Tuesday, May 5, 2015

Jauhi fitnah dekati hikmah

Untuk mencari penceramah agama kini bagaikan cendawan tumbuh. Pilih sajalah ustaz atau ustazah mana yang mahu. Golongan yang mahu menderma atau membuat jariah juga tidak kurang ramainya. Katakan saja penceramah mana yang mahu dijemput pasti ada saja yang akan menghulur memberi berapa bayaran diperlukan. Tidak mampu ditanggung seorang akan dikongsi dengan teman-teman. Apa yang penting hajat untuk mendapatkan ilmu dari penceramah itu tercapai. Ilmu pula dapat dikongsi bersama masyarakat yang hadir.

Apa yang penting jangan sesekali menjadi pemecah-belah rumpun yang telah sekian lama aman harmoni. Seandainya kehadiran kita membuat yang aman damai rasa tergugat dari apa yang kita lakukan sebaiknya berundurlah. Tidak ada yang lebih baik seandainya jika kerana mahu berbuat amal tetapi sebaliknya dosa pula yang diperlolehi. Berhati-hatilah dalam membuat kebajikan. Jika ilmu disampaikan boleh melaga-lagakan umat sebaiknya kita hentikan. Islam itu indah tetapi sayangnya ada manusia-manusia yang kononya tinggi ilmu agamanya bercakaran pula. SiArif A menuding siBijak B, manakala siBijak B pula menuding siCerdik C. Masyarakat yang mendengar bercelaru jadinya. 

Adalah tidak menjadi kesalahan seandainya apa yang kita ikuti tidak bercanggah dengan hukum-hakam agama. Apa lagi seandainya ikutan itu membuat yang jauh silaturrahim dapat dirasakan dekat di dalam hati. Keluarga disayang pula menikmati bersama hikmah dari apa yang diperolehi itu. Tidak salah juga mempelajari yang baru sekiranya ia menjadi penambah-baik suasana atau perencah kehidupan jadi lebih menarik. Samalah dengan resepi di dapur setiap rumah. Corak hidangan akan berubah selalu tetapi kena pastikan ianya adalah halalan toyyiban. Tidak salah orang Johor yang sinonim dengan asam pedas sesekali buat nasi dagang. Apa yang penting jauhi fitnah dan cuba mencari hikmah dari apa yang diperolehi.

Nasi dagang - Seperti nasi dagang yang aku masak semalam.  Walaupun aku org Johor tapi aku ikut style Terengganu. Guna ikan tongkol yang aku gulai. Sedikit kelainan sebab aku regukan dengan acar timun-carrot dan daun salad.  Apa yang penting halalan toyyiban, hubby dan anak-anak pun suka. Tidak semestinya duduk di Johor kena makan makanan Johorean saja. Buka minda dan hati seluas-luasnya. Mana yang baik kita ikut, yang tidak baik kita tinggalkan.

~~ Islam itu indah. Ikut sajalah perundangan yang digariskan di dalam Al-Quran.~~


* Agak sibuk, mohon maaf mana yang belum sempat aku jenguk rumahnya.

47 comments:

Nieyla Nadia said...

Singgah Pagi..
menyeleranya la nasi dagang tuh...
betul tuh..elakkan fitnah..:)

Ann Ishak said...

apa2 pun, nasi dagang akak memang terBAEK

Farah Waheda Wahid said...

tiba-tiba nak rasa air tangan kakak... hu hu hu...

Inani Hazwani said...

sedapnyaaa nasi dagang :)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Inilah hidup dizaman fitnah kan kakzakie.. kena kuat iman Dan taqwa..

menjejes pulak tengok nasi dagang kakzakie tu..
saya tak pernah buat sendiri..
selalu beli dipasar mlm ajer.. ptg ni nak beli lah.. InshaAllah..

paridah said...

SEDAPNYA NASI DAGANG KAKZAKIE...

BENARTU ELAKAN FITNAH YG MEMECAHBELAHKN WALAU KITA BERBEZA PNDANGAN.

PeRdU cINta said...

Sedapnya nasi dagang..sekali sekala ubah selera..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...sedapnya tengok nasi dagang tu kak...lama teringin nak makan nasi dagang ni..:)

Fiza Rahman said...

Bila dah nak akhir zaman ni, fitnah makin berleluasa. Sampai susah nak bezakan mana yg betul dan mana yang palsu.

Sedapnya nasi dagang tu kak.

Acik Erna said...

acik pun suka nasi dagang tu kakzakie..acik biasa beli beras yang warna perang tu..masak macam masak nasi biasa..tak kukus pun

Fazleyatul Aini said...

tapi saya suka makanan johor especially laksa

shaliza said...

Nasi dagang tu sedapnya.

sitirohaida said...

sedapnya nasi dagang dengan kari tongkol kan kak...dari negari mana pun tak salah nak mencuba pelbagai makanan... :)

Julia Johari said...

Kupasan fitnah...baik sekali garapan sis berikan...sama2 kita hayati mendalam...

Nasi dagang tu huhh kecor ailio tau

Izwa Kamaruddin said...

dunia akhir zaman..

nhhas said...

dalam maksudnya analogi tu akak...

tapi nasi dagang tu ... hmmm...

belanja tengok je yer... hihihihi

AtieYusof said...

