Baru-baru ini saya mendengar keluhan seseorang... sudah bertahun-tahun saya berdoa benda yang sama tetapi masih belum terkabul. Yang paling terbaru, ada seseorang berkata dengan saya, sudah 4 tahun dia mengamalkan satu doa yang dikatakan untuk kaya dan sihat, tetapi tetap tidak kaya dan masih sakit. Sepatutlah seseorang itu bersyukur dengan apa yang ada. Namun manusia tetap mahukan lebih. Bagi saya, untuk mata pelajaran 'BERDOA' sahaja, ianya satu subjek perbincangan yang panjang yang antara senarainya :
- Bagaimana berdoa,
- Hari mustajab untuk berdoa,
- Keadaan dan masa terbaik untuk berdoa,
- Perkara yang membuat sebuah doa tertolak,
- Siapa yang lebih baik berdoa untuk siapa dan sebagainya.
Ia bukanlah hanya satu perbuatan menadah tangan dan mengeluarkan kata-kata yang sama setiap hari. Maka siapa yang serius mengharap doanya terkabul, carilah ilmu berdoa itu. Dan jangan lupa, selepas berdoa kita perlu berusaha dan bertawakkallah selepas itu. Contoh mudah, jika saya berdoa untuk anak saya boleh menghafal al Quran ketika kecil, anak saya tidak akan menghafal 'dengan tiba-tiba' atau 'dengan sendirinya' (magic) jika tidak saya berusaha untuk mengajarnya untuk menghafal. Dan jangan pula berkata jika kita berusaha, tentulah kita dapat! Ia tidak begitu. Contohnya dalam perniagaan, ramai manusia berusaha tetapi gagal kerana tidak mendapat izinNya.
Seperti yang kita tahu, beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan doa ibu adalah antara doa yang mustajab. Maka janganlah kita ambil ringan dengan kelebihan yang diberikan kepada kita ini. Ramai ibu modern yang kesibukan, terlupa untuk berdoa untuk diri sendiri apa lagi berdoa untuk anak-anak. Jangan tunggu anak kita bermasalah dan memeningkan kepala, baru kita teringat untuk berdoa. Berdoalah seawal yang boleh. Jika berkesempatan, yang terbaik adalah berdoa sebelum mereka lahir lagi ke dunia ini. Jika tidak, berdoalah ketika mereka masih suci belum lagi dipertanggungkan dosa. Jika itu pun sudah terlepas, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Wahai ibu-ibu, berdoalah..
Saya ungkapkan semula kata-kata imam Syafie :
"Tidak ada salahnya kamu berdoa samada diwaktu siang atau malam. Renungkanlah, malam memiliki batas yang pasti berakhir tetapi doa itu tiada batas sempadannya. Doa yang ikhlas itu akan masuk ke dalam jiwa mereka bagaikan anak panah menembusi tubuh. Maka, janganlah kamu menganggap kecil dan memandang rendah pada sebuah doa."
Berdoalah dengan ikhlas untuk kejayaan anak kita. Buanglah rasa cemburu dan dengki pada kejayaan orang lain kerana ia akan menghilangkan keikhlasan itu dan menyebabkan doa kita sukar untuk dikabulkan.
sumber: email dari teman (Lina Karim) di www.islamicparentingnetwork.net
Seperti yang kita tahu, beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan doa ibu adalah antara doa yang mustajab. Maka janganlah kita ambil ringan dengan kelebihan yang diberikan kepada kita ini. Ramai ibu modern yang kesibukan, terlupa untuk berdoa untuk diri sendiri apa lagi berdoa untuk anak-anak. Jangan tunggu anak kita bermasalah dan memeningkan kepala, baru kita teringat untuk berdoa. Berdoalah seawal yang boleh. Jika berkesempatan, yang terbaik adalah berdoa sebelum mereka lahir lagi ke dunia ini. Jika tidak, berdoalah ketika mereka masih suci belum lagi dipertanggungkan dosa. Jika itu pun sudah terlepas, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Wahai ibu-ibu, berdoalah..
Saya ungkapkan semula kata-kata imam Syafie :
"Tidak ada salahnya kamu berdoa samada diwaktu siang atau malam. Renungkanlah, malam memiliki batas yang pasti berakhir tetapi doa itu tiada batas sempadannya. Doa yang ikhlas itu akan masuk ke dalam jiwa mereka bagaikan anak panah menembusi tubuh. Maka, janganlah kamu menganggap kecil dan memandang rendah pada sebuah doa."
