Friday, July 11, 2014

Semoga ada hidayah buatnya

Lemah longlai seluruh badan aku sebaik berita bagaikan halilintar masuk ke cuping telinga. Sedih tidak terkata sehingga tanpa sedar pelupuk mata aku serta-merta luruh dengan air hangat. Sebenarnya dia tidak ada apa-apa kaitan persaudaraan langsung dengan aku. Apa lagi saudara seagama. Tetapi ikatan kemanusiaan itulah yang membuat kami akrab. Kanser tahap empat! sungguh aku bagaikan tidak percaya tetapi segera kembali bahawa kekuasaan Allah tidak ada siapa mampu menandingi.

Suara manja anak gadis yang selalu mengucapkan selamat pagi pada aku melalui corong telefon kini sunyi seketika. "Good morning kakak" Memanggil aku kakak, walau usianya dua kali ganda usia aku kerana dia anak gadis baru berusia 23 tahun yang sudah kematian ibu-bapa. Hanya dua beradik dan dia adalah adik kepada seorang abang. Mendiang bapanya seorang kaki judi meninggalkan rumah dengan bill api dan air yang jumlahnya mencecah lima angka. Rumah juga terpaksa di re-finance. Abang pula sudah tidak hiraukan rumah kerana bertugas dan tinggal di Singapura. Gadis inilah  bekerja keras membiayai hutang mendiang si ayah sehingga sanggup menjadi freelance photographer, agent insurance dan bekerja di syarikat forwarding agent yang link dengan syarikat aku bekerja. Rumah yang diduduki tiga bilik disewakan bagi menampung pembayaran bulanan rumah tersebut dengan bank.

Dua minggu lepas. Bermula dengan sangkaan gastrik dia ke hospital pakar. Dua hari selepas keluar wad sakit berulang. Mujur dia agent insurance lalu pihak atas membawanya terus ke pakar lain pula. Masuk saja di sini sebaik scan dan x-ray terus saja operation dijalankan. Tidak perlu tandatangan orang lain lagi. Kanser ovari!. Kini terlantar sendirian. Adalah makcik (adik mendiang ibunya) datang sekali sebab dia datang dari Ipoh. Menurut teman selaku supervisor agent insurancenya doktor sudah mengatakan chemotherapy terpaksa dijalankan sehingga 13 kali untuk sembuh. Kini dia terlantar sendirian di hospital. Bantuan sepenuhnya dibuat oleh pihak hospital kerana operation ovari yang baru dilalui 5 hari lepas. Baru sekali chemo kelihatan seluruh badan sudah pucat-biru tidak bermaya. Melihat senyuman yang sukar dari bibirnya sudah buat hatiku terharu tidak tertahan.

Inilah dikatakan ujian setiap manusia yang hidup tidak sama. Jadi andai berpeluang punya anak lebih usah disekat. Melihat gadis ini sendirian tanpa sesiapa disisinya, aku terfikir kalaulah dia ada adik-beradik lain alangkah lebih baik. Mesti ada yang menjaganya di dalam wad tersebut. Sedih aku melihat keadaannya. 

~~ Kasihan kepada yang zimmi kerana mereka golongan baik sayangnya belum ada hidayah. ~~



66 comments:

eMMe said...

Assalamualaikum Kak Zakie, pepagi ngadap blog akak dulu, Salam Ramadan kak, rindu baca coretan blog kak zakie... kak, saya baca entry akak ni pun turut bersimpati dengan nasib gadis itu... ape pun, kite doa yg terbaik buat dia... Kak, de gudnews tau kak... nnt saya up entry kat blog saya.. heeee~

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Kasihan kat adik tu kene kenser pula. Orang baik-baik jika dia dapat susah kita pun rasa kasihan. Semoga ada hidayah buatnya.

zmarl (ibu) said...

sedihnya bila sakit terlantar sendirian..
detact sakit jer dah tahu kanser tahap 4..moga beliau tabah dan peroleh hidayah dariNYA..
siapa pun kita, semuanya sama kak..takde beza..

