Santai bersama anak-anak sehari bercuti duduk di rumah. Sambil pot-pet-pot-pet bercerita isu 'touch dog' beralih kepada assignment Kak Reen yang belum siap berkaitan cendawan tiram. Sama-sama mencari bahan dari google. Petang pula adik seperti biasa pergi untuk rakaman di RTM.
|
Botol - Ini botol air zam-zam yang dulu digunakan oleh Kak Reen masa di asrama. Kini tinggal di kampus yang jauh sudah tidak lagi digunakan. |
|
Potong - Kerat tengah tapi jangan buang bahagian atasnya. Cucuk-cucuk dengan pisau bagi laluan air bahagian bawahnya. |
|
Selesai - Masukkan tanah dan alih anak pokok cili. Sementara belum ada rumput di atas tanah itu tutup dulu dgn bahagian atas botol yg telah di kerat bahagian tepi bagi membolehkan dia seakan bersambung balik. Kena buat begini bagi mengelakkan mak-pak meow yang berkeliaran membuang hajat di sini. Bila sudah ada rumput bolehlah buang bahagian atas botol tersebut. |
|
Banyak - Sambil buat semua itu sambil menjeling pokok limau purut yang semakin galak berbuah. Semakin ramai yang meminta semakin megah dia berbuah. |
~~ Umat Islam sentiasa diuji. Belum berakhir isu 'touch dog' hari ini ada pula isu mahu lelaki bertumit tinggi. Bersamalah beringat yang mati itu pasti. Syurga dan neraka itu juga pasti.~~
63 comments:
Wah...bagus ni idea tanaman di tanam dalam botol mcm ni...kreatif la akak....buah limau tu nampak lebat betul...buah bleh guna..daun pun bleh guna kan....
Tanam herba bgus ni.
Eh..menariknya tanam pkok macam ni. Saya nak cuba jugalah utk projek cili dan kacang botol saya.. hihi..
Itulah kak, banyak usaha nak mengelirukan umat Islam kini. Nampak diorang bersedia, dah kaji apa ajaran kita, jadi yang terpengaruh tu ialah orang yang mmg tak faham apa ajaran kita dah ajar dan mungkin tak amalkan pun..alahai. risau zaman anak nanti apa pula dugaannya.
Assalamualaikum
Tahniah. Aktiviti yg sangat menarik. Mamawana pun nak cubalah botol2 itu. Heeee...
wahhhh bagus nyer idea akak tutup smula botol utk elakkan kucing membuang hajat d c2...
Inilah hasilnya berbudi kepada tanah. Segar dan cantik tanaman yang kita tanam sendiri kan Kakak.
bagusnya akak... hihi, aktiviti pun berfaedah..
p/s : akk, mama di sutera mall, jb. ada event kat sana. kalau akk free boleh jumpa rasa cendolah mama. :)
bagusnya..botol air zam zam saya buat simpan air je.selangor kan kadang2 takde air
dunia skarang kak macam2..sangat menakutkan kalo dipikir..anjing tu dah sah2 haram boleh pulak dianjurkan..puting beliung kecik pon sana sini dah berlaku..
nauzubillah..
lelaki nak bertumit tinggi pulak? adoiiii..saya terlepas isu tu..nak cari jap
lelaki bertumit tinggi ??? saya yang wanita ni pon pakai selipar je kak huuhu
oh tutup balik sementara tu yang cute nampak macam dalam botol :) dalam keratan botol ni good idea sebab ringan, senang urus tak macaam dalam plastik tu, lepas tu bole angkat ja letak dalam pasu cantik :)
Nieyl nie niat nak bercucuk tanam nie ada...tapi kdg2 tuh x terlaksana..hihihi
jimat belanja kan...menafaatkan apa yg ada sambil kitar semula kegunaanny...bijaknya.
wow... minta seketul dua. hehehe
idea yg menarik tanam anak cili dlm botol kakzakie....saya pun smalam sibuk tanam semula pokok2 kunyit ...cuaca lembap skg ni seronok berkebun...
