Monday, April 13, 2015

Cukai Perkhidmatan perlu diperhalusi

Sebaik kad dikembalikan bersama resit pembayaran, pantas saja anak-anak mahu melihat berapa kos yang telah dibayar oleh papa mereka. Jelas tertera kos perkhidmatan masih ada lagi. Puas hati mereka bila sebelum ini mama-papa sudah katakan kos perkhidmatan masih belum lagi dihapuskan pihak kerajaan. Pihak hotel mestilah selagi boleh mendapat untung mereka tetap maraihnya sehingga ada kata putus dari pihak berwajib. Kita kena akur sebab ketirisan amat ketara sebaik GST dilancarkan. Banyak makanisma masih belum mendapat kata putus yang akhirnya rakyat/pengguna yang kena tanggung kos tersebut.

1 - Buffet yang ada

2 - Adik asyik teringatkan Mr. Bean bila nampak tiram tersebut

3 - Sebenarnya banyak lagi tetapi ini saja tempat yang anak daraku captured
Pilihan - Antara pilihan selepas kenyang baru teringat untuk dipotretkan

Pilihan juga - Adik suka betul dengan mashmellow dan angur yg dicelup white coklat nampak macam sedap betul dia makan.

Anak mama - Terkenang yg satu nun jauh dimata bila begini.
Balik - Gula kapas buat sendiri. Posing di lobby sebab adik suka dengan cendalier yang bergantung diatas kepalanya cantik.

Jambatan Permas Jaya - Dalam perjalanan pulang sempat merakam gambar kilauan lampu seberang tambak. 
Sebenarnya malam sabtu lepas kami menikmati hidangan makan malam di Renaissance Hotel di Permas Jaya, Masai. Keluar dari JB seketika semata-mata mahu membandingkan harga di kawasan luar JB. Ternyata masih lebih kurang sama saja. Bahkan lebih mahal sikit kerana GST charges incurred

~~ Mengenang mereka yang masih tinggal di dalam khemah dan bulan ramadhan yang kian menjelang tiba terasa hiba. Cubit peha kiri peha kanan terasa.~~


49 comments:

Puan Kutu said...

emm entah apa nak jadi kan Malaysia kita ni. sy hari2 kt rumah dok bincang sembang dengan en suami pasal gst,pasal masa depan negara.Abah pun hari2 kol pokok perbincangan pasal gst juga..huhu..

yg masih berkhemah tu lagilah hiba bila dikenang

paridah said...

sedapnya menjamu selera bersama keluarga...gst ni lngkh kjaan mencukai peniaga2 besar tp mrk manipulasi pengguna pula...walau kurng untung 6 sen saja lngsung xmau mmg kapitalis...

mama eija said...

lepas gst di lancarkan berkira2 sikit nak makan kat kedai yg ada gst.. hahahaa... rela masak di rumah :p... sedapnya kak zakie gather2 bersama family yea... imanina pun suka marshmallow

norhidana said...

penat dgr iklan di radio katanye lps gst brg lebih murah... aduhla...
mmg perlu di timbang semula gst nih, sbb ada je peniaga yg amik kesempatan, tak daftar gst tp katanyer ada

Unknown said...

harga semakin murah hanyalah omongan kosong..

eelobor said...

mereka suruh kita redha dan bersyukur..... pening

Kniedaz said...

di mana2 masih lagi bercerita tentang GST...kerajaan perlu perhalusi lagi, banyak yang perlu diperbetulkan..peniaga ambil kesempatan, kita yang membayar...hmm

Izwa Kamaruddin said...

sedap nyer sekali sekala mkn macam ni kan tapi uhuks..tgk harga erks mesti telan air liur ;)

Julia Johari said...

Apa kabar kakak, sihat?
Menjengah entry berkenaan lihat bil...sudah tentunya GST kan...sama lah macam julia sis, kita bukan berkira, tp kena ambil kira utk kaedah penjimatan juga...meriah menu adik makan...rasa nak tumpang sekali

Nieyla Nadia said...

Singgah pagi...
Skrg nie mmg kena lebih berhati².. Nak makan sedap²...mahal² ckit...kena pk GST..hihi

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hidup semakin menekan... nak beli apa2 pun risaukan gst.. hihi

OKje said...

Wahhhh nampaknya adik matchinglah dengan En Papa, warna cream... Manis orangnya adik ni.

