Monday, May 14, 2012

Mama sayang semua

Anak yang ke dua balik Jumaat lepas. Sebelum pergi makan malam itu dua beradik sibuk bertanya papa kad siapa yang lebih cantik. Papa mestilah kata dua-dua sama cantik. Walau adik berkali-kali bertanya mana lebih cantik tetap si papa kata semua lebih cantik  Anak-anak aku memang tidak pandai melukis.
Tampal di papan putih - Adik tidak mahu kalah menggunakan kertas lukisan menandakan dia punya lagi besar. Si kakak kata dia duduk di asrama tidak ada kertas cantik dan alatan cukup. Masing-masing mahu menawan hati mama walau aku sebenarnya tidak ada rasa apa pun sebab walau bukan Hari Ibu anak-anak aku (mungkin sebab perempuan) mereka suka membeli/melukis kemudian di dedikasikan buat papa atau mamanya.
Keluar makan malam - Tidak berpuas hati  adik membeli ini. Kakak sudah memahami yang mama tidak kisah hal kad itu semua. Apa yang penting jadi anak yang baik. Besar-kecil, cantik atau tidak semua mama tidak kisah pun Semua anak mama sayang
Isi kandungan kad - Pemilihan yang mungkin dia rasakan sesuai untuk diberikan pada mama.

~~ Membaca sana-sini banyak terhurai hukum-hakam bila meraikan Hari Ibu. Aku sekadar membaca dan pendirian aku satu - ibu tetap perlu disayangi dan dihormati.~~






69 comments:

Hudalatip said...

Betul la kak, kasih ibu bawa ke syurga..btw cantik kad yang adik beli tu..

pena rozie said...

Banggakan jadi seorang ibu...

ajumohit said...

betul kak, asalkan sambutannya tidak menyalahi agama kita kan, kalau ikutkan membahagiakan ahli keluarga itu lebih mulia dan berpahala kan kak

Eye_nee said...

Hari2 pun adalah hari utk semua Ibu2 didunia...betul kata akk..begitu byk cerita begitu juga hukam hakam yg didengari....Nawaitu kita atas sambutan itu....

emma marini said...

Sooooo touching!

maya amir said...

saya x dpt ape2..anak2 & hsbnd lupe agaknye..termasuklah saya pun terlupe rupenye smlm hari ibu..saya pun rase hari2 pun hari ibu bapa kan kak.. hadiah2 ni hanya sebagai ingatan.. yg penting doa utk parents tu mesti ade:)

Unknown said...

ayu tunggu umai bagi kad 2-3 tahun lagi


bangganya ayu bila lihat kad2 istimewa dr anak2 kak...

selamat hari ibu kakakku

Darling Pya said...

kad yang simple but nice

amirah said...

anak perempuan memang pandai expresskan perasaan kan kak..dan pandai mengambil hati..

ibundo said...

sekadar ucapan, peluk cium menggambarkan luahan kasih sayang, apalah salahnya.. Ataupun makan-makan bersama keluarga bagi mengeratkan kasih sayang..
Mungkin anak-anak tidak boleh mengatakan selalu yang ibu di hati mereka.
Memang hari-hari adalah hari ibu. Berilah satu hari dalam setahun untuk ibu merasakan yang dia benar-benar istimewa di hati anak-anak dan keluarga.
Cuma.. janganlah salah gunakan hari itu sehingga ia menyalahi agama kita.

Mulan said...

pastinya semua anak2 kita sayang sama rata kan..

cheqna said...

bukan semua dapat peluang menjadi seorang ibu =)

Nini D.. said...

btol kak..ibu tetap dihormati & disayangi sepanjang masa..tak perlu hari2 tertentu untuk meraikannya :)

Unknown said...

raikan hari ibu bergantung pada niat kita...tidak semestinya ikut agama mereka tuu....jasa ibu kena ingat selalu.....best dapat penghargaan dr ank2 dengan kad yg dibuat sendiri kan..

