Tuesday, October 21, 2014

Legoland Malaysia menggamit anak-anak

Masuk ke Legoland kalau dengan mama-papa rasanya tidak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Jalan terbaik adik pergi saja dengan cikgu dan kawan-kawan.Sekiranya pergi dengan mama-papa sekadar membayar tiket tapi satu permainan pun tidak ada yang boleh menggoda mama-papa. Oleh itu apabila ada peluang untuk adik pergi bersama kawan-kawannya, mama dan papa tentu tidak tidak ada halangan disamping kedudukannya yang tidak jauh dari rumah. Sehari suntuk adik bersama kawan-kawan di Legoland. Berhenti untuk makan tengahari dan solat saja. Bekalkan duit beratus baki di bawa balik tinggal RM13/- saja.

Satu bas - Bersama cikgu dan kawan bertolak dari sekolah jam 8:00 pagi dan tiba sebelum Legoland dibuka. Maklumlah dekat benar kedudukan dari sekolah. Namun kerana semua mesti bersarapan yang telah ditetapkan oleh cikgu mereka dan driver bas memerlukan ruang parking itu yang kena pergi lebih awal.
Gayat tapi seronok - Semua permainan seperti biasa walau gayat masih dibuat lagi dan lagi. Walaupun tahu sebagaimana sebelum ini tapi tetap mahu dinaikinya lagi. Masing-masing menjerit bila bermain di sini.
Adik - Macam di Singapore tapi ini di JB hihi...
Menarik - Apa yang menarik perhatian anak-anak pun tidak tahulah.
Lesen memandu - Mungkin inilah yang buat anak-anak suka. Melihat mama-papa-kakak ada lesen memandu dia pun mahu juga. Tapi memandu di Legoland sajalah.
Donut - Kawan adik bermain boleh mendapat bear besar tapi tangan adik walau dari kecil sudah berbedung tapi membaling asyik tidak melepasi target. Dapatlah donut gebus buat letak di pipi.
Anak mama - Ingat juga dengan mama. Tahu benar mama suka fridge magnet dibelinya FM 3D ini. Mama senyumlah sebab ada ingatan juga disebalik kegembiraan bersama kawan-kawan.

Peringatan dari mama pula buat adik, peperiksaan UPKK sudah selesai tapi peperiksaan sekolah kebangsaan belum lagi. Minggu depan kena menduduki  peperiksaan akhir tahun. Tidak ada masa panjang untuk bermain sebab tahun depan adik sudah masuk tahun enam. Seminggu bercuti ini kena gunakan sebaiknya. Selepas peperiksaan mahu mengulek-mengusung novel sampai lunyai pun mama tidak kisah.

~~ Anak-anak walau sibuk untuk peperiksaan tetapi bermain kena diberi peluang yang sama. Sekiranya tidak diambil peluang itu mereka akan rugi andai ditinggalkan zaman kanak-kanaknya dengan belajar saja.~~


66 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Memang seronok anak-anak dapat pergi legoland. Saya pernah sampai sekali sana. Sambil-sambil jalan rumah kakak di skudai. Pergi sana juga tengok apa yang menarik disana. Memang suka anak-anak pergi sana. Macam-macam ada. Bagus adik beli hadiah untuk Mama.

mama eija said...

seronok anak-anak bila smpai legoland... sy belum ada kesempatan lagi nak pi :)

Aziela said...

Saya pun berat hati nak pergi legoland sebab mengenangkan ianya hanya untuk kanak2. Setakat ni masih belum ada permohonan lagi, maka saya diamkan. Kanak2 ni kadang2 kalau bersama kawan2, meriahnya dan keseronokannya lain sikit kan kak. Perkara yg pada kita biasa, pada mereka sangat interesting. Ada masanya saya galakkan anak2 pergi rombongan sekolah. Biar mereka rasa pengalaman tu.

faraherda.razalan said...

Sy pun terkial-kial jugak nak pegi Legoland tu kak. lelagi anak kecik2 lagi.Heheheh! Tapi FM lego tu mcm menarik je kak! Arghh!

Unknown said...

Uish..dkt benar legoland ngan umah akak..nanti pegi legoland boleh singgah umah akak ni..hihi..

