Friday, April 3, 2015

Sudah terhantuk baru terngadah

Hari ini kami di sekitar Johor Bahru tidak ada bekalan air. Notis pemberitahuan sudah diberikan mengatakan berlaku tumpahan minyak diesel pada awal pagi semalam di Sg. Johor yang merupakan belakan utama air bersih bagi loji rawatan air Sg. Johor yang berkapasiti 318.23 juta liter sehari dan loji rawatan air Semangar dengan kapasiti 318.23 juta liter sehari dekat Kota Tinggi. Oleh itu akibatnya kini logi menghentikan operasinya bagi tujuan pembersihan. Dua loji ini melibatkan lebih 250,000 akaun. Bayangkan kalau satu akaun/rumah ada 2-3 orang saja sudah berapa ramai yang terlibat. Jika dikira akaun untuk kawasan industri lagilah melibatkan ratusan ribu pengguna.

Pagi ini sudah bermula penjimatan air. Aku juga sudah bersedia ke pejabat membawa sebotol air mutlak untuk kegunaan berwudhu'. Minum pula aku gunakan seliter saja. Tengahari nanti agak tidak cukup bolehlah minta tolong sesiapa belikan air mineral.

Air - Dalam botol untuk wudhu' zuhor nanti dan dalam jug itu air panas untuk kegunaan sendiri.
Begitulah bila Allah mahu menjadikan sesuatu siapa pun tidak mampu menduganya. Sedikit saja ujian diberi beratus ribu umat manusia sudah dapat merasakan kesusahannya. Selama ini bila menggunakan air ikut suka hati. Sudah terhantuk baru tengadah. Samalah dengan isu pembelian kad prabayar telefon. Sebelum GST dilancarkan tidak dikaji, selepas rakyat menerima padah dari 6% charges yang dikenakan baru perbincangan mahu dibuat. Alahai negaraku tercinta. 


~~ "Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau jika Ia memberikan rahmat kepada kamu? Dan mereka tidak akan beroleh sesiapa pun selain Allah, pelindung atau penolong mereka." - Suroh Al-Ahzab, ayat 17) ~~


53 comments:

sitirohaida said...

patutlah officemate pesan supaya jimat air...tapi tak taulah kat pasir gudang ni kena ke tak kak..harap masalah tu dapat segera diselesaikan...

Unknown said...

semoga cepat dapat diselesaikan masalah air.. kalau anak kecik2 lagi susah jadinya kan kak..

Aisy Nasiha said...

Moga kes air ni tak berlarutan ya.. di saat diduga macam ni, jgn pula ada yg nak ambil kesempatan nanti.. jual air mahal ke..

Unknown said...

kan??perancangan GST tu dah buat sejak 2 tahun lepas tapi sayang mereka sendiri tak bersedia dengan macam2 kemungkinan..rakyat jadi mangsa..

Inani Hazwani said...

memang dugaan kalau tak dek air

Sura Mohd said...

kalau air takde memang seksa kan kak..adoi..moga pihak berkenaan dpt menyelesaikan dgn cepat masalah air ni..amik masa jugak kerja2 pembersihan ni..
Anak sura yg skola rendah ada mengadu ..harga brg2 kat bookshop skola pon naik..kat kantin pun naik..kesian budak2 yg x mengerti keadaan skrg..mereka pon jadi mangsa ..

Farah Waheda Wahid said...

biar tiada elektrik jangan tiada air kan kakzakie? moga-moga masalah air tu berlalu dengan cepat... faham rasanya bila air tiada ni...

Unknown said...

perit jugak kalo takde air..ganggu abis kejer seharian..
harapnya kejap jer la kak..pasni ada balik cam biasa..

paridah said...

salam jumaat...kalau xterantuk xterngadah lagi...selalu menunduk pun akn terantuk juga tu..

HeNRieTTa JoSe said...

btul tu akk...rietta klu xde bekalan elektrik masih boleh bertahan...klu xde bekalan air, susah nak survive...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Air memang banyak keperluan kan kakzakie dari utk beribadah sampai lah untuk makan minum dan segalanya.. Semoga cepat lah dapat diatasi masalah air ini..
Kurang minum lah kakzakie hari ini ye.. 1 litter.. tak cukup sebenarnya kan kak..

