Tuesday, July 1, 2014

Bagi anak-anak menikmati keindahan Ramadhan

Selamat berpuasa dan beribadah di bulan yang mulia. Aku agak kesibukan dengan tugasan sekembali ke pejabat hari ini. Bercuti sejak hari Jumaat hingga semalam blog pun terabai sama. Sepatutnya aku bercuti pada hari Khamis tetapi oleh kerana telah ter'pergi' kerja akhirnya aku teruskan juga dan ganti pada hari Jumaat terus hingga semalam. Dapatlah membuat beberapa aktiviti dengan keluarga.

Sehari sebelum berpuasa - Di sebabkan hari Khamis cuti umum buat kerajaan Johor (JDT menang) majlis dijalankan pada hari Jumaat. Pantas dan cepat mengejar masa sebab kena selesai sebelum tiba solat Jumaat.
Jiran lama - Anak-anak ini semua memanggil aku mama lagi sebab dulu mereka adalah jiran kami. Juga mendapat anugerah cemerlang. Kedua mereka mendapat tempat pertama walau markah agak terkebelakang sedikit dari adik sebab semua mereka tidak duduk satu kelas. Masa inilah adik mula berkata mahu duduk kelas ke dua aau ke tiga boleh dapat nombor satu. Nama pun budak yang dikejarnya adalah hadiah.
Kisah Rasulullah - Ada 60 kisah yang boleh dibaca dan boleh membuat adik terleka. Walau ada cerita yang sudah diketahui tatapi bila membaca kisah di dalam buku ini boleh re-fresh kembali ingatan. Sangat sesuai buat anak-anak seusia adik. Pandai ustaz/ustazah memilih buku ini. Lagi menggembirakan tidak perlu lagi aku mencari novel buatnya di bulan Ramadhan ini.
Tambahan - Semalam belikan juga dia buku-buku ini. Tidak adalah masa senggang kata masa iftar lambat benar. Bagi adik semua ini agar tanpa sedar masa iftar sudah tiba.
Pagi semalam - Semua buku latihan adik di atas tidak sampai RM50/- selepas diskaun berbanding kalau membeli novel agaknya baru dapat dua buah saja. Jimat duit mama:)
Tidak perlulah lagi mama membeli novel baru. Cukuplah semua itu untuk melayan masa adik berlalu selama sebulan berpuasa bila ada masa lapang. Buku-buku latihan juga pilihannya sendiri. Tidak ada alasan untuk membuat adik berkata bosan. 

~~ Sebagai ibu-bapa macam-macam cara dibuat bagi membuat anak-anak lebih selesa ketika berpuasa sementara menanti masa iftar. Carilah jalan yang mana mereka suka.~~

54 comments:

Sura Mohd said...

Salam Ramadhan Kak zakie..selamat berpuasa..tahniah buat adik...
bagusnya adik mengisi masa dengan buku2..anak teruna sura yg sorang tu..asyik dengan psp jer..

Cik Puan said...

Alhamdulillah...pengisian yang sangat bermanfaat..

Farah Waheda Wahid said...

salam ramadhan kak...tahniah kepada adik2 semua kerana kecermerlangan akademik...

Hudalatip said...

Betul la kak, sementara nak isi masa senggang tu bolehlah buat latihan dan membaca kan..Kalau Zarif samaada buat aktiviti seni atau main game jelah..layan jelah janji dia tak bising..

Unknown said...

salam ramadhan kak.. tahniahh.. masa saya kecik2 dulu, hadiah kecemerlangan sekolah agama diorang bagi set cawan.. hahaha

Shahrul Yusof said...

Bagus cara akak ni. Budak-budak kalau dibiarkan bosan tunggu waktu berbuka tanpa sebarang aktiviti, mula lah asyik bukak tutup peti ais je. Hehe

Kayu Manis said...

tahniah

selamat berpuasa kak sekeluarga..

Zaza Abdul Latif said...

Alhamdulillah.. tahniah adik2 yg berjaya meraih kecemerlangan..
Salam ramadhan Kak Zakie :D

Nor Azimah Ali said...

bagusnya dapat buku kisah Rasulullah tu, moga dapat menambah kecintaan dan kerinduan kepada baginda.

asyifamustaffa said...

Mcm skolah sy dulu la kak....hadiah smpingan msti buku2 berunsur islamik...tahniah adik!

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah..seronok nyer tgk :)

faraherda.razalan said...

Kisah Rasulullah, mg ralit baca kak. Syok ni...

musang said...

tahniah adik..semoga terus cemerlang dlm pelajaran

Aziela said...

Wah, adik dapat hadiah lagi.... Tahniah...tahniah...

PetakBunga said...

bukn takat adik..
mak2 ni pun suka hadih..
dpt free gelas pun dah happy.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam Ramadan Kakzakie..

Tahniah buat adik.. dapat lagi hadiah..

Latih tubi UPSR nak kena buat sementara waktu menunggu iftar ni utk anak saya Nabilah kakzakie.. bermula hari ni dia ada percubaan bulanan UPSR.. sekolah dia buat percubaan setiap bulan..

sud@is said...

Anak bongsu kan... adik..thniah, seronok dapat hadiah, habiskan cepat membaca nnt minta mak belikan lagi.....

Kamsiah yusoff said...

anak tingkatan 3 sedang bergelut dgn PT3..

