Menikmati makanan yang lazat-lazat
dan pakaian yang indah-indah ada kalanya membuat kita alpa adakah makanan dan
pakaian itu bersesuaian dengan syariat. Puas bila
mendapat yang dikehendaki tetapi culas mengikut apa yang tidak diredhai. Bila ada yang cuba memberi nasihat sering didengari antaranya:-
- dosa aku tanggung sendiri, kubur masing-masing apa yang engkau peduli
- mulut, tangan, kaki ini milik aku jadi aku punya sukalah
Bersama kita beringat bahawa setiap kita ini ada tugas yang
dipertanggungjawabkan. Selain keluarga dan mereka yang dibawah
pimpinan, masyarakat juga menjadi fardhu kifayah buat semua. Oleh itu
bila ada yang menegur andai ada kesilapan bersyukur kerana orang yang berani menegur itu telah menggugurkan fardhu kifayah pada semua. Andai tiada si penegur itu bererti sama-samalah kita pikul dosa bersama - alangkah ruginya.
Begitu
juga mulut, tangan dan kaki kita segalanya adalah milikNya yang
dipinjamkan sementara. Tidak perlulah kita berbangga dan ego. Akan tiba
masanya kita akan disimpan di bawah tanah yang akan menghancur-lumat
daging-daging kita tanpa kita mampu berbuat apa-apa. Tidak perlulah berkata yang tangan, kaki, mulut dan anggota kita milik mutlak kita - semua ini pinjaman sementara saja, sampai masa kita kena kembalikan semula.
~~ Ingatan buat diriku yang kerdil dan keluarga sendiri agar sentiasa terbuka menerima nasihat demi kebaikan sesama umat sejagat. ~~
Gambar hiasan - Bila melihat gambar ini terasa betapa beruntungnya kepada meraka yang boleh berjuang untuk agama dan bangsa mereka. Kemampuan aku sekadar menepek gambar tertera. |
43 comments:
ingatan di hari jumaat..mendoakan kesejahteraan semua umat Islam seluruh dunia
Ingat mengingati sesama Muslim adalah menjadi kewajipan, semoga ianya menjadikan kita lebih dekatNya
betul tu kak..zaman skang ni zaman selfish.. bile tegur sume ckp kubur masing2.. dikatakan kolot etc.. *sigh*
sebab tuh perlu saling ingat mengingati macam nih..seba x ramai sekarang nih yg jenis suka mendengar ceramah...x ramai sekarang nih yang ada kesedaran sendri...x ramai sekrang nih yg berani memikul tanggungjawab menegur apa yg d depan mata...kekadang msg seumpama ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan dan mengejutkan kita yg seakan alpa...thanks kakzakie...
Jumaat yg indah di lengkapi 1 n3 yg berunsur ingat mengingati sesama kita =)
Terima kasih atas peringatan akak. kdg2 nikmat dunia ini terlalu mengasyikkan smpaikan kita lupa, adanya hari pembalasan kelak.
betul tu kak.. kita hidup utk saling ingat memperingati.. lengkap melengkapi.. kita bknhidup sorg2 atas muka bumi ini maka setiap nasihat dan teguran itu adalah tanggungjawab sesama manusia utk agama.. segala dosa yg org keliling kita buat kita tahu dan nampak tp x nasihat kita pun berdosa sama.. Ingatlah bila kamu mati, segalanya org lain yg akan lakukan.. sememangnya semasa hidup ini mmg perlu ada org yg ambil tahu dan ambil berat tentang kita.. :)
Betul tu Kak Zakie, kita hidup di dunia tiada yg fana, hanyak akhirat kekal abadi... moga kite cepat sedar dan masih sempat untuk bertaubat..
betul tu kak.ayu sokong dgn kata2 akak..kita sini mampu berdoa untuk saudara kita disana;-(
thank for the share....rietta pown slalu alpa....
bagus tu kak..kekadang bila ada yg buat silap kita takut dan tak berani nak menegur....tq kak..peringataan bersama...
menegur orang kena berhati2 sebabkan kebanyakkan orang pantang ditegur...melenting2 bila ditegur walaupun jelas dan terang silapnya..
tq atas nice entry ni kak zakie, sama2 kita saling mengingati :)
terima kasih kak atas peringatan tu
tanggungjwb kite menegur kwn2 sedara mara mana yg teralpa tp kalu teguran itu jd punca permusuhan... kite doakan je semoga dia cpt beringat
akkkkk
suke ngan ayat akhir tuuu
saya pijam kata2 tuu buat renungan saya ye akk ;)
TQ akkk ;))
suka entry ni....
