Friday, June 29, 2012

Jalan pilihan

Jalan Titisan Nurani, - Sekadar hiasan N3 tidak membawa apa-apa maksud tersirat

Sungguh banyak penanda jalan
sendiri kena membuat pilihan

ada banyak jalan yang lurus
mencari yang cabang di hujung tidak terurus

oh...di sana ada warna-warni keindahan
tidak perlu syak dan waham

memilih jalan ini yang seronok
kerana sudah biasa dan tidak kekok

jalan kembali sentiasa terbuka
namun hayunan kaki mahu ke sana juga

hati berbisik, otak berputaran terus
seronok membuai rasa segalanya cantik dan lurus.

Bila nafas tinggal sekerat
kembali mahu pulang dari sesat
puas dari timur hingga ke barat
mahu kembali ke jalan lurus tidak larat

terkapai-kapai sendiri menahan sendu
sesal dan airmata merembes syahdu
kudrat melangkah kian layu
bibir terketar menahan sendu.....
mengapa baru kini tidak dari dulu


Sesungguhnya sesuatu kematian itu telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat barang sesaat. Telah banyak ayat-ayat untuk mengingatkan kita, namun masih menganggap jalan untuk ke penghujungnya masih jauh lagi.

~~Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Al-Munafiqun, 63:11)~~




63 comments:

aizamia3 said...

Jalan yang lurus masih ada bengkoknya..
Usaha dan doa serta jauhi laranganNYA..

eMMe said...

moga jumaat yg barakah buat kita semua...

Izwa Kamaruddin said...

semoga dipermudahkan perjalanan itu,amin ~

Anonymous said...

tq... ingat mengingatkan moga kita semua sentiasa berada di landasan yg benar !

Eye_nee said...

Pilihan ditangan sendiri...bantuan akal gunalah sebaik-baiknya..agar tidak mengundang kekesalan kemudian hari....

faraherda.razalan said...

Semoga kita semua dilindungi Allah SWT!

nazayiena said...

Semoga perjalanan yg kita pilih akan menuju ke Syurga akhirat.

IntaNBerliaN said...

ada lurus, ada bengkok.. terpulang pada kita untuk memilih kan kak... tp biarlah pilihan tu adlh yg terbaik utk dunia n akhirat..

NoorVictory said...

Semoga kita semua kembali kepada Allah sebelum Allah mengembalikan kita kepada-Nya.

Salam Jumaat kak! ;)

Tie HT said...

jalan itu mungkin sesaat dari sekarang atau hanya sekerdipan mata..wallahualam..memang rasa sikit sangat bekalan amal..hanya mengharap rahmat dari Nya jua...kadang2 selalu cari kisah tentang alam barzakh..bagaimana suasananya..keseorangan di sana..hmmm

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

semoga kita sentiasa berada di jalan yang lurus...

Rinna said...

Diri sendiri kena laa kena beringat.. dan pilihan ada ditangan sendiri..nak yang lurus atau sebaliknyaa.

Anonymous said...

ingatan tentang mati. insaf!

cheqna said...

hidup umpama jalan sehala
maut menunggu akhirnya

Afasz said...

jalan yg dipilih mungkin salah , tp kita boleh perbetulkan balik apa yg salah, patah balik dan pilih jalan yg benar dan diredhai ... >_<

Ruse Sulaiman said...

semoga Allah sentiasa membuka ruang dalam hati kita memilih jalan yang lurus serta mendapat kredhaanNya. Insyaallah

Unknown said...

semuanya ditgn kita... kita yg tentukan nasib hidup kita.. :)

are_lin@yu said...

betul tu dear..Allah takkan melambatkan atau mempercepatkan walaupun sesaat bila tiba masa kita..

peparidsign said...

hidup ni sentiasa ada pilihannya..
Kita yang tentukan, hala tujunya..
Tegak lurus atau yg penuh ranjau..

Thanks K Zackie for sharing..

