Thursday, October 2, 2014

Airmata dan naluri perempuan







Airmata dan perempuan dikatakan tidak boleh dipisahkan walaupun tidak kurang ramai juga lelaki yang mengalirkan airmata. Tetapi aku dapat merasakan semakin kita berusia semakin mudah mengalirkan airmata. Bercerita dengan anak-anak kisah susah dulu-dulu pun boleh mengalirkan airmata. Membaca blog ibu yang bersalin bayinya demam tidak ada siapa membantu pun mengalir airmata. Menonton televisyen yang memaparkan kisah hamba Allah yang diuji dengan penyakit dan kesusahan juga mengalir airmata. Apalagi melihat anak-anak kecil dan wanita saudara seIslam yang dianiaya dengan rakusnya pastinya mengundang airmata yang tidak boleh dikawal lagi.

Sewaktu anak-anakku kecil sering aku melihat airmata mereka. Bila bergaduh salah satu menangis maka berjuraianlah airmata. Bila kena marah juga airmatalah yang menjadi penepis untuk mama berhenti dari memarahi. Tidak dapat apa yang dikehendaki juga menangis. Berbeza bila mereka sudah remaja. Susah untuk melihat airmata anak-anak sekarang. Kalau ada pun adik sajalah. Itupun sekadar airmata yang mengalir tapi bunyi menangisnya tidak kedengaran langsung. Anak-anak aku semuanya perempuan. Bila mendapat keputusan peperiksaan kurang baik pasti airmata yang menjadi peneman. Bila ada cerita sedih mereka juga mudah mengalirkan airmata. Apakah ini genetik warisan dari aku yang mana sebenarnya tidak aku suka atau lumrah sebagai seorang perempuan. Aku mahu anak-anak menjadi lebih kuat. Mereka hidup tidak dibelenggu kesusahan seperti mamanya ini.
Hasil carian imej untuk gambar airmata
Dari google - Airmata dengan kehidupan yang tidak boleh dipisahkan
Bagaimana mahu mengawal diri dari tidak mengalirkan airmata?  Apakah orang yang menangis menandakan ianya insan yang lemah? Aku tidak mudah menangis ketika berada di tempat kerja hatta menanggung masalah besar.Tetapi jika sesuatu yang melibatkan keluarga tersayang mudah benar airmata luruh.

~~ Apa yang pasti bila seseorang menghadapi ujian berat pasti akan menangis ketika merapak sujud dan memohon doa kepada Allah agar ujian segera dileraikan olehNya.~~



57 comments:

Mia Kassim said...

Salam kak .... mia kalau mengenai keluarga mmg akan cepat menangis ... tp hal2 lain yg menyentuh kemanusiaan juga, cth bilamana melihat orang tua sedang mengangkat barang dgn hanya berjalan kaki juga Mia akan mengalirkan air mata ....

Kayu Manis said...

nor tgok apa saja yg sdih2,pasti mngis kak.. thok drma pun ngis....


cikceriacorner said...

salam akak..bile kita menangis juga boleh redakan kesedihan..tp sy juga seorg yg mudah mengalirkan air mata...

sud@is said...

Tengok kawan menangis, macam berjangkit boleh menangis...boleh cerahkan mata

zmarl (ibu) said...

tu la kak..kadang penangan drama yang tak hape2 pon beriya menangis sekali..memang mudah sangat apatah lagi yang bebetul real depan mata..

lieyalatif said...

air mate mmg peneman hidup kan....jgn kate menangis ketika di rundung sedih...tgh tgk citer hindustan pun boleh nangis heheheehe.....

saniahibrahim said...

pagi ni pun saya dah mengalirkan airmata bila melihat si ibu salwati yang memeluk anaknya.bila melibatkan anak2 dn keluarga hati ni memang mudah tersentuh tapi biasanya kalau menangis tak mau ank2 nmpk.

Mar Mansor said...

kalo drama sedih menusuk kalbu tu berjaya juga airmata menitis..kisah anak2 didera, bayi dibuang, pon airmata mengalir..
kalo pasal lain..cam tak je..

Nieyla Nadia said...

jiwa wanita ini sgt lembut..dan sensitif..

munna said...

Jiwa perempuan mmg sensitif.... Tapi ad juga yg hati kering sanggup buang dan dera anak

Fazleyatul Aini said...

saya ni pun senang menangis
kata orang, benyeh la
tapi takde la sket2 nak nangis hihi

lia said...

sy mmg cepat keluarkan air mata... terutama melibatkan keluarga...

SalbiahM said...

teringat satu quote 'jangan menangis di bantal kerana bantal itu tak dapat menolongmu. Menangislah di atas sejadah, moga dukamu dibantu Allah'... :)

AtieYusof said...

