Friday, June 29, 2012

Jalan pilihan

Jalan Titisan Nurani, - Sekadar hiasan N3 tidak membawa apa-apa maksud tersirat

Sungguh banyak penanda jalan
sendiri kena membuat pilihan

ada banyak jalan yang lurus
mencari yang cabang di hujung tidak terurus

oh...di sana ada warna-warni keindahan
tidak perlu syak dan waham

memilih jalan ini yang seronok
kerana sudah biasa dan tidak kekok

jalan kembali sentiasa terbuka
namun hayunan kaki mahu ke sana juga

hati berbisik, otak berputaran terus
seronok membuai rasa segalanya cantik dan lurus.

Bila nafas tinggal sekerat
kembali mahu pulang dari sesat
puas dari timur hingga ke barat
mahu kembali ke jalan lurus tidak larat

terkapai-kapai sendiri menahan sendu
sesal dan airmata merembes syahdu
kudrat melangkah kian layu
bibir terketar menahan sendu.....
mengapa baru kini tidak dari dulu


Sesungguhnya sesuatu kematian itu telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat barang sesaat. Telah banyak ayat-ayat untuk mengingatkan kita, namun masih menganggap jalan untuk ke penghujungnya masih jauh lagi.

~~Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Al-Munafiqun, 63:11)~~




Thursday, June 28, 2012

Liatnya orkid aku mahu berbunga

Bunga lagi!! Sebenarnya aku penggemar bunga orkid. Namun apa yang menghampakan aku selalu benar pokok ini lebih banyak daun dari bunga. Bertemu dengan seorang kakak Indonesia yang bertugas di nursery bagaikan bertuah. Dialah yang mencadangkan aku membeli sebotol baja sembur untuk bunga orkid dan sepeket baja seperti pil untuk bunga tahan lama. Sejak itu adalah sedikit bunga-bunga aku mahu memujuk hati aku yang selalu dikecewakan.

Kuning+coklat  - Orkid ini agak lasak dan aku letak di halaman pun boleh juga berbunga walau tidaklah banyak. Arwah mak dulu panggil orkid ini orkid jengking. Aku sedang mengendeng kakak aku punya yang berwarna merah untuk species ini.
Boleh diharap - Adalah juga 2-3 kali si purple ini berhasil. Mula berbunga dulu 4 kuntum saja. Aku ada species yang sama dengan ini tetapi berwarna kuning hijau dan masa ini tidak berbunga lagi.
Satu lagi -  Bercinta menanti dia hendak keluarkan bunganya yang kuning purple. Masa membeli sudah berbunga cantik, bila habis bunga asal punyalah lama menanti dia mahu berbunga semula.
Duduk di halaman juga - Kuning kecil-kecil aku jadikan satu dengan anggerik putih . Sebenarnya anggerik aku selalu banyak berbunga tetapi masa ini sudah luruh tinggal dua saja. Dua species inilah yang rajin berbunga. Nampak  ada daun ulam bebuas (tanam disebelah) telah mengganggu pokok orkid kecil ini.


~~ Walau bunga-bunga orkid aku liat untuk berbunga tapi aku gigih membelek sampai selalu kena sindir dengan hubby "sebab belek selalu dia jadi manja langsung tak mahu berbunga".~~

Wednesday, June 27, 2012

Bunga kenangaku dan penyeri pasu




~~ Sibuk setiap kali cuti - sudah tidak terurus semaknya pasu bungaku~~

Tuesday, June 26, 2012

Ceramah Israk mikraj

Malam sabtu lalu surau taman perumahan kami mengadakan ceramah bulanan. Kali ini bersempena israk mikraj. Rata-rata telah tahu hal ini. Perjalanan baginda rasulullah selama 3/4 malam sahaja dari jam 6 malam hingga 6 pagi  dan baginda kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Rasulullah menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, satu kewajiban yang wajib dikerjakan umatnya hingga kiamat. Bayangkan kalau kita kena bersolat 50 waktu sehari.

Renungan untuk kita bersama bagaimana baginda dipertemukan senario golongan yang menghantuk dan memecahkan kepala sendiri, makan daging mentah dan busuk, menggunting lidah dan banyak lagi yang kita semua telah tahu sebab itulah yang diulang saban tahun. Bahkan banyak lagi kejadian yang ditemui baginda. Sekadar sesama kita beringat bila rasulullah pun ngeri ketika Jibril menerangkan itulah seksaan kepada mereka yang suka meninggalkan solat, balasan orang berzina, suka mengadu-domba, mengumpat, membuat fitnah dan sebagainya. Realiti dalam kehidupan kita hari ini sering perkara ini terpapar di depan mata. Sedihnya. Bersamalah kita ingat-mengingati.