ANIM said...

pagi2 saya dah merayau ni, kak zakie..ketuk pintu rumah orang, hee
saya ada layan youtube ustaz abdullah khairi. cerita cikgu yap masuk islam. macamana dia menjaga ayahnya (masa tu belum islam) yang tenat dan kaum keluarga yg belum islam membiarkannya menghembus nafas sendiri (berbanding orang Islam, yg menunggu dan mengajar syahadah). aduh, meremang bulu roma saya bila ibu cikgu yap bertanya cikgu yap apa yang dibuatnya pada "arwah" ayahnya sebab ibunya bermimpi suaminya berada di suatu tempat yg cantik dan menyebut sesuatu yg tidak difahami. bila cikgu yap bertanya adakalah kata2 itu ialah "la illa ha illallah", ibu cikgu yap akhirnya juga memeluk islam dan sekarang cikgu yap telah islamkan 39 ahli keluarganya. Allahu Rabbi, kakzakie..selagi belum diambil nyawanya, alangkah bagusnya kalau kita boleh melakukan seperti cikgu yap kan..

p.s aduhai, panjangnya komen saya. tak pe ya..

sitirohaida said...

dapat bayangkan duduk kat wad tanpa ditemani oleh ahli keluarga..kesiannya dia..Moga dia cepat sembuh..

Unknown said...

Ya Allah kak.. tabahnya dia.. semoga gadis tu tak berputus asa.. :(

Fiza Rahman said...

Kak...touching sgt kisah ni kak. Kesian pada si gadis yg terlantar keseorangan. Smoga dia di beri hidayah dan smoga terus kuat dan tabah untuk mengharungi ujian kesakitan.

Fazleyatul Aini said...

sukar laluan hidup dia
walau berlainan ugama, tapi macam akak cakap, atas dasar kemanusiaan kita pasti turut sedih
semoga dia tabah menghadapinya

aizu's life said...

allahhurabbi..
dugaan buat beliau.. berat! moga pintu hidayah terbuka luas untuknya dlm keadaan genting begini..
soal anak, mmg benar.. kalo punya kemampuan, usah disekat. Anugerah yg x ternilai dari-Nya

Aziela said...

Allah.... Kalau seorang muslim di dalam situasinya, sekurang2nya kita ada Allah walau sudah tiada saudara mara. Hidayah itu rezeki.... dan kita seharusnya bersyukur kerana di lahirkan dalam Islam..Insya Allah.

Izwa Kamaruddin said...

sedih nyer laluan hidup dia kak..
semoga dia kuat menghadapi kesakitan dia kak..

babYpose said...

sedih, nasib dia ada kak zakie untuk luahkan perjalanan hidupnya..doa nabi ayub dapat membantu...moga dipermudahkan urusannya..

Sura Mohd said...

sedih dan terharu baca cerita kakzakie ni..mengharungi sakit sendirian tanpa keluarga..kesiannya kat dia..moga dia kuat dan tabah..

Khairul Bariah said...

sedih saya baca kisah akak ni..teringat hujung thn lps seorg kawan saya yg mengalami cancer jugak, berakhir dgn kematian meninggalkan seorg anak berumur 1 thn.*sedih*

Mar Mansor said...

tak dapat bayangkan andai saya ditempatnye..ujian y hebat telah dia tempuhi tanpa orang kesayangan di sisinya..

saniahibrahim said...

kesiannya dia ,masih muda lagi sudah kena kanser ovari...
masa sya budak2 dulu ada seorg pemuda cina baik sngt dan banyk membantu keluarga kami .dah mcm saudara..trfikir juga dia akan trima hidayah tapi sayang mninggl dlm usia muda akibat kanser .

amirah said...

sedihnya membaca kisah gadis tu kak...moga diberikan kesembuhan dan hidayah...

musang said...

sama2 berdoa moga dia diberi hidayah

Nor Azimah Ali said...

moga ada hidayah buat dia.

