Saturday, October 4, 2014

Persediaan Awal Aidil-Adha 1435H

Sudah dua Sabtu aku tidak hadir ke pejabat. Walaupun boss tidak kisah namun sendiri kena pikul andai ada masalah melanda. Memandangkan aku juga tidak balik kampung dan keluarga yang akan datang berkumpul di rumahku dapatlah aku menjengah sekejap ke pejabat hari ini. Sesekali kena juga buat kejutan kepada orang di bawah kita. Bukan tidak percaya tetapi kena ada sedikit berjaga-jaga. 

Satu ikat - Terlanjur tidak ada apa perlu dilakukan. Bawa seikat ke pejabat hari ini.
Alat - Gunting dan pisau sentiasa ada di bilik aku.
Permulaan - Selepas solat Dhuha sebentar tadi dapatlah ini. Sebelum balik jam 12:00 tengahari ini siaplah aku rasa.
~~ Selamat berpuasa, selamat beribadah qurban dan Selamat Hari Raya Aidil-Adha buat semua muslimin dan muslimat.~~

26 comments:

Kayu Manis said...

ye kak, selamat hari raya aidil adha juga bt kak sekeluarga..

nor plk sibuk delivery, pkul 12tgh bru siap.. lps tu berkejar pg psr.. plk..

intai pekerja ye kak..

bgus2... nti ada yg gogang kaki plk... hihi

imm said...

cantiknya ketupat akak..selamat aidiladha kak zakie..

SalbiahM said...

baqgusnya kak zakie still bekerja..huhu.saya dah shut down pc semalam siap tutup plug lagi semangat nak cuti

Acik Erna said...

Acik sampai sekarang tak pandai anyam ketupat kakzakie

aizamia3 said...

Selamat Hari Raya Aidiladha buat akak sekeluarga...

aby said...

salam kz ..
klu ada ketupat mesti ada kuah kacang dan rendang nya kan ..
apapun,
selamat menyambut Hari Raya Qurban dan menerima pengajaran dari peristiwa tersebut

aliza said...

Slamat hari raya aidil adha juga... seronoknya ada suasana raya, kami di sini x dapat balik raya, cuti cuma sampai isnin, anak plak nak piksa...

Ibu Lala said...

Owh akk ni boss rupanya. Slmt hr raya haji boss.

nohas said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha, kak...siap sarung ketupat akak..balik buat rendang..sedapnya..

Nastyna said...

selamat hari raya kak...kami kt sini today.... sabtu raya... tak kemana pun.

mummY daniSha said...

selamat hr raya kak =)

Aziela said...

Sempat juga akak buat yer. Pantes kakak ni...telaten.

SITI NOARIZAH ARIS said...

Selamat hari raya aidiladha kak.

suri solehah said...

selamat hari raya kak zakie..lama tak makan ketupat ..macam terbau wanginya..

Hudalatip said...

Cantiknya ketupat yang akak buat..Saya tak reti pun buat ketupat..

eelobor said...

Selamat Hari Raya Aidil-Adha buat akak sekeluarga

Unknown said...

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha juga.. teringin juga nk belajar buat ketupat beras ni.. selalu buat ketupat palas je sbb parents org utagha

Murni Alfathunnisa said...

sesekali kena buat kejutan. itu saya setuju.

salam aidiladha utk kak sekeluarga, maaf zahir batin ya.

PeRdU cINta said...

Salam aidiladha kak..PC pun tak balik kampung kak..suami kena bertugas..

Umialya said...

Sedapnya ketupat, saya dari dulu hingga kini langsung tidak ada bakat mengayam ketupat tapi suka makan..

Belum terlambat ucapkan Salam Aidiladha buat akak sekeluarga..

babYpose said...

Salam Aidiladha kak zakie, maaf zahir batin, en hubby ada bakat buat ketupat nasi, saya ketupat pulut hat tiga segi tu :)

Jari Manis said...

kak Zakie kerja hari sabtu eh

amirah said...

waaa rajinnya akak buat ketupat...sebab ramai nk dtg beraya ye kak...amie lngsung x masak raya ni..tak larat rasanya badan kak...alamatnya makan kat umah mak ajela

Mummydearie said...

Saya rasalah memang selamanya saya mengharapkan ketupat macam ni dari kampung je. Nak suruh anyam sendiri, memang takdalah kot.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...bestnya buat persediaan utk raya haji...:)

Suria Amanda said...

Belum lewat lg rasanya SA nak ucapkan salam aidiladha...untungnya akak pandai anyam ketupat....