Salam kak.. zaman ni memang fitnah berleluasa..menakutkan..
sedappnya nasi dagang kak..lama tak makan...:)

Falsya said...

sedapnye nasi daganggggg..lama xmakan..sgt mendlm ayat kakak...;D

Falsya said...

sedapnye nasi daganggggg..lama xmakan..sgt mendlm ayat kakak...;D

Kniedaz said...

sedap gak sekali-sekala cuba masakan dari negeri lain...baru ada kelainan..hehe

Unknown said...

Nasi dagang feberet saya tapi saya blom penah masak lagi insha Allah lain kali tapi saya tak makan ikan tongkol atau tengiri selalu beli bungkus dipasar mlm saya ambil kari ayam saje.....

iryantyismail said...

betul tu kak..walaupun lidah jawa..tapi masih mahu mnikmati makanan yang lain

Kayu Manis said...

setuju kak...
masuk jer tak bagi salam dulu..assalamualaikum kakku

enak sungguh nasi tu..air tgn mak2 ni mmg terbaik..

monalea said...

aduh kak. tak tahan saya tengok nasi dagang ni.

Uncle said...

tiba-tiba teringin nasik dagang pulak dah.....

adarnadzmie said...

sedap kak nasi dagang tu... lama betul x makannya....

TukangKebun said...

Rasa mengidam nak makan nasi dagang pula.

Zaitun said...

Nasi dagang sedapnya.

Lebih baik jauhkan diri dari orang yang suka buat fitnah.

Nor Azimah Ali said...

wah, pandai kzakie buat nasi dagang yer, senang je kan.

Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh..

SuzieLAWAti said...

saya tengok nasi dagang tu... kilang liur saya keluar kan air yang sangat banyak....

su nak resepi buleh.... hehe....

Unknown said...

Bila diri sendiri di fitnah pun rasa tak sanggup nak hadapi..macam tu jugak orang lain rasa..kan kak??

eelobor said...

baca...baca...baca...pastu nampak nasi dagang. huhuhu, mata tertumpu kat gambar jer tengok

Anonymous said...

masih banyak kajian berkenaan dengan halalan toiyyiban yang perlu biar ada satu fahaman yang tepat.

wallahualam.

Unknown said...

betul tu kakzakie kan, makanan kita kena variati, makan apa saja yg kita mau dari negeri mana pun tak kisah, nak modifield sikit2 no hal kita yg nak makan kan btw nampak sedap nasi tu teirngin lah pulak..

Rose kakrose said...

sependapat dengan Zakie. tak semestinya orang johor di suakan dgn asam pedas saja..sesekali kita cuba pula rasa masakan lain..lebih ber variasi..

Puan Kutu said...

setuju Sgt kak zakie..sy org utara pun suka masak Adam pedas johor.hehe..pandai kak zakie masak nasi dasgang..

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Benar coretan akak, kadang-kadang ahli agama yang berkhilaf dengan tanpa hikmah, kita orang awam yang jadi pening. Tentunya sebaik-baik petunjuk adalah kitabullah dan sunnah Rasul yang sahih.

Apapun, nasi dagang tu memang terbaik! Di Kuantan mudah nak cari nasi dagang maklumlah bersempadan dengan Kemaman...

nohas said...

bila orang2 agama ni bercakaran, kita yg termangu-mangu, keliru, mana satu yg betul, semuanya keluar hujah..tapi perbedaan diantara imam2 besar dlm masalah fiqh, adalah rahmat utk umat Islam..

saya suka laksa Johor..

Ahlam Miera Shafie said...

kita duduk di zaman akhir nih memang bnyak fitnah.. so bila sampainya sesuatu khabar selidiki dahulu.. jgn terburu2 buat pecaya... btw sedapnya nasi dagang 2.. sy time malam raya kul 4 pg dh bangun buat nasi dagang nih.. nasi dagang ori terengganu guna beras putih 2 kalau beras merah nasi dagang kelantan... hehehehe

OKje said...

Betul kanda.....kadang tu, kita yg mendengarnya pulak yg jadi serba salah yek.... Tp dah terlanjur duduk dlm majlis ilmunya, layan ajelah....

Mesti kak Reen yg bawa balik paste gulai nasi dagang tu kan kanda... Mama lebur jerlah hihi..

Nastyna said...

Mendalam kisah nasi dagang orang Johor ni ;) got it.

Mila@Rimbun said...

sedap plak nengok nasi dagang kak zakie ni hihi

Fifi Nadhrah said...

lapar tengok nasi dagang orang johor.. hehe..

akak.. kite sebaik2nya meraikan perbezaan pendapatkan..

Lydia Miza said...

Setuju.. Selagi berpaksi pd ajaran islam tak jauh tersasar hidup kita..

Wahh pandai akk masak nasik dagang. Terliur sy tgk

Mummydearie said...

Kalau dah si Arif, si Bijak dan si Cerdik agama bertelagah, apalah yang akan berlaku pada kita yang dahaga dan perlukan ilmu ni...

Myra Jay said...

Nasi dagang...
dah laaaaaaama sangat tak makan kak..
Bila tengok akak masak ni rasa teringin plak

Farina said...

yup, saya setuju.. fitnah ni amat bahaya malahan dosanya lebih besar daripada membunuh. fitnah ni dapat memecahbelahkan masyarakat. kita seharusnya berbincang,bkn fitnah. so, jangan la fitnah org sesuka hati, siasat dulu.