Ustaz Hj.Abd. Razak  - Penceramah undangan pada malam itu. Santai sebab sekadar ceramah bulanan kami tukarkan jadi ceramah Israk Mikraj. Biasanya ceamah tamat sebaik tiba waktu Isyak. Kali ini panjang sedikit ceramahnya kerana terlebih sedikit dari waktu solat Isyak (berhenti untuk memberi laluan azan dan disambung lagi ceramah dalam 15 minit baru kami solat isyak).
Jemaah perempuan  - Tidak tahu siapa yang tolong snapkan gambar ini sebab aku serahkan beg pada beberapa anak dara yang duduk di luar beranda tolong jagakan beg aku.
Lagi jemaah perempuan - Aku rasa ada kakak atau mama pada anak dara yang tolong ambilkan gambar ini sebab itu dia tuju arah sini. 

~~ Betapa maha pengasihnya Allah kerana walau besar mana pun silap kita tidak pernah ditunjukkan di depan mata akan dosa itu. Cuba banyangkan kalaulah Allah bagi balasan contohnya oksigen itu hanya untuk mereka yang taat, lama sudah aku ini terkujat tidak cukup nafas selalu.~~


Monday, June 25, 2012

13 tahun sudah di mukabumi ini

Hari Jumaat itu papa sudah menjemput Kak Nurienne balik. Hari Sabtu pula Kak Yasmien sudah menelefon papa-mama. Kami tahu dia bimbang kami lupa. Namun sebenarnya hari Sabtu itu mama ada tugasan perlu dibereskan di pejabat. Tunda ke hari Ahad baru kami sekeluarga ke asrama Kak Yasmien.

Puas sudah merentas benua
di sini juga akhirnya bersua
23hb Jun tarikh sebenarnya
setahun lagi bertambah usia

Berdoa - Semoga mendapat limpahan rahmat dan hidayah Allah sampai bila-bila
Begitulah lumrah hidup di dunia
tanah tumpah darah sukar dilupa
kerana tidak tinggal dengan keluarga
sambutan di asrama ini kali pertama

Duduk di kantin - Menjamu di meja kantin sekolah kerana di sini ada kipas angin berbanding di pondok/pergola halaman semalam amat panas cuacanya.
Hujan emas di negara orang lain
hujan batu di negeri sendiri
pesan pizza hut bukan main
tidak lupa kek secret recipe

Makanan - Set Pizza dan lima potongan kek secret recipe

Pengalaman diraih jauh di sana
kembali di sini turunkan ilmu
pilihan kakak dan adik sebenarnya
berharap yang dirai juga setuju
Tidak habis - Baki makanan bahagikan untuk Kak Nurienne bawa balik ke asrama  dan Kak Yasmien naik ke dorm.
Selesa bekerja di tempat sendiri
susah senang sudara-mara di sisi
terasa cepatnya masa pergi
sudah 13 tahun Yasmien kini


~~ Bila anak meningkat usia remaja bererti mama-papa menginjak usia tua.~~

Friday, June 22, 2012

Niat baik belum diizinkan Allah

Hari Isnin yang baru lalu. Baru saja sayang-sayang dan bersalam dengan adik untuk masuk tidur tiba-tiba ada suara lelaki memberi salam. Hubby menjawab salam sambil tangan kelihatan mengambil kunci. Tidak pasti kunci kereta atau kunci motor sebab kunci rumah tiada di dalam bilik. Malas keluar aku membiarkan saja hubby melayan tetamu yang datang. Dalam hati berdetik juga kalau dia lama kenalah juga aku ke dapur.

Tidak sampai 15 minit hubby sudah masuk dan bercerita. Remaja lelaki yang sedang bercuti semester mahu meminjam motor untuk tempoh sebulan. Bekerja sementara bercuti mahu mencari duit saku. Hubby yang menawarkan sebab sewaktu di surau dia ada menyuarakan masalah untuk dia ke tempat kerja. Sebelum ini dia berkongsi motor dengan temannya tetapi tiba-tiba shift kawan yang ditumpangi ditukar. Akibatnya dia tidak ada kenderaan.