baru saya faham maksud gambar tu, sebab ramai dah org guna gambar tu sebagai pic profile di FB
XSUKA DGR ORG CKP KUBUR MASING2... lupa ke sape ytg uruskan dorg nanti bila dah xda...
muhasabah diri di hari jumaat yg tenang n mulia...
pentingnya sederhana dalam hidup..kalau orang ada itu ,ini,kita pun nak ada nak itu ini,habislah.
setuju kepada semua pengomen.:)
Peringatan di hari jumaat yg mulia... tq kak zakie
I've just found out the symbolic behind that pic. Chewahh! Sy speaking.
TQ Kakzakie di atas peringatan dan pelawaan.
=D
peringatan untuk kita bersama..
akak,
terima kasih krana ingat kan saya :D
sama jgk kak...ingatan buat diri saya juga :)
Betul tu kakzakie. Tak ada satu pun dibadan kita ni hak kita.
Besok bila dibicarakan semua anggota ini akan menjadi saksi atas segala perbuatan kita.
Satu lagi kita harus belajar menerima teguran...
Inilah foods for thought. Thanks for sharing kakzakie..
peringatan utk diri sendiri jugak...
Betul tu kak.. kita nie kdg2..perlu teguran juga untuk mengingatkan jika ada yang tidak elok..
terima kasih di atas peringatan ni kak zakie...
terima kasih kakzakie tolong ingat kan :)
ya, itulah pentingnya kita saling tegur menegur dan menerima seadanya teguran dengan hati terbuka.... Milik kita di dunia ini hanyalah oinjaman sementara
walaupun tak suka terima teguran senyumlah...mungkin kita tak nampak orang lain tahu...
tq Kakzakie info yang bagus...
info yang bagus
alangkah manisnya jika anak2 murid tingkatan 4k mampu menerima,...
mereka melayu, mereka seagama dengan kita, mereka Islam, tapi kenapa mereka liar dan biadab sangat..
tadi, esok cuti, sebelum balik mereka baling kerusi dan tong sampah dari tingkat atas!
anak india dan cina hanya tersenyum....
soalan sudah dibocorkan,apa mungkin jawapan dapat diucapkan
insyaAllah, semoga kita dibukak kan hati ke arah kebaikan
salam,
moga kita akan sentiasa bersyukur dgn segala nikmat yg dikurniakan allah... siapalah kita jika bukan allah yg mengurniakan segalanya buat kita...
banyak soalan bocor yg akan malaikat akan tanya dalam kubur pun orang tak beringat lagi...
Salam sejahtera KZ
Terimakasih atas ingatan!
Cuti ke mana?
Susah juga bila ada orang yang tak boleh ditegur. Tegur tu tanda sayang betul tak?
assalamualaikum..
terkadang kita dibuai mimpi, sedkit alpa..klu diingatkan berundur sedikit, membetulkan posisi kedudukan..terimakasih atas ingatan..
Sekadar menajdikan N3 ingatan buat kakak sebenarnya. Moga dlm sibuk mengejar dunia tidak lupa pada akhirat yg kekal abadi.
Terima kasih kakak buat semua:-
amirah. Aju Mohit, maya amir, SumeSakan, hanginsepoi2, Alisha Kirana, Queen Teratai, emme, are_linayu, Henrietta Jose, anitadiana, Aien Alien, Sara, redza, norhidana, ieda, aanie, Daddy Ziyyad (sama-sama kita sokong dari sini doc..), IntanBerlian (tapi masih ada juga yg ingat dia boleh masuk kubur tanpa org lain uruskan intan), Afazs, cinnamon.com, munna, Pok Amai-Amai, aizamia3, Aimie Amalina, Nini D, Kunang-Kunang, Rozita, pena rozie, Rinna, Hanis MY, Acu Sayang, Gen2Merah, Qhaifa Nur, aimaniman (sedih bila berdepan situasi begini - bagaikan dia akan hidup lama di dunia ini), onlajer, eira eixora, Areef Ibn Naim, Rai, Mama Ju, Ummi Iman dan Sal (harap kita terbuka utk membetulkan posisi tersebut).
Terima kasih sekali lagi dari kakak.
Post a Comment