Berdoalah dengan ikhlas untuk kejayaan anak kita. Buanglah rasa cemburu dan dengki pada kejayaan orang lain kerana ia akan menghilangkan keikhlasan itu dan menyebabkan doa kita sukar untuk dikabulkan.
sumber: email dari teman (Lina Karim) di www.islamicparentingnetwork.net
~~ Berdoa dan berusaha dua perkara yang perlu diseiringkan dalam mencapai impian.~~
46 comments:
sentiasa berdoa kepada Yang Maha Mendengar Maha Mengetahui, dan Maha Melihat, moga dimakbulkan... AminYarabbal'Alamin....
kak..kdg2 org lupa..doa nk minta senang, kaya dan sbagainya tu Allah kabulkan dari segi lain..sihat tubuh badan, anak2 pun bgitu tu juga kesenangan yg Allah kasi..kaya tu kaya dengan sikap yg kdg2 kita tk perasan. Bukan dari segi material..
dari segi2 lain sebenarnya Allah blum kabulkan doa kita sebab dia SYG kat kita dan rindu nak dengar kita terus berdoa padaNYA...
Allah tu maha pengasih lagi maha penyayang. Sebab DIA tahu terbaik tuk kita..
suka sgt entry nie
saya percaya doa yg ikhlas sebenarnya akan jadi sumber motivasi utk kita berusaha ke arah mencapai apa yg kita doakan itu. bukan sekadar pernuatan menadah tangan dan meminta sahaja.
dan saya juga pernah terfikir yang doa kita dimakbulkan dgn cara yg kita tak pernah terfikir. reversed mungkin. sedangkan kalu kita lihat balik, mungkin kita akan terkejut sebab sebenarnya itulah yg kita pernah minta dari Allah.
terima kasih atas perkongsian ni kak. doa pun kena ada caranya. masa berdoa tak boleh sambil lewa. kena doa sungguh-sungguh. ini kdg2 berdoa, tp langsung tak fokus. hehe...
nice entry kak..
terima kasih berkongsi kak...saya suka n3 ni...
Betul tu kakzakie, doa yg belum dimakbulkan tu ada sebabnya. Supaya kita lebih kerap mendekatiNya, meminta padaNya setiap waktu.
Hanya Dia yang mengetahui apa yg terbaik utk kita.
banyak lagi hijab kita dengan Maha Pencipta Kita.....Subhanallah..
Betul tu kak zakie...jangan berhenti berdoa walau doa kita lambat dimakbulkan tu pasti ada sebabnya...sesungguhnya hanya Allah saja yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas segala-galanya..
Allah saje yg tahu apa yg terbaik utk hambaNya
doa,usaha,tawakal..Insya Allah
nice entry..thanks kakak :)
Salam K.zakie..terima kasih atas pengkongsian ini..
tq sharing kak...gud info
berdoa + usaha......
kita di suruh berdoa serta berusaha :)
indah ayat2 di n3 ni..thanks kak
doa adalah senjata org islam :)
jgn jemu berdoa...
terus dan terus berdoa...InsyaAllah...
dah jadi ibu ni kadang2 risau jugak..takut terlepas cakap.. ye la kan..kata kata seorang ibu pun ibarat doa jugak..
Assalamualaikum kak...
Terima kasih atas perkongsian ni...
Mekasih kak, info yg sgt bagus. Bedoa dan teruslah berdoa, even kita tak tahu bila doa kita akan di makbulkan. DIA yg maha mengetahui.
doa tampa usaha..mmg tidak ke mana...
hmm...entri ni macam kena je dgn keadaan sy sekarang ni...
terima kasih kak....kena tingkatkan lagi usaha.... (^_^)
Setiap patah perkataan dalam doa itu tersangat indah. Ada kalanya hingga mengalirkan air mata..
Ya Allah siapalah yg mngeluh sbgitu? jgnlah bputus asa. doa dan trus bdoa lagi mndekatkn diri kita pd Allah kan kak. Allah itu maha mendengar...truskan lah bdoa
usaha dan doa yang ikhlas pasti akan membuahkan hasil.
oh ye kak, sy lakar sndiri dlu kmudian kmukakn pd plukis plan. ms diskus tu dia kt cdngn sy tu t.lulus. so sy kna ubah n hntar pd dia yg baru utk disahkn + dptkn laporn jrutera baru dsubmit pd majlis daerah ;)
Berdoalah tanpa kenal erti putus asa. Allah Maha Mengetahui, hanya Dia tahu yang terbaik utk hambaNya..
pastinya ada sebab knp Allah belum makbulkan doa kita kan kak? mungkin nak uji kita ke apa ke...semua tu kan rahsia Allah..
terima kasih byk2 utk entry ni.. =)
doa itu senjata orang mukmin (^___^) berdoalah.... walau xdapat kat sini , kita pasti akan dapat di SANA . InsyaALLAH
makcik nur bidan, selalu dia beri doa2 yang patut kita amalkan, insya allah...bayangkan dari muda hingga kini masih diamalkan....
