Saturday, July 5, 2014

Nilai toll di dunia dan akhirat

Buat teman-teman yang mungkin musykil berkaitan toll di tempat aku. Sebenarnya sudah agak lama pihak PLUS melaksanakan pembayaran toll tidak lagi dengan sistem tunai di sini. Apa yang aku pasti dua tempat terhampir dengan tempat tinggal  kami ialah di toll Perling untuk ke Gelang Patah menghala ke Tuas. Manakala satu lagi adalah toll Kempas yang menghala ke Pasir Gudang dan boleh juga menghala ke JB untuk terus ke Woodland.

Sebelum tahun ini mungkin pekerja penerima toll boleh meraih banyak keuntungan kerana adanya duit dollar Singapore (SGD) kerana ramai pengguna di sini juga kalangan dari rakyat Singapura. Oleh sebab itu ada kalanya pembayaran dibuat menggunakan duit SGD. Pekerja yang menerima SGD berpeluang untuk meraih keuntungan berganda sebenarnya. Sebelum balik bekerja boleh saja ditukarkan duit SGD dengan duit ringgit Malaysia (RM). Cuba teman-teman bayangkan seandainya dalam sehari terdapat 300 pembayar toll dari rakyat Singapore? Nilai tukaran matawang lebih dua kali ganda. Hari ini saja ex-change rate mencecah 2.5523. Bayangkan kalau seorang membayar SGD 2.10/- x 300 (pengguna) = SGD630/-.  Nilai SGD630.00 x 2.5523 (ex-change rate) = RM1607.95. Kira sajalah bakinya.

Pada pendapat aku mungkin kerana inilah pihak pentadbiran mengambil langkah semua sistem tidak menggunakan lagi sistem tunai bila mendapati duit SGD semakin berkurangan. Selain itu berkemungkinan juga bagi mengelakkan rompakan yang pernah terjadi sebelum ini. Perompak pun tahu dua toll ini punya banyak duit SGD. Bukan saja untuk keselamatan pihak PLUS, tetapi juga keselamatan pekerja yang menerima tunai yang boleh menghadapi risiko tinggi.

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun - Kullunafsin za iqotulmaut (sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan menemui mati). Perginya beliau (Datuk Sharifah Aini binti Syed Jaafar) ke sisi Allah dengan tenang di bulan yang mulia. Sayu rasa hati.
~~ Mahu perjalanan lancar kena membayar toll. Di akhirat kelak bagaimana perjalanan kita andai tiada persediaan bagi mengelak 'toll' kenalah kita bersedia selagi Izrael belum datang menjemput. Khususon ila ruhi Al-marhumah Sharifah Aini binti Sharifah Noor - Al-fatihah.....~~



49 comments:

Umialya said...

Al fatihah buat Datuk Sharifah Aini, moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman, aamiin..

Sura Mohd said...

kalau semua dah tahu tak pakai tunai takpela kak..tp buat yang tak tahu...susah jadinya kan..
Al-Fatihah buat arwah Sharifah Aini..

Kayu Manis said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun

juga terasa sgt2 sayu..mengalir air mta, bkn menangis sbb dia meninggal dunia, tapi terharu apa yg di tinggalkn.

meninggal di bulan mulia, meninggalkan seorang anak yg soleh dn ramai anak2 angkat hafiz dn hafazah.
beruntungnya dia.

Acik Erna said...

Al Fatihah buat arwah.

Mar Mansor said...

al-fatihah..
tol dunia,tol akhirat..

musang said...

tak ada peluang lagilah pekerja nak buat duit...
al-fatihah buat arwah sharifah aini

zmarl (ibu) said...

al-fatihah...
baru jer tau pagi ni..
moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

Unknown said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun

semoga roh beliau di cucuri rahmat aminnn

Farah Waheda Wahid said...

Al-fatihah buat arwah.... betul tu kak kita kena berfikir nilai tol di akhirat juga...

babYpose said...

Nak raya nanti senang dah tahu tentang toll ni, terima kasih kak zakie, Alfatihah buat arwah, terkejut tentang pemergiannya.

Jari Manis said...

Alfatihah kepada arwah setiap yg hidup pasti mati cuma waktu ajal yg berbeza entah bila giliran kita pulak akak kan. Jadi kita juga perlu sentiasa bersedia

Fazleyatul Aini said...

alfatihah biduanita negara
dijemput Allah di bulan yang mulia
semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh

eelobor said...

ooo...patut la. tapi itu kan boleh di kira sebagai rezeki pekerja toll la kan? hihihi

Bunda_nora said...

