Hari Isnin yang baru lalu. Baru saja sayang-sayang dan bersalam dengan adik untuk masuk tidur tiba-tiba ada suara lelaki memberi salam. Hubby menjawab salam sambil tangan kelihatan mengambil kunci. Tidak pasti kunci kereta atau kunci motor sebab kunci rumah tiada di dalam bilik. Malas keluar aku membiarkan saja hubby melayan tetamu yang datang. Dalam hati berdetik juga kalau dia lama kenalah juga aku ke dapur.
Tidak sampai 15 minit hubby sudah masuk dan bercerita. Remaja lelaki yang sedang bercuti semester mahu meminjam motor untuk tempoh sebulan. Bekerja sementara bercuti mahu mencari duit saku. Hubby yang menawarkan sebab sewaktu di surau dia ada menyuarakan masalah untuk dia ke tempat kerja. Sebelum ini dia berkongsi motor dengan temannya tetapi tiba-tiba shift kawan yang ditumpangi ditukar. Akibatnya dia tidak ada kenderaan.
Namun sayangnya dia tidak pandai menunggang motorsikal Jaguh. Kami hanya ada dua buah motorsikal berbanding kereta kami ada lima kereta buruk termasuk kereta syarikat. Mahu meminjam motor Honda mestilah tidak boleh sebab itu untuk kegunaan Mak Zah mengambil adik balik dari sekolah setiap hari. Hubby mencadangkan dia memilih antara dua kereta buruk kami yang lain tapi dia pula tidak pandai memandu kereta manual. Dua kereta ini tidak kami gunakan untuk kemana-mana, kalau setakat satu-dua bulan apa salahnya dia meminjam. Akhirnya malam itu dia pulang dengan tangan kosong. Hubby hampa sebab tidak dapat membantu.
Namun sayangnya dia tidak pandai menunggang motorsikal Jaguh. Kami hanya ada dua buah motorsikal berbanding kereta kami ada lima kereta buruk termasuk kereta syarikat. Mahu meminjam motor Honda mestilah tidak boleh sebab itu untuk kegunaan Mak Zah mengambil adik balik dari sekolah setiap hari. Hubby mencadangkan dia memilih antara dua kereta buruk kami yang lain tapi dia pula tidak pandai memandu kereta manual. Dua kereta ini tidak kami gunakan untuk kemana-mana, kalau setakat satu-dua bulan apa salahnya dia meminjam. Akhirnya malam itu dia pulang dengan tangan kosong. Hubby hampa sebab tidak dapat membantu.
Remaja ini baru 19 tahun dan remaja yang baik kalau ikut pandangan mata kami. Selalunya bila tiba bulan ramadhan dan dia ada bercuti pasti akan dijadikan salah satu imam pilihan untuk solat terawih. Bukan ustaz tapi seorang Hafiz. Sejuk mata memandang airmukanya. Sebab itulah hubby tidak keberatan kalau dia yang mahu meminjam.
~~ Bukan semua niat baik kita Allah laksanakan walau untuk tujuan baik. Harapan kami moga adalah teman lain yang sudi menumpangkan dia ke tempat kerja.~~
72 comments:
Assalamualaikum kakak...
Morning!!!
Nawaitu dah tepat tu kakak. xpelah nak buat cemanakan.
Sounds nice boy. Sejuk juga hati kakya membacanya.
:)
ermm sayangnya bila kita mahu membantu tapi dia plak ada masalah untuk bawa kenderaan2 tu kan..nak buat mcmna niat nak tolong tu dah ada tp mungkin tak diizinkan dan mungkin Allah tu nak bantu dia dengan cara @ jalan yang lain..
Allah..kesian nyer...tak sempat ke kalo dia nk belajar bwk Jaguh tu?
Sedih pula kakcik membaca catatan ini. Kakcik terbayangkan Lukman dan Bakri (anak2 angkat kakcik)...
terharu rasa dengan pertolongan yang ingin dihulurkan...tapi apakan daya kan kak..macam akak cakaplah bukan semua niat baik kita Allah laksanakan walau untuk tujuan baik.... mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
kesian pulk kat budk tu mudahn dia mendapat kmdhn yg lain....
mgkin ada hikmahnya kak...
mungkin ada hikmah sebaliknya akak, niat akak nak membantu tu cukup baik.. harap ada insan lain dpt membantu remaja tu..
Jika sudah bukan rezekinya kan kakzakie...tak apalah mungkin ada cara yg lain atau pertolongan dari insan lain pula kepadanya....
xpe...smoga adik tu akan mendapat cara lain & insyallah dipermudahkan allah swt
salam kenal kak..stiap kjadian pasti ada hikmahnya..myb bkn arini kak skluaga akn bntu dia..
insyaAllah..moga Allah permudahkan jalan untuk pemuda itu.
sedih rasanya bila x dapat membantu kan kak...insya'allah mungkin ada hikmah disebaliknya... mudah2an ada yg dapat membantu adik tu..
TAHNIAH kak zakie!!
