Thursday, June 14, 2012

Jemputan terakhir sebelum cuti sekolah berakhir

Memenuhi jemputan perkahwinan staff hubby di Kampung Parit Kahar, Air Baloi. Hampir-hampir tersesat sebab tidak pernah sampai di sini walaupun sama-sama di negeri Johor. Inilah jemputan terakhir kami hadiri sewaktu musim cuti sekolah yang baru lepas.

Saujana mata memandang - Susur keluar dari tol Sedenak masuk jalan menghala ke Air Baloi. Bertemu ladang nenas ini. Adik kata boleh tak minta sebiji. Macam mana tidak ada tuannya.. Bimbang tersesat hubby siap bertanya pada satu adik di warung untuk ke rumah pengantin yang bertempat di Kampung Parit Kahar, Air Baloi.

Kompang - Sebaik kami tiba kedengaran kompang pengantin dipalu. Adiklah yang suka sangat sebab jarang bertemu masa yang tepat seperti ini. Biasanya kami sampai samada pengantin telah selesai di arak atau belum masanya lagi untuk bersanding

Sepasang - Kedua-dua lelaki itu adik-beradik. Lelaki sebelah kanan itulah staff hubby. Kata hubby dia merupakan salah satu pekerja yang sangat baik dan rajin. Kalau performance appraisal memang tinggilah markah dia dapat.
Goodie bags - Setiap yang hadir diberikan ini sebagai ole-ole.
Isi dalam - Ada air kotak, cawan comel, love letters (maaf bahasa Melayu kuih apa ye), kuih bangkit, bunga telur dan muffin.

~~ Ramai yang terpaksa berdiri menanti kerusi kosong. Baru aku tahu pihak tuan rumah mengadakan cabutan nombor bertuah pada kerusi yang diduduki. Akibatnya selesai makan pun masih tidak mahu bergerak. Aku rasa kurang sesuai melainkan para jemputan disediakan reservation. Pertama kali aku temui ada cabutan nombor betuah dimajlis kenduri kahwin. Mujur pengantin segera menyediakan tempat duduk untuk kami sekeluarga yang sedang berdiri menanti.~~



86 comments:

Hudalatip said...

Ha? Ada cabutan bertuah kat kenduri kawin? Biar betul?? Hehehe, sampai ke sudah la orang takmo balik cam tu..

sisdee said...

now trend mmg kat kampung area pontian ada no bertuah nie..kat kg hubby mmg camtu tapi dibuat tuk mereka yang bkerja jek bukan tuk tetamu..hehehhee

kak tol sedenak tu jalan terukkan..mmg susah tul nk dibetulkan :(

Unknown said...

kuih kapit kot !

dapat tak nombor cabutan bertuah ?

aizamia3 said...

kuih kapit, ada jugak yang panggil kuih surat cinta (translate dari yang B.I tu ler).. ;)

biasanya lepas majlis selesai baru buat cabutan bertuah untuk penanggah.. ;)

Acik Erna said...

assalam kakzakie..memang pernah ada buat cabutan..tapi biasanya siap dibagi nombor dan untuk kaum keluarga sahaja.

Rozie said...

Emm betul tu kat kg saya pun ada tapi bukn bedasarkn kerusi yg diduduk... kesian kt org hsuh dtg tak ada tmpt duduk...
Selalunya cbutan ni untuk org yg dekat2 ja... org jauh tkkn sanggup nk tggu lma2.. kn?

amirah said...

susah la camtu kalo orang tanak bergerak kan kak...trpaksala org berdiri2 menunggu

pB said...

macam macam acara sekarang ni dalam kenduri kawin

LiYa HaNiF :: said...

liya tak dapat nak attend kenduri kawen sepanjang cuti sekolah tue sbb en suami tak ada. nak pergi sendiri susah nk drive kalau ber2 dengan Qalesya je..

Unknown said...

orang johor masih tak lari dari tradisi telur pindang kan..

tapi saya tak gemar sangat telur pindang..

eelobor said...

setiap kali musim cuti sekolah mesti byk dapat undangan kan. hari sabtu ada satu tempat lagi saya nak kena hadir iaitu di jengka. hujung bulan lak melaka. perghhhh.... semua jauh2 kan? hihihi

Deru Ombak said...