Terima kasih kakzakie sbb berkongsi nie sbg panduan kita yg bergelar ibu.Insya Allah Nurul akan amalkan utk anak2....
mudah-mudahan doa kita termakbul...
tqvm kak..share info ni..
stiap doa yg x dimakbulkan Allah tu pasti ade hikmahnya..sesungguhnya hanya Dia yang Maha mengetahui apa yg terbaik utk kita.
Doa tanpa usaha, mungkin jika bila benar-benar sudah habis ikhtiar (seperti menghadap saat kematian...)
Doa selagi boleh berusaha lebih kepada rasa syukur (sekurang-kurangnya masih bernafas untuk terus berusaha). Hari ni kerja dapat seringgit - berdoa (bersyukur) semoga dicurahkan rezeki; esok tak dpt apa-apa - berdoa (bersyukur) kerana masih boleh teruskan hidup untuk esoknya; esoknya kerja dpt sepuluh sen - berdoa (bersyukur) lagi semoga dicurahkan rezeki...
saya selalu berdoa tapi kadang ada doa yang belum diperkanankan oleh DIA. saya anggap tuhan nak uji dan ada hikmah disebaliknya dgn setiap ketidakperkenankan doa kita. jannah pon selalu juga mintak emak doakan kalau ada sesuatu yang saya bakal lakukan. insyallah doa emak itu mustajab.
setuju akak
yg peniting berdoa dengan tulus hati
insyaallah akan dimakbulkan ..
dan kalau x usahapunn x ada guna ..
kena seimbang dlm segala hal ;)
assalam kakzakie..terima kasih..semoga doa kita dimakbulkankan yang esa..cepat atau lambat ada hikmahnya
TQ for sharing kak, doa yang ikhlas dtg dari hati mmg mudah dimakbulkan. Yang penting jangan jemu atau lupa untuk berdoa, kerana Allah sentiasa mendengarNya
kalau di kelas...kancil selalu pesan dekat anak2 murid supaya jangan main2 dengan berdoa...apapun tq dengan perkongsian ilmu nie
ya betul tu kak zakie siapalah kita tanpa belas kasihan dariNYA
haya doa dan tawakal
Assalamualaikum kak...
Ya...doa senjata orang mukmin.
Assalamualaikum,
Disamping sentiasa berdoa, sentiasalah bersyukur terhadap segala kurniaan Allah.
Assalamualaikum Kakzakie,
Doa senjata bagi kita orang mukmin. Berdoa, berusaha dan selepas itu kita serahkan kepada Allah apa juga keputusannya.
Setuju sgt kak... Sbgai manusia biasa saya juga melaluinya... Hanya berdoa, sah2 x dapat.. Berusaha tnpa doa, juga tak dapt... Tp Bila diseiringkan kedua2nya... Barulah Allah kabulkan... Tapi tak semudah itu... Sabar juga penting... Dan mungkin, doa ibu sbenarnya yg diterima..
Terima kasih kak atas ingatan itu, sesungguhnya memang selalu lalai!
setuju sangat dgn pendapat kakzakie tu..
usaha, doa dan tawakal, insyaallah pasti akan dimakbulkanNya juga
As-salam KAKZAKIE
Kita meminta, DIA yang menentukan boleh diberi atau tidak. Juga bila dan berapa banyak boleh diberi, jika DIA mahu memberi. Dapat syukur, tak dapat redha.
Terima kasih atas segala komen yang diberikan untuk N3 ini. Kakak rasa sebagai manusia kita tidak dapat lari dari berdoa.
Terima kasih Emme, sisdee, gadisBunga, aliesha kirana, Ms Eady, wahida, zanafahmi, Arif Fazdilah, ZalinZalina, redza, Tihara, azatiesayang, noor, ikatankasihkum cik Ecah, Rai, MulutPayau, Fiza, nabila_2908, Deru Ombak, So Shy Lady, zefa norasmara, Munnafendy, eeiyss, Qhaifa Nur, Nazayiena, Fatin Marz, intan morsalin, Empayar Utama, CIk Jannah, ieda, Acik erna, Ajumohit, Kancil 8349, Sudais, ckLahxiiinam, ahmad humairi, Kunang-Kunang, dwaty, Amie, ibu intan dan Temuk.
Moga kita tidak jemu utk terus berdoa padaNya.
Terima kasih sekali lagi dari kakak
suke entry ni.bari je follow ur blog
hari ni!
Post a Comment