boleh tanam cili kat belakang dapur. moga tumbuh dengan jayanye. Amin~

hainom OKje said...

Yg rosak dibuang jangan.... walaupun retak tp masih mampu berbakti pada tuannya....bak kata orang setia hingga hujung nyawa.....
Bilalah nak aman bumi Palestine ni....moga ada yg dimakbulkan antara doa hendaknya...

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.zakie..
huhu..kalau masih buleh diguna lagi, tak salah kita cuba sesuatu utk mengikatnya semula..

allahuakbar..semoga allah melindungi mereka disana.. #prayforGAZA

Mimi Azirah said...

betul tuh kak nak buang syg..baik gunakan...cri inisiatif lain apya leh gune smla kan

QasehnyaRania said...

nak buang sayang kan.
smga berbuah dgn jayanya.aamiin