Monday, April 27, 2015

Keikhlasan dalam sebuah kehidupan

Sebagai manusia biasa terasa malu juga bila asyik menerima pemberian dari anak-anak. Aku tahu pemberian anak-anak ini adalah dari ibu-bapa mereka. Serba-salah jadinya. Kita memberi dari kemampuan kita atas dasar ikhlas dan sedikit sebanyak mahu membuat pelaburan di dunia yang satu lagi. Begitu pun aku rasa mereka (ibu-bapa anak-anak itu) juga rasanya ikhlas serta mempunyai rasa seperti apa yang aku rasakan. Memberi atas dasar ikhlas. Aku memberi dengan cara aku, mereka memberi dengan cara mereka.

Sesisir - Pisang ini diberi oleh Adik Caca. Sekarang sudah benar-benar lancar dan faham yang mana waqaf, ibtida', iklab, izhar, ikhfa' dan sebagainya. Datuknya memang banyak menanam pisang dan memberi aku sesisir. Besar buahnya hampir menyamai pisang tanduk. Tapi itulah aku sangkakan tunggu hingga kulit kuning, tetapi baru aku tahu pisang ini jenis walau masak kulitnya hijau.

Satu bekas - Sayang dengan pisang tersebut, dua biji Kak Meen goreng kemudian letak cheese. Mama/papa memang kuranglah suka pisang bertabur cheese.  Kami lebih suka cecah sambal kicap (style Johor). Tiga biji blend kemudian tuang ke dalam mixer yang telah aku mixed dengan telur+gula+butter+tepung dan baking powder. Letak banana flavour  kemudian masuk oven 45 minit.

Siap - Bila siap agih semula kepada adik Caca yang memberi pisang itu juga teman-temannya. Gambar atas ini aku bawa ke pejabat sebekas.
Indahnya bila keikhlasan terpancar di hati-hati umat manusia. Sebenarnya bukan saja makanan yang aku terima dari anak-anak yang datang. Ada juga yang berupa kain pasang, telekung, sejadah, bekas makanan dan sebagainya. Malu memang malu. Selalu sudah aku pesan sebaiknya sedekah pada mereka yang lebih memerlukan tetapi hati manusia dan kehendak mereka tidak kita ketahui. Tabarokallah... mereka punya hati-hati yang sungguh ikhlas. Allah juga yang membalas mereka semuanya. Sementara itu aku juga berharap keikhlasan aku tidak dinilai dengan semua pemberian itu.


~~ Mendidik hati untuk berbuat sesuatu dengan ikhlas bukan mudah bila kadang riak pula datang menjenguk sama. Kena segera ingat dan putarkan niat di hati dengan segera.~~


41 comments:

diary_ciknaa said...

sedap nampak nya kak.. tapi kak, orang memberi kita merasa..gitu :)

paridah said...

MMG SERBASALAH MENERIMA PEMBERIAN MRK YG BAIK HATI NITAPI JGN MEMPERSOALKN KEIKHLASAN HATI MRK..SEMUA REZKI DTGNYA DRPD ALLAH N DGN IZINNYA JUGA SAMPAI KPD KITA...SUBHANALLAH.

SEDAPNYA KEK PISANG TU..

AtieYusof said...

InsyaAllah ibu bapa anak2 tu pun ikhlas memberi kak..sebab kakak pun penuh ikhlas mengajar anak2 mereka..ilmu yg anak2 sgt bernilai..:)

shaliza said...

Sedapnya...rasanya di kelantan kami panggil pisang nangka tu..mmg bila masak pun hijau:-)

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah menerima dan memberi kemabali ;)

TiranaAduka said...

Assalamualaikum wbth...

Menulis dengan pengalaman yang nyata dan sudi di kongsikan buat tatapan semua adalah satu cabang ibadah yang hasilnya tidak seperti duit berkembang dan beranak...tapi di hati..
Hati yang dapat merasainya dan ia akanberasa amat puas..syukur...dan itulah...hakikat yang sebenar..

Teringat pisang kat belakang umah abah...

Anonymous said...

pemberian berganti-ganti.

sedekah yang dipanjang-panjangkan.

semoga mendapat keberkatan.

alhamdulillah.

Unknown said...

kalau goreng pun sedap kan tu kak

Uncle said...

Buleh meniaga bulan posa ni......hahahahahaha....

Fazleyatul Aini said...

murah rezeki yang memberi dan menerima
sama-sama merasa kan
betol tu saya pon suka pisang goreng cicah cili kicap style johor. terbaekkk

nazayiena said...

Sedapnya kakzakie....
Sama2lah memberi dan menerima.

Kamsiah yusoff said...

alhamdulillah...indahnya ukhuwah bila disulami dgn keikhlasan...

norhidana said...

murah rezeki akak... beruntung ddk kt tmn yg saling rapat sesama jiran nih kak...

itu pisang raja ke kak? sbb kalu pisang raja mmg beso mcm pisang tanduk tp dana pun tak kenal sgt.

sedap lak nengok akak bt kek pisang tuh, udah lama jgk tak buat kek pisang nih

Zaitun said...