Unknown said...

saya terharu bila dapat kad dari anak2 kak. Terharu dengan apa yg mereka tulis di dalamnya...

gadisBunga™ said...

"Anak-anak aku memang tidak pandai melukis." - tulus sangat pengakuan ni kakak! hihihi~

mama maman aka yana said...

alhamdulillah..:)

Kayu Manis said...

sayang kak..

Dylla Abas said...

terharu rasanya bila diri dihargai kan :)

p/s : selamat hari ibu!!

Unknown said...

hari-hari adalah hari ibu... bahagianya menjadi seorang ibukan.. hmmmm.. subhanallah (^___^)

eMMe said...

Kak Zakie, bahagialah hingga ke akhir hayat sebagai seorang ibu kepada anak2..moga...jasa kite sentiasa dikenangi anak2 kita...dan anak2 sentiasa mendoakan kita di dunia dan di akhirat, InsyaAllah...

kurus said...

rasa dihargai kan akk

ps : same lah saya
cuma saya x tunggu hari ahad utk ucap .. bulan mei je saya ingat ekkeke ;)

Masya said...

bertuahnya dapat kad hari dr anak² mesti seronokkan... tak sabar rasanya nak tunggu amir pandai buat kad macam ni untuk ibu...

faraherda.razalan said...

Manisnya!

Unknown said...

sebenarnya semuanya bergantung kpd niat kita kan kak...klu elok..eloklah jadinya...klu x elok mmg x elok lah jadinya...

lia pun cuma keluar makan2 dgn anak2..xder lah acara sambutan yg b'lebihan...

syiela said...

cara kita sambut tu yang penting.. saya pun setuju dengan kak...

biar apapun yg terjadi ibu perlu dihormati dan di sayangi...

norhidana said...

alah2 sweetnyer... mentang2lh dia yg bongsu, takmo kalah ngn yg lain2 yek... heheheh

Aien Not Alien said...

macam adik saya je....buat macam ni untuk mak :D


hari2 sayang mak!!

intan_blur said...

selamat hari ibu kak..;)smoga akk jd isteri n ibu yg solehah..insyaAllah.. ;)
yg penting niat kan..sume benda yg kite buat pun blandaskan niat..
wlupun x sehebat mane dorang buat..tp ttp comel dihati kite kan..klu intan dapat card dr ank2..mau menangis seminggu..hhehehehhe

makchaq said...

Anak-anak sekarang lebih peka..
Kita pulak kenalah hargai apa yang mereka bagi..

Zaman makchaq kecik hari jadi pun tak tau apa dan tak de sapa2 pun yang pernah ucap apa2. Tak sedar pun ianya berlalu..

makchaq said...

Anak-anak sekarang lebih peka..
Kita pulak kenalah hargai apa yang mereka bagi..

Zaman makchaq kecik hari jadi pun tak tau apa dan tak de sapa2 pun yang pernah ucap apa2. Tak sedar pun ianya berlalu..

Dr K said...

hari2 ialah hari ibu dan ayah ..kan kak? : )

ps: saya pun tak pandai melukis! ahaha

Cik Ecah said...

hari2 pun hari ibu... :D

aanie said...

adik memang xnak kalah....hehe....

selamat hari ibu kak....

nabilah_2908 said...

bersungguh2 adik.. :)

bab hukum tu...positifkan minda je la... :)

Selamat Hari Ibu tuk akak... :)

Kazman / Sue said...

cantik kadnya... selamat hari ibu jugaa...

Tie HT said...

tu lah risau plak pasal hukumnya tu..barat ni ske buat propaganda mcm valentines day tu...papepun selamat hari ibu.....yang saya anggap macam hari nurse, secretary..tapi pengorbanan ibu menagatasi pengorbanan semuanya :)

ct rahani said...

betul tu kak.. kasih ibu membawa ke syurga.. :)

aizamia3 said...

betul kak.. ibu tetap perlu disayangi dan dihormati.. dan kalau menyambutnya pun tak semestinya nak kena tunggu pada 'Hari Ibu' je kan..