Good idea jimat tak payah beli pasu.Ada juga orang gunakan tin.
Sekarang kak zai tak boleh pakai tumit tinggi ada masaalah pinggang.
wow akak..suburnye pokok akak..tangan akak sejuk..heheh
rajin akan berbakti pada tanah..hidup subur limau purut..
saya pun tengah duk fikir nak tanam roses jepun dlm botol.. tapi xterbuat lg nih.. hehehehe
alhamdulillah..subur tu..
wahhh ada pokok limau purut....
hmmm..isu lelaki bertumit tinggi?? xde plak mun dgr lagi..nampaknya mun tertinggal keretapi ni..huhuhu
lor kak...baru tau nieh...inovasi betul akak heheheeh...dari terbuang gitu jek botol leh buat gini kan...tapi lieya ni dah frust dah...pokok2 yg tanam semua dah menemui ajal....pokok kari jek naik dgn rimbun kak tahap leh jual kat pasar haaaa heheehehehehe
kreatif , recycle dan tangan sejuk ni,,,
macam--macam isu melanda Malaysia, yan gpelik2 plak tu...
salam perkenalan...singgah dan terus follow...
kasih mu akan berbalas, kakzakie...hehehe
kreatif la...boleh tiru ni kak...
as salam kak zakie... sehat ke? lama tak jenguk sini... hehe baru ni mood blogging dtg balik...
amboi menjadi2 lak buah limau purut tu erk
kak zakie, nak minta tips utk cepatkan pokok limau purut berbuah.. ade tak?? fai ade tanam pokok limau purut, dari bulan puasa hari tu.. tapi masih tak berbuah lagi la kak..
saya kan kak
tanam pokok cili
dah berbulan
tak de hasil
brapa bulan baru ada hasil ye kak?
dunia akhir zaman ni, macam2 benda pelik berlaku...kejadian alam dan pemikiran manusia..
botol2 plastik drpd dibuang, boleh jg di recycle jadi pasu..kreatif & inovatif, kak..
Boleh jimatkan kawasan kan KZ...Idea yang baik untuk mereka yang tinggal kat Kondo or apartment..
kiranya sejuk tangan akak..sbb berbuah molek je limau purut tu..biasa limau purut payah nk bbuah,.mcm kat rmh..sekali pon x pnh bbuah..cuma leh la guna daunnya utk memasak
Bagusnya idea kakzakie ye.. jgn dibuang yg atas botol tu ye.. buat penutup..
Pokok limau purut saya semakin merajuk dengan saya.. keadaan saya yg tak mengizinkan sekarang ini utk membelai pokok2 tanaman saya tu..
Tak rugi mencurahkn sayang pda tanah..insyaallah ada hasilnya.
itula Zakie kan, ada pula ug kaitkan antara tak pakai tudung.. dan 'touch dog'..apa bezanya?
subur betui pokok lada akak, pokok limau purut tu pun...geramnyer, teringat org kt kampung kalu kite mintak buah kt pokok kt umah dia, msti diaorg suh amik sendiri amik banyak pun takpe, sbb makin banyak kite kongsi ngn org lain makin banyak dia berbuah kan kak...
Sejak kebelakangan ni...banyak sangat kempen...sana sini kempen....masing2 seakan nak mencabar sana sini...tanpa memikirkan sensitiviti sesuatu kaum dan agama...
Kalau kempen yang bermanfaat untuk dunia akhirat dan masayarakat sejagat takpe jugak...Ini kempen yang bukan2...seakan terkeluar dari akidah bagi muslim dan keluar dari batas2 normal manusia itu sendiri...
Manusia akhir zaman..hampir kembali kezaman primitif dan zaman jahiliah...na'uzubillah..
Dari buat program I want to Touch A Dog tu, baik buat program I want to Touch Homeless. Ada jugak pengajarannya untuk kita kaji bagaimana untuk selesai masalah sosial akibat dari masalah perumahan. Takat sentuh anjing, buatnya terkena air liur dia, tak pasal balik nanti kena sertu.