Namun sayangnya dia tidak pandai menunggang motorsikal Jaguh. Kami hanya ada dua buah motorsikal berbanding kereta kami ada lima kereta buruk termasuk kereta syarikat. Mahu meminjam motor Honda mestilah tidak boleh sebab itu untuk kegunaan Mak Zah mengambil adik balik dari sekolah setiap hari. Hubby mencadangkan dia memilih antara dua kereta buruk kami yang lain tapi dia pula tidak pandai memandu kereta manual. Dua kereta ini tidak kami gunakan untuk kemana-mana, kalau setakat satu-dua bulan apa salahnya dia meminjam. Akhirnya malam itu dia pulang dengan tangan kosong. Hubby hampa sebab tidak dapat membantu.

Remaja ini baru 19 tahun dan remaja yang baik kalau ikut pandangan mata kami. Selalunya bila tiba bulan ramadhan dan dia ada bercuti pasti akan dijadikan salah satu imam pilihan untuk solat terawih. Bukan ustaz tapi seorang Hafiz. Sejuk mata memandang airmukanya. Sebab itulah hubby tidak keberatan kalau dia yang mahu meminjam.


~~ Bukan semua niat baik kita Allah laksanakan walau untuk tujuan baik. Harapan kami moga adalah teman lain yang sudi menumpangkan dia ke tempat kerja.~~

Thursday, June 21, 2012

Makan di warung tepi jalan

Kisah ini ketika pergi menjenguk kakak-kakak di asrama pada hari Ahad lepas kami singgah disatu warung.

Pandai dia pilih nama - Makan dengan penuh kasih dan sayang. Nama kampung pembuat sos ini Kampung Parit Sayang di Benut.
Kwee teow goreng - Masuk warung sudah lewat. Nasi campur pun lauk tinggal sisa. Order ini sebagai pengalas perut makan curah sedikit sos sayang itu. Sedap...

Adik punya - Biasalah adik kalau masuk warung makanan yang dia suka mee/beehoon sup.

Bukan dua pinggan - Mama keluarkan dari mangkuk dan masukkan ke dalam pinggan sebab panas sangat. Adik sudah lapar lalu mama asingkan kuah sup yang panas dari isi-isinya. Masakan orang kampung terasa sedap. Licin adik makan.

~~ Makan di warung begini kuantitinya banyak tetapi harga sangatlah murah. Kalau ikutkan segala isi dan perencah pun boleh setanding restro yang berganda-ganda mahal harganya.~~

*Agak sibuk dari semalam petang hingga hari kini - maaf andai blog anda tidak dapat saya jejaki.*

Wednesday, June 20, 2012

Hadiah Papa - Sesuai untuk seisi keluarga






~~ Lengkap dengan langkah demi langkah dan gambar berwarna sebagai panduan.~~



Tuesday, June 19, 2012

Comel, cantik, unik dan memikat

Pemanduan balik kerja semalam terasa lancar. Bunga-bunga keindahan bagai sudah dapat dirasakan. Tiba di rumah sebaik salam bersambut dengan suara adik ada bungkusan di tangannya. Hati berdetik pasti dari SisSyira teman penganjur Contest kata-kata indah. Alhamdulillah blog aku tersenarai sama untuk menerima cenderahati darinya. Terima kasih SisSyira.
Syira
Comel - Inilah header tuan punya blog yang memberikan cenderahati cantik, unik dan memikat.
Cantik - Setuju bila aku katakan cantik cenderahati dari SisSyira ini.
Yang comel itu si pemberi
yang cantik pula cenderahati
yang uniknya ukiran terpetri
dan pastinya memikat sanubari
Memikat - Menggamit mata untuk menatapnya

Tidak rugi mahu mengenali
mahu mencuba klik di sini
seronok membaca setiap entry
sekali baca pasti datang lagi
Berdiri di atas almari - Belum sempat menggantung di dinding, sementara ini aku sandarkan di tepi bakul hiasan.
Syukran jazilan ucapan diberi
buat SisSyira dan juga suami
dipanjangkan umur dimurahkan rezeki
moga hidup sentiasa diberkati


~~ Setiap kali mendapat sesuatu dari teman sesama blogger hati ini terlalu gembira bercampur sayu. Apa lagi pada blogger yang selalu berkunjung ke sini terasa dekatnya di hati.~~