Assalamualaikum n morning kakak.

Love letter atau kuih kapit kot.

Mcm2 cara sekarang ni nak memeriahkan majlis. Hehe!

Anonymous said...

mcam2 orang letak dlm gdy bag skang ni ....

eira eixora said...

ingat lagi kat johor banyak tempat nama parit2 ni masa belajar kajian tempatan darjah 5.

saya baru pernah sekali ke johor. batu pahat. tak tahu bila lagi berkesempatan ke sana.

bestnya bos datang masa kenduri =)

DrFIO said...

As-salam...
Berkunjung ke sini dari link Kakcik Seroja...

Kayu Manis said...

first time juga ada cabutan bertuah di kerusi..alahai mcm2..boleh ke tu?

budaya2.adat2..

IntaNBerliaN said...

laaa patutlah xbangun2... tp sy pun rs kurg sesuai kak.. bila semua xnk bangun.. n ramai yg nak mkn tp tpaksa bediri tunggu kerusi.. so, keadaan tu nmpk cam sedikit kelam kabut ka..

Kayu Manis said...

p/s tergelak juga baca komen kak zakie dekat n3 saya..jijik tu..heheh

fazrulnoor said...

lain tempat lain keunikan org berkahwin kan..mcm2 adat bole tgk

ainhany said...

ooo macam tu pun ada nooo...hai suprise jugak ek..takpelah mungkin itu cara mnsyrakat di situ hargaikan tetamu...kita ni jengah sesekali je...( jika dapt pun best jugak niiii..kan adik kan..).

aamalinaazman said...

huwaaa
petama kali jugak mimi dgr ade cabutan brtuah kak majlis kawen
hehehehe

tapi doorgift die manyak jugak die bagi eh
bessh2 ;)

nur anis said...

kat tempat saya selalu buat cabutan bertuah..tapi untuk orang yang rewang je..sebab kalau untuk tetamu, jadi sesak macam tu lah..

Unknown said...

musim cuti sekolah ni mmg penuh schedule dgn jemputan kahwin kan kak.. kdg2 smp x larat nak makn.. kalau dah rumah no 3 ke 4 tu alamatnya minum air dan jamah kerepek2 ajela.. :)

Unknown said...

lia pun x penah smpi kat air baloi.. :) aritu jiran umah mak ada juga buat cabutan bertuah tp hanya utk org2 rewang/kendarat...no diselitkan kat bunga+tuala yg diberi oleh tuan umah.. alhamdulillah rezeki ayah lia dapat set toto (selimut)

Eye_nee said...

Siap ada cabutan bertuah...bagus ni...Saya pula kan kakzakie kalau kemajlis perkahwinan ni lebih suka selepas pukul 1.30 kak...masa ni org dah kurang dan ada tempat duduk utk makan...

Kakcik Seroja said...

Apa tujuannya nombor bertuah itu? Supaya orang tak tinggalkan majlis? Eh! macam2 pulak ya? :)

JunAina said...

Banyaknya isi goodies bag tu.

First time dengar ada cabutan no bertuah masa kenduri kawen tapi kalau hadiah karaoke paling best itu ada gak org buat.

MOKCIK AZWA said...

alahai buat cabutan bertuah memang kompem org tak akan angkat punggung selagi tak abis kenduri hehehe

apapun tujuan tuan rumah nak memeriahkan suasana tu memang dialu-alukan..lagipun doorgift dia best2 hehehe

duniaanita74.blogspot.com said...

bestnya ada cabutan bertuah..kak kg ita belum ada lg ne...cantik dan simpel aje pelamin nya kak...

ct rahani said...

sy pun kdg2 sesat kat klu nk carik nama kg kt pontian/ bt pahat.. byk sgt 'parit'nya.. pulak tuh lbh krg sama namanya kan.. hehe.. sy pun tau pasal cabutan bertuah tuh.. tp selalunya utk org rewang jer.. tuan rumah akan bg tuala yg ader no kt setiap org rewang.. nti akhir majlis baru cabutan dibuat.. ni dr pengalaman jemputan kawen kt kg en hubby.. kdg2 mil pun dpt adiah.. tp no bertuah utk tetamu x penah lak dgr.. cam x sesuai lak kan.. :)

pena rozie said...