InsyaAllah kak.. pasti ada yg membantunya dan perancangan Allah ada yg lbh baik.. :)
subhanallah...baiknya hati kakak dan abang. Mudahan ALLAH berikan pahala atas kebaikan yang dihulurkan...ditawarkan..( DIAh tak pernah lupa..!!)
Alhmdulilaah...orang yang baik ditemukan degn orag yang baik..begitulah fitrah ALLAH bagi org yang berfikir...
pssssst....bertuahlah kan ucu kenal akak...Nak tiru buat kebajikan yang besar2 tak mampulah..sekadar buang duri tepi jalan boleh laa...insyaaALLAH.Doakan adikmu jua . Amin
salam..
kak zakie ada anak dara kan?
ada can nak buat menantu tu :)
niat yang baik tetap dpt pahala walau tak tercapai hajat niat itu...adalah hikmahnya tu...
sejuk hati baca..masih ada lagi remaja yang boleh diharap zaman sekarang ni..kalau dekat boleh kami pinjamkan moto honda..da lama tersadai sbb kami guna kereta je.. dari tak digunakan berkarat baik diberi pinjam kan..
klu niat kita baik. insyaallah akan dipermudahkan jalannye!
semoga remaja tersebut akan bantuan yg sewajarnya..insyaAllah
Alamak! DIa tak pandai bwk la pulak. Tp tak pe....sekurang2nye die jujur. Klu ditibai gak, takut t jdk pape kan? Huuuu~
Niat baik dah ada kak..tak terlaksana bukan atas sebab kesalahan akak..insyaAllah dipermudahkan urusan buat anak muda itu..
susah tumpang org ni...dah tak sama syif pulak dah.semoga dia dapat cari penyelesaian....mungkin org lain dapat bantu dia...;)
niat pon dapat pahala.
semoga berterusan amalan kita.
walau niat baik akak sekeluarga tak kesampaian, tapi besarnya ganjaran pahala dari Allah atas niat baik tu, hanya Allah yang maha mengetahui.
:)
terasa sejuk aje kak bila baca n3 ni..tiba2 rasa mcm nak menangis pulak..
terharu amie dgn baik budi akak dan suami ni..bkn senang kita nak percaya orang di zaman ni. moga niat baik akak dan suami mendpt ganjaran baik insyaAllah
Subhanallah...
Baiknya hati kakZakie dan suami...
Semoga Allah murahkan rezeki keluarga akak.
setuju dgn akak..apapun moga Allah balas segala kebaikan yg akak n keluarga lakukan :)
sedih rasanya bila tak dapat membantu.. tapi kita doakanlah moga ada insan lain yang sudi membantu dia.. insyaAllah..
Salam jumaat Kak Zakie..
rindu kat akak..
Yun bz sket skrg ni..
Harap akak n family sihat2 sentiasa..
wahh bagusnyaa family akak ni ya.. Tu lah kan, bila kita sentiasa berbuat baik, orang lain pun akan senang hati untuk menolong kita.... Bila kita jujur, orang akan sentiasa percaya dengan kita...
sentiasa lah berbuat2 baik
kesian jugakkan kak.. x pe la, sekurang2nya niat akak nak menolong tuh dah dapat pahala.. semoga urusan remaja tuh dipermudahkan Allah.. :)
insyaallahh kak
sure ada tuu nanti
niat dia dah baik kann
sejuk perut mak pak dia kan akk ;)
seronoknya baca cerita akak ni, saya kagum dengan kebaikan akak and hubby, agaknya bolehkah saya jadi macam ni, kesian pada adik tu, insya allah kalau niatnya baik, allah permudahkan
baca entry ni pun sejuk jer kak..moga dipemudahkan urusan adik tu... :)
assalam kakzakie..semoga ada insan lain yang sudi membantu remaja tu
insyallah.. doa kak dan suami jua sahabat y lain..
pasti budak itu akan jumpa jalan penyelesaiannya..
sama2 kita doakan moga dipermudahkan
dh ada niat yg baik pon dh dpt pahala kan kak =)
takpela sesama kita doakan urusannya dipermudahkan Allah
niat pon dah dapat pahala...
toucing pulak ita baca kak....mulianya lah...
mulia sungguh Kakzakie sekeluarga...tak luak kita kongsi bersama jika berlebihan..doa mereka membantu kita disana jua...
niat tu penting! insyaAllah~
Moga dipermudahkan urusan hafiz itu kak..Insya Allah, ada lah jalan keluarnya..
Byk nya kereta akak..sampai 5 biji..hehehe
salam kak.thnks sudi singgah blog zila yer..terharu pulak membacanya..insaalah akn menemui jalan keluar..
Adakala kita rasa sedih bila tak dapat nak tolong. Tp nak buat mcmana tiada rezeki dia dan keluarga akak untuk membantu. Apa pun hanya Allah yg tahu niat kita.
niat dah ada tp belum ada rezeki membantu ye kak.... sian ngan bdk tuh... kalu naik kenderaan awam takleh ke kak..??? ke takde kat situ...
Assalamualaikum..
Apa khabar Kak Zakie? Baik sungguh hati Kak Zakie dan suami.. Selalu berbuat baik dengan orang lain, dan tidak berkira.. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan akak.