Monday, June 18, 2012

Memujuk hati bila terjadi seperti ini

Kejadian ini semua terjadi pada hari Sabtu lepas.
Pancutan air tetapi bukan air pancut - Selalunya pemanduan hari Sabtu ke tempat kerja merupakan hari yang paling selesa kerana tidak ada kesesakan jalan tetapi disebabkan 'air pancut'  yang terjadi dengan tidak sengaja ini di tepi jalan akibatnya jalan menuju ke JB sesak bagaikan ada banjir. Begitu juga jalan menuju ke utara juga mendapat simbahan air ini. Air juga memenuhi ruang jalan raya.
Balik kerja tengahari - Dua lori ini boleh menutup jalan dengan alasan sedang menjalankan tugas menampal mana-mana jalan yang berlubang. Hairannya dia boleh parking di kedua-dua laluan. Membiarkan semua yang dibelakang menunggu dia menampal. Apa salahnya ambil satu laluan dengan satu parking di depan dan satu di belakang. Dengan cara itu bolehlah kenderaan lain bergerak bila lampu isyarat hijau di satu lagi laluan.
Menampal jalan berlubang - Lihatlah dua-dua lori mereka parking di lampu isyarat di sini, dia bekerja di laluan sebelah sana. Lampu isyarat hijau berkali-kali pun kami di sini masih tidak boleh bergerak. Bunyi hon yang bertali-arus bagaikan berada di Arab Saudi langsung tidak dipedulikan oleh mereka.



~~ Agenda dan jadual yang kita telah susunaatur kadang-kala tergendala hanya kerana adanya perkara seperti ini.~~




Friday, June 15, 2012

Ingatlah tangan dan kaki

Entah mengapa terasa ingin membelek tangan yang tidak cantik ini. Bukan tidak bersyukur kerana aku juga masih boleh bercincin lagi. Boleh menulis dan menari-nari di atas keyboard lagi. Lengkap juga sepuluh jejari yang sempurna dengan kuku. Terima kasih Allah. Namun dalam pada aku membelek jelaslah kelihatan banyaknya parut-parut angkara kena pisaulah, kena kuali panaslah kena minyak panaslah dan sekarang hujung tiga jari sebelah kiri terasa kasar dek tujahan jarum kerana menyembat/menjahit baju raya.

Melihat kaki terasa lagilah molek. Walau duduknya di bawah tidak ada pula calar-balar. Lagi beruntung setiap pagi selepas dilosyen dapat pakai setokin. Sebab itulah agaknya kaki lebih cantik dari tangan. Namun kakiku usahlah engkau berbangga. Walau apapun juga kedua-dua 'engkau' tangan dan kaki aku amat memerlukanmu selagi hayatku masih ada. Begitulah sinonomnya antara orang yang duduk di atas dengan mereka yang duduk di bawah - semuanya ada tugasan dan tanggungjawab yang berbeza bagi menggerakkan sesebuah organisasi tersebut. Tidak perlulah beranggapan siapa lebih diperlukan.


~~ Wahai tangan dan kaki sesungguhnya kelak engkau akan menjadi saksi atas setiap perlakuan yang aku lakukan bila mana ketika dan detik itu mulutku tidak mampu lagi untuk berbicara.~~

Thursday, June 14, 2012

Jemputan terakhir sebelum cuti sekolah berakhir

Memenuhi jemputan perkahwinan staff hubby di Kampung Parit Kahar, Air Baloi. Hampir-hampir tersesat sebab tidak pernah sampai di sini walaupun sama-sama di negeri Johor. Inilah jemputan terakhir kami hadiri sewaktu musim cuti sekolah yang baru lepas.

Saujana mata memandang - Susur keluar dari tol Sedenak masuk jalan menghala ke Air Baloi. Bertemu ladang nenas ini. Adik kata boleh tak minta sebiji. Macam mana tidak ada tuannya.. Bimbang tersesat hubby siap bertanya pada satu adik di warung untuk ke rumah pengantin yang bertempat di Kampung Parit Kahar, Air Baloi.

Kompang - Sebaik kami tiba kedengaran kompang pengantin dipalu. Adiklah yang suka sangat sebab jarang bertemu masa yang tepat seperti ini. Biasanya kami sampai samada pengantin telah selesai di arak atau belum masanya lagi untuk bersanding

Sepasang - Kedua-dua lelaki itu adik-beradik. Lelaki sebelah kanan itulah staff hubby. Kata hubby dia merupakan salah satu pekerja yang sangat baik dan rajin. Kalau performance appraisal memang tinggilah markah dia dapat.
Goodie bags - Setiap yang hadir diberikan ini sebagai ole-ole.
Isi dalam - Ada air kotak, cawan comel, love letters (maaf bahasa Melayu kuih apa ye), kuih bangkit, bunga telur dan muffin.

