Friday, October 3, 2014

9hb. Zulhijjah - Hari Allah terlalu dekat dengan hambaNya

Malam 8hb Zulhijjah taklimat sudah diberikan kepada semua jemaah. Tengahari pula selepas solat zuhor sebagaimana dihehendaki semua sudah bersedia menaiki bas untuk bertolak dari Mekah menuju ke Arafah. Jemaah juga diingatkan untuk bersiap mandi sunat, berdandan yang baik, solat sunat sebelum memasang niat Haji. Menuju padang Arafah dengan bas yang selesa itulah kami berzikir, bertahmid dan bertalbiah tidak putus sehinggalah kaki menjejakkan kaki di Arafah. Tarikh 9hb Zulhijjah adalah hari Wukuf dan merupakan kemuncak ibadah Haji.

Khemah - Beginilah semua khemah yg ada di padang Arafah pada hari Wukuf. Beratus ribu khemah semuanya dalam kondisi yang sama.

Indah memori itu kerana semalaman berdoa-berdoa dan berdoa. Solat dan sujud semampu yang boleh kerana sesungguhnya telah dikatakan pada hari Arafah itulah hari Allah terlalu dekat dengan hamba-hambanya yang sedang berwukuf. Sepanjang malam akan kedengaran di setiap sudut Padang Arafah dengan alunan tasbih, tahmid dan ayat-ayat suci. Biarpun sekadar karpet nipis menjadi lantai kami berteduh di dalam khemah yang semuanya putih belaka tapi kami amat selesa dan khusyuk. Tidak ada lagi panggilan dato'/datin/tuan/puan kerana kesemuanya adalah sama. Kami saling memanggil dengan panggilan kak hajjah atau abang haji. Benar kataMu ya Allah kami semuanya sama di sisiMu. Apa yang membezakan adalah iman dan takwa. Peluang tidak perlu disia-siakan kerana berwukuf hanyalah sehingga sebelum menjelang 10hb Zulhijjah kerana selepas itu perlu ke Muzdalifah mengutip batu untuk melontar jamrah dan terus Mabit (bermalam) di Mina. Pada 10hb Zulhijjah ketika jemaah haji berasak-asak untuk melontar jamrah Qubra atau Aqobah yang pertama, umat Islam merayakan Hari Raya Aidil-Adha. Jamrah berikutnya pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Jika membuat Nafar Awal kena pulang ke Mekah pada 12 Zulhijjah iaitu sebelum menjelang 13 Zulhijjah, tetapi jika membuat Nafar Thani balik ke Mekah selepas melontar hari ketiga tasyrik iaitu 13 Zulhijjah. Hari-hari itulah kelihatan sana-sini lori membawa muatan binatang sembelihan qurban.

Memori indah itu terus melekat-kejap dalam ingatan aku sampai bila-bila. Selalu aku berdoa moga aku masih diberi peluang untuk kembali ke padang Arafah lagi di bulan Zulhijjah sebelum ajalku tiba. Menunaikan umrah walau ada berziarah ke padang Arafah namun auranya tidak sama seperti ketika menunaikan ibadah Haji. Semoga semua umat Islam seluruhnya juga mendapat peluang tersebut. Doakan saudara Islam kita di sana mendapat haji mabrur.

~~ Mengambil kesempatan ini juga empunya Titisan Nurani ingin mengucapkan selamat berpuasa (kepada yang berpuasa), selamat menunaikan ibadah qurban dan selamat menyambut Hari Raya Aidil-Adha.~~

48 comments:

Nieyl said...

Singgah pagi..
Selamat Menyambut hari raya aidiladha..
InsyaÁllah semoga Allah makbulkan segala doa2 kita..:)

Nor Azimah said...

salam jumaat kzakie, hari ni jom same2 kita amik peluang dengan berdoa sebanyak-banyaknya, meminta apa saja sbb hari ni adalah salah satu saat mustajab doa kan?

Belog Santai said...

Salam Jumaat KZ..Rindunya mau berkumpul di Arafah. Antara puncak ibadah..Semoga semuanya berjalan lancar untuk semua jemaah yang disana..

lia said...