rozie pun ni 1st time dengar kat kenduri ade cabutan bertuah...

wahida said...

festaim saya dgr kak, kenduri kawen ada lucky draw...ekekek....

saya pun rasa kurang sesuai, sbb kalau mcm tu, mmg tetamu tak nak bangun...huhu...

izla said...

masa sy pergi wedding kat taman perlin johor pon ada cabutan bertuah.
tapi nombbor ada dekat sapu tangan yang diberikan pada setiap ttetamu.
tapi kami x bertuah pon

Afasz said...

byk nye goodies kak....hehehe

HeNRieTTa JoSe said...

uiks...ada cabutan bertuah...xpernah dgr lagi....mufffin...my fav...

ps...sama la kite..choc indulgance...curry mee blom try lagi...nnti nak try lew...

kasihibu said...

ada cabutan bertuah untuk tetamu dlm majlis kenduri tak pernah lg sya dengar tp cabutan bertuah untuk orang penagahan tu biasa

Masya said...

lah kesiannya menunggukan.. dah lah panas.... lapar lagi...

cabutan bertuah ni sebenarnya lbh pada menghargai yg rewang²... tp dah kalau semua pun duduk kat khemah.. bkn rewang namanya kikikikiki

Darling Pya said...

banyak nye isi bag nye kak
cabutan bertuah?? kalau setiap tetamu ada kerusi sendiri sesuai la
kalau kerusi kongsi2 mcm makan bawah khemah tu rasa nye tak sesuai kot

inazamri said...

cabutan bertuah mmg kurg sesuai la utk majlis kenduri mcm ni.kadang tu kita pi kenduri kawin ada gak yg tetamu ke or sedara mara dorg ni duduk lama kat meja kemah tu borak2..tetamu yg baru dtg ni lak kena tggu lama.

Unknown said...

1st time dgr de cabutan bertuah mase sanding..slalu time potong kek malam2..

musang said...

cabutan bertuah pun ada...terbaik la tuan rumah

Ce'gu JAERA said...

Hehe. Kesiannya tetamu yg lmbt dtg xdapat kerusi. Smua nak menang. TU yg tgh sanggup tggu cabutan btuah. Hehe. Majlis yg menarik dan meriah

aanie said...

la..macam tu ke....

kalau kerusi bertuah mmg x sesuai la....kalau letak nombor dlm balang ok la....

nasib baik ada kerusi lagi.....kalau x,bentang tikar la jawabnya..hehe....

miloaiskurangmanis said...

iols penah jugak hadiri kenduri kawen yg ada cabutan no bertuah ni - tapi depa buat among close family - adik-beradik aje...
tidak untuk semua tetamu....

love letter tu rasanya biskut kapit kalo sebutan orang kita...

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakZakie

Pernah sekali kak ke majlis kenduri kahwin yang ada cabutan bertuah.. tapi kak tak terlibat sebab datang lewat kerana ambil syarat jengah, sebab hari tu ada dua mejlis ..

Mulan said...

seronok nya pi kenduri kawin... tapi tak pernah dengar ada cabutan bertuah...

Yaya Azura said...

love letter tu tak silap yaya kuih belanda rasanya..
tak sesuai la kak buat cabutan bertuah sebabnya tetamukan bersilih ganti..

Unknown said...

ish, ssh la kalau no letak pada kerusi, kalau bagi kertas kan elok,...kesian org lain pun nak makan juga kan..

eMMe said...

hurm... saya nmpk telur pindang la kak, lame tak makan, hehehe~

Ruse Sulaiman said...

Love letters kalau mak saya panggil kuih kapit ;) gara2 cabutan bertuah semua tak mau bangun ya? Kesian lah org yg baru sampai nk ddk pun tak boleh. Kalau tak beritahu awal2 tak jd mcm tu kot. Kalau nk buat pun kena surprise. Barulah seronok. Betul tak kak?

KuNanGKuNanG said...

meriah naik pelamin dua pasangan skali..yg best ada kompang real lg tu.kat kg sy dah xde..semua main yg record punye je..huhu

Kancil 8349 said...