~~ Ramai yang terpaksa berdiri menanti kerusi kosong. Baru aku tahu pihak tuan rumah mengadakan cabutan nombor bertuah pada kerusi yang diduduki. Akibatnya selesai makan pun masih tidak mahu bergerak. Aku rasa kurang sesuai melainkan para jemputan disediakan reservation. Pertama kali aku temui ada cabutan nombor betuah dimajlis kenduri kahwin. Mujur pengantin segera menyediakan tempat duduk untuk kami sekeluarga yang sedang berdiri menanti.~~



Wednesday, June 13, 2012

Siapa buat kek oren mama terluka?

Bukan untuk keluarga tapi untuk Yasmien & teman-temannya


Tuesday, June 12, 2012

Buat cobler peach sebelum mulakan persekolahan

Tarikh: 10-06-2012
Masa: Selepas mama selesai masak di dapur

Tiba-tiba singseng lengan dan membuka cabinet dapur. Mama dan Mak Zah sibuk mengemas mana yang patut untuk mereka bawa bekal balik asrama. Hari itu mama masak nasi bukhari, gulai kari ayam, daging masak merah, paceri nenas, sedikit timun+carrot dan buat juga salad+mayonis. (gambar pasti tidak ada kalau mama yang masak tapi anak-anak bila masak ada camera di sebelah mereka). Lihatlah...


Lappy masuk dapur - Nurienne punya kerja. Bila resepi dari N3 blog yang tidak boleh dicopy-paste-print dia akan bawa masuk ke dapur sekali.
Renyuk - Sampai renyuk dikerjakan bendalah ini olehnya.
Cobler peach - Sebelum dibakar cair kelihatannya mama mula pun tidak sangka boleh jadi. Dia gunakan tepung gandum biasa, butter, bikarbonat, peach dalam tin dan serbuk kayu manis. Resepi ini mama pun tak pernah buat hihi...
Siap - Sedap juga mama rasa. Bolehlah tahan sebab mama pun tak terbuat.

~~ Bawa bekas ini dan tutup dengan aluminium foil ke asramanya. Masuk dapur sudahlah lewat, selesai masuk oven baru mahu iron baju balik asrama. Aku memang tidak benarkan Mak Zah buat - biar mereka belajar buat sendiri. Mujur juga mama telah selesai membaking kek untuk Kak Yasmein sebab hari pertama ada makan-makan bersama teman satu dorm. Kek mama biasa saja tidak ada solek-solek cuma campur dengan parutan buah oren saja.~~



Monday, June 11, 2012

Ramai-ramai ke Perahu

Mengakhiri perjalanan sewaktu cuti sekolah tempohari sempat singgah di kampung hubby di Batu Pahat. Malam itu kami berramai-ramai ke Restoran Perahu di Bandar Batu Pahat. Anak-anak seronok bersama Aisyah (nama asalnya di surat kelahiran Nur Qistina - ini nama pilihan keluarga asalnya) satu-satunya anak yang Mak Noi dan Abah Dol ada. Hampir setahun dia telah menjadi milik keluarga kami.

Ketam  - masak masam-manis pilihan adik dan Yasmien
Tomyam sayur - pilihan mama dan Mak Zah
Puyuh goreng - kesukaan anak-anak mama
Sayur kailan - Dua kali kena tambah sayur ini
Baby squid - Goreng lada hitam
Udang goreng butter - rangup.
Taufu jepun claypot - setiap kali kami makan di sini tak pernah tinggal order yang ini
Sekeluarga - lihatlah Aisyah makannya sedikit tapi minum air selagi dia nampak di depan mata.  Main senduk-sudu lagilah dia suka. Adalah riuh seperti waktu anak-anak berusia setahun-dua dulu. Aku suka.
Selera - Makan beramai-ramai memang menyelerakan dengan melayan kerenah si comel Aisyah lagi.
Air-air minuman - sebenarnya ini hidangan yg mula-mula sekali keluar
Licin - Tidak bersisa. Ada seketul-dua burung puyuh  yang tinggal itupun dihunggis di dalam kereta. Pinggan putih kosong di tepi kiri asalnya ada seekor kerapu masak tiga rasa. Entah kemana gambar tidak ada. Mesti anak mama pun sudah leka.
Buku menu - Semua menu terdapat di dalam buku ini.


~~ Berbanding di JB terasa amat berbaloi makan di sini. Walau makanan penuh meja panjang namun harga tidak mencecah tiga ratus pun. Tukang membayar pun senyum lebar.~~