Tulah kanda, masa dinda makan luar hari tu, Service charge 10% tu pun masih ada lagi, ingatkan cuma 6% jer.... Sabar ajelah

Unknown said...

sekarang ni kalau di malaysia nak buat apa pun kena fikir gst, makan gst, beli barang gst, pendekata apa saja kita buat mesti ada gst kesiannnn kan kakzakie..:(

Mia Kassim said...

sekali sekala makan di hotel ... nampak semua sedap dan menyelerakan.
Masih tak puas hati dgn service caj 10% tu. Kata dulu caj tu dah tak ada dan digantikan dgn 6% GST semata2 ... huhu

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul tu kakzakie... rata2 masih lagi membincangkan GST ni.. kita org bawahan ni, hendak tak hendak, kena hadapkan juga.. Allah jua yg mencukupi rezeki kita kan kak ..

Sue Bee said...

Sbb gst ni la membuatkan belanjawan dapur segala kena control ,kak. Makin tersepit rasa nyawa bila mengenangkan kos sara hidup semakin tinggi

Sweet red cherry said...

Bestnya buat gula kapas sendiri..sedapnya :)

Mummydearie said...

Dah tak larat nak tengok resit pembelian lagi, Kakzakie. Nak caj, cajlah. Kejap kata ini tak kena, itu tak kena tapi bila tengok resit ada je GSTnya.

Falsya said...

sama la kakak..falsya setiap kali mesti amek resit nak tgk berapa GST charge..;(..tp tuh la kadang yg xde kene mengena pun amek kesempatan..

saniahibrahim said...

nak membeli brg keperluan ,nk makan kat luar pun kini terpaksa pertimbangkn ...sedih betul dengan adanya gst ni sanasini kena caj...

asyifamustaffa said...

Sekarang semua bende nak kena ambil kira. Beli barang di kedai runcit pun tak la semurah dulu....sakitnya hidup sebagai rakyat skrng ni...sedih...!

Unknown said...

hmm enaknya,,,,Obat Asam Urat

nohas said...

sekarang ni nak bergembira, makan2 kat luar dah semakin mahal..semuanya kena GST..

bak kata pak menteri, beli ikan/sayur, masak kat rumah, lagi fresh...jgn beli ikan sardin dlm tin, beli ikan sardin fresh..kenapalah M'sia ni ada menteri cam gini??..hehe..sakit hati, sakit kepala..

Rose kakrose said...

Beriya kerajaan kata kedai mkn restoran dan hotel tidak ada GST, tapi cuma ckap2 kosong..

Hida Kadiso said...

ak tau nak komen ape pasal cukai perkhismatan tu kak.. sedih..

Nor Azimah Ali said...

jom kita pakat tadah tangan doa..supaya segera datang pemimpin yg benar2 pemimpin, tg selamat dan menyelamatkan..yg beriman dan bertaqwa..supaya datang rahmat Allah..rakyat baik bila pemimpinnya baik..

Uncle said...

Dulu GM disitu ialah Marc Cosyns yang juga merupakan boss saya sewaktu di Kuala Lumpur dan Jakarta dulu....banyak kali juga saya bercerita pasal beliau. Kini bertugas di Marriott Miri dan Mulu.

Tie HT said...

alhamdulillah sedapnya juadah akak.
diorang ni buat GST tak nak kaji dalam-dalam..
mungkin ni strategi untuk pru akan datang.

Malinda said...

pihak2 tu pikirkan untung je...yg jadi mangsanya kite jugak...kalau kite ni dah rase terbeban camne agaknye sedara2 yg lebih susah sekarang ni...benci dengan gst!!!

JunAina said...

ini sebab ianya menggantikan cukai sedia ada. Jadi kemungkinan barangan yg akan turun harganya ada tetapi apabila pelaksanaan tanpa perancangan yang rapi dan berlaku kelemahan di sana-sini rakyat menjadi mangsa.

Dalam soal GST ini bukan kita sebagai pengguna sahaja perlu faham sebaliknya pembekal, pemborong dan peniaga mesti perlu lebih faham. Ramai peniaga selama ini lari dari membayar cukai sebab selalunya mereka declare pendapatan kurang dari jualan mereka. Dengan GST mereka tidak dapat lari tetapi rakyat pulak menadpat tempiasnya.

wahida said...

gst oh gst...mmg sakit hati kalau bercerita psl gst ni kak...

rakyat miskin semakin miskin terbeban dengan pelbagai cukai...