Nieyla Nadia said...

susah jugak klu air xde kan..segalanya perlukan air...

eelobor said...

keperluan air....bila terputus tersangat lah terasa kesannya. saya di sini itu hari pun dalam tempoh lama juga bekalan air di catu

saniahibrahim said...

samalah kat tpt sya pun takde air juga ni kakzakie...air utk wuduk adalah sikit simpanan tapi air utk masak sikit sngt tinggal.
Biasalah kita ni bila dh terhantuk baru nk terngadah...

fatin said...

take care kak zakie..
air x der ni mmg agak menyukarkan segala urusan ...

norhidana said...

akak sesekali kene dana kt kl nih selalu sgt kene... sbb tu kt umah mmg ada sediakan 4 tong hitam beso utk simpan air kot2 takde air tibe2...

selalu sgt lah kt kl n selangor nih air kene catu...huuhuhu

Acik Erna said...

dipejabat acik pun tak de air kakzakie..tanpa notis pulak tu..

mayangbakingmadness said...

memang payah kalau x de air.. susah nak buat kerja, lagi kalau ada anak kecik.. adehhh ... mmg menduga betul

Akak Kembang said...

biar takde letrik dr takde air kan kak...seksa kalau takde air

Qaseh Abadi said...

Susah kan klu air xcukup.. sabar ye warga Johor..

Kayu Manis said...

Ujian sikit jer kita dh mengelabahkan....

dh rasa dh tk ada ni mmg letihla
h....
kesian anak ramai tu...

Fiza Rahman said...

Bertabahlah kak. Memang susah klo tak der air ni. Especially kalau yg ada anak2 kecik.

suri solehah said...

susahkan kak kalau takde air,,tambah2 kalau anak ramai macam suri ni...agak2 lama mana tu kak?

Falsya said...

susahnye la kalau xde air nie kan kakak..sama jugak kalau letrik xde..hurmmm..

Aziela said...

Kadang2 jadi bingung sendiri kak. Nak bangkit melawan sebab sakit hati melihat ramai yang ditindas. Rasa kecewa dan pilu sebab tangan tak sampai untuk membantu. Rasa macam nak jadi sellfish dan tinggalkan saja Negara ini, keluarga dan rakan2. Last sekali, pasrah dan redha. Hanya guna senjata yang rasmi, doa dan tindakan dalam mengundi..yesss!

imm said...

kan..pelik, dah laksanakan baru nak discuss spatut kena gst ke tak atas prepaid..alahaii malaysia ku

aizamia3 said...

Bila pengguna dikenakan GST untuk kad prabayar, terasa sakit pulak hati kita.. huhuhu..

Ahlam Miera Shafie said...

moga cepat2lah bekalan air kembali seperti biasa.. hehe

Mila@Rimbun said...

Cukup ker seliter air minuman tuh kak?
Moga dipermudahkan...

OKje said...

Kat rumah dinda minggu lepas kanda....nasib sehari jer tak sempatlah kering tangki tu....Sebelum ni ada sekali mmg kering betul. Masa tu mmg bercatu nak ambik wudhuk solat Subuh...pergh!!! Yakin ajelah

Namanya manusia kan kanda....

Tie HT said...

haah kak
kalau takde air or elektrik,
baru terasa nikmatnya masa mereka ada..
begitu juga dengan orang-orang yang tersayang yang dah tiada,
betapa nikmatnya masa mereka ada.

pasal gst ni
cakap banyak pun dah tak guna dah
kita ni mentimun kan kak.

Linda said...

Alamak mesti rumah mak saya di JB pun xde air ni...semoga cepat proses pembersihannya

nohas said...

semoga sudah pulih seperti sediakala..

Bunda_nora said...

Pagi ada jugak terbaca dalam blig salah sorang blogger kita masaalah air ni...

Tu lah kan...dalam sekelip mata jer dan tanpa diduga benda2 macam ni boleh terjadi...

Kitalah selalu jadi sasaran...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...yer la kak mas ptg tadi baru dpt tahu kalau tahu dr awal lg dah readykn air tadahan...masak pun terpaksa gunakn air sedikit2 jer...semoga keadaan akan pulih seperti biasa...:)

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Tumpang simpati, betul susah jika tiada air berbanding letrik. kalau duk kampung tak sukar mana sebab ada air perigi.
#Teringat masa itu...berwudhuk dengan secawan air.

