Lontaran suara peserta-peserta yang bertanding setiap malam Jumaat dalam rancangan Da'i
dari awal tidak pernah kami sekeluarga tertinggal untuk mengikutinya. Selain ianya sangat
ilmiah tetapi turut berbangga kerana semakin ramai remaja hari ini yang punya ilmu dunia dan akhirat yang tinggi. Program telah pun berakhir pada Jumaat lepas. Tiga peserta Da'i bertanding pada malam tersebut ialah Da'i Farhan, Izzhar dan Ammar.
Ternyata program terakhir telah menobatkan Da'i Farhan sebagai juara. Lontaran suaranya yang lembut dan susunan kata-katanya tersusun indah menusuk hati setiap penonton. Menjawab soalan sessi pertama berkaitan dengan isu pemakaian hijab dan perasaan memandang remeh mereka yang belum berhijab sangat bertepatan pada masa kini. Perkataan hidayah Allah yang digunakan olehnya sangat bertepatan. Bukan mudah mendapat hidayah tetapi setiap kita kena berusaha ke arah tersebut. Sungguh benar bagai dikatakan bahawa kita kena berusaha untuk mendapatkan hidayahNya.
Ternyata program terakhir telah menobatkan Da'i Farhan sebagai juara. Lontaran suaranya yang lembut dan susunan kata-katanya tersusun indah menusuk hati setiap penonton. Menjawab soalan sessi pertama berkaitan dengan isu pemakaian hijab dan perasaan memandang remeh mereka yang belum berhijab sangat bertepatan pada masa kini. Perkataan hidayah Allah yang digunakan olehnya sangat bertepatan. Bukan mudah mendapat hidayah tetapi setiap kita kena berusaha ke arah tersebut. Sungguh benar bagai dikatakan bahawa kita kena berusaha untuk mendapatkan hidayahNya.
Juara - Sebaik tabir dibelakangnya dilabuhkan Da'i Farhan pantas memeluk ibunya yang memegang piala kemenangan dgn juraian airmata. Siapa pun yang melihat adegan itu pasti turut mengalirkan airmata. Ustazah Asni dan Ustas Haryanto pun aku lihat turut mengalirkan airmata. Sebak dan gembira semuanya bercampur-baur. |
Sessi kedua pula menjawab lima soalan
yang agak mudah bagi yang menduduki kelas agama kerana anak-anak aku pun
boleh menjawabnya. Tetapi sessi ketiga ketika memberikan tazkirah sekali lagi
membuat kami sekeluarga terpempan kerana masing-masing berhujah mengikut
soalan yang diberikan amat menarik sekali. Hanya Da'i Ammar mungkin
agak tersilap apabila menjawab soalan berkaitan rasuah diambil demi
untuk keluarga yang daif itu sangatlah mendukacitakan. Sehingga Ustaz
Haryanto turut mengulas bahawa kalau itu bukan hak kita walau sedikit
pun diambil ianya tetap haram. Oleh itu rasuah biarpun sedikit ianya
tetap haram.
Malam itu aku tidur dengan rasa sebak tetapi puas yang masih bersisa walau
sebenarnya apa yang aku tonton itu tidak ada kena-mengena dengan
diriku ini. Melihat suasana penuh airmata seorang anak yang berjaya
dalam pelukan si ibu membuat airmataku mengalir deras. Kenyataan terakhir Da'i Farhan bersama kita renungkan:-
~~ Mengharap lebih ramai remaja yang terlibat dalam program seperti ini baik di luar mahupun di dalam rancangan televisyen.~~
43 comments:
Betul tu Kakak. Saya pun setuju dengan kata-kata beliau. Bukan nak cakap salah. Siapalah saya nak cakap salah. Cuma kadang-kadang ada penceramah yang letakkan bayaran yang tinggi untuk ceramah mereka. Pencermah pun nak demand macam artis dah pula sekarang ni. Tetapi bukan semualah macam tu. Wallahualam..
tak tengok pon kak aritu..
baca ape yang akak tulis ni pon dah sebak..memang zaman sekarang mudah sangat berdakwah..antara mahu atau tidak jer..
*peringatan tuk sendiri jugak
hmmm tak tengok pon.. terasa rugi plak sebab terlepas..huhuhu
Salam Kak.. memang amat terkesan dgn kata2 Da'i Farhan yg terakhir tu.. kenyataan yg benar2 berlaku... air mata gembira seorg Ibu buatkan kita semua turut tersentuh...
kami jugak menontonnya..anak2 dara dok puji hensemnya hehe...masing2 ada calon kegemaran...
As Salam kakzakie,
moga kita sentiasa berada kekal dalam hidayahNYA,
Amiiin YA RABBAL 'ALAMIN
Setuju dgn kata2 yang akhir tu kak ... zaman sekarang ni buat ceramah kena ada bayaran yg tinggi ....walaupun bukan semuanya begitu huhu
Tak berkesempatan tengok...
ape2 pun semoga lebih ramai anak2 remaja nie join program2 begini...:)
menjadi da'i perlu mempersiapkan diri dgn ilmu di dada...xboleh melakukan kesilapan walau sedikit...kesian amar...tahniah farhan namun keduanya bakal membarisi senarai da'i yg diminati..insya Allah...