Salam kak.. dulu2 sy agak kental juga..jarang menangis..haha..tapi sejak dah jadi Ibu ni, memang mudah air mata mengalir.. ntah lah, mudah tersentuh...:)

babYpose said...

menangis dalam sujud, senyum pun dalam sujud syukur, dapat ganjaran pula, saya tengok Faiq berkelip-kelip menahan menangis, rasa kesian ja.. tarik nafas dan
lepas sambil menyebut Allah dengan lepas nafas dapat menolong..inshaAllah.

kakrose said...

baca tulisan zakie pun ky dah melilih airmata.teringat zaman kecil dan zaman memulakan hidup dirantauan yang susah.pandai-pandailah nak hidup camne..

nabilah_2908 said...

saya...susah nak mengalirkan air mata..menangis dalam hati tu mungkin..:)

mungkin dulu dah banyak menangis..sekarang ni mungkin dah lali dengan urusan dunia..

tapi bila sentuh pasal ayah & ibu juga family...saya kalah....

Aziela said...

Kakak, saya berpandangan yang air mata itulah kekuatan kita. Bukannya kelemahan. Bila kita rasa break down, kita mengalirkan air mata, seolah2 membuang toksin2 dari jiwa. Kering air mata, bersih hati dari anasir negatif. Maka kita kembali kuat bertapak. Biarkan ia mengalir, kakak.

Izwa Kamaruddin said...

saya adalah orang yang paling payah nak menangis tapi sekali saya dah menangis itu adalah perihal yang betul2 buat saya terluka dan terguris.

Umm AA said...

saya ms muda2 dulu mudah menangis..sensitif..nanges lak teresak2 tuh..hohoh..tp sejak kawen beranak skrang nie hati makin keras lak ..jrg nak nanges wpun kecik/ terasa ati camaner pun..agaknya kekuatan seorang ibu kot..heheh

@na said...

salam kakzakie;
menangis sekali sekali baik untk kesihatan...dipercayai dapat mengeluarkan toksid dari tubuh melalui air mata...
tapi jgn plk asyik dok mennagis pasni...hehehe

Sura Mohd said...

rasanya bila umur dah bertambah..sifat sensitif pon bertambah..sura pon cam akak jugak..senang mengeluarkan air mata...huhu..

Zaitun said...

Pagi ini kak zai menangis bukan kerana sedih, merajuk dan sebagainya. Tapi terharu tengok anak yang susah dilahirkankan lepas tu ketika bayi sakit tapi sekarang sudah besar. Adik seorang anak yang manja. Kak zai nak dia menjadi seorang yang serba boleh tidak hanya dalam akedemik.

Acik Erna said...

tak kakzakie..dengan air mata kalau boleh buathati tenang..biarkan..boleh cuci mata..
selamat menyambut hariraya eiduladha kakzakie

Nizam.Ariff said...

(Menangis dlm hati je)

Cik Rose said...

Ros pun jenis yang mudah mengalirkan air mata. tapi tak bermakna lemah kan :)

LYAfrina said...

lya mmg jns mudah mgalir air mata..lg2 hal y sedih n sensitif.. serta hati tersentuh..mmg naluri lya sgt lembut..

amirah said...

kak rasanya menangis tu satu perkara normal...tak normal pulak kalau tak menangis..cuma satu ekspresi emosi bukan kelemahan...tnda kesedihan kegembiraan...pndapat amie..

Hudalatip said...

Saya susah nak nangis tapi nengok keadaan jugak..Kadang laju je nangis, bila baca kisah sedih memang laju je nangis terutama kisah yang membabitkan anak kecik dan orang tua..Rasa sayu je hati, nangis bagus kak untuk bersihkan mata..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu perempuan ni mmg x lepas dr air mata dan dikatakan juga air mata itu adalah senjata bagi wanita...:)

FarahFerraDotCom said...

Betul tue akak..kita nie orang pompuan mmg cepat btl tersentuh.. farah pn sama..nak kata lemah tue tak.. tapi mmg cepat tersentuh.. lebih2 tgk mayat baby yg dibuang..:(

Dr K said...

Saya rasa, makin berusia kita, makin mudah kita menangis..

Contohnya pakcik saya, yg umurnya dah masuk 55...dia sendiri tergelak bercerita kepada kami anak anak buahnya, bagaimana dia boleh menangis sedih tgk cerita Hindustan! Padahal dia lah yg dulu hati keras..macho...hahahaha

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu Kakak. Air mata akan mengalir dengan sendirinya bila kita bersedih. kadang-kadang ianya boleh meluahkan segala yang terpendam di hati ini.

Ann Ishak said...

kita kaum wanita/perempuan mempunyai hati yang lembut, sangat mudah tersentuh :)

Rinna said...