Bagus akak berbudi pada tanah memang bagus kan...Nanti saya ada masa pun nak buat macam ni jugak...
lelaki bertumit tinggi...?
lom jumpa lagi ni....
simulasi green house la kekdah gini kan, bagus recycle. Kat sini kalau botol2 ni semua hantar masuk mesin dia dapat duit hihihi.
Ha ada terbaca pasal isu "touch dog" tu...macam2 betul la Malaysia sekarang, provoke tak habis. Nak bertumit tinggi pulak dah kenapa? Dont say Malaysia sekarng pun dah support gay right hohoho. Tak payah la nak feminisme sangat... kita yang pompuan ni pun tak berhigh heels mana.
berbudi kepada tanah pasti membuahkan hasil kan..
saya suka tengok orang bercucuk tanam
tapi saya tak rajin
sama juga dengan bunga, suka bunga
tapi tak suka tanam...hehe
saya suka kata-kata kak azie di perenggan akhir
mati itu sememangnya pasti =)
Kakak....selalunya buah limau purut tu akak buat apa yer? Saya hanya terfikir tomyam jer... Selain dari itu?
kreatif jugak kakak nih.
boleh lah zura cuba tips menanam kakak nih.. hehehe. kitar semula botol terbuang kekdahnye.. hehehe
Rajinnya kanda bercucuk tanam....
Yelahkan kanda bagus idea tutup botol tu...anak meow ke mak meow ke mmg suka eeek kat pasu tau.... geram nengoknya....
Moga generasi akan datang kuat akidah agamanyakan kanda....takut dengan perkara yg macam macam sekarang ni
mungkin akan dibuat kalau rajin.. hehehe.. inshaAllah kalau jadi suri rumah nanti, kenalah rajin2 menjebakkan diri dgn aktiviti mcm ni. lagilah berfaedah drpd xtvt IWTTAD tu.
tak habis2 nak provok umat Islam kat negara ni.. apa lagi mereka mahu?
Semalam sy pun membelek pokok herba belakang umah...tp pokok bunga kat depan tak sempat nak di belek2 sebab ptg dah hujan....membelai pokok adalah terapi buat saya kak.
Ada guna gak kan botol yg terpakai tu...limau purut tu sedap kalau dibuat shampoo...terasa ringan kepala!
nampak mcm simple lah...
:)
assalam kzakie, rajinnya berbakti dan berbudi pada tanah, nampak hasilnya kan.
Jom..kita berbakti pada agama, moga Islam kembali gemilang dan terbilang.
assalam kzakie, rajinnya berbakti dan berbudi pada tanah, nampak hasilnya kan.
Jom..kita berbakti pada agama, moga Islam kembali gemilang dan terbilang.
Amboi kreatifnya kak zakie..hehe
Salams Kak zakie seronoknya tgk
Limau purut akak, byknya Buah....bersemangat saya Kak :):)
Rajin kakak..mmg suke bercucuk tanam..:)
salam,
paling sedih sekarang ini ialah budaya fitnah dan hina ulama...
beruntung kalo berbakti pada tanah ni.... tgk la hasilnya nanti
Seronok tengok orang bercucuk tanam dan ada hasilnya ni, kak. Nanti bila mak mentua datang, saya nak start bercucuk tanamlah. Dia tanam saya tolong jagalah. Kalau tidak, belum sempat tanam dah mati saya kerjakan :)
assalamualaikum kakzakie...bagus drp buang eloklah digunakan mcm ni...:)
Recycle gitu! Bagus idea akak ni :)
Macam mana kempen t boleh lulus pun dah rasa nak istighfar panjang
Wah...kretifnya kak. Geram jer tgk pokok limau purut tu.
kreatif kakak guna sumber terpakai.
wah lebat buahnya..alhamdulillah rezeki bersama kan.
semuanya nak tiru budaya barat itu la
best2 mg tak rugi berbudi pada tanah ni kan kak !
Nice sharing kak zakie. Daripada buang je ada jugak gunanya botol tu.
Err jeles tgk limau purut tu. saya punya x berbuah2 pun
Post a Comment