Friday, March 23, 2012

E-mail dari seorang sahabat

Assalamualaikum kakzakie,

Baru-baru ini, saya selesai membaca sebuah buku. Perangai saya yang tidak baik adalah jika saya sudah asyik dengan jalan cerita sebuah buku, saya akan susah untuk meletakkannya selagi ia tidak habis. Setiap kali saya terpaksa meletakkannya, kepala saya akan berfikir tentangnya sehingga saya memegang buku tersebut semula. Sebab itu saya sangat berhati-hati dengan bahan bacaan saya supaya ianya mestilah bermanfaat dan tidak hanya menghabiskan masa saya. Untuk pengetahuan kakzakie, buku-buku yang telah saya baca dan saya fikir menarik, telah saya masukkan ke e-shop Islamic Parenting Network. Jemputlah jenguk buku-buku tersebut ya!. Buku terbaru yang saya baca adalah sebuah Novel bertajuk Mustapha Kamal Attartuk. Buku ini menyebabkan saya rasa sedih dan termenung sambil membuat perbandingan dengan buku-buku yang telah saya baca sebelumnya. Kesimpulan yang boleh saya buat adalah..

"3 nama iaitu Imam Shafie, Muhammad Al Fateh dan Kamal Attartuk mempunyai ibu yang kuat agama dan kuat beribadat. Ketiga-tiganya selalu berdoa untuk anak mereka dan selalu menyatakan harapan mereka kepada anak mereka supaya mereka menguasai al Quran. Tetapi kenapa 2 jadi kenyataan (Imam Syafie dan Muhammad Al Fateh) dan seorang lagi (Mustapha Kamal Attartuk) tidak? Malah dialah penghapus sistem kekhalifahan Islam di muka bumi, menukar azan, menghapuskan sekolah agama, menutup masjid dsb."

Sesiapa yang tidak tahu tentang 3 tokoh ini saya perkenalkan disini serba sedikit, Imam Syafie yang dimaksudkan adalah Imam Mazhab kita yang menghafal seluruh al Quran pada umur 9 tahun, Muhammad Al Fateh adalah penakluk Kota Konstantinopal yang diberitakan dalam hadis Rasulullah 800 tahun sebelumnya, dan Mustapha Kamal Attartuk adalah Presiden Turki yang pertama. Cita-cita ketiga-tiga ibu mereka ini adalah untuk melihat anak mereka menjadi penghafal al Quran namun saya telitikan banyak bezanya antara ibu-ibu yang berjaya dengan seorang ibu yang agak malang ini. Didalam setiap kejadian yang telah berlalu, memang Allah sematkan pengajarannya bagi orang yang berfikir dan mengambil pelajaran darinya. InsyaAllah saya akan kongsikan di emel yang akan datang. Namun saya ingatkan, bahawa sesuatu cerita, akan di nilai lain bagi orang yang berlainan. Maka, sama jugalah seperti buku ini. Saya mungkin menilainya lain dari kakzakie. Jika saya membaca buku seseorang tokoh (seperti 3 tokoh diatas), saya sentiasa ingin menyelidik orang dibelakang tabir yang membentuk ketokohannya iaitu ibubapanya dan saudara serta kawan-kawan sekelilingnya. Penumpuan saya tidak fokus pada subjek yang dibincangkan. Maka jika ianya berlainan dari pendapat orang lain pada buku yang sama, ia adalah kerana sebab-sebab tersebut.

Bagi saya, membaca 3 buah buku ini adalah seolah membaca kisah berkisar cara mendidik anak dalam bentuk sebuah novel yang menarik dan terbukti hasil kisahnya dan bukan seperti membaca sebuah buku peraturan panduan mendidik anak yang biasa-biasa di pasaran. Saya pasti tentu ada sebab Allah mempertemukan saya dengan buku-buku ini. Alhamdulillah.. Semoga saya mengambil pengajaran daripadanya.

InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di emel yang akan datang..

Ikhlas dari,

Lina Karim


~~Setiap ibu sentiasa berdoa mahu zuriat mereka menjadi insan yang terbaik. ~~

64 comments:

Hudalatip said...

Pastinya kan kak, semua ibu pun nak anak dia jadik insan yang berguna..

Aine Ainun said...

Dulu Sy slalu bc novel cinta shga tekun tak boleh nk tinggal..
Tp sy jarang bc kitab agama dgn penuh tekun...

Pejam celik, pejam celik..sy belajar, sy mengambil pngajaran n berusaha utk mperbaiki diri, bkan hanya duduk 'setempat' je..

Ada pengajaran dr email ini Kak zakie...

Izwa Kamaruddin said...

same la..

Unknown said...

ya allah..bagusnya kawan akak.. berkongsi pengetahuan macam ni kat email..biasanya orang email benda2 gossip..benda2 takde faedah..

malu saya...