Umm AA said...

sedihnya kakak dengar cerita dia..byk berkorban tuk keluarga namun dorangg tak pedulihan dia pun..Allah lebih mengetahui...inshaallah kerana adenya kebaikan dalam dirinya suatu hari nanti kita doakan agar dia mendpt hidayah jugak..ameen..

Eye_nee said...

Ya-ALLAH..Ujian Allah adalah buat semua umat manusia kan kak..tak kiralah kau ada keluarga atau tidak..Islam atau Kafir...semua diberikan ujian olehNYA...Kasihan dia..mengharungi ujian segetir ini bersendirian..semoga dia tabah dan diberikan Hidayah utk hanya menyembah Tuhan yg satu...ALLAH S.W.T..

Mummydearie said...

Sungguh tersentuh hati. Baru 23 tahun sudah disahkan menghidap kanser ovari tahap empat. Sendirian mengharunginya. Rasa sebak seketika. Teringat perbualan dengan mak dulu bila mana mak susah hati sebab saya lambat kahwin. Nanti sendirian di hari tua. Kasih adik beradik tak sama seperti kasih ibubapa. Itu katanya tapi saya balas semula kata-katanya itu - takpalah, kalau tiada yang menjaga, saya duduk di rumah orang tua je nanti.
Belum kena, memang senang je mulut ni meluahkan kata-kata. Bila dah kena, barulah tahu langit tinggi ke rendah.

wakgelas said...

siannyer mak kann., Uhuuu

Unknown said...

salam dimana dia tinggal? teringin datang melawat..bole pm sy 01123772476? jomla ssiapa yg bedekatan kita buat ziarah kasih sayang..smoga ia menjadi asbab dia sihat..dan mana tau..menjadi ISLAM

Unknown said...

Allah.. sedihnye..
Moga Adik tu kuat hadapi ujian Allah ini. semoga terus kuat melawan penyakit nye itu. :(

Sarah Talib said...

Baca cerita kakzakie pun dah bergenang air mata...apa lgi kalau kenal rapat dgnnya..kesian dia terpaksa lalui semua tu..semoga penyakitnya dpt disembuhkn

Kayu Manis said...

terharunya..kalau kita susah masih banyak lagi yg susah dr kita.

nOe suhaimi said...

sedih membacanya...tabahnya dia mengharungi hidup secara sendirian...diberi pula ujian yg berat...semoga dia terus tabah

cinta said...

amin.. doa dari jauh.

Falsya said...

betul2 sedih sgt falsya baca kakak...sedih dgn nasib die..kesian ngan die..time2 nie la die sgt3 perlukan moral support dr family members or kawan2..rase mcm nak hug je die..

semoga cpt sembuh..

Unknown said...

salam perkenalan. semoga dia cepat sembuh dan terus tabah.

Jari Manis said...

subhanallah..besar betul ujian nya..rupanya di luar sana ada lagi insan yang lebih malang..semoga beliau tabah menghadapi dugaan tu

aizamia3 said...
This comment has been removed by the author.
aizamia3 said...

Moga dia kuat dalam melawan penyakit itu..
Mati tu pasti.. hidup itu InsyaAllah.

Blog Santai said...

Salam Jumaat KZ..

Moga dia kuat & mendapat hidayah Allah...

Unknown said...

semoga dia tabah dan cepat sembuh...

Unknown said...

semoga dia tabah dan cepat sembuh...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Setiap insan ada ujian buatnya sendiri.. dari apa yg kakzakie tulis, nampak dia seorang yg kuat Dan tabah.. semoga dia tabah Dan cepat sembuh.. serta diberi taufiq Dan hidayah dari Ilahi..

Zaitun said...

Kesiannya kakzakie..betapa sedihnya tinggal bersendirian tanpa penjaga didalam wad. Semoga dia tabah menghadapi penyakitnya.