@lfidah @dim said...

seronok dpt kad daripada anak..sy kena tggu adriana besar sikit..:D

HeNRieTTa JoSe said...

wah...sweetnye...nie yang makin teringin utk punya zuriat sendiri....rietta semalam blk jumpa mak ngn ibu....

pss....rietta pown ada dengar hukum hakam...tapi bg rietta, biarla nawaitu rietta xsongsang....sekadar meraikan ibu berdua...bkn macam yang diperkata...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kakzakie.. Anak Kakzakie macam anak saya, bila dia nak luahkan sesuatu, ditulisnya atas kertas kata-kata sayang, tak perlu tunggu Hari Ibu.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah.. baik anak2 akak bagi hadiah ni :-)

Syurga di bawah tapak kaki IBU.. :)

miloaiskurangmanis said...

cantik kad yg adik beli tu kak...

iols setuju kak... ibu/mak/mama atau apa jua panggilannya tetap perlu di sayangi dan di hormati...

Aine Ainun said...

istimewanya jadi Ibu...

hari2 adalah haro Ibu kan...
tiada yang mampu mengubahnya...

apdm said...

salam

untung kecik2 dah tahu menghargai.
yea..

ibu wajib dihormati dan disayangi tanpa kira harinya.

Qhaifa Nur said...

sangat kreatif anak-anak kita sekarang kan Kakzakie....

Mummy Sher said...

bestnye..kecik2 lagi dah pandai hargai mama..terharu rasanya tengok kad2 tu..;D

aliza said...

untung ada anak yg dah besar... mama bila la agaknya nak dapat kad hari ibu, kakak iman cuma sibuk nak beli hadiah tuk hari guru, hari ibu? agaknya dia x tau pun ada hari ibu... isshh tp yg penting kakak iman sayang mamanya...

LYAfrina said...

alahai..sweetnyer ank2 akak...msti tharu sgt2kan.. lya sokong kata2 akak.. ibu perlu dihargai setiap saat slagi bkesempatan..sesungguhnya kasih syg ibu tiada sempadannya

Teratak Hami said...

Saya pun dapat kad jugak walaupun tak cantik, tetap happy :-)

aby said...

salam k zakie ..
hari ibu dah lepas ...
kite tunggu hari bapa pula ..
kan hidup kena pandang ke depan ..

apapun
semoga bahgia disamping anak2 yg menyayangi ..

eira eixora said...

tak sabar nak tunggu dhiya amani besar. hehe!

ainhany said...

salam kak zakie,

selamat hari ibu ..yang mgg patut dan mesti diraikan..bukan disebabkan terpengaruh atau dipengaruhi..sekurangnya dengan adanya hari...'ibu' secara totalnya di ingati dan dihargai..( cu pun tak bijak unuk mnghujahnya dan memadailah memegang pandangan sendiri...)

alhamdulilah dan bertuah ..setiap anak mesti memiliki seorang ibu dan peliharalah hak2 mereka sewajarnya...Jgn mngundang neraka dan kemurkaan ALLAH...

jom sama2 doakan ibu ayah ..amin

Unknown said...

setiap hari adalah hari yang special utk ibu sepatutnya mcm tu lah kan bukan satu hari saja...apa pun hargailah ibu selagi mereka ada. suka tgk anakx2 akak hargai ibu mcm tu:)

Rozie said...

setiap hari adalah hari ibu...

Acik Erna said...

kakzakie..setuju apa yang kak pah tuliskan..juga katak kakzakie..ibu sentiasa dihati dan disayangi

fieda said...

semoga kita semua kan menjadi ibu yg terbaik..

sal said...

walau sepatah kata...rasa sgt gembira dpt kad drp anak...alhamdulillah

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakZakie

Alhamdulillah dapat kad daripada anak-anak tersayang. Betullah cantik ke tidak tu tak penting; yang penting tanda kasih sayang kepada bonda tercinta.

