Monday, May 21, 2012

Doa dari teman-teman untuk teman-teman

Balik kerja jumaat lepas aku mendapat surat jemputan untuk ke majlis Yasin/Tahlil/Doa selamat kakak di belakang rumah. Kakak itu akan bertolak menunaikan ibadah umrah pada 23 Mei ini. Ramai juga yang hadir. Majlis yang santai bagaimanapun mengundang airmata bila kakak itu memberi sedikit ucapan memohon maaf dan doa moga diberi kesihatan yang baik sepanjang dia beribadah di sana kelak. Kakak ini sudah tidak mempunyai suami. Menumpang pergi bersama teman (wanita yang tikah - diperbolehkan sekiranya tiada mahram ketika menunaikan ibadah haji/umrah) satu taman yang pergi dengan keluargnya. 

Bermesra - Kakak Midah (tudung purple sebelah kiri) inilah yang akan menunaikan umrah tersebut
Puan Masnida - Kakak tadi akan bersama beliau teman kami satu taman yang akan pergi bersama keluarganya. Majlis yang sama juga diadakan di rumah beliau. Kami bersama memohon semoga ibadah umrah mereka terlaksana dengan mabrurah.
Selesai majlis - Bergurau dan berkemas. Bertudung hitam itu anak Kak Midah.

Kuah  - Padanan untuk mee kari yang disediakan tuan rumah
Cantik - Setiap kali majlis yaasin/tahlil set seperti ini pasti akan diletak dihadapan aku


Beehoon - Salah satu hidangan pada majlis tersebut
Kuih-kuih - Banyak kiuh-kuih tapi ada yang tidak dapat dicapture kerana ramai sudah yang mengelilingi meja.
Lengkung - Aku suka kuih ini dan tidak beringat makan walau ianya ada santan yang banyak. Sedap:)

Sebelum majlis selesai ada lagi seorang teman datang berbisik samada aku boleh membaca lagi pada hari Khamis ini untuk di rumahnya pula. Bimbang aku ada keuzuran katanya.Semoga aku diberi kesihatan dan tiada keuzuran untuk menghadirkan di majlisnya itu.


~~ Selesai majlis kami dikejutkan dengan hal kereta abang ipar Masnida menggelunsur ke dalam longkang sebelah rumah. Dentuman kuat menyedarkan semua yang ada. Aku tidak dapat capture gambar sebab ramai kaum lelaki ditempat itu. Bantuan orang ramai kata hubby sehingga hampir menjelang maghrib baru dapat dinaikkan kereta tersebut.~~



77 comments:

IntaNBerliaN said...

mesti dia trharu kan kak.. tu yg sampai nangis.. tp rasanya kalu sy pun 2x5 gak.. sbb sy ni pun jnis cpt je kuar airmata..hehheh

byk jugak mkanan dia buat yer.. :-)

Darling Pya said...

sedap nye lengkung tu kak
acu pun suka :)

Kakcik Seroja said...

Semoga urusan mereka dipermudahkan. Amin.

Kakcik suka lengkong hijau tu. :)

sekadar satu coretan said...

kakzakie..tergoda dah nii...tengok makan tu semua..dah ler posa hari ni..sedap jer semuanya tuu..

chewahh mcm2 kanak2 riang la plk..bila posa pantang tengok makanan...

SumeSakan said...

semoga ibadah umrah mereka berjalan dengan lancar dan dipermudahkan...

sedapnya kuih2 tuh...x breakfirst ag nih....lapor dan2...

Unknown said...

semoga perjalanan kakak itu menunaikan ibadah umrah berjalan dengan baik ya kak. Saya pun suka lengkong bersantan mcm tu kan. Sabtu lepas kenduri di rumah mak usu saya pun ada lengkong mcm tu....bedal tak hingat ...huhu

HeNRieTTa JoSe said...

sronoknya dgr citer org nk ke tnh suci....

are_lin@yu said...

semoga slmat jiran akak menunaikan ibadah umrah..beznya klu berpeluang pergi sana ;-)

Anonymous said...