Hudalatip said...

Saya dah tak tau nak luahkan rasa macamana kak, suka ke tak ke memang pasrah je la, memang la cukai gst tu kadang taklah banyak mana tapi bila selalu beli barang kalau dikumpul jumlah yang sikit tu, lama2 jadik banyak..Kalau gaji besar nak kena cukai apapun saya tak kisah, tapi kalau boleh biarlah setanding dengan perkhidmatan yang diberikan..

Shahrul Yusof said...

Diorang ni asal boleh pusing untuk kaut untung, diorang akan kaut untung. Macam hotel ni, tak tau la mana pergi keuntungan yang diorang kaut dari service charge tu pergi. Nak kata ke gaji pekerja, pekerja yang peringkat bawahan di hotel la yang selalu mengeluh soal gaji minimum.

Dr K said...

Oohhh..saya baru tahu ada Renaissance Hotel kat situ...

Saya dah lama tak makan kat hotel kak...hihihih

TukangKebun said...

lama tak berjalan-jalan ke Johor.
Dulu 2 tahun pernah bekerja di Senai.

Fiza Rahman said...

Nampak sangat iklan kat TV tu penipu. Katanya service charge dihapuskan dan digantikan dengan 6% GST. Tapi ada jugak yang double charge 10%+6%. Mana yang turunnya. Skang ni memang nak kena fikir banyak kali kalau nak makan kat luar. Sedih lah kak. Cukai sana sini. Yg YG senang² naik gaji :-(

Bestnya makan kat hotel.

Unknown said...

nak mengundi pun lambat lagi kak..untuk 3-4 tahun ni kita ikutkan je la walau hati tak rela..tunggu la sampai hari nya tiba memamng tak bagi muka dah.dengan rakus nya kita dianiaya dan dipaksa serah segala nya untuk negara walau diri sendiri tersiksa..patut kah?

Gee Lion said...

kisah mangsa di banjir apa khabar agaknya? kerana GST, rakyat yg memerlukan hilang tempat mengadu.

tanpa ketegasan kerajaan, rasanya peniaga di Malaysia akan mengenakan cukai GST & SST sekali gus. Mungkin bukan SST tapi dilindungi dgn nama lain iaitu cukai perkhidmatan. Tak fahamlah, bukan harga tu sendiri dah termasuk perkhidmatan kan? Kenapa nak ada cukai lagi?

Qaseh Vee said...

mangsa banjir itulah yg saya mention kat satu blog yg merintih sbb GST . bknnya apa , wpun terpaksa meredah GST , kita masih lagi mampu dok rumah selesa , pandu kereta yg selesa blh juga makan2 diluar sambil shopping sdangkan mangsa banjir tu masih dalam khemah ... Doakanlah semoga kerajaan gunakan sebahagian GST tu utk selesakan mangsa banjir sebelum ramadhan ... GST itu hikmah disebalik Allah turunkan bencanan banjir ...

wan muliani said...

kena berjimat dah skrg. smua bnda naik harga skrg

Zaitun said...

Kita sebagai rakyat biasa redha ajelah nak buka mulut pun org tak akan dengar. Rasa mampu beli kalau tak duduk diam2.

Unknown said...

duduk dalam negara sendiri... nak makan pun kena bayar cukai... sana sini cukai

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...yer la skg ni semuanya dah mahal...makan sikit jer dah mahal kena charge ...:)

Anonymous said...

dah kurang aktiviti makan2 luar ni kak lepas GST !

mummY daniSha said...

tensen kan kak...sakit hati je tgk resit!

Permata Malap said...

semua dah sibuk pertikai pasal GST ni,kak.tapi tulah,bila dipertikai,nanti kena duduk kat bulan pula.ahahaha.

QasehnyaRania said...

assalam
kenang tempat lama di.sana

akk, minta tolong, tolong doakan ayah rania supaya cepat sembuh, sebab ayah rania kena admit wad koi 12 mlm tdi kerna demam denggi.
terima kasih kakak

Suria Amanda said...

Adik bercitarasa tinggi ni...semua yg cantik dia suka termasuk chandelier tu....betul tu mmg semua cukai harus di perhalusi

iryantyismail said...

tiram tu memang geli nak makan bola teringat mr bean makan tiram busuk