Moga pemuda itu dapat bantuan yang dinginkan..
p/s : Kak, Songmart dah buka di Skudai..? Ada plan nak beli barangan dapur tak..?
takde rezeki nak tolong....
mgkin ada bahagian lain utknya.. :)
Insya Allah pasti ada jln keluarnya tuu...
Selamat pagi kakzakie...
Lumrahnya bila niat dihati mahu berbuat sesuatu tetapi tidak kesampaian, perasaan hampa pasti ada. Hingga hari ini kakak tidak tahu lagi bagaimana remaja ini pergi kerja.
Terima kasih kakak buat semua yg prihatin pada N3 ini.
Deru Ombak, Saffiya Aleesa, Mrs Eady, kakcik (kakak sebab lahir dari keluarga susah kakcik amat maklum peka hal-hal sebegini), Aien Alien, Zie, Lia, Eye_nee, Lyafrina, Deqs' Qiens (salam kenal juga dari kakak), Nini D, Mamamya, azatiesayang, Queen Teratai, ainhahy (buat yg termampu Cu Ain), Syira (hihi.. anak kakak masih belajar lagilah dik), Angah, Rai, Kesuma Angsana, redza, pok amai-amai (sebab itu abang tak kisah utk bagi remaja ini), Mokcik Azwa, Aishah Jahirah, izla, gadisBunga, cinnamon.com, amirah, ckLah@xiiinam, yana-feehily, aizamia3, Cik Shinju, Gen2Merah, ct rahani, ieda, Aju Mohit, Tihara, Acik Erna, Citarasa Rinduan, Rina Avail, gedek, anitadiana, Qhaia Nur, Afasz, Daddy Ziyyad (2 lagi kereta company doc), zila norazila, Ummi Iman, mama maman aka yana (dari taman kakak keluar agak jauh memang tak ada kenderaan awam - keluar dalam 10 minit jalan baru jumpa main road), Nur_nba (kami suka dia sebab dia remaja yg baik dan sangat caring dgn ibunya - ibunya punya satu kaki je Nur - kena kencing manis dulu kena potong), eita, zeera az-zahra dan ainnoraini.
Kita doakan moga remaja ini dipermudahkan untuke kerja yg hanya dua bulan ini.
Terima kasih semuanya sekali lagi dari kakak.
insyallah dio akan ketemu motor yang boleh dipinjam....;)
Ya Allah, penuhilah hajat dan permudahkanlah setiap urusan sahabat bloggerku ini..Ameeen. Salam Kenal
assalam KZ..ehem murni niat KZ & family..allah lebih mengetahuinya..
takdirne bkan rezki dia utk pnjam motor kuarga akk...bukan rezki kuarga akk juga utk pnjamkan dia...
mungkin nanti, ada yang membantu dia...
kesian pulak dkt adik tu... moga akn ada org lain yg dpt bantu dia...
jgn risau,, niat yg baik.. pulangan yg bagus..=D
xpela kak..xde rezki nak bg dia kan... =)
semoga dipermudahkan nanti..
Assalamualaikum kakzakie,
Tak pa lah Kakzakie....setiap kejadian tu mesti ada hikmahnya kan....
salam kak.
insyaAllah niat pun Allah kira ganjaran pahala da...mungkin rezeki Hafiz Quran itu di tempat dan masa lain =)
salam kak
Kesian diakan.. moga dipermudahkan segala urusan dia ke tempat kerja nanti
yang penting kak sekeluarga dah cuba sedaya yg bleh untuk membantu
Allah memberi kesempatan kepada org lain untuk membantunya.. insya-Allah...
banyaknya kereta akak....huhuhu
Kakak,
Wpun tak dapat bantu pemuda tu, tapi niat baik akak sekeluarga dah "nampak"...
Elok buat menantu tu kak.
Maaf agak terlewat. Terima kasih juga kak ucapkan buat: -
Papa Mifz, Mak Wardah, mama aini, Henrietta Jose, Intan Berlian, L, Yatzakie, nn lylyn, Ros, Mohamadazhan, Syiela, LadyBird, eelobor, azi dan Cikli (kalau betul kakak setuju Cikli tapi semuanya masih belajar hihi...)
Sekali lagi terima kasih buat semua.
sejuknya mendengaq anak2 yang hafaz alQuran ni.. Allah.. Allah.. moga anak2 kita juga tergolong...amin (^___^)
laaaaaaaamaaaaaaaaaaaaaaaaa sudah tidak berblogwalking... salam kebizian yang tidak terhingga dari teratak siFaqir ilmu..
...................................
terima kasih atas kesudian meninggalkan komen (^___^)
...................................
Insyllh Allah akan permudahkan budak tu...dan Allah akan limpahkan rezeki pd keluarga akak.. Amin Ya Rob
INSYAALLAH kak..pasti budak remaja itu akan temui jalan penyelesaiannya..sungguh mulia hati kakak dan suami kakak..nak juga bertentang mata dengan kakak..kalau berpeluang..
Post a Comment