Seronok adik blh main kan..tula akak..bdk2 mmg kena bg bermain..mcm anak sy darjah satu tak main mmg x boleh..haha..

musang said...

seronok adik dapat pergi legoland

saniahibrahim said...

Iman belum lagi dapat pegi legoland kakzakie...wlpun kwn2 masa pra dulu dh pegi pihak sek bawa...nk tunggu ayah dia bwa mcm x berminat je...

Izwa Kamaruddin said...

argh..tbaung legoland tak penuh-penuh lagi nie >_<

Sura Mohd said...

seronok sakan la adik dan kawan-kawan..abang Aqil pon sebuk jugak nak pergi satu ketika...rasa cam mahal sangat..entah bila la dpt pergi..bagusnya adik..dalam duk seronok tu ..ingatan kat mamanya kuat..comey jer Fm 3D tu...:)

Suria Amanda said...

Dania dh berzikir kat telinga SA dh nk pi legoland ni...kwn2 dia semua dh pegi so mama kena la take note...aduhaiiiiii.....

Mia Kassim said...

Betul tu kak .... tak adil jika kita paksa anak utk belajar sahaja sehinggakan mereka terlepas zaman riang kanak2 ... :)

lia said...

seronok nyer da berpeluang berkunjung ke legoland...

Amsyar dok ulang2 nak p cuma kami yg x mampu nak penuhi lagi...

Kak Vit said...

bestnyaaa.. tak penah sampai lagiii.. ni yg semangat nak gi ni.. hihi..

Fazleyatul Aini said...

saya pon kureng nak pergi taman tema gini
mahal pon ye gak, pastu ramai orang kan
budak2 suka la gini. tu yg adik2 saya tak habis2 ajak p sana. memang tak la saya nak p hihi

mysha said...

Teringin nak g legoland kak.. tp tak sampai2 lagi ke sana..

paridah said...

suka tengok anak2 bergembira di legoland...kalau dulu xmerasa nk bermain di tempat begitu...

NM03 said...

tingin nak bawak qausar. nnt la tunggu dia paham skit lagi. ye la kak, kalu tak diberi merasa semua ni, nnt dah besar tak merasa nikmat zaman kanak2 plak kan. kite dulu pun semua benda nak buat, semua benda kalu boleh nak cuba ye dak

SalbiahM said...

saya tak sampai lagi ke sana sebab orang kata legoland ni seronok bagi budak-budak je.

ellynadyra said...

mmg ada baiknya dia pi ngan kawan2 dia
main pun lebih enjoy
berbanding pergi ngan kita
kita lak jenuh nunggu
mesti dia seronok bersama kawan2
tapi bagusnya
ingat kat mama
belikan FM
ingatan tulus ikhlas tu kak

Mimie_Zatun said...

seronoknya.. ade dalam list nak bawa anak-anak cuma tak berkesempatan lagi...

Falsya said...

betul tuh kakak..at least anak2 boleh relaxkan minda..hehe..

Falsya pun rase rugi masuk legoland sebenarnye..mahal kemain..

amirah said...

ai...bilalah nak sampai ke legoland kak..ke hello kitty town dah lepas dah haritu..huhu...kena tggu budak2 besar sikit...mcm akak la...amie mmng takan naikla permainan kat sana...huhu..gayat

babYpose said...

salam kak zakie, comel adik berposing, mesti happy sangat dapat pegi legoland duk tengok yang kecik tiba kat sana besar bestkan..hehe tersenyum mama adik ingatkan mama dan tau favorite mama tu yang paling berharga tu.

Umm AA said...

Betul tindakan kakak tuh..elok adik pegi ngan kengkawan, lebih berbaloi dan enjoy pun lebih..kalo org dewasa cam kita nie buat sia2 tiket masuk yg mahal jer..
suka tgk donut comel tuh..*()*

PCL said...

salam kak, betul juga dalam memenuhi masa anak2 bukan dgn buku pelajaran saja..biar sesekali berseronok agar jgn sampai rasa terkongkong.

..hurm,kalau dekat memang nak lepaskan Hanis ke Legoland.kesian pulak dia meminta.

Mummydearie said...