Johor merupakan negeri yang paling banyak guna nama parit...tu yang bikin kita keliru..hehehe

fieda said...

makin advance la majlis kawin la ni..ada cabutan bertuah la plk...

Aina Adam said...

Kalau kenduri sedara-mara kami, memang ada buat cabutan bertuah jugak. Tapi hanya untuk sedara-mara yang tolong rewang sekali lah.. (Family tak gemar buat catering. Tak meriah).. :)

Aien Not Alien said...

saya panggil kueh kapit. selalu buat cabutan bertuah dengan family jelah sesudah semua tetamu pulang....hehe

dwatyKNY said...

cabutan bertuah??? wah... sape yang bertuah??? tak pernah lagi p majlis kawen ada cabutan bertuah... kalau ada pun tak bertuah kot... hikhikhik

kurus said...

kalau kawinn nie
ole2 mereka cantik2 kan kak
ada sesetengah tempat tuu ada di beri surah2 tau akk .. ada surah yasin .. cuma sedih sbb bila benda2 macam tu diberi pada org .. selalu di letak dlm kotak kan ..
bila dah ramai2 tuu ada yg tersepak lah .. jatuh lahh huhuh tu x sanggup tuu

wawa syaida said...

ada cabutan bertuah ke...mesti meriah kenduri ni...sampai ke petang ramai orang kan ;)

ariana said...

Wah..dua pasangan pengantin ye.. First time dgr cabutan kat mjlis kahwin..dh tu kerusinya kena banyak lah kan kak..agknya apalah hadiah yg tuan rmh bagi ye..

lieynanilaz said...

sama cantik sama padan...:)

azi said...

Kakzakie..
Kakak, kat Taman peruamahn saya pun ada cabutan bertuah...tapi untuk ahli pakatan yang bertungkus lumut buat kerja aje...petang sebelum diorang pulang dan majlis berakhir...cabutan akan dibuat...semua dapat hadiah ...:)

Kalau cabutan betuah untuk kerusi yang diduduki, rasanya kurang sesuaikan kakak...!!

ajumohit said...

rajinnya diorg ni ye kak, siap ada cabutan bertuah semua, dulu saya g kenduri kat ijok gini juge, meriah

eiza said...

berkenan saya dengan packaging goodie bags tu...cantik...

syiela said...

Lepas ni turun semula periuk belanga ya ka zakie.hehehhe

kalau kenduri yg ada cabutan camtu la gayanya.. bersesak2 kita.

Tie HT said...

wahh yg bestnye dapat ole2 ni kak :)

maizatul suraya said...

wah, syok betol kenduri kampung. seumur hidup, baru 2 kali je pegi kenduri kahwin kt kampung. :) meriahhhh~

Unknown said...

1st time dgr kenduri kawen ado cabutan bertuah...hehe

Zana Adieyza said...

kalau keluarga zana, mmg akan ada cabutan bertuah.. tp kitaorang ikut no. rumah.. hanya utk jiran tetangga yg rapat (yg membantu dr awal majlis).. so mmg jiran2 akan tunggu sehingga majlis habis.. tp diorang tunggu kat bhgian memasak la.. hihihi..

Unknown said...

tu telur warna coklat tu namanye apa ye kak?...sudah lupa...org johor selalu wat telur camtu...

mama aini said...

ehem cuti sekolah memang byk org buat majlis..oh 2 pasangan pengantin sekali..tahniah buat mereka..

Ati Masrif said...

syokknya banyak dpt gift!

teringat masa sekolah dulu
akan johor negeri pengeluar

masih lagi kah?

Dr K said...

saya yang org johor ni pun tak pernah sampai air baloi kak..ehehe

suri solehah said...

salam kak zakie..seonok dapat makan kenduri..suri masa cuti haru tu ada satu je undangan....akak sekeluarga dapat tak cabutan bertuah tu :-)

Qhaifa Nur said...

cabutan bertuah jarang orang buat...
kalau gitu Kakzakie sure ramai tetamu hingga x de tempat kosong...
mesti ada telur pindang, sedapnya..

Kazman / Sue said...

aikk..ada cabutan bertuah yee... habis tu dapat hadiah tak cabutan tu?... heee3x

mama ju said...