Subhanallah... akak da jadi tetamu Allah... semoga saya pon ada kesempatan itu, InsyaAllah...

idzwa kamaruddin said...

allah seronok nyer kak!!

Knor said...

terharu nor bca kak rasa mcm nk pg sgt.. sebut mekah, mesti nor menangis.. msa suami pg, nor tk dpt pg, jga anak masih kecil... doakn nor ye kak,.. semoga dpt pijak tnh haram, msuk dg kumpuln org2 yg dpt mgerjakn hji dn umrah

redza said...

selamat menyambut hari raya aidiladha kakak

Diana Rashid said...

alahai..akak buat saya tak sabar rasa nak kesana..Selamat menyambut Aidiladha kak..

aTieYusof Family said...

Salam Kak..
sayu rasa hati bila baca entry kakak ni.. Ya Allah, moga diberi kesempatan & peluang utk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.. terbayang2 sya akan suasana di Tanah Suci bila musim haji ni ( walau belum pernah kesana)..

Sura Mohd said...

Salam Jumaat kak..
Indahnya pengalaman akak kat sana..berharap sangat dapat kesana suatu hari nanti..:)

NM03 said...

selamat hari raya qurban akak...

- said...

seronok membacanya...bagai dapat merasainya.....

salam aidiladha kak :)

Bunda a.k.a KN said...

Salam Jumaat...dan selamat menyambut Aidul Adha..

Aziela said...

Kak, daripada pagi tadi air mata saya asyik nak mengalir jer sebab saya boleh bayangkan keindahan waktu itu. Semoga saya juga dimurahkan rezeki dapat mengalami suasana dan perasaan itu. Di mana kita seolah2 di dalam pelukan kasih sayang Allah... sob..sob..

hainom OKje said...

Kanda meremang bulu roma dinda tau dan jatuh air mata ni bila bayangkan bagaimanalah keadaan dinda kalau dinda juga berada disana...Ya Allah teringinnya ...moga sampai juga giliran dinda satu masa nanti

Acik Erna said...

selamat berpuasa kakzakie dan selamat hari raya qurban

Mia Kassim said...

Memori manis yg sangat berharga kan kak. Semoga kita semua diberi peluang olehNya untuk pergi ke sana.
Selamat Hari Raya Haji kak ....

ANIM said...

mesti terbayang-bayang pengalaman tu kan kakzakie. setiap malam, kalau berkesempatan saya menonton prog "labaikallah" kat tv alhijrah. teringinnya nak berada di sana, mengalami saat2 itu. mudah2an Allah mendengar doa saya...

Ann Ishak said...

inshaAllah, semoga hajat kita sama2 tercapai untuk menunaikan ibadah haji

nohas said...

Salam Jumaat..Alhamdulillah, mereka mendapat Haji Akbar tahun ni..

Selamat Hari Raya Aidil Adha utk Kak Zakie sekeluarga..teringat entry akak tahun lepas tentang Pak Haji yg minta 'buah' tu..

Fiza Rahman said...

Salam Aidiladha kak.

Tadi my colleague whatsapp gambar dari mekah. Ya! allah kak. Sebak plak rasa. Indahnya sebab beliau berpeluang ke SANA. Bilalah giliran saya nih.

Kesuma Angsana said...

Salam Jumaat. Sesuatu untuk kamu di blog KA . TQ http://www.kesumaangsana.blogspot.com/2014/10/re-publish-n3-pendek-tentang-adik-tapi.html..Tq kak

amirah said...

sebaknya amie membaca kak..teringin benar nak tunaikan haji..nak jejakkan kaki di tanah suci...moga Allah makbulkan doa sebelum ditarik balik nyawa...

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam K.Zakie..
subahanallah... alhamdulillah..
semoga satu hari nnti cma akan jejak kaki ke sana menunaikan rukun islam dan
selamat berpuasa jugak buat semua yg berpuasa.. selamat hari raya aidiladha kak zakie sekeluarga..

