Monday, March 26, 2012

Malam itu kami bermarhaban

Pada malam Sabtu yang baru lalu salah seorang penduduk taman perumahan kami mengadakan majlis kenduri cukur rambut cucunya. Majlis dimulakan dengan bacaan berzanji, marhaban dan diakhiri dengan bacaan doa selamat. Sewaktu marhaban bayi telah didukung oleh siibu untuk diperkenalkan kepada setiap para hadirin. Comel, montel, cerdik dan menggeramkan siapa saja yang melihat bayi tersebut.

Comel - inilah bayi yang diraikan pada malam tersebut

Brrr.... - Suka bermain dengan bibir hingga menyembur-yembur. Bersama dengan ibunya.

Sebahagian yang hadir - Minta untuk posing mak-mak dara selepas majlis sebelum makan. Maklumlah masing-masing bekerja bila ada majlis begini dapatlah bersua muka.


Jamuan - Hidangan nasi ambeng. Lengkap dengan nasi putih, mee goreng, daging masak kicap, ayam masak merah, sayur campur/sambal goreng, serunding, ikan masin dan bermacam-macam jenis kuih-muih (tidak berkesempatan snap gambar sebab sentiasa ramai yang mengelilingi makanan malu pula untuk mengganggu).

Ole-ole - Balik dibekalkan dengan satu beg penuh dengan jajan-jajan dan satu bunga telur. Aku mendapat lebih berkat sebab kononnya menjadi imam pada malam itu. Aku balik dibekalkan dengan set lengkap nasi ambeng dan kuih-muih hingga bawa balik rumah bapak esoknya .


~~ Apabila selalu diadakan pencerahan oleh ustaz/ustazah yang datang ke surau, malam tersebut dikira kali pertama majlis cukur rambut di taman kami hal-hal seperti biasanya yang ada kelapa ukirlah, tepung tawar, beras kunyit dan sebagainya tiada lagi.~~


68 comments:

musang said...

alololoo comelnyaaa

Nini D.. said...

sekali sekala berkumpul begini..baru terasa betapa jarangnya kita jiran2 bersua muka kan...

Izwa Kamaruddin said...

alahaiii..comel nyer!

Hudalatip said...

comelnya baby itu..kak sedapnya nasi ambeng kak..nak2 lagi yang lengkap punya kan..

azi said...

Kakzakie..
kakak...seronokkkan kalau ada aktiviti macam tu...inilah masanya kita nak berkenalan dan bermesra dengan jiran-jirankan...kat taman saya ni...selalu juga diadakan majlis bacaan Yasin untuk kaum wanita...Tahniah!kakak...dilantik jadi imam....:)

comelnya baby tu!!!

Rina Rahamat said...

baby mmg comel!


lapor plak baca psl nasik ambang..

mama ju said...

Salam KZ

Tu lah bestkan. Kat sini tak de aktiviti macam tu. Kawan mama sorang dua je kat sini.

Deru Ombak said...

Assalamualaikum kakzakie..

Kakya suka tengok baby yang comel Dan ibu yang manis itu..
Ckp tentang nasi ambeng, lama benar rasanya tak kenduri bertalam. Tempat kakya ayam tu dibuat ayam golek di potong 8. Bestkan tradisi org Johor (jawa lebih tepat)

Kazman / Sue said...

bagusnya kejiranan kat tempat ni.... wah... bukan main comel si baby tu yeee...

Acik Erna said...

assalam kakzakie..memang comel bayi tu..geram nengoknya..kalau dapat pegang lagi seronok

bujal X said...

majlis saya nanti jemput la datang~he~~

Dr K said...

kalau kat johor, memang sinonim marhaban ni kan kak

nazayiena said...

Comelnya bb tu....Tahniah kak jadi imam mlm tu,memang aktiflah akak klu ada kenduri2 marhaban macam nie...

hajar said...

comelnyeeee... baby nie... mmg seronok kalau ade kenduri & marhaban..

mekasih kakzakie sudi singgah umah saya... salam persahabatan dari saya...:)

Ibu Yusuf Maryam said...

Comelnya dia..

Ps: Tiba2 teringin nasi ambeng la kak..

-Sara- said...

comel bby tu :)

Unknown said...

oloss..comelnya....


susahnya nak cari nasi ambang yang sedap zaman sekarang ni....harga saja mahal..rasanya entah apa2..

kurus said...

nasi ambang tuu x menahan kak ..
bukan selalu dpt makan kann .. majlis2 macam nielah kita dpt merasa nyee ;)

intan_blur said...

meriah..!!
sedapnye nasi ambenggg... ;( dah lame x makan nasi ambeng

adarnadzmie said...

seronok klu dapat menghadiri majlis macam ni kan...dapat jumpa saudara dan jiran tertangga... yang pasti dapt menjamu selera bersama2...

comel baby tu..:)

aanie said...

geram tengok pipi dia tu....

yg buat beras kunyit tu semua x blh ek kak?

eMMe said...

comel nye baby.. bestnye ada baby...