Pergi dengan kawan-kawan lebih best dari pergi dengan makpak ya, kak. Alahai, bestnya Legoland dekat dengan rumah, dengan sekolah. Kalaulah anak-anak saya tinggal sebelah Legoland dah tentu hari-hari pun mereka nak pergi. Si Adik sampai sini masa umur baru setahun. Tak reti main apa pun setakat duduk dalam stroller. Si Abang sekali masuk tak puas hati sebab banyak lagi tak 'explore'. Mommy je yang tak tahan 3 jam tu rasa macam lamanya alahai mengusung stroller ke hulu ke hilir. Nak pergi lagilah rasanya tapi cuti sekolah mesti ramai nih!

nabilah_2908 said...

Seronok adik...

Kalau pelajar sekolah..berapa rate dia kak..?

Hari ni adik sy ke kidzania..bukan main excited dia pagi ni.. :)

Fiza Rahman said...

Bestnya adik gi legoland. Saya baru sampai depan pintu jer kak...hehehe...ANakτ sibuk nak ke sini.

Kayu Manis said...

takpelah kak sesekali..utk adik seorang masih mampu kak...

reramai tu tgok pintu legoland jelah..

rasanya mcm tak teringin juga..rasanya anak2 pun rasa gitu..

Dr Singa said...

kemain sekolah dia!!

acik dulu kann...
rombongan sekolah .. pergi muzium negara je..

kakrose said...

pernah sampai..tapi tak masuk pun.rasa tak berbalo untuk org dewasa. anak2 sukalah tempat camni..tambahan dpt bersama kawan sekolah.
adik sebaya cucu ky yg sulong zakie..

Dr K said...

hahaha..betul tu kak..tak berbaloi kalau masuk, tapi tak main..maka elok sangat ikut rombongan sekolah sahaja...

Hudalatip said...

Saya tak jejak lagi legoland tau kak, niat di hati cam hujung tahun ni tapi tak taulah jadik ke tak, kanak-kanak mana yang tak seronok kan g legoland..

Mar Mansor said...

budak2 memang suka pegi legoland..nak main kan..
ramai adik2 sedara pegi ikut trip skolah..
kalo nak pegi sendiri..emm..mahal jek..cancel

Mun said...

wahhhh seronoknya budak2 kan kalo dapat masuk legoland... hmmm teringin gak nak masuk... hehe

hajar said...

saya dah lama teringin nak pegi tmpt ni. dulu nk tgu iman besar sikit... tapi bila iman dah besar sikit adik una pulak lahir.... nak tgu adik una besar sikit iman lak dah sekolah.... jadi x dapek ler nk pegi... hehehe

sitirohaida said...

seronok ye adik dapat pergi dengan kawan².saya pun belum berkesempatan nak ke sana..maklumlah..bayarannya terlalu mahal..

Zaitun said...

Betul kata kakzakie kalau ibubapa yang masuk dengan tiket yang mahal lebih baik tak payah. Nak merasa cukuplah sekali.

JunAina said...

Anak2 Aina pun dok meratib ja nak pi Legoland mak pulun tabungkan duit nak bawak anak2 bab main tu memang lah tak main kak cuma nak penuhi permintaan anak2.

Shahrul Yusof said...

Legoland ni kalau bawak bebudak, memang excited la diorang. Tapi, jangankan bebudak, bapak budak pun sama teruja sebab dulu-dulu bukan senang nak dapat mainan Lego ni sebab mahal kot harganya. Takat mainan Ding Dang, Tora tu boleh la mak ayah zaman kita dulu belikan. Hehe

norhidana said...

lahai adik... seronoknyer pg sana... acik ni ntah bile lah dpt pg sana...

bgs adik, ingat gk kt mamanyer pengumpul FM yek

Hana Syed said...

Bestnya tapi saya masih skeptical mungkin legoland sesuai utk bawak anak2 je. Kami yang bercouple ni mcm x sesuai kot..

Hana Syed said...
This comment has been removed by the author.
@na said...

sekali sekala masuk legoland ni best jgk kak...hehehe

Unknown said...

seronok nya..lagi2 pergi dengan kawan2..lagi la seronok..kan??

sekolah anak saya hari ni dah starat bercuti..seminggu..[eperiksaan pun dah habis..minggu depan nak hantar buku teks je..cepat betul..tapi keputusan ujian lamabt sanagt nak dapat nya..heheh

ANIM said...

tempat idaman 2 hero saya kak..
tu le takde pulak sekolah depa nak buat rombongan ke sini...
jimat sikitle duitnyer...hee

Unknown said...