Salam isnin akak..moga dipermudahkan urusan umrahnya..selamat pergi dan pulang..insyallah..sedap kuih tu...sy suka jgk

nur anis said...

semoga mereka selamat pergi dan pulang..hari tu makcik saya nak pergi umrah pun, keluar air mata dia..syahdu je..

faraherda.razalan said...

Agar2 santan tu mmg favorite sy. Yummeh!

Kayu Manis said...

SEMOGA DI BERI KESIHATAN YG BAIK..

MUDAH -MUDAH SEMUA SELAMAT SAMPAI DN PULANG.

adarnadzmie said...

semoga jiran kakzakie pergi dan pulang dengan selamat...amin... bayak tul menu...sedap2 belaka...:)

syiela said...

mesti dia sangat terharu dengan doa dari teman2.doakan juga moga jiran akak sihat dan dipermudahkan segala urusan semasa di sana nanti

doakan akak 'sihat' untuk menghadiri ke majlis seorang lg teman.

amirah said...

lengkung tu pun saya suka sgt!! lemakk..huhu

noor said...

klau nor pun sayu kak. mmg cantik teko tuh hihihi.. bila akak sebut lengkung ingt kat ayh nor dia panggil 'lengkung; jgk sbb org jhr panggil gitukan kak..

Munn Jaafar said...

semoga selamat pergi dan balik..sy tak sabar sgt nk tgk turn mak & ayah sy pulak ke sana... :)

ct rahani said...

wah sedapnya kuih lengkung tu kak.. feberet sy jugak klu byk santan.. lemak2 gitu.. semoga ibadah umrah teman2 akak itu berjalan lancar.. amin..

macam mana kete boleh tergelincir ke longkang tu kak.. lupa nak tarik hand brek ke? ngeri jer..

Cik Da said...

banyaknya makannan...semua nya sedap belaka...

aanie said...

agar-agar tu nama dia lengkung eh kak? fevret sy tuh....tahu makan je..namanya x tahu....

semoga mereka selamat pegi dan selamat kembali....

Kancil 8349 said...

wah meriahnya

Salmiza said...

Sempat lg ye kak ambik pic2 ni.. Byknya mknan..
Kak zakie ni ketua yasin pmpuan ke?

mama irfan said...

saya pon suka kuih lengkung tuh... tapi x tau plak selama ni kuih tu nama lengkung....huhu

mama irfan said...

saya pon suka kuih lengkung tuh... tapi x tau plak selama ni kuih tu nama lengkung....huhu

norhidana said...

seronok nyer kak dpt join majlis2 gini... dpt mengeratkan silaturrahim sesama jiran2... menu2 yg ada pun sedapnyer...

Tie HT said...

semga selamat mengerjakan umrah nanti insya Allah :)..
agar2 pandan tu kalo hubby saya boleh habis sepinggan..hehe :)

Ce'gu JAERA said...

nampak memang sedappp... selamat menunaikan Umrah buat mereka yang menunaikannya,....

duniaanita74.blogspot.com said...

semoga semua dipermudahkan olehnya...sedap-sedap menunya...

musang said...

bestnya dpt jd tetamu Allah

ieja amieja said...

semoga dipermudahkan segala urusan disana dan selamat beribadah buat mereka yg pergi..

Syed Salleh said...

Same goes to me, amin :)

(http://syedsalleh.blogspot.com/)

Dr K said...

Semoga jiran akak tu dipermudahkan urusan umrah nya..

Lengkung hijau tu saya pun suka sangat! :)

Aien Not Alien said...

semoga dipermudahkan urusan pergi dan pulang dari umrah dengan selamat...hidangan semuanya nampak menyelerakan la kak.. :D

Qhaifa Nur said...

semangat kejiranan yang makin utuh....

istimewa hidangan hari tu...selamat pergi dan kembali......

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak zakie..seronoknya bila dgr org pegi menunaikn Haji/Umrah.
Atie pon sentiasa brdoa agar dpt menjadi tetamu Allah,satu hari nan.Aminnn
Byk juadah yg disediakn oleh tuan rumah.
Semoga K.midah akan selamat menunaikn umrah & diberikn kesihatan yg baik.Aminn

matahati-aishahazhar said...

semoga urusan mereka di permudahkan...

