Saturday, October 25, 2014

Ahlan wasahlan 1436hijrah

Bagaikan rutin setiap tahun ma'al hijrah tiba pasti ada saja ceramah di sana-sini. Doa-doa awal dan akhir tahun dibaca. Walaupun ianya bukanlah tuntutan dan sunnah yg diamalkan oleh baginda rasulullah namun ianya bukanlah perkara yang bercanggah dengan agama. Baginda rasulullah tidak mahu memberatkan umatnya. Sebab kalangan sahabat baginda bila sesuatu yang diamalkan baginda walau sekadar sunnah sahabat baginda akan menjadikan ianya bagaikan satu amalan mesti seolah-olah wajib. Contohnya seperti solat terawih pada hari pertama baginda hadir ramai yang mengikut sehingga hari pada hari ke tiga bertambah-tambah ramai yang berjemaah. Tiba hari ke empat baginda solat di rumah. Bila ditanya sahabat, lalu baginda menjawab bahawa baginda tidak mahu umatnya memberatkan yang sunnah menjadi wajib. Lihatlah betapa sayangnya baginda pada umatnya.

Hebat - Ceramah diberikan seronok jiddan. Adik duduk disebelah aku pun tak berganjak terus memandang dan khusyuk mendengar tazkirah ustaz. Dua jam masa bagaikan terlalu pantas masa berlalu
Hijrah diambil bersempena berhijrahnya baginda dari Mekah ke Madinah. Sebenarnya baginda berhijrah pada hujung bulan Safar dan tiba di Madinah pada 12 Rabiulawwal tetapi berhijrahnya baginda dari gua Thur ke Madinah betullah pada 1 Muharram. Itulah detik permulaan di kira hijrah yang kita semua amalkan dalam kalendar kini.
Jemaah wanita - Kami yang hadir pada malam tadi
Apa yang penting bila bermulanya tahun baru kenalah ada perancangan yang baik mahu dilakukan. Hijrah bukan untuk tahun saja yang berganjak tetapi keperibadian diri kita kenalah sentiasa ada penghijrahan dari yang tidak baik kepada yang baik. Dari yang baik kepada yang lebih baik. Begitulah seterusnya.
Nasi arab - Hidangan ini kami nikmati selepas solat maghrib. Kami berkongsi ramai-ramai. Adik asyik kata sedap-sedap-sedap. Aku kata "sabar nanti mama masak macam ini, kita tunggu dari kawan mama poskan nasi arabnya".
Janganlah kalendar hijrah hanya sekadar dijadikan pelengkap bunting, banner atau mungkin yang biasa kita lihat pada kad jemputan majlis perkahwinan.

Tomyam - Balik dari ceramah kami singgah ke Maybank dan terus ke sini. Anak-anak dara mahu menikmati tomyam pula, Mama-papa sudah tidak  lapar jadi kami menemani anak-anak saja. 
~~Salam maal hijrah 1436 dari Titisan Nurani. Bersama kita berdoa semoga tahun 1436H ini memberi segala kebaikan buat kita semua dan tidak ketinggalan juga moga agama Islam terus dipandang syumul.~~

35 comments:

Mia Kassim said...

Salam Maal Hijrah Kak..... :D

aizamia3 said...

Salam Maal Hijrah buat akak dan keluarga..
Moga sihat selalu hendakNYA.

PetakBunga said...

Selamat tahun br kak.
Sekarang ada remph segerakan.. tgok sedap tak nasi arab kak.

Ahlam Miera Shafie said...

salam maal hijrah kak dan keluarga...

lapar pulak tgok nasi arab 2... huhuhu ingat nak diet hehehe...

musang said...

salam maal hijrah kakak

PeRdU cINta said...

Jom kita terus perbaiki diri..salam maal hijrah 1436h ye kak..

SalbiahM said...

salam maal hijrah kak...semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas

saniahibrahim said...

salam maal hijrah kakzakie....moga kehidupan kita jadi lebih baik dari semalam

Blog Santai said...

Salam Maal Hijrah KZ..Semoga tahun baru kita semua diberkati Alah...Aminnn

Ibu Yusuf Maryam said...

Selamat tahun baru hijrah kak zakie..

Zaitun said...

Salam maal hijrah buat kakzakie sekeluarga.

paridah said...

SALAM MAAL HIJRAH...PENGGUNAAN HJRAH DLM TENTUKAN KALENDAR ISLAM MMG SGT TEPAT SEKALI...SIMBOL YG MEMBAWA MAKNA YG SGT BERMKNA...

farhana mohamad said...

salam maalhijrah kak.
semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun sebelumnya. :)

Aisy Nasiha said...

Setuju dengan kakak. Alangkah baiknya jika lebih ramai yang mengamalkan bulan2 Islam bukan sekadar tunggu nak puasa dan nak raya je tahu.. patutnya(termasuk saya) tahu tarikh2 istimewa bagi umat Islam, mengamalkan serta menyebarkan kebaikannya..

Nor Azimah Ali said...

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk meraikan hijrah 1436 ini, jika masih panjang umur hingga ke hijrah 1437 pula, tandanya masih ada kasih sayang Allah yang masih memberi kesempatan utk kita meningkatkan kualiti ibadah dan berbuat sesuatu untuk Islam.

ewanthology said...

salam Maal Hijrah.

sud@is said...

Selamat tahun baru
semoga hidup kita dimurahkan rezeki dan diberkati....

nadia rashid said...

Salam maal hijrah k.zakie...semoga kita diberi kesihatan, umur yang panjang dan segala Ibadah kita diberkati Allah s.w.t

Normala Saad said...

Salam maal Hijrah Zakie.Harapan agar semua yang ada di'dalam' serba baru.

Normala Saad said...

Salam maal Hijrah Zakie.Harapan agar semua yang ada di'dalam' serba baru.

@na said...

Salam Maal Hijrah kak...
Moga sentiasa diberkati segala usaha dan mendapat kebaikan dunia akhirat!

Unknown said...

salam maal hijrah . alhamdulillah dapat pergi ke majlis ilmu . di sini tiada . semoga kehidupan kita akan jadi lebih baik selepas ini ...

gadisBunga™ said...

Salam Maal Hijrah kakak. Untungnya dapat makan nasi Arab dan tomyam. hihihi~

nohas said...

Salam Maal Hijrah 1436, kak..semoga kehidupan kita di tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya..

Gee Lion said...

salam maal hijrah kakzakie.. =)
semoga tahun ini akan jadi lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya ye.. ^^

Blog Santai said...

Salam 3 Muharam KZ...

Yana Yani said...

salam maal hijrah kak!
nasi arab tu buat saya rasa lapar =)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...salam maal hijrah yer kak..;)

Mummydearie said...

Salam Maal Hijrah, kak. Semoga kita dapat memperbaiki diri dan menjadi lebih baik lagi.

Anonymous said...

slm maal hijrah juga kak.. mg bertambah keimanan di tahun baru ni yer

Fiza Rahman said...

Salam Maal Hijrah kak. Sedap plak tgk nasi arab tu.

Lydia Miza said...

Selamat tahun baru kak zakie. Moga terus sihat dan terima kasih atas ukhwah yg terjalin

OKje said...

Kat sini nasi Briyani je Kanda dapat sebungkus sorang..... dinda makan dagingnya aje sebab dah kenyang hihi...

Irfa said...

nampak sedap ;)

QasehnyaRania said...

salam maal hijrah kakak..
bestnya ada xtvt macam tu..

psstt: kakak, baby saya msa lahor beratnya 3.58 kg