Salam KZ

ooo padanlah balik kg hari tu di majlis kawin ada byk hamper di hujung meja..utk cabutan bertuahlah tu.

Saya Disini said...

bestnye klu ada cabutn btuah

mama ju said...

Salam KZ

ooo padanlah balik kg hari tu di majlis kawin ada byk hamper di hujung meja..utk cabutan bertuahlah tu.

emarieys said...

mesti kena bayar tol kan..hehehe

Rinna said...

Sweet kedu2 pengantin tuh..

Selalunya kalau yg buat cabutan bertuah ini utk yang rewang aje..bukan utk tetamu..iye laa mereka yang pakai bunga penanggah kat baju tuh ada nombor.. so dia org yg dapt :)

sal said...

cbutan bertuah di rumah pengantin..jarang dengar yee..
mungkin tuan rumah nak buat kelainan sikit..

Tidak lupa ingin mengucapkan selamat pengantin baru pada kedua pasang mempelai..moga bahagia selamanya..

apdm said...

salam...

buat 2 org sekaligus jimat duit..

tp kalau buat cabutan nombor bertuah gitu mmg ramai lah yang tidak bergerak...huhu..

Unknown said...

Assaalam kak, lama saya tak pi kenduri kahwin..bestkan kalau cuti sekolah ada jer jemputannya. lagi meriah kalau ada cabutan no bertuah tu:)

intanrh said...

majlis serentak jimat belanja :))

Kakzakie Purvit said...

Ada satu pakcik duduk belakang kakak nombor kerusinya dipanggil tapi dia buat tak tahu sebab dia memang tidak mahu walaupun ada satu anak muda sudah mengatakan dia dapat. Tapi dia kata dia dtg utk jemputan saja. Dia teruskan makan tidak hirau hingga 3X kemudian DJ cabut nombor lain. Kakak tak dapat pun selepas makan terus kami bersalam dan balik untuk hantar Nurienne and Yasmien balik asrama.

Terima kasih kakak kepada semua yg memberikan komen: -

Huda, sisdee (betul berdebu punye jugak), al-alvendari (oh... baru kakak tahu. Terima kasih), aizamaia3, Acik Erna, Zie, amirah, pB, Liya Hanif, Rai (kakak makan telur kuningnya tak suka), eelobor, Deru Ombak, Kesuma Angsana, eira eixora, Mrs R, cinnamon.com, IntanBerlian, Fazrulnoor, ainhany, aimie amalina, nur anis, Queen Teratai, Mamamya, Eye_nee, Kakcik, JunAina, Mokcik Azwa, anitadiana, ct rahani (oh kalau macam tu tak ganggu tetamu lain kan), pena rozie, wahida, eiza, Afasz, Henrietta Jose, kasihibu, Masya, Acu Sayng inazamri, nn lylyn, redza, Gen2Merah, aanie, miloais milo (kalau macam rasanya lebih baik kan), Werdah, mulan, yaya azura, izan mama mia, Emme, Ummi Iman (kakak selalu sebut love letters sampai tak tahu nama Melayu - malu), Kunang-Kunang, Kancil 8349, fieda, Aina Adam, Aien Alien, dwaty, ieda (kakak rasa kalau majlis kenduri kawen kurang sesuai kalau mahlis yasin tahlil mungkin ok sebab org tak ramai dan boleh dijaga dgn lebih baik), wawa syaida, ariana (khemah yg disediakan hanya 3 tempat banyak tapi ramai tak bangun-bangun), lieynanilaz, azi, Aju Mohit, Syiela, eiza, Tihara, Maizatul Suraya, Papa Mifz, Zana Adieyza, Tentang Kita, Mama aini, Ati Masrif, Daddy Ziyyad (samalah kakak pun juga), Suri Solehah, Qhaifa Nur, Kazman/Sue, Mama ju (kat sana pun kakak lihat hadiahnya hamper juga), saya disini, MamaEma, Rinna, Sal Syira dan Nieza (kena tunggu balik M'sialah Nieza).

Buat semua sekali lagi terima kasih dari kakak.

Kakzakie Purvit said...

@ sis intan: Mungkin tinggal dua anak lelaki inilah yg belum menikah tu yg langsungkan bersama.