Eye_nee said...

Tahniah Buat LIMA KARIM..siapa pun dia..perkongsian ilmu dari pembacaannya sgt berguna..

faraherda.razalan said...

Kenapa sy takde kwn yg mcm nie? Hahahahah....

Sy tibe2 teringat Ustz Azhar. Cerita tentang org munafik. Cerita tentang manusia yg luarannya berpura-pura Islam tpi di dalam hati tersemat kuat dgn ajaran agama Yahudi.

Amie said...

Assalamualaikum Kak Zakie,
kawan kakak pandai memilih dan menilai hasil bacaan, itulah yang sebaik-baiknya kegemaran yang perlu diterapkan... dapat pelbagai nilai dan pengajaran melalui bahan bacaan yang bermutu.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Zakie..setiap ibubapa sentiasa mendoakn yg trbaik tuk anak2 & mendoakn kejayaan mereka di dunia & akhirat.

Akak Kembang said...

Saya jugak ingin jadi begitu..

p/s..Kak Zakie..selalu apam ni kalau kat luar leh tahan 3 hari...kalau dalam peti ais seminggu kemudian panaskan semula. Maybe apam tu yang dibuat terlebih awal kot..

cheqna said...

amin
betul tu
=)
salam hari jumaat kakak =)

adarnadzmie said...

setiap ibu mahukan yg terbaik buat anak2nya... semoga cerita ini dapat memberi pengajaran buat semua ibu2...:)

fieda said...

betul kak..semua ibu nakkan yg terbaik..

Cik Jannah said...

ya Allah mcm best jer buku Mustapha Kamal Attartuk tu kak? insyallah jannah nak cari juga lah nanti

noor said...

bgs akak bc buku ilmiah. tak lama lg book fairkan kaka tak sbr nak pergi tgk buku2 baru. mmg btl tuh setiap ibu mahukan yg terbaik utk setiap anknya

kasihibu said...

semua ibubapa inginkan yg terbaik untuk anak anak kan kak?
sya teringgat salah satu cita cita ayong hendak menjadi tahfizah
terharu rasanya

norhidana said...

bgsnyer kwn akak nih...
dana pun ada gk terbaca psl buku mustapha kamal attartuk tuh... bile dh baca baru rasa ish.. tak sangka yek ada gak pemimpin islam camtu...

Munn Jaafar said...

email kwn akak Lina Karim buatkan sy jugak tertanya2..kenapa yg seorang lagi boleh terpesong dan mhapuskan sistem khalifah islam? ermm..satu persoalan yg agk menarik untuk kita baca kan..

nabilah_2908 said...

setuju..pastinya setiap ibu bapa mahukan yg erbaik tuk anak2nya..

tapi..bak kata pepetah...dalam setandan pisang, tidak semuanya baik.

menarik betul email kiriman kawan akak ni.. :)

ieja amieja said...

bestnya k.zakie ada kwn yg mcm tu..siap email lg bhn2 bacaan yg bermanfaat..tq atas perkongsian ini kak,..

Ati Masrif said...

ati tahu kisah kamal attartuk yg mayatnya tidak diterima bumi hingga
mayatnya kena di tindan dgn batu
tetapi tidak tahu yg dia punya ibu
yg kuat agama.

mama irfan said...

pasni jangan lupa shared ya...

Kazman / Sue said...

memang setiap ibu inginkan yg terbaik untuk anak2xnya.... tapi Allah maha mengetahui segala perilaku hambanya....

Acik Erna said...

kakzakie.lazimnya. memang semua ibu2
sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak2nya

Ann Ishak said...

menarik jugak buku ni, saya teringin nak membacanya...dekat mana saya boleh dapatkan buku ni kak?

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Benar kakzakie, setiap ibu sentiasa mendoakan supaya anak mereka jadi insan yang baik.. di mana silapnya Mustapha Kamal Attartuk tu kan?

Teringin juga membacanya.. kak selalunya kurang istiqamah membaca buku dalam bentuk novel tetapi bila cuba membaca beberapa buku bentuk travelog dan buku novel tentang Salehuddin al-Ayubi rasanya buku ni boleh menyerap masuk ke kotak fikiran kak.. insyaAllah akan mencarinya..terima kasih berkongsinya di sini

HeNRieTTa JoSe said...

Terima Kasih Di Atas Perkongsian....

::NureeN:: said...

thx..
semua ibu2 nakkan anak2 mereka yg terbaekk.. nureen tak ketinggalan :)

Kayu Manis said...

salam kak,

tqvvm.

salam sayang dr saya utk kak.

Unknown said...