Al Fatihah...dari Nya kita datang kepada Nya kita kembali...

sitirohaida said...

memang betul kak..pasir gudang dan senai masih lagi cash..tapi area skudai dan lain-lain dah kena guna touch n go..so sekarang nie lebih senang guna touch n go bila balik kota tinggi..
al-fatihah untuk biduanita negara

Blog Santai said...

Harap=harap perjalanan kita tak terhalang oleh Toll kan..

Salam 7 Ramadhan KZ & Alfatihah untuk arwah...

Unknown said...

Salam perkenalan...
Al-fatihah untuk Datuk Sharifah Aini

ibundo said...

Assalamualaikum kak zakie. kakpah datang menjengah. Apa kabar?

Semuga arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. bnyak kebaikan yang dilakukannya.

Puan Kutu said...

pergi seorang lagi seniman dibulan mulia..innalillah

K.A. said...

Owh..terima kasih.. baru tahu :)

Allahurobbi..toll akhirat tu y paling takut kak :'(

sobri yaacob said...

saya x tahu plak sis..
ada tol terima duit usg..kat johor la ni.. allfatihah dan salam takziah buat kluarga kak pah

saniahibrahim said...

tapi kan kakzakie kesian pula bagi yg taktau atau yg dari kg , tentu nerbes juga bila dah tiba kat toll tu kalau takde kad touch n go tu.
Al fatihah untuk arwah

jie susanos said...

oo mcm tu rupanya..jie pun pelik nape tol sana xguna tunai..

paridah said...

alfatehah...kembalinya di bulan yg suci mulia...salam takziah innalillah...

sud@is said...

toll
alfatehah untuk Sharifah Aini, dia dah berjumpa penciptanya

Dr K said...

Ooohhh...itu kah kisah disebalik perlaksanaan gna Touch N Go kat kedua dua tol tu? Maksudnyanya pengguna warga Spore bayar terus guna duit SGD....mmg banyak lah yg boleh dikaut budak2 plaza toll tu...

NEKCIK said...

alfatihah....sayuu rasa nya hati sebab nekcik mmg suka lagu lagu arwah...

PeRdU cINta said...

Al Fatihah..betul kak..kita mesti bersedia agar tidak perlu membayar tol bila berada di titian sirotulmustakim..amin..

Kamsiah yusoff said...

tol diakhirat..tak mungkin boleh berpatah balik..

aby said...

salam kz ..
wlupun kak pah wes lungo ketemu pengiran .. tp raeinay tetap diwerohkay ayu ..
moga amalannay pun seayu raie nay jugak.
alfathihah utk arwah

@na said...

Al-Fatihah...
setiap insan pasti merasai mati...
Innalillah..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kakzakie.. Betul ke plaza tol tu turut menerima bayaran dalam SGD????

Unknown said...

Alfatihah buat arwah..

Mimie said...

memg byk untung tuh kak kalo sgd....al fatihah utk arwah

Zaitun said...

Alfatihah...kita datang dan kembali kepadaNya.

Unknown said...

balik KL nanti kena bayar tol...huhuhu

dhiera zainudin said...

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun

akak, saya baru tahu yang tol terima duit SGD ni. noob sangat

Eiqa Almond said...

suka ayat last akak tu :)

OKje said...

Gitulah pssalnya ditukar semua ke TnGo....
Cantik arwah nikan Kanda...sore oun sedap...

Salmi said...

Moga arwah Sharifah Aini tenang di sana dan ditempatkan dlm kalangan orang yg beriman dan beramal soleh.
Betul, kena fikir juga ttg 'tol' di akhirat nanti..

uncle gedek said...

cantik kan dia...?

Alfatihah

Yana Shaiful said...

Alfatihah utk arwah..

Yana Shaiful said...

Alfatihah utk arwah..

Fyda Adim said...

Al-fatihah untuk arwah...memang terasa sayu je hati kak zakie

amirah said...

oooo...patutla diubah sistemnya...

alfatihah untuk biduanita negara...

Mummydearie said...

Al-fatihah buat Allahyarhamah Kak Pah. Beruntungnya beliau ada anak soleh seperti Aliff.

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

mungkin lps ni akan implement utk semua tol? uhuh.. mmg dh standby tng dlm keta..kot2 sesak mesti guna..

kehilangan yg mengejut..
semoga ditempatkan dikalangan hambanya yg beriman

emarieys said...

Al-Fatihah untuk arwah Sharifah Aini...

Bagus juga buat sistem tol dengan pakai kad untuk elak dari keuntungan sesetengah pihak sepertimana kak zakie kongsikan..tapi masih ramai yang tak tahu pasal tol yang menggunakan kad nilai...

PiNkYCaT said...

bagus jgk tol tak guna duit tunai dah...bile guna kad lagi sng...klu guna duit kena cari2 duit syiling time nak byr tu...