Kakzakie Purvit said...

Masa berlalu Hari Ibu kalau bimbang dipertikai tidak salah andai pihak berkuasa menukar tarikh agar ada wanita yg mulia ini diingati selalu oleh zuriat mahupun mereka yg pernah bergelar anak. Terima kasih kakak buat semua teman yg sudi memberikan komen N3 kakak ini:-

Huda, pena rozie, Aju Mohit, Eye_nee, Emma, maya amirCitarasa Rinduan, amirah, @cu Sayang, ibundo (setuju benar apa yg kakapah katakan - penting tidak melanggar nas-nas agama), mulan, amirfarina, Nini D, izan mama mia, Yus, gadisBunga, mama maman aka yana, cinnamon.com, Dylla Abas, eeiyss, emme, ieda, Masya, Pok Amai-Amai, Mamamya, Syiela, norhidana, Aien Alien, intan_blur, Makchaq (samalah kakak makchaq - kakak keluarga miskin tak mampu nak buat itu semua), Daddy Ziyyad, Cik Ecah, aanie, nabila_2908, Kazman/Sue, Tihara, ct rahani, aizamia3, alfidah adim, Henrietta Jose, Sari Yusa Ibrahim (mungkin anak perempuan begitulah Yus), Pokok Manggis DDR, miloais milo, Aine Ainun, Sisyira, Qhaifa Nur, Syerwieyna Muzzawer, aimaniman (tak lama iman pun sama sebab anak perempuan hatinya halus), Lyafrina, Teratak Hami, aby, eira eixora, ainhany (harap begitulah Cu - tangungjawab setiap hambaNya ada pada setiap insan), Nieza, Zie, Acik Erna (yg penting tidak membuat yg mungkar kan Acik), fieda, sal dan Kak Werdah (wa'alaikumsalam kak Werdah - anak kakak memang tak pandai melukis macam mama dia juga :) tapi selalu suka bagi kakak kad yg dia lukis walau pun bukan hari ibu).

Buat semua teman kakak terima kasih daun keladi, blog anda pasti kakak kunjungi. Terima kasih:)

adarnadzmie said...

cantik kad pemberian anak akak ni...
semoga kita sebagai ibu agar disayangi dan dihormati oleh anak2 sehingga ke akhir hayat...amin...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak zakie..apa kabar?terima kasih singgah ke umah atie ya.
Mmg syok aik bas kak...klu xg umah adik mmg xmerasa la naik bas.Masa bujang dulu mmg kerap la.
Sampai kakak atie kata..pandai atie naik bas ya..hikhik.
Sweetnya kad2 pemberian anak2..walaupon 'rupanya' xseberapa tp penuh dgn 'sentimentel value'.hikhik

are_lin@yu said...

bertuah akak ada anak2 mcm ni..;-)
bestkan jd ibu ;-)

duniaanita74.blogspot.com said...

betul tu kak..ibu tetap kita sayang..tak kira lah hari apa pun...ibu tetap di hati selamanya...

Anonymous said...

Kakzakie,

Kita ambik yang positif. Ingatan dan kasih sayang anak pada seorang ibu.

SumeSakan said...

betul tuh kakzakie...yg penting niat kita ikhlas untuk menghargai ibu kita...nak tunjuk kasih syg kan?tp klu hari2 cam nih lg rasa d hargai kan?tp x yah lah kad bagai kan?heheheheh

IntaNBerliaN said...

betoi tu kak.. ibu perlu dihormati..

bergantung pd niat kita..

Puan Kutu said...

anak2 akak ni memang sweet.hehe..pendirian sy sama juga macam kak zakie..:)