(^___^) menarik ~

Tie HT said...

tak sabar nak baca kisah seterusnya..nanti cerita lagi kak..kagum rasanya, entry ni antara entry2 yang terbaik pernah saya baca :)

YATZAKIE said...

semestinya ka..saya pon inginkan anak2 saya menjadi insn yg cemerlang dunia n akhirat..amin

Unknown said...

salam kak... terus terang saya x pernah baca buku yg di sebut dalam email.. skrg Q rasa teringin nak membaca dan rasa mcm x sabar nak baca email dia yg seterusnya. sebagai ibu saya pun inginkan yg terbaik utk anak2 sya dan sememangnya dlm setiap doa yg dipanjatkan adalah utk kebaikan anak2,

-Sara- said...

semestinya sume ibu nk yg terbaik utk anak2 kan :)

fazrulnoor said...

sampai skrg xde jawapan mcmane nak didik anak dgn betul

ajumohit said...

semoga doa kita akan dimakbulkan olehNya, semua ibu bapa inginkan terbaik untuk anak2 kan kak

Zaitun said...

Kalau nak anak jadi yang terbaik, jadikan kita ibubapa yang terbaik dulu,insyaAllah dengan izinNya.

Kak Zai dah baca 2 buah buku tu hadiah dari Pak Latip untuk adik.

Aliesha Kirana said...

dah lama sgt tak baca buku ilmiah mcm ni. huuu. nanti nak carilah. tambah ilmu..

Dr K said...

Bertuah akak punya sahabat sebegitu, yg punyai minat membaca dan menyelidik yg mendalam, dan berkongsi dgn akak...email yg penuh info, ilmiah...dan TQ juga buat akak kerana sudi berkongsi info yg diperolehi itu

ct rahani said...

bagusnya sahabat akak ni berkongsi email tentang apa yg dibacanya.. bertuah dpt kawan macam tu kan.. betul la kak.. semua ibu nak yg terbaik utk anak2nya..

Cik Pulau said...

belum jadi ibu lagi.. mana tahu, untuk masa2 dpn nt.. benda ni diperlukan.. heee~

mekaseh kongsi kak..^^

Kancil 8349 said...

ucapan daripada mak bapa...kena berhati2

gadisBunga™ said...

bagusnya kawan akak.

and thanks for sharing! dgn kite2 pun dapat ilmu sekarang.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

lina karim ne bukan anak dia yg pandai mengaji tue ke?

Cikli said...

yang penting, sentiasa berdoa dan berusaha ke arah kebaikan

dhiera zainudin said...

mesti anak ye orang yang hebat-hebat~

p/s: thanx kongsi pasal anak akak. terasa nak tahu sebab belum pernah jumpa orang yang ada pengalaman operate sinus ni~ buat ct scan sahaja ye yang boleh nampak struktur muka kita? lama tak ct scan untuk part muka ni? pernah buat MRI je. sangat lama... teringin nak tahu keadaan diri sendiri. dulu, doktor pernah prescribe ubat nasonax untuk rawat resdung. ubat spray. tapi dah lama tak pakai ubat ni~ masa belajar je pakai.

Puan Kutu said...

dulu sy pun mmg tak boleh berhenti selagi tak menghabiskan sebuah buku.mmg betul setiap ibu mahukan yg terbaik utk anak walaupun kita tak mampu utk memberi anak yg terbaik..:)

Kakzakie Purvit said...

Begitulah lumrah manusia rata-rata ibu-bapa mengharap zuriatnya menjadi yg terbaik. Lina ini sebenarnya boleh katakan dalam 2-3 hari mesti ada email dititip buat kakak. Terima kasih atas segala komen yang kakak perolehi dari email yang kakak jadikan N3:-

Huda, Aine Ainun, Mrs Eady, Rai, Eye_nee, Pok Amai-Amai, Amie, azatiesayang, Alin Marlini, Cheqna, adarnadzmie, fieda, Cik Janh, noor, kasihibu, norhidana, Munnafendy, nabila_2908, ieja amieja, Ati Masrif, Mama Irfan, Kazman/Sue, Acik Erna, Ann Ishak, Werdah (buku tentang Kamal attartuk elok jadikan renungan kak sebab bila lihat cara dia mati pun kita ngeri - tinggl kulit dan tulang aje - bagaikan tanah pun tidak mahu menerimanya), Henrietta Jose, Nureen, cinnamon.com, eeiyss, Tihara, Yatzakie, Queen Teratai, Sara, fazrulnoor, Ajumohit, Zaitun, Aliesha Kirana, Daddy Ziyyad, ct rahani, CikPulau, Kancil 8349, gadisBunga, Baby- Mama Amana&Arief, Cikli, Dhiera (kalau dhiera nak tahu Darwisy & Darwisyah yg hafaz quran itulah anak Lina ini) dan Puan Kutu.