ANIM said...

rumah mak dan adik saya di kluang juga sudah bercatu air.

hujan di negara kita lebih banyak turun dr sesetengah negara Arab. mereka proses air laut .kita pulak air sungai punyalah banyak tapi tak dapat digunakan akibat pencemaran. sayangkan, kita tak urus nikmat Allah dengan baik...

mudah2an keadaan makin pulih dek hujan yang turun beberapa hari ini (SP hujan kakzakie, JB macamna>) dan ketiadaan air itu tak berpanjangan

TukangKebun said...

Sebelum KakZakie pindah rumah buatlah ada kawasan air palung nanti pakai generator jimat.
Takdelah takut kalau tiada air.

Kami masa air catuan nasib ada air palung.
Mesin basuh pun boleh tukar pakai air palung bila terdesak.

Shahrul Yusof said...

Pe'el orang kita memang macam tu. Pasal air ni, kalau dah tiap-tiap tahun berlaku dan tiada sebarang langkah nak atasinya, tu bukan dah terhantuk baru tergadah. Tu yang benjol tahun lepas tak hilang pun still nak terhantuk lagi tahun ni. Haha

Balik-balik, kita rakyat yang mentimun ni jugaklah yang terpaksa ikhtiar nak dapatkan air sendiri. Nak harapkan yang kat atas tu? Hmmm...

Dr K said...

yang saya pelik tu, setiap masa ada aja kes " tumpahan diesel" dalam logi...pelik betul

suka suka said...

Kalau di Seremban memang sentiasa standby botol mineral besar .. yg tak faham situasi bila balik sekali sekala pi buang botol2 tu... haru jadinya bila ada gangguan bekalan air tiada bekas untuk ditadah..

Puan Kutu said...

memang air keperluan paling utama dalam kehidupan.tanpanya huru hara hidup ini..hehe

Nina Mads said...

masalah air kadang2 xmenetu.. di rumah mmg siap sedia botol2 air.

Zaitun said...

Kak zai yang tinggal diSelangor pernah mengalami ketiadaan air, bercatu.siksanya tuhan yang tahu terutama bila tengok pokok2 yang tak dapat disiram dalam cuaca yang panas.

mummY daniSha said...

huhuuu susah x de air kan kak...baru 5 hari gst ni dah terasa sgt raasenye...mane x,hampir 50 rgt dah kene gst...terasa sungguh...

Suria Amanda said...

Dusah bila xde air kan kak...kesian SA dgr bila terpaksa berjimat..moga akak dan keluarga tabah....

kakrose said...

salam zakie..
kat sini hari2 hujan.ada setengah tempat banjir kilat.
semuga Allah permudahkan urusan keluarga Zakie menghadapi situasi tidak ada air..

BinMuhammad said...

Bulan 4 tahun lepas kami di Selangor telah merasa siksanya tanpa air. Semoga segalanya dipermudahkan dan cepatlah ada air semula. Tidak mahu akak merasai apa yg telah kami rasai selama berbulan lamanya...

ellynadyra said...

keluarga saya kt johor pun terkesan
katanya kat rak jual air mineral
byk kosong
byk kehabisan stok

Mummydearie said...

Saya paling 'lemah semangat' kalau takda bekalan air ni. Walaupun hanya empat orang di rumah, penggunaan air boleh tahan juga. Betul tu kak, selagi tak terhantuk memang tak ingat. Buat-buat lupa adalah. Hargai ketika ada. Bila dah takda, jangan nak meratap sedih pulak. Saya pun sama juga. Kalau ada air, bukan main lagi. Kalau boleh kejap-kejap nak basuh pakaian. Baru pakai sudu nak basuh. Memang 'sawan' air lah senang cerita!

Unknown said...

Saya biar takde karen dari takde air ni...hazap dia tu lebih sikit lagi2 bila nak lepaskan hajat dirumah kecik...lemah badan

Unknown said...

Saya biar takde karen dari takde air ni...hazap dia tu lebih sikit lagi2 bila nak lepaskan hajat dirumah kecik...lemah badan

Fifi Nadhrah said...

paling susah takde air.. kalau takde elektrik ok lagi..