Hehehehe.. sama dgn zura kakak.. Anis ajak pergi kidzania.. tapi mmg zura xde mood nk joint. Membazir sbb kat situ semua permainan untuk kanak2. Bila Anis cakap ade rombongan sekolah dia pergi ke kidzania.. trus zura izinkan dia joint rombongan tuh..hihihi.

εïзmmyHazaεïз said...

Dah pi tahun lepas. Mmg xbyk benda diorg main klu pi dengan parents. Parents tengok je la diorg main game dlm tu

PeRdU cINta said...

Ceria adik ye..alhamdulillah..lepas ni fokus pada pelajaran ye dik..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul tu kakzakie.. duit tikit kita tu dah boleh bagi duit belanja mrk disitu kan.. anak kawan saya pukul 12 mlm baru smpi rumah.. ye lah jauh JB dgn s.alam tu.. rumah kakzakie dekat aje rupanya dgn Legoland ni ye ;)

nohas said...

Pergi dgn kawan2 sebaya baru fun..hehe..

ya, betul..let them enjoy zaman kanak2 tapi kena ada kawalan dan batasan..

LYAfrina said...

Seronokla adik leh msk legoland. Sape snap pic adik tu? Ke dr cikgu? Tiket mahal sgt.. klo btl2 byk lebihan duit bru la fikir nk ke sini. Tu pom klo xde pkara lain y pting.

Setuju tu akak.. belajar pom belajar.. waktu bermain juga harus dinikmati

shahdiana said...

Bestnya kak..nak p memang mahal.kan..itulah kadang2 slalu pikir nak suh blajar je kdg ksian pulak zaman kanak2 diorg kan..

AMIIZAA@Mieja said...

Salams Kak, dah mlm batu sampai umah akak :)

Seronoknya mrk prg legoland:):)
Syurga kanak-kanak...

Tie HT said...

budak-budak seronok la pergi sini
kalau kita memang tak kena dengan jiwa tempat mainan macam ni, kalau snap gambar maybe lah kan kak :)

Nor Azimah Ali said...

mahal kan kak tiket masuknya, kalau saya anak lima harga tiketnya je dah berapalah agaknya, hu hu..

wah, bagus adik ingat nak belikan hadiah utk mama yea.

Nor Azimah Ali said...

mahal kan kak tiket masuknya, kalau saya anak lima harga tiketnya je dah berapalah agaknya, hu hu..

wah, bagus adik ingat nak belikan hadiah utk mama yea.

eelobor said...

pernah terniat nak bawa anak-anak ke legoland, tapi bila pikir pasal harganya, mau termenung pikir 5-6 belas kali plk. almaklumlah.... kami nie jenis yang tak berapa nak ada sangat

Umialya said...

Tiket masuk mesti mahalkan..

Nastyna said...

haha in imemang seronok sangat la dapat pergi dengan kawan2, yer la boleh sama naik turun main kan.

Gee Lion said...

kena release tension dulu before masuk exam kak zakie.. heee.. (:

Murni Alfathunnisa said...

seronok la dia...puas main2 kat legoland tu..huhu...acik ni pun tak sampai lagi legoland tu tauuu...huhuhu...

nurbijen said...

Untung sekolah dekat dgn legoland... boleh lah buat rombongan sekolah ke sana... Boleh main puas2 dengan kawan2....
Bertambah lagi koleksi FM kak zakie.... Mesti lah ingat dengan mama walau sedang bergembira dgn kawan2....

Yana Yani said...

tak pernah sampai johor, apatah lagi legoland
tapi dengar cerita amaat tidak berbaloi
maka saya juga tak ada perancangan ke sana =)
FM tu comel lah kak
biasa budak perempuan memang akan ingat dekat mak dia
cuba suh budak laki yang pegi
dia beli barang dia aje...hehe
berdasarkan pengalaman ada adik lelaki =)

OKje said...

yelah kanda eloknya depa gi ngan kengkawan ajekan lagi seronok sebenarnya....
Adik dah terer tak pelah...si adik yg kat sini ni seminggu burn gitu jer huhu

QasehnyaRania said...

seronok kan dpt join dgn kawan kawan
kenangan zaman sekolah
comel bantal donut tu..
fm pon )