Tuesday, October 7, 2014

Riang-ria Aidil Adha 1435H

Persediaan bermula dari malam lagi. Sebelum subuh 10 Zulhijjah mata sudah tidak mampu untuk tidur lagi. Langkah terus sahaja ke dapur sementara menanti azan subuh berkumandang. Selesai mandi dan solat sambung semula ke dapur menyediakan juadah yang patut. Kurniaan Allah itu indah kerana tiga anak dara mampu membantu semua kerja diselesaikan dengan cepat. Selain anak-anak sendiri anak-anak yang selalu bertandang ke ruamh tidak kurang membantu sambil menonton televisyen malam itu. 

Menu 1 -  Walau pun kami tinggal di JB tapi selalu juga menyediakan juadah laksa penang ini. Upah anak-anak yang tolong meyiangkan taugeh pada malam tersebut. Sebungkus laksa dikorbankan malam sebelum raya lagi buat upah anak-anak  selepas mengaji.
Menu 2 - Ketupat tidak boleh tinggal dalam keluarga kami. Menganyam tidak sampai 50 biji jadi kena tampung dengan ketupat plastik Adabi. Ayam masak merah, kurma daging dan lodeh. Ada juga sambal kacang yang tidak ada di captured di sini.
Menu 3 - Lemang, serunding dan rendang ini pemberian jiran. Pajeri nenas aku buat atas kehendak anakanda sulung dan papanya.
Kasih -sayang - Kami dipagi Aidil Adha 1435H sebelum ibadah qurban keluarga dijalankan
Bahagia - Anak-anak dengan papanya menikmati juadah selepas solat raya.
~~ Cepat masa berlalu bagaikan baru saja menyambutnya tahun 1434H sudah ditanggalkan. Tahun ini 1435H lagi sekali kita bertemu. Moga diberi peluang lagi untuk bertemu Aidil-Adha di tahun-tahun mendatang.~~

35 comments:

Nor Azimah Ali said...

meriah juga juadah kat johor kan kazakie, kami takdelah buat juadah berbagai camtu, kalau raya puasa tu baru masak macam-macam.

Mar Mansor said...

saya balik segamat raya korban kali ni..semua mak dah masak (mak sihat..alhamdulillah)..seronok rasanya dpt rasa air tangan mak..
belah suami pula pak mertua masak nasi dagang semlam..sedap..

Julia Johari said...

Selamat hari raya kak zakie...seronok yer tgk satu family sis berjubah putih di pagi hari...sejuk sangat mata memandang...sis sedap lah lauk pauk tu...syokkkkkkk

AMIIZAA@Mieja said...

selamat hari raya haji kak zakie & family, alaaa napa tutup muka? hikssss......kempunan nak tgk akak...:):)

Mila@Rimbun said...

wahhh meraih yer kak..
Kami kalau raya korban ni lebih kepada berkumpul sekeluarga, nak jalan2 raya pun malas sebab cuti sekejap jer...

zmarl (ibu) said...

meriahnya kak..macam2 menu ada..ni yang sedih tak balik kampung..huhuhuuu..
pepon selamat hari raya kak..

Sharifah Nadzarah said...

SEMUA BERJUBAH NAMPAK CANTIK FAMILY AKK..MAKANAN PUN MERIAH..

paridah said...

SALAM IDULADHA KAK ZAKIE N FAMILI MAAF ZHR BTN..WAH ENAKNYA HIDANGAN RAYA...

faraherda.razalan said...

Raya kami takde gamba pun kak. Sobs! Tak dan je msg2.

Kayu Manis said...

air tgn kak zakie semuanya ye..pasti sedap....sesekali turun ke medan perang senduk, juadah mesti yg terbaik..kan kak..

enak2 semuanya...

happy jer semua anak2 kak tu..

eija_sweetmama said...

Keluarga Bahagia..srnok tgk..:)
thn ni eija xde bergambar² 1 family.

meriahnya menu hari raya..

amirah said...

baru perasan kami langsung takde gambar sefamili kak...huhu...mama nya melayan badan yg tak berapa nk sihat ni..

Eye_nee said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha Kak..mohon maaf zahir dan batin...meriah kat rumah akk dgn pelbagai juadah yer...

Nieyla Nadia said...

wah2..meriah hidangan di pagi raya...

Unknown said...

Salam Aidiladha buat kakak sekeluarga.
meriah juadah raya kakak~
Zura beraya kat shah alam jer tahun nih.. x balik tganu pon. Alhamdulillah lah.. meriah jugak beraya di perantauan nih. :)

Aziela said...

Wah, akak. Meriahnya juadah raya kakak. Keluarga kami pula ala kadar saja. Yang penting berkumpul bersama.

Umm AA said...

Salam aidiladha tuk kakak sekeluarga..
alahai comelnya mama sama tinggi ngan adik yer...hehehe..
meriah sungguh juada raya tuh..mesti puas ati kan berbagai hidangan ditambah lak ngan daging korban lagi..alhamdulillah..

Fai Nardir said...

rajinnya akak.. dah masak ketupat dengan rendang, masak laksa penang pulak. untung husband dgn anak-anak akak...

Falsya said...

sedapnye makanan2 semua tuh kakak..nasib baik falsya tgh makan..

Puan Kutu said...

fuyoo kakak zakie enterframe dengan bunga sekuntum kat muka.hehe..

selamat hari raya aidiladha juga buat akk sekeluarga

ANIM said...

kakzakie...laksa penang letak tauge, marah orang penang nanti...heee
(p.s tekak aku, aku punya sukalah)

ooooo...meriahnya makan. kalaulah JB tu dekat macam jari saya...heee

Mummydearie said...

Salam Aidil Adha, kak. Saya kali ni raya kat KL je. Kami berempat pun yang ada. Juadah setakat macam biasalah. Masak lebih-lebih takut tak terhabis pulak. Itupun lodeh sampai bawa sarapan esok paginya :)

Unknown said...

Salam Aidiladha.. wahh pelbagai jenis menu tu!

Izwa Kamaruddin said...

alahai kak seronok nyer...

Fazleyatul Aini said...

semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu aidiladha yg akan datang..

Normala Saad said...

zsyukur selamat berkorban

Nastyna said...

Wahh banyaknya menu raya... meriah ramai2 buat kan, rindu pulak suasana tu.

hehehewajah akak sentiasa dihiasi bunga :D

ellynadyra said...

meriah betul lauk raya kak weiiiii

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...salam aidil adha yer..:)

kakrose said...

Meriah sambutan aidiladha di rumah Zakie..menu pun banyak.masa inilah anak dara menguji bakat memasak dgm bimbingan mamanya ye..

Suria Amanda said...

Untung ada anak dara yg ringan tangan kan kak....banyak betul hidangan...semua yg SA suka...

eMMe said...

Alhamdulillah rezeki dari Allah.. juadah yg disediakan sdap2 belaka... pandainya kak zaki masak, heeee~
pst: kak zakie leh tak nak tgk muke kak zakie....heee~

Jari Manis said...

byk nyer juadah yg kak Zakie masak..alhamdulillah kerana ada naka-anak dara yg boleh membantu..Alam Aild Adha kak Zakie

OKje said...

Banyaknya masak kanda.....kanda ramai anak dara, tak pelah kan....mereka boleh tolong masak..Salam Aidil Adha kanda ....

Syamimi Saad said...

Bnyknya menu.. Mcm rya aidilfitri pula.. :)