Tihara said...

Alhamdulillah
sungguh manis kenangan tu kak
doakan saya dapat tunaikan haji nanti kak, insha Allah..
rindu sangat2 nak ke sana..

terima kasih berkongsi pengalaman di sana kak :)

paridah said...

syahdu membaca kenangan kakzakie...teringin sekali merasainya sendiri...moga2 insya Allah...selamat raya haji maaf zahir batin...

Nafira usof said...

Salam Kakak~
sonok Zura baca pengalaman kakak di sana. semoga Zura jugak berkesempatan untuk merasai pengalaman itu.. Aminnn~

Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat berpuasa kakak~

Falsya said...

xtau kenapa tetibe je air mata falsya bertakung kakak..sedih sebak semua ade..bercampur baur skang nie..;(

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Selamat menyambut hari raya aidiladha buat kakzakie sekeluarga.. semoga kita dipanjangkan usia utk menjadi tetamu Allah lagi ye kakzakie ;)

Normala Saad said...

Pengalaman yang amat bermakna. Bersyukur dalam usia muda sudah diperkenankan Allah kesana..

Izzati Ghafur said...

salam jumaat :)

JunAina said...

Itulah cita2 semua kita kak ingin merasa manisnya menunaikan haji. Aina sedapat mungkin nak kumpul duit kalau ada rezeki nak mak merasa juga pergi haji.

norhidana miswan said...

moga kita sama2 diberikan peluang utk ke sana ye kak

aizamia3 said...

Membayangkan saya berada di sana..
Moga kita semua merasa menjejakkan kaki di sana.. insyaAllah..

❤Kamsiah❤ said...

salam aidiladha jugak utk kak zakie sekeluarga..

Sylarius Yusof said...

Selamat Hari Raya Aidiladha, akak. Alhamdulillah, akak pernah berjaya jejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah. Kalau ada kesempatan, saya pun teringin juga nak jejakkan kaki ke sana.

Jari Manis said...

Selamat hari raya Qurban jugak buat kak Zakie..in sha Allah JM puasa hari ni :-)

Seperti kak Zakie yang pernah jejak kaki ke Mekah tu mesti nk pergi lagi kan..JM pun sama sentiasa berdoa semoga Allah beri peluang juga ke sana Aminnn

mama ka0ri said...

Bergenang air mata baca entry akak...bila agaknya rezeki sy pula ke sana...

Selamat hari raya aidiladha buat kak zakie sekeluarga...

che mid said...

Aamiin ka, semoga kita semua diberi peluang untuk menunaikan haji nanti.

Selamat hari raya Haji dari CM juga kak..

nhhas said...

Assalamualaikum wbt...

#Nanges
#RinduBAitullah...

Angah said...

Amin...Insyaallah

Zaitun said...

Betapa nikmatnya kakzakie telah merasai memori itu. Kak zai belum lagi cuma diberikan nikmat umrah. In shaa Allah masih menunggu.

nadia rashid said...

In Shaa Allah esok kita berpuasa yer kak..selamat berhari raya Aidiladha

NEKCIK said...

alhamdulilah Allah sampaikan kami ke sana lebih awal dari yang di duga.syukur sesangat memandangkn sukarnya mndapat kuota kini..
salam idil adha Kakzakie

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Tersentuh hiba jiwa saya Kak Zakie membaca entry ni...

Vee Sandi said...

bila kita melakukan ibadah di mekah , yg membezakan kita dgn org lain , mmg iman dan taqwa ... saya setuju sgt . cumayg beriman dan bertaqwa sahaja yg dpt melupakan duniawi ketika melakukan ibadah .

zana fahmi said...

Salam idul adha kakzakie, doakan zana sekeluarga dpt jejak kaki kesana sebelum menutup mata. Hari tu blog walking tapi zana tak nmpk butang komen.

Mummydearie said...

Bertuahnya akak dah sampai di sana dalam usia muda. Harapnya ada juga peluang kami sekeluarga untuk menjejakkan kaki ke sana melakukan ibadah haji suatu hari nanti.