Rancangan realiti sebegini kak zakie,bagi saya mmg bagus...walaupun ada pihak yg mempertikaikan....di saat tumbuhnya pelbagai rancangan realiti yg lagha, yg campur lelaki perempuan, rancangan sebegini sekurang kurangnya buka sinar baru...bahawa pihak media masih lagi ada usaha utk berdakwah...usaha ke arah kebaikan..
moga dai farhan terus laksanakan dakwah dan menjadi contoh utk golonga muda...
alhamdulillah sejuk hati mak ayah dia,
zaman sekarang ni pun dah ramai mak ayah yang terbuka hati nak bawa anak belajar ke pusat-pusat tahfiz kan kak
Memang sst yg sangat bagus anak2 muda menceburkan diri dlm dakwah...cuma mentaliti jugak harus ditukar agar tida terlalu mengarapkan upah..cam kat fiji nie kakak adlh slh 1 cth organisasi islamnya functioning dgn volunteer..sampaikan president muslim league pun takder upah or byrn..*-*
Allahuakbar..kata2nya menyebabkan saya teringat kisah Rasulullah saw..
Memang bagus sekali rancangan ini tapi ada satu slot playback yang kadang-kadang saya rasa tida eluk ditayangkan untuk umum secara keseluruhan sampai menganggu emosi peserta sendiri.
Tengok jugak hari jumaat tu. Memang betul apa yang di perkatakan tu. Touching tgk Dai' farhan menangis kegembiraan dgn ibu dia.
Malam tu sura pon tengok..sebelum ni sura tak pernah tengok pon..tak amik tahu ..tapi malam tu entah kenapa tengah2 cari channel yg menarik hati tiba2 terbukak tv3..ada pulak rancangan yg bagus...Final pulak tu..alhamdulillah ..dapat jugak ilmu..tumpang bangga ..satu negeri..apapun semuanya terbaik..:)
Sayang sekali peringkat akhir kak zai tak dapat menontonnya kerana tidak ada dirumah. Tahniah buat Farhan.
amie pun terlepas nak nonton episod akhir tu kak..selalu tiap hari jumaat mesti nak tengok..tahniah farhan..moga dakwah habis2an fisabilillah...
assalamualaikum kakzakie...best tengok hepi sgt...tahniah buat Farhan...
tahniah kpd mereka semua, yang berjaya ke akhir dan jg yg tidak berjaya...teruskan menjadi daei yg bergerak aktif dlm masyarakat..
Sebak rasa dada, gemuruh rasa jiwa melihatkan situasi berdakwah yang penuh semangat diraikan segenap lapisan. Alhamdulillah, kemajuan Islam di Malaysia boleh dibanggakan berbanding era zaman 50-an dan dan seterusnya dulu....
ye kak dr awal lagi dia pilihan nor..lembut bahasanya..
tahniah pd diorg semua..sejuk mak2 mengandungkan diorg
Sepatutnya program realiti sebegini yang diperbanyakkan dan diberi liputan meluas.
Tahniah kpd pemenang...rasanya paling layak!
saya pun suka tengok Dai...kdg tngok ulangan je...suka tengok anak2 muda yang begitu bersemngat berdakwah...terharu bila mempaparkan kisah adik bradik Dai Ammar .
falsya tgk kak..rasenye sebelum nie Dai' Farhan tuh dh tersingkir pastu dpt masuk blk kan..alhamdulillah rezeki die..
sedih betul tgk die ngan mak die time tuh..
MOga Da'i Farhan berjaya menjadi penda'i yang hebat selari dengan dakwah yang dibawa Rasulullah
Semoga berjaya hidup dunia akhirat
Antara program dakwah yang sangat baik KZ..Tahniah untuk Dai Farhan...dia sememangnya layak..
Program dakwah sebegini, lebih baik dari program nyanyian yang sia-sia tu sebenarnya.
betul kak zakie..berharap sgt lebih ramai anak muda yang macam ni..saya baca yang kak zakie tulis pon sebak dada..huhu..
Sayangnye.. Zura x tengok pon Dai last haitu.. badan letih sangat2.. semua pon tido awal. huhuhuhu
Tak tengok pun rancangan ni Kak. Kat TV3 ya? Memang jarang buka TV3 sekarang.
Penceramah sekarang status kalah artis. Bayaran pun mahal alahai.
semoga dikuatkan hati dan diberikan hidayah oleh Allah untuk saya mendidik anak-anak menjadi umat Muhammad saw yang sebegini kak..
program cmni la bagus utk di ketngahkan setiap chnel...
afasz tk sempat tgk dai , nnti nk tgk ulangan la.
alhamdulillah..tahniah buat farhan..lya pon ikuti program ni
alhamdulillah semakin byk program agama kat tv skang...syukur...
walaupun tak dapat tengok sepenuhnya sy ikut juga daie,paling suka bila peserta jawab soalan dari juri..mmg nmpk ketokohan n pengetahuan yg luas dalam ilmu agama..kagum pun ada..:)
Terlepaslah pulak kanda.....mesti ada ulangan dia yek...
Suka bila tengok banyak stesyen tv sekarang ni berlawan hasilkan realiti tv yg bukan saja berbentuk hiburan tp berbentuk ilmiah mcm Da'e..... sekurang kurangnya dapat mencari pelapis dakwah akan dtg
Semua terpulang pada hati..kerana siapa..untuk siapa..niat mesti jelas supaya kita tidak menjadi mangsa pada nafsu sendiri..
harapnya program2 bercorak sebgini terus di perhebatkan...
Semoga usaha dakwah ni negara kita terus berkembang pesat seiring dengan kemodenan kita
saya tak pernah menonton rancangan ni secara jujurnya
tapi masa malam final tu, saya kebetulan menonton
memang betul apa yang akak katakan
adegan dimana dai farhan memeluk ibunya memang mengharukan
ditambah apabila dia dikatakan pendakwah sekarang mewah sedangkan rasullullah dulu dibalik batu, sedih!
teringat pun nak menangis
smga rancangan ini diteruskan di masa akan datg
Post a Comment