Tie HT said...

comel sangat kak baby ni..sejuk mata memandang :)

Kayu Manis said...

wah,bestnya sesekali mkn nasi ambeng..

tak pernah mkn nasi ambeng..

emarieys said...

mesti ibunya alami keguguran rambut..bila ank main sembur-sembur ni

gadisBunga™ said...

ala...sedapnya makan kenduri ada nasik ambeng....

Diana @ BKKC said...

comel montel cerdik...hehe
bila lah nak ada anak kan?..terasa nak buat majlis bercukur macam ni..

Unknown said...

besnyer meriah... comei baby... geram is tengok... (^____^)

@lfidah @dim said...

seronok kan kak bila ada majlis mcm nie...sy mmg suka..nie kalo adik sy bt cukur jambul anak dia..bestnya..

HeNRieTTa JoSe said...

cumilnya bby....xpernah pergi majlis cukur jmbul....xpernah juga ada org kasi rietta berkat...hehehe....

Aliesha Kirana said...

wah! nampak meriah la majlisnye kakkk! comey baby. heehehe. geram!

jangan risau kak. saya xdelah sampai nak mintak cuti semata-mata nak tdur. heehe. cuma rasa je macam tu, xbuat aih! heheeheh

faraherda.razalan said...

Comelnya.....

Alamak kak. Plastik jajan biskut cokelat tu. Nie yg tibe2 nak mengudap biskut cokelat nie. Heheheh!

perjalanan pulang said...

makin botaklah kepala

ct rahani said...

comelnya pengantin kecik.. hehe..

Qhaifa Nur said...

betullah Kakzakie comel sangat...

pernah makan sekali nasi ambang sedap juga..

apdm said...

salam..


tembunnya budak ni....comel bangat ...nak gigit je rasa.hehehe

nabilah_2908 said...

ish..sy yg tgk gambar je dah geram..kalau depan2..lama dah sy gomol2 dia...hehe.. comel..!! :)

Aine Ainun said...

Tembamnya baby tu;)

wah ada nsi ambeng...suka sangat;)

Hanis Azla said...

sgt comel si kecil tu.. betullah kak, sejak kebelakangan ini dah jarang jumpa kelapa ukir dan beras kunyit dalam majlis cukur jambul..

Lia said...

chomelnyaaaa... :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.zakie..dah lama x menghadiri majlis acara bercukur camni.mcm xder jer kat sini/atie mmg xpernah dijemput..hihihi

Azlan Strider said...

aauuww..comelnya baby tu..dah lama saya tak menghadiri majlis cukur jambul..hehehe

Regards,
-Strider-

ajumohit said...

Lama dh x makan nasi ambeng kak, comelnya si Kecik tu, semoga amalan begin Akan berterusan

Munn Jaafar said...

grrr comelnya budak tu! tembam betul..maknye comel.. =)

part last tu tak berapa fhm la akak,kelapa ukir,tepung tawar,beras kunyit tu yg mcm mana? sy xpasti plak kat tmpt sy mcm xde je buat bnda2 tu...

Cho Zila said...

alahai insan kecil yang diraikan teramat comelkan... masa majlis giniler mak-mak dara bermesraankan...
semoga majlis sebegini akan terus diraikan...

Unknown said...

mata si comel ni sama dgn ibunya.. :) masa damya je lia ada buat majlis cukur jambul,adik2nya lia cuma buat doa selamat jer.


rindu dgn nasi ambeng mak...

norhidana said...

sgt comel itu bby kak... bam2 laktu...eeeee mcm nk cubit2

waaaaaaaa ns ambeng...oh heaven nyer

Unknown said...

nasi ambeng yg lengkap mmg sedap. Lebih sedap bila di makan beramai2 dlm satu dulang tu kan kak.

cheqna said...

cheqna mungkin tak berpeluang kot nak rasa semua ni
sebab bakal suami kata nanti dah ada baby dia tak nak buat semua ni..dia just nak cukur rambut n timbang bayar ikut harga emas semasa

Cik Jannah said...

alhamdulillah kak jadi imam malam tu. tu yg rezeki lebih sikit tu. jannah tak pernah pegi majlis cukur jambul. jadi tak tahu adat2 semasa majlis.