Ibu Yusuf Maryam said...

Kita yg membaca ni sudah cukup nak merasai kesedihannya, apatah lg yg menanggung. Sudahlah sendirian.. Mudah2an dia sembuh dan menerima hidayah..

Eliss said...

Sedihnya kisah dia. semoga dia diberi kesembuhan dan hidayah..Aaminn

ummiross said...

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..sebak rasanya membaca entry ni.
Moga beliau terus tabah, moga Allah SWT memberi hidayahnya, teruskan berdoa ye Kak zakie.

eelobor said...

saya tumpang simpati....

Unknown said...

kesian... itu bahagian dia kak... bahagian kita tak tau la macam mana pula... semoga dia terus tabah menghadapi liku2 hidup ini...

Lydia Miza said...

Sedihnya. Moga dia tabah lalui kesakitan itu sendirian..

Mimie said...

Ya Allah kak sedih ya sy baca kisaa dia..Semoga ada hidayah utk dia..Dan semoga dia kuat hadapi ujian.

aby said...

salam kz ..
23 tahun, umor yg masih muda lg ..
namun dah terima ujian yg maha berat. moga adik tu dapat melaluinya dengan tabah ...
ngaji romadan kiyer wes tekan juz piro ..

adyna AB said...

Tabah nya dia , semoga doa Kak dimakbulkan

Qaseh Vee said...

semoga dia tabah mengharunginya seorg diri . mmg kesian bila baca entry ni . sakit dtg mmg x dijangka tapi family itu perlu ...

paridah said...

MOGA ALLAH MEMBERINYA HIDAYAH N MENGHADIRKAN INSAN2 PRIHATIN KE SISINYA N MEMBANTU KESUSAHANNYA...

Unknown said...

Moga dikurangkan kesakitan yg dialami olehnya..kesian dia kak..moga2 Allah memberinya hidayah sbgimana diberi hidayah kepada raisyah rania..

Salina Mat Isa said...

kesiannya..semoga dia kuat..lama tk singgah sini..ape khabar kak zakie? semoga sihat je ye.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...sedihnya bila membaca n3 akak ni...semoga dia kuat menghadapi dugaan hidup ini..:(

drshikinzainal @ ekin said...

Alhamdulillah kerana diberi hidayah olehNya.

drshikinzainal @ ekin said...

Die mesti seorang gadis yang kuat, kan kak?

Wa said...

Salam ramadan buat kak zakie...sedih bila baca...tapi setiap perncangan Allah tu ada hikmahnya kak..kita doakan yang terbaik buatnya...

Ummu Madihah said...

Salam Ramadan Kakzakie,

Tumpang sedih membaca kisah gadis ini! Begitu kuat dugaan yang ditanggungnya. Moga dia terus tabah menghadapi saat getir ini.

@na said...

salam kakzakie, setiap kita melalui jln cerita yg berbeza kan... InsyaAllah, moga direzekikan hidayah utknya

HeNRieTTa JoSe said...

Moga dia cepat sembuh....kesorangan dan kesunyian itu, kdg kala buatkan individu itu lebih kuat, tabah menghadapj hdup....

Hans Hanis said...

sedih pula baca
semoga dia cepat sihat

Ibu Lala said...

Kesian kat dia kan kak. Moga bertabah la hadapi dugaan.

OKje said...

Moga masih ada sinar buat dia kanda....Alahai sedihnya kanda sakit tanpa sesiapa diisi. Nasiblah ada sahabat mcm kanda yg perihatn.

drshikinzainal @ ekin said...

Doakan yang terbaik. Insyaallah.
Jemput semua singgah sini juga.
Life is beautiful...don't waste it.

Bunda_nora said...

Semoga tabah dan dipermudahkan...

K.A. said...

Allah..kesiannya.. walaupun berlainan agama. Semoga Allah sembuhkan dan beri hidayah insyaAllah.. Eish, sedihla..

Suria Amanda said...

Semoga beliau tabah...