Unknown said...

<< peminat setia lengkong santan :D

Ann Ishak said...

selamat pergi dan selamat kembali kepada kakak tu, tapi macam mana kereta tu boleh menggelungsur ke belakang kak?!!

kurus said...

alhamdulillahh ... bilalahh masa kita juga nak sampai utk melakukan umrah kan akk
saya memang teringin , tapi rejeki x mencukupi layie ;)

Afasz said...

semoga dipermudahkan segalanya ...amin >_<

miloaiskurangmanis said...

moga jiran akak sihat walafiat sepnajnag mengerjakan umrah di sana... amin...

gadisBunga™ said...

semoga mudah segala urusannya di sana insyaAllah...

eMMe said...

Kak Zakie, saya pun doakan kakak-kakak Midah dan Masnida selamat pergi dan pulang ke tanah air, semoga dipermudahkan urusan mereka di sana, InsyaAllah....

Unknown said...

Queen sendiri mmg teringin nak menunaikan ibadah umrah ni.. InsyaAllah ada rezeki lebih sampailah ke sana... :)

aizamia3 said...

moga mereka selamat pergi dan balik.. insyaAllah..

menu semua sedap2.. dan set cawan tu bertambah2 menariknya.. ;)

teruk ke keadaan kereta tu..?

Akak Kembang said...

seronok dgr org ke Mekah. Smg satu hari Alin akan ke sana jugak

fuad ansari said...

mungkin semua sedia maklum orang kuat majlis seperti kakcik akan kehausan terlebih dahulu di majlis sebegitu..tuyg diorang letak set minuman kat depan kakcik tu.. (gurau2 kakcik.. jgn marah.. ) (",)

Aliesha Kirana said...

seronok tgk majlis ni, makanan pun byk. semoga akak ni peroleh umrah yang mabrur! amin!!!

Saya Disini said...

nak karipap

Masya said...

nampaknya kenelah beli set macam tu juga kan.. kan...

alhamdulillahh seronoknya rasa hatikan kalau dijemput dan berpeluang kemajlis² bacaan yassin dan tahlil macam ni.. moga majlis diberkati..

Uncle said...

alhamdulillah semoga mendapat keberkatan!

Unknown said...

semoga dipermudahkan segala urusan.. amin....

Ruse Sulaiman said...

Seronok dengar orang pergi Mekah. Semoga dia sihat dan dapat menunaikan ibadah di sana.

Azian Elias said...

Akakkk,,sukanya kat lengkung ijau tuuu...

Azian Elias said...

Akakkk,,sukanya kat lengkung ijau tuuu...

emarieys said...

Semoga kawan akak selamat menjalani ibadah umrah..

mama maman aka yana said...

moga dpt kwn kakzakie mengerjakan umrah dgn senang dan dpt keberkatan.... :-)

mama ju said...

Salam sejahtera

Ya Allah benda yg tak disangka2 terjadi. Moga dia ok2 saja.

Nampaknya KZ ni org kuat kat taman tu. Teruskan.

onlajer said...

semoga dipermudahkan perjalananya

LYAfrina said...

smoga dipermudahkan n selamat pergi n pulang

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

macamana kete tue boleh masuk longkang??

ckLah @xiiinam said...

Buntang mata ckLah menatap juadah yang sedap sedap tu...



Punya ramai sahabat yang mendoakan kebaikan kita....pun satu rezeki juga, kan kak!

Unknown said...

meriah nyer dgn makanan...:)

Puan Kutu said...

lengkung tu sgt sedap kak.sy pun suka.semoga akk tu selama tpergi dan kembali..:)

lor nasib baik ada jiran2 tolong naikkan kereta tu ye

Maya Mayana said...

semoga dipermudahkan urusan mereka...

set tu pun dh lama menggamit hati yana kak..

semoga dipermudahkan urusan kakak juga...

Aine Ainun said...

Majlis diberkati..Alhamdulillah...

berkat doa semua..Insyaallah=)

ajumohit said...