::NureeN:: said...

bambam.. comel betol..
dah lama x pergi majlis2 gini

YATZAKIE said...

alolo..comelnye dia...aunty pon dah lama xg majlis cenggini...hehe

dwatyKNY said...

dah lama saya tak menghadiri majlis cukur rambut...

insyaALLAH tahun ni dapat anak buah... so, adalh majlisnya...

LYAfrina said...

comel baby :-)

majlis marhabban ni nampak meriah sgt2...

Mizz ErMa said...

wah, besar besaran jgk yer majlis cukur rambut kat perumahan tuan belog..hehe

maya amir said...

kak..kongsilah psl tepung tawar, beras kunyit ape sume tu.. tu sume setakat adat jek kan.. sebab masih ramai yg buat, kdg2 saya pelik gak.. buat ajeklah yg penting kan..then, meraikan tetamu dgn makanan, berzanji, marhaban tu yg lebih afdol:)

fieda said...

tomey..

Zaitun said...

Majlis sebegini selalunya diadakan kat rumah.

Comel bayinya.

mama aini said...

comilnya baby mcm mak dia juga !!..ehem mama suka makan nasi ambeng tu..hu2x..walaupun mama bukan org jawa, suka keunikan makanan tu..

munna said...

comelnya baby tu... hari tu majlis marhaban yasmin serentak dgn sepupu dia 2 org. bertambah meriah jadinya

Pia said...

"salam kak...amboii jadi imam marhaban..terer akak kita ni bermarhaban rupanya...lama tak jenguk akak,sihat2 hendaknya.."

Kakzakie Purvit said...

Majlis begini selalu ada di negeri Johor. Apa yg kurang menarik bila adanya adat yg meniru istiadat Hindu. Bila pertembungan antara agama dan adat selalunya yg syirik akan menonjol dan itulah yg tidak dibenarkan. Kalau mengikut Islam cukur rambut iaitu majlis aqiqah cukur semua rambut, ditimbang rambut itu dan jumlah itu ditaksir harga emas, wang itu kemudian disedekahkan, itulah yg sepatutnya.

Apa-apa pun terima kasih buat semua teman yg memberi komen N3 kakak: -

redza, Nini D, Mrs Eady, Huda, Azi, Rina Avail, Mamam Ju, Deru Ombak, Kazman/Sue, Acik Erna, Bujal x (bila tu dik?), Daddy Ziyyad, Nazayiena, H Abadiey, Zefa Norasmara, Sara, Rai, ieda, intan_blur, adarnadzmie, aanie, emme, Tihara, cinnamon.com, Mama Ema, gadisBunga, Diana @ bilakukatacinta, eeiyss, alfidah adim, Henrietta Jose, aliesha kirana, Pok Amai-Amai, panglima Muda, ct rahani, Qhaifa Nur, Syira Qahira, nabila_2908, Aine Ainun, Hanis Azla, Lia, azatiesayang, Azlan Strider, Ajumohit, Munnafendy (seperti keterangn kakak di atas Munna - ada yg boleh membawa syirik), Cho Zila, Mamamya, norhidana, Yus, Cheqna, Cik Jannah, Nureen, Yatzakie, dwaty, Lyafrina, Mizz Erma, Maya Amir (adat yg diterap dari org Hindu sebenarnya semua itu - baik tak perlulah diikut), fieda, Zaitun, Mama Aini, Munna dan Pia.

Bagaimnapun soal adat itu kakak serahkan pada pendapat masing-masing.

Sekali lagi terima kasih dari kakak.

Nida said...

Sebenarnya Nida bangga menjadi warga Johor... budaya marhaban memang dah jadi tradisi... tu belum nasi ambeng dengan telur pindangnya.. uwaaaaa, nak balik Johor!!!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum kakzakie,

Seronok dapat berkumpul sesekali macam tu dengan jiran2. Dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim yang sedia ada.

Alhamdulillah sekarang dah banyak perkara-perkara dan benda2 yang tak disuruh dalam syariat kita ditinggalkan beransur2.

Cikgu Ma said...

meriahnya...macam kenduri kawen

Cik Ina Do Do Cheng said...

ibu ngan anak sama comel.majlis marhaban cam ni jarang nak jumpa kat kawasan rumah cik ina ni.seronoklah nengok majlis marhaban cam ni.

Puan Kutu said...

mmg comel dan tembam baby tu..selalunya marhaban nie ada dekat johor.area lain ssh nak dapat.mmg meriah..:)

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih juga buat: -

Nida (lama lagi nak balik ye Nida), Kunang-Kunang, Cikgu Ma, Cik Ina DDC dan Puan Kutu.

Terima kasih semuanya:)