Iyalah kakzakie mereka ikhlas memberi walaupun tahu orang yang diberi mampu dari segi kewangan. Terima dengan seikhlasnya semoga kedua2 pihak mendapat manafaat.

Inani Hazwani said...

sedapnyaa kak :D

cahayahidupku.blogspot.my said...

Mereka berkongsi rezeki mereka dgn kakzakie..
Kakzakie memanjangkan sedekah mereka kepada yg lain..
Semoga semuanya memperolehi manfaat..

monalea said...

sedapnya kak kek tu. org memberi kita merasa kak. Alhamdulillah murah rezeki akak.

eelobor said...

pemberian yang ikhlas sangat berharga....

Nieyla Nadia said...

Lambat sikit singgah sini hari ni...
sedao kek tuh...Alhamdulillah..klu kite ikhlas..InsyaƁllah akan berganda rezeki kita.. Aminnn...

Permata Malap said...

al-hamdulillah.murah rezeki,kak.IbuNoey kalau terima pemberian sebegini,hanya mampu mendoakan semoga orang itu dimurahkan lagi rezekinya.

Malinda said...

itu la kalau berbudi pada tanah rezeki yg ada bole diagih2 kan termasuk akak dan keluarga...kek pisang tu nampak sangat sedap kak =)

mayangbakingmadness said...

alhamdullilah tu kak.. pemberian yg ikhlas dari mereka ..

nOe suhaimi said...

bila mereka menghulur..pasti rezeki mereka akan bertambah dan ilmu yg kak zakie curahkan amat bernilai...

Latifah said...

Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa.. Sedap nye la kek pisang..

LatifahFazri

Nor Azimah Ali said...

sedekah yg diperpanjangkan, in shaa Allah makin berkat tu kzakie..

Cho Zila said...

sedaptu.. saya suka amat benda2 asas pisangni.. orang memberikan nak ditolak cam tak elok pulakkan.. takper cam gini baguih dah jadi kek boleh makan sama2 ramai2...

Unknown said...

rezeki jangan ditolak kak..
sama2 buat pelaburan takpe yang penting kita hepi..

nampak lebih kurang pisang tanduk..
cam pisang nangka pon yer jugak..
masam2 manis kan kak rasanya? ke zee salah?

Angah said...

alhamdulillah...memanfaatkan pemberiaan orang

nohas said...

kebolehan anak2 dapat mengenal dan mengaji Al-Quran, tidak dapat diukur dgn wang ringgit dan harta benda..rasa syukur di hati ibubapa..berkongsi rezeki Allah..

saniahibrahim said...

keikhlasan kakzakie mengajar anak2 mereka tentunya amat mereka hargai,sebab tu keikhlasan kakzakie menerima pemberian mereka menceriakan hati mereka.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Indahnya hidup dengan ikhlas.. Terima kasih perkongsian ini kakak.

Mummydearie said...

Kalau saya pun kak akan buat perkara yang sama. Yalah, bukan senang nak dapat guru mengaji yang baik dan bagus macam akak ni. Haruslah 'disayangi' supaya terus mendidik anak-anak sehingga mereka betul-betul mahir.

Mummydearie said...

Kalau saya pun kak akan buat perkara yang sama. Yalah, bukan senang nak dapat guru mengaji yang baik dan bagus macam akak ni. Haruslah 'disayangi' supaya terus mendidik anak-anak sehingga mereka betul-betul mahir.

Normala Saad said...

Begitulah selalunya terjadi kepada kita...perasaan riak akan tetap bersaing dan berebut tempat dengan keikhlasan...hanya orang yang kuat iman saja mampu menepisnya...

Falsya said...

akhamdulillah murah rezeki kakak dan juge murah rezeki yg memberi..hehe..

falsya pun suke pisang cicah kicap cili kakak..sedapppp..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah rezeki tu kak...:)

Ahlam Miera Shafie said...

alhamdulillah murah rezeki... sedap nampak kek pisang 2 dh lama xmakan...

Lydia Miza said...

Salam..

Takpelah kak, mereka carik peluang nak raih pahala bila beri sesuatu pd mama nya ni. Mcm pisang nangka tp besar ye kak? Nmpk besar pisangnya. Aritu suami ada bw balik dr kebun. Sy ingat lum masak. Tup2 smuanya masak hijau.. Jenuh nk habiskan.

Tie HT said...

alhamdulillah rezeki,
seronok baca catatan ni kak
nampak sedapnya kek pisang yang akak buat ni :)

Gee Lion said...

Yg ikhlas itu adalah pemberian yg paling indah kan kakzakie.. :')

Farina said...

nk buat sesuatu kena la ikhlas agar amalan tu ditrima Allah. xpe amalan tu xbnyak, aslkan kita iklas kepada Allah, jangan tggl ibadat wajib plak.. so, btulkan niat kita nk buat sesuatu pekara tu.. sdap kek pisang tu, haha, try la shaklee..