Air mata dan perempuan tidak dpt dipisahkan.. kalau ada yang menyentuh emosi otomatik akan ngalirlaah airmata.. nie

Fiza Rahman said...

Perempuan dan airmata memang tak dapat dipisahkan. Baca entry akk ni pon dah rasa sedih. Bila melibatkan anak² dan keluarga, memang senang nak luruh airmata nih.

Nastyna said...

uwwaaaa...saya baru jer beriarmata tadi baca belog sis Bijen cerita pasal anak dia cabut gigi. huk huk huk...

Unknown said...

rasanye pompuan dengan air mata x dpt di pisahkan.. gembira pon menangis.. sedih apatah lagi kan~ hehehehe

AMIIZAA@Mieja said...

salams kak,

menangis kawan terbaik kita dikala kita dalam kesedihan atau kegembiraan...

saya kalau dapat berita gembira pon dah nangis apatah lagi kalau berita sedih...huhuhuhuh....



aizamia3 said...

Saya takkan menangis depan anak2 sebab nanti dorang pun turut sama menangis yang akhirnya saya akan ketawa sebab tengok anak-anak menangis.. huhuhu..

Tie HT said...

nyong kan angger karo hal keluarga memang sensitif..
tambahan sejak mak meninggal,
kami adik beradik jadi sangat rapat..
jadi kalau sorang sedih, yang lain turut sedih kak

faraherda.razalan said...

Sy ni pun jenis kuat meleleh! HEpi ke, sedih ke...sng je nak nanges!

Normala Saad said...

Jenis payah nak menangis sampai arwah mak & pak panggil hati kering. Sebenarnya masa remaja teringin nak menangis-nangis macam kawan. nampak manja tapi tu lah..sedih tapi air mata tak mau keluar. Dah tua begini baru perasaan sensitif tu datang.

Unknown said...

Idah nie jenis orang yang keras hati kak... tapi malangnya... mudah menangis... air mata mudah betul nak jatuh... tengok kucing mati pun boleh merebehh.... huhuhu...

nohas said...

bila menangis, terasa ringan beban emosi..

mata yg menangis kerana bertaubat kpd Allah, takutkan azab2 Allah..jarang dpt buat mcm ni..

nurbijen said...

Saya pun sama kak... lagi mudah menangis bila dah makin berumur ni...

nurbijen said...

Saya pun sama kak... lagi mudah menangis bila dah makin berumur ni...

Unknown said...

Saya boleh dikategori kan mudah menangis tapi susah nak meluahkan...tapi sekali terluah...mmg berjujuran air mata tanpa henti...lagi2 melibatkan org yg kita sayang...

Falsya said...

Kakak..falsya nie kan mmg senang sgt as in mmg terlampau senang nak mengalir air mata..kadang dgr lagi kat radio, dgr org nangis tetibe je mengalir air mata nie tanpa dipaksa..huwaaaa..

PeRdU cINta said...

Bukan lemah kak..tapi lembut hati..mudah tersentuh..tidak semua apa yang kita rasa mampu terucap dek jata kata..namun air mata itu penggantinya..sedih berair mata..terlalu gembira juga berair mata..

paridah said...

tangisan adalah wajah hati kita...

Puan Kutu said...

jiwa perempuan sensitif dan mudah tersentuh..punya anak2 yg kesemuanya perempuan mg air mata menjadi peneman kak zakie..samalah kita, cengeng!hehe

nOe suhaimi said...

air mata mmg kawan baik perempuan...tapi walaupun kita mengalirkan air mata...x semestinya kita lemah...semangat kita kuat kak zakie...lagi diuji lagi menjadikan kita kuat...

noe pun mudah sangat mengalirkan air mata....

moga kita terus tabah kak

OKje said...

Dinda mmg mudah mengalirkan air mata kanda..... tak kira apa jua keadaan pun....perkara kecil kadang tu pun boleh mengalirkan air mata .....tengok keadaan jugaklah.... Nak kata sensitif tak jugak....tau ajelah dinda ni kadang kadang tukan meroyan tak pasal haha

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..
huhu..cma ratu air mata..
tatau kenapa menagis...tp rasa lega bila dpt menangis.. huhuhu

Jari Manis said...

JM pun mudah mengalirkan airmata ketia mendgr berita sedih, event yg meninggal bukan saudara sendiri..nonton tv citer sedih pun nangis..aduhai

Mummydearie said...

Kak, saya ni memang murah airmata. Kadangkala bila menonton cerita komedi dan tetiba terselit situasi sedih tak semena-mena boleh berderaian air mata walaupun baru lepas gelak besar. Sekarang ni, si Abang terikut perangai Mommynya. Sikit-sikit mengalir air mata. Marahlah si Daddy. Apapun saya salahkan diri sendiri kerana tak mampu mengawal diri drp menangis depan anak-anak.