Saya Disini said...

salam pagi jumaat

kurus said...

kak !

terima kasih ..

terhibur saya baca pantung pendek akk nie .. salute lah kehebatan akk ;)

-Sara- said...

gud sharing on friday kak zak :) tq

Rozie said...

Jalan yg kita lalui sebenarnya sangat pendek, sebab ada bengkang bengkoknya, sbb tu rasa panjang.
Begitu juga umur kita.

Nini D.. said...

ingatan yg tulus dipagi Jumaat..tq kak!

ct rahani said...

semoga Allah permudahkan perjalanan kiter ke 'arah' itu.. amin..

nabilah_2908 said...

ya..setiap org takkan terlepas daripada mati...

tq Kak...kadang2 terlupa juga..huhu..(-_-)"

Unknown said...

peringatan yang baik di pagi Jumaat.. semoga hati kita sentiasa dipandu dalam memilih jalan yang lurus

mama maman aka yana said...

bila sesekali terpaksa ikut jalan yg berlainan dr biasa terasa kekok dan hati berdebar.. risau ada bencana disebelah simpang..

Qhaifa Nur said...

jalan yang lurus menuju ke syurga...
yang bengkang bengkok menuju ke neraka...

ingatan yang sangat indah untuk kita renungi Kakzakie..tq

Kayu Manis said...

orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.

sama-samalah kita mencari jln yg lurus itu.

mama ju said...

Salam sejahtera KZ

Moga kita di jln yg benar dan lurus..

munna said...

muhasabah diri....semoga kita di landasan yg lurus

ariana said...

Teringat senikata lagu nasyid ni..Jln yg sempit yg membawa kpd kehidupan..Jaln yg luas yg membawa kpd kehancuran..ramai org yg melalui jln yg luas itu..sedikit org yg melalui jln sempit itu..Takutnya..
Mudah-mudahan kita dpat memilih jln yg membawa kita dekat pada Allah..

Anonymous said...

Semoga kita tak sesat dipenghujung hayat. Semoga kita pulang kepadaNYA dalam keadaan 'husni khatimah' dan tidak sebaliknya.

JunAina said...

Dalam sungguh mananya.

Sebagai manusia taubat jangan ditanggunh-tangguh, rahsia ALLAH mengampunkan atau tidak.

Acik Erna said...

asslam kakzakie semoga kita semua tidak akan beralih dri jln yang lurus

Ati Masrif said...

pilihan di tangan sendirikan kak

sekarang ni ati suka sgt dengar ikim fm lepas magrib ada ustaz izi :)

ajumohit said...

entry yang menarik di hari jumaat ini, sesungguhnya mengingati mati itu baik bagi memastikan kita sentiasa dekat denganNya

fieda said...

terpulanglah pada kita utk menentukan jalan utk hidup kita..kalau jln yg lurus baiklah jadinya..

azi said...

Kakak,
Semua pilihan ditangan kita sendiri...semoga kita semua dijalan yang lurus ye kakak..

P/s kematian tak boleh ditunda , tapi sering tertanya bilakah sampai saat itu untuk kita?..

HeNRieTTa JoSe said...

btl...kita perlu ikut jalan yang betul...pilihan sendiri....

Unknown said...

menyedarkan entry nih...terima kasih kak...

eelobor said...

sama2 kita berfikir jalan yang nak di tempuh....

mummY daniSha said...

thanks for sharing

Salina Mat Isa said...

Semoga sntiasa mndpt ptunjuk utk trus brada dijln yg lurus..

nadz said...

biarlah jalan itu di hadapannya dah bertukar highway..yang lurus, selamat dan cepat sampai...insyaallah

aliza said...

bijaknya bermadah, dari papan tanda membawa kepada jalan lurus yg satu,... ingatkan nak bincang topik vandalisme, rupa2nya peringatan kepada hamba yg alpa...

Cikli said...

Hari-hari kita berdepan dengan pilihan. Salah pilih, betulkan cepat-cepat.
Kesilapan 5 tahun sekali jangan sesekali diulang.

Salina Mat Isa said...