Falsya said...

salam ramadhan kakak..hehe...bgs laa at least sementara nk menunggu berbuka, ade la jugak yg boleh ralitkan dieorg..;)

Blog Santai said...

Salam tiga Ramadhan KZ...

Mia Kassim said...

Terisi masa terluang sementara menunggu waktu berbuka .... :)

Unknown said...

Selamat berpuasa kak zakie...diaorg seronok sbb dpt hadiah..tu yg nk masuk kelas kedua..ketiga..hihi..

nadia rashid said...

Betul cara membuat kerja latih tubi hilangkan rasa bosan menunggu waktu berbuka..selamat berpuasa utk akak sekeluarga

Unknown said...

Salam Kakak~
urmm.. idea bernas jugak tuh kakak.. zura pon nak belikan Anis buku jugak lah.. sambil2 tu dpt gak ulangkaji pelajaran kan~

azieazah said...

Anak saya yang kecik tu, tengok drama Korea selepas habis kerja sekolah. Dah tak boleh nak larang dah sebab dah terjebak.

Alalahai...

saniahibrahim said...

salam ramadhan kakzakie ...tahniah adik.Ank saya Iman tak bnyk msa sbb sek sesi ptng.wlpun blik 5.30...jap dh waktu bbuka.

paridah said...

salam ramadan selamat berpuasa kakzakie sekeluarga.

Tie HT said...

Alhamdulillah, tahniah adik..
adik ki sukak mboco, kepenak waei kak aweh buku akeh2 mengko de ei orak boring kan sambil nanti waktu buko poso..kak jowo nyong makin berterabur dah..cikgu tata, pun kok suwi bener meneng ney :)

eelobor said...

idea yang cantik untuk pengisian masa yang berfaedah....

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...slm ramadhan yer...:)

amirah said...

betul kan kak...kena cari aktiviti untuk dorang...kalau tak soalan mesti "dah pukul berapa?"..hehe

nohas said...

Salam Ramadhan, kak..

bagus juga aktiviti menunggu berbuka..utk mak..aktiviti mcm biasa..sibuk di dapur..

@na said...

salam kakzakie,
syukur...
selamat berpuasa dan berbuka buat kakzakie sekeluarga..

Mummydearie said...

Tahniah buat Adik. Memang betul tu, kak. Hari pertama berpuasa jenuh saya melayan Abang sampai ajak main game, baca buku cerita sama-sama supaya dia terleka daripada asyik dok tengok jam.

Mar Mansor said...

salam ramadhan kak zakie..moga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada umat Islam semua..

emarieys said...

Dah tiga hari berpuasa kita yer kak. Betul tu kak, nak bagi anak leka bagi dia buat sesuatu. kalau tak setiap minit akan tanya 'lama lagi ke" nak berbuka.

Acik Erna said...

Salam Ramadhan kakzakie..tahniah buat adik

Bunda_nora said...

Seronoklah adik dapat hadiah buku...terisi masa adik sepanjang ramadhan nikan..

PeRdU cINta said...

Bila setiap hari kita lakukan sesuatu yang Allah sukai..itu bermakna kita semakin menghampiriNYA..wahyu pertama juga Iqra'..

Qaseh Vee said...

tahniah adik ... belanjakan duit utk buku pelajaran anak2 lbh berbaloi berbanding novel yg sekadar utk kepuasan ...

Unknown said...

mestilah seronok adik2 tu dapat hadiah kan... kena pula ambil hadiah tu kena naik pentas... ermmm mesti akan jadi kenangan sepanjang hayat... :)

aby said...

salam kz ..
anak nak UPSR yer ..
podo la karo farish ..
tahniah utk anak2 kak ..
moga dapat kekalkan kecemerlangan mereka ,,

Unknown said...

Salam Ramadhan kakzakie, lama tak jumpa diblog skrg ni kan? Baguslah anak kakzakie pilih buku sendiri. Bujang zana tu malasnyaaaa....sakit hati. Ptg isi masa main bola, bukan nak membaca.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah adik. semoga sentiasa berjaya hendaknya.

aizu's life said...

tahniah adik! didikan yg baek dpd ibu bapa yg hebat melahirkan anak2 yg juga hebat.. :)

wakgelas said...

salam ramadhan mak zakie tuu., ehHHee

Suria Amanda said...

Salam ramadhan kak zakie dariSA dan family

ellynadyra said...

salam ramadhan kak
wah byknya buku
seronok la membaca

ANIM said...

bagus adik..bagus mama..
si abdul saya balik mengaji quran, van hantar sampai rumah dah 6.15 petang. biasanya dah tak mau buat aoa. melepek depan TV tunggu waktu berbuka..

OKje said...

Tahniah Adik....wah adik pulun balik yeh....
Rajin adik membaca yeh kanda....TLBD dia lebih suka melukis dpd membaca....banyak beli buku tp bacanya separuh jalan....

Myra Jay said...

Pengisian ilmu yang baik untuk anak2 ;)
Harga pun berbaloi...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..
alhamdulillah..tahniah buat adik ye... :))

Mimie said...

tahniah buat adik ;)

babYpose said...

cerdiknya adik ada cara tersendiri nak dapat nombor satu, dulu aunty, bapa tanya berapa peratus dan kedudukan seluruh kelas pulak mmm..tahniah adik :)