Terima kasih sekali lagi kakak ucapkan buat semua yg memberikan komen N3 kakak kali ini.

Anonymous said...

Salam Kakzakie,

Di antara 3 tokoh itu dimana silapnya didikan yang diperolehi oleh Mustapha Kamal Attartuk.

Mungkin persekitaran yang mempengaruhi dia ataupun mungkin Allah menjadikan dia begitu untuk menjadi iktibar kepada generasi dizaman kita.

Unknown said...

teringin utk mendapatkan 3 buku tuh...

kurus said...

setuju kak
ibu mana yg x nak anak2 mereka berjaya
jika berjaya adalah bonus buat kitee sebagai ibu kan ;)

saya suke kisah tokoh2 nie . .. cuma x der masa nak baca ... huhuhu bila akak kongsi kat sini seronok juga dpt baca ;)

LadyBird said...

akak.. ape kesilapan ibu kamal attarturk tu?

Bee said...

bertuah dapat email mcm tu , entah bila sy akan dpt email mcm tu

Deru Ombak said...

Assalamualaikum kakzakie..

Setinggi2 terima kasih atas perkongsian ini. :)

LYAfrina said...

dulu..sebelum ada anak... x fikir semua ni.. tp bila dah ada anak..lain sgt rasanya.tanggungjawab n harapan utk melihat anak bjaya didunia n akhirat amat tinggi..

aby said...

salam k zakie ..
menarik juga komentar dalam e mel tuh ..
tertarik psl mustapa 3 tokoh yg ditonjolkan tuh ..

itu la akibatnya bila ulama dahulu memencilkan diri dari ikut serta dalam pembangunan praktis dan kurang memberi dan kurang perhatian kpd pelaksaan syariat secara syumul, tetapi tersudut dalam perkara2 peribadi spt fiqh ibadat. kurang berkembang dalam hukum yg lebih luas termasuk bidang politik. ekonomi, sosial teknoloji dan antarabangsa ..pemikiran muslim menjadi terkurung di sebalik tembok2 masjid dalam kitab2 teori ilmu kalam, fiqh dan sebagainya ..

memang benar mustapa kamal tu melampau sangat kebaratan nya ..tetapi jasa beliau dalam membawa modenasasi dalam islam juga tidak harus di lupa ..

allah menganugerahkan tok nenek kita Adam ilmu kehidupan utk dikembangankan, dibangunkan malah di berikan akal utk menguasai angkasa, lautan dan sumber bumi ..

islam jauh lebih banyak dari sekadar fardhu ain ...

njalok ngapuro ..
nulis dhowo ..
psl 31 march enek perekso ..
psl mustapa kamal pun ono dalam sukatan pelajaran ..

hu..hu..

Ros said...

Salam Kakzakie,

Alhamdulillah...baik sangat perkongsian ni buat kita semua....Terima kasih buat Kakzakie dan jugak Lina Karim...

Unknown said...

kisah kematian mustafa kamal attartuk menyeksakan... nama anak saya muhammad al fatih..

L said...

mmg bez kalau mak bapak didedahkan cara medidik anak mengikut kaedah Islam.=)

jom tambah ilmu.=)
sambungan ...
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/babi-puncanya.html

Fiza Nurani said...

Ya Allah, bagusnya. Teringin nak tahu tentang tokoh Imam Muhammad AlFateh...

Cik Ina Do Do Cheng said...

kak zakie semua ibu bapa nak anak mereka jadi insan yang berguna. Andai katalah suatu hari anak kita tersalah jalan, janganlah kita cepat menghukum mereka hinggakan anak kita rasa yang kita semakin jauh dari mereka.cik ina selalu ingatkan pada diri cik ina sendiri.

Granny Hani said...

Asal bergelar ibu, apa yg tersirat dihati adalah sama..Segalanya demi anak2

MulutPayau said...

Semua ibu mahukan yg terbaik utk anak2nya.....

terima kasih atas prkongsian ni...

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih juga buat teman-teman berikut yg memberikan komen N3 kakak kali ini.

Kunang-Kunang (mungkin ada benarnya apa yg kak ani katakan), Papa Mifz, ieda, LadyBird, puanbee, Deru Ombak, Lyafrina, aby (sungguh banyak garis panduan yg telah tertera dlm al-quran. bukan saja bab aqidah, bahkan astronomi yg tak terjangkau dek tangan pun ada jelas dlm al-quran - islam itu syumul), Ros, Santri TPINI (pilihan nama yg cantik), L, Fiza nurani, Cik Ina DDC, hani@debumelukut dan MulutPayau.

Sekali lagi terima kasih.

terpatrisinarabadi said...

hanya ibu yg terbaik akan fikirkan apa yg terbaik utk anak2nya