Kak,td tnya pasal yudung bawal kn,postage rm6, pos laju sampai sehari,ada nk tnya lagi akak email ye..thanks :)

Norzie hany said...

Nice info...tq for sharing.Semoga kita semua sentiasa berada di jalan yang lurus dan di redhai Allah.

Aien Not Alien said...

bermacam jenis jalan ada...pilih sebaik mungkin supaya tidak tersesat.

Deru Ombak said...

Assalamualaikum kakak...

Allah merahsiakan waktu kematian, untuk melihat ketaatan hambaNYA..

Moga kita sentiasa berada di landasan yang di redhainya.
Ya-Allah.. Amin.

dwatyKNY said...

semoga jalan di hadapan kita berakhir dengan kebaikan... bukan kesesatan...

L said...

jgn tunggu waktu tua baru nak insap.. kene mula dari sekrang.. jom berubah..=D

jom baca kejap..=D
http://lolz-l.blogspot.com/2012/06/bapa-juta-dah-mu-derma.html

Cikgu Ma said...

moga umur yg panjang di penuhi dgn amalan..bimbang umur panjang dgn maksiat...

sal said...

kakZakie..
puitisnya sajak ni..
terimakasih kerana tak jemu mengingatkan...

Nur-nba said...

Salam hujung minggu Kak Zakie... Banyak pengajaran dari sajak akak ni.. Moga kita sentiasa berada di landasan yang betul.

Kak Zakie, Nur jemput akak join GA Nur...

Ini linknya :
http://cetusanrasa-nba.blogspot.com/2012/06/my-birthday-giveaway-2012.html

Harap akak sudi join.. Ok jaga diri ye..

syiela said...

moga jalan yang di pilih tu tidak menuju kesesatan...

moga diri ini juga tidak lalai dengan ke penghujungnya yg mkin dekat....

LYAfrina said...

setiap jalan y kita pilih itu..kt harus yakin y ianya jalan ke arah kebaikan...

Temuk said...

Semoga ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu akan sentiasa memenuhi hajat kita, mengizinkan kita melalui jalan-NYA yang lurus, yang memampukan kita menjadi lebih dekat dengan-NYA.

Kakzakie Purvit said...

Aduhai teman kaka semeua. Mohon maaf kerana kakak dilanda kesibukan untuk dua-tiga hari ini. Terima kasih kakak ucapkan pada semua yg sudi memberikan komen atas N3 ini:-

aizamia3, Emme, Mrs Eady, Kesuma Angsana, Eye-Nee, Pok amai-amai, Nazayiena, IntanBerlian, NoorVictory, Tihara, Sari Yusa, Rinna, Repunzeel Cikilolo, Cheqna, Afasz, Ummi Iman Queen Teratai, are-lin@yu, peparidesign, saya disini, ieda, Sara, Zie, Nini D, ct rahani, nabila_2908, Hanis, mama maman, Qhaifa Nur, K.Nor, Mam ju, ariana, Kunang-Kunang, Jun Aina, Acik Erna, Ati Masrif, Aju Mohit, fieda, Papa Mifz, Henrietta Jose, eelobor, Mummy Dahisha, Teratak Hati, nadz, aimaniman, Cikli (Moga kali ini berpihak pada yg kakak pilih), Norzie hany, Aien Alien, Deru Ombak, dwaty, L, Cikgu ma, Sal, Nur-Nba (bagi kakak masa nur), Syiela, Lyafrina dan Temuk.

Terima kasih sekali lagi buat semua. Mohon maaf kerana kakak benar-benar dilanda kesibukan buat masa ini.

duniaanita74.blogspot.com said...

pilihan di tangan sendiri...betul tu kakak....

Hidayah said...

:D

saya selalu salah pilih jalan.
cuma buat masa nih setiap kali berlaku kesalahan ada org yg sudi bantu saya cari jalan yg betul.

macam nih la gayanya utk budak baru belajar macam saya.
(saya maksudkan hal rumahtangga :D)