Semoga dipermudahkan urusan ibadahnya ye kak, sedapnya lengkung tu kak, mmg my favorite nyum2

fieda said...

kak kuih tu mmg nmpk sedap sungguh la...

Unknown said...

lengkung tu agaq2 teluq ka kak zakie? hohoho

p/s: bahayanya... keta is penah jugak masuk longkang... longkang besaq jugak... elak keta lalu, masa baru2 bawak qeta dulu... berderau darah... tayar belakang dah masuk.. tinggai nak menggelungsur je...

nasib baik ramai kawan2 waktu tu.. dorang kasi support... turun semua, tekan minyak sikit, dah nek balik la tayar tu, cuma bumper ke apa tah yang kat bawah qeta tu cam retak sket... huhuhu

Unknown said...

lia n anak2 pun suka lengkung santan tu kak...klu bulan pose wajib buat :)lia suka yg santannya tebal... (w'pun tau kolestrolnya pun tebal hihihiii)

seronok bila dapat berita ada kawan2 yg dimurahkan rezeki dpt menunaikan umrah...insya'allah suatu hari nnti lia juga punya impian utk mejejakkan kaki ke sana....

Mulan said...

moga mendapat umrah yg mabrur.. seronok kalau jiran tetangga kuat silaturrahim sebegitu kan..

Unknown said...

seronoknya dapat ziarah ke makkah, kereta abg ipar akak ok tak? harap2 taklah teruk sgt yer...

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih atas doa-doa yg dititip buat teman/jiran kakak yg akan menunaikan umrah esok. Kereta abang tu ikut cerita berkemungkinan dia tak kuat tarik hand-break, ditambah keadaan jalan yang agak curam, naik dengan cara isi batu-batu dlm longkang kemudian tolak ramai-ramai.

Terima kasih buat semua yang memberikan komen: -

IntanBerlian, AcuSayang, kakcik, ainnoraini, SumeSakan, Yus, Henrietta Jose, are_linayu, TF, nur anis, Pok Amai-Amai, cinnamon.com, adarnadzmie, Syiela, amira, noor, Munnafendy, ct rahani, Aida78, aanie Kancil 8349, Salmiza, Mama Irfan, norhidana, Tihara, Gen2Merah, anitadiana, redza, ieja amieja, Syed Salleh, Daddy Ziyyad, Aien Alien, Qhaifa Nur, azatiesayang, Ratu Kebaya, Rai, Ann Ishak, ieda, Afasz, miloais milo, GB, Emme, Queen Teratai, aizamia3, Alin Marlini, fuad ansari (memang haus bila selesai membaca kan en fuad), Aliesha Kirana, Saya Disini, Masya, Uncle, Tentang kita, Ummi Iman, Azian Elias, Mama Ema, Mama maman aka yabna, Mama Ju, onlajer, Lyafrina, Be Simple Beb, ckLah@xiinam, Papa Mifz, Puan Kutu, Maya Mayana, Aine Ainun, Aju Mohit, fieda, eeiyss, Mamamya, mulan dan Santri TPINI.

Sekali lagi kakak ucapkan terima kasih kerana mendoakan teman kakak. Amin..

nabilah_2908 said...

lengkong santan... ;)

ramai sungguh yang perhgi umrah tahun ni... seronoknya... :)

Cik Ina Do Do Cheng said...

kak zakie sekarang ni musim pegi umrahkan.jiran cik ina pun pegi umrah 23/5 ni. banyaknya juadah , terliur plak dengan lengkung bersantan tu cam dah lama je tak merasa.

kereta tu lupa tarik hand break ke kak zakie?

Kasih Salina said...

semoga semua urusan dipermudahkan..seronok juga ye ada jiran tetangga yg ramah mesra camtu..

Kakzakie Purvit said...

Tidak ketinggalan terima kasih kakak pada: -

nabila_2908 (taman kakak lagilah sebab ada mutawif yg mastautin di sini), Cin Ina DDC (kakak suka lengkung ini CIk Ina. A'ah katanya begitulah lupa tarik handbreak) dan Kasih Salina (harap begitulah).

Terima kasih sekali lagi:)