Friday, June 1, 2012

Misteri di pejabat menjadi teka-teki

Semalam lebih kurang jam 11:00 pagi.

Kerani akaun masuk. Menghulur buku cek dan bukan cek-cek yang perlu ditandatangani seperti selalu. Duduk tanpa perlu aku suruh. Mesti ada cerita kalau dia duduk. Bla...bla..bla... sambil mata aku melihat apa yang ditunjuk. Aku pun hairan dan terkejut sama. Selama aku bekerja berpuluh tahun inilah kali pertama terjadi. Hilang dua keping cek. Hairan kerana kalau tidak teliti memang tidak perasaan kerana bukan dikoyak tetapi keseluruahan cek (termasuk keratan bahagian tepinya) tiada. Mujur kerani aku mengisi cek secara berurutan sebab itu boleh sedar bila hilang satu-dua siri.

Telefon serta-merta pihak bank minta dihentikan segera andai ada transaksi yang menggunakan nombor tersebut. Bank minta surat yang pastinya memerlukan boss aku tandatangani. Boss aku manalah ada di sini.  Terpaksalah aku 'jerit ' sikit untuk mereka bertindak dulu sementara aku mendapatkan tandatangan boss. Lama sedikit melalui email baru dapat surat yang pastinya telah siap boss aku tandatangani dan kami hantar menggunakan fax ke bank tersebut. Aku susul dengan meminta pihak bank bayar balik kepada kami jumlah dua cek yang hilang kerana ini bukan silap kami. Walaupun 20 ringgit saja kerana kehilangan dua keping cek tersebut tetapi tetap ianya sudah menyusahkan kami dan menjadi misteri pula.

Percaya atau tidak pihak bank sendiri boleh suspect ianya dilakukan oleh sahabat mereka sendiri. Apa tujuan mereka kerana untuk meniru tandatangan boss aku bukan senang.


~~Menjadi pengajaran bila menerima buku cek kena selak satu-persatu supaya jika ada nombor siri yang tercicir dapat disedari dari awal. Si kerani aku pula boleh mengambil nombor yang hilang untuk dia membeli nombor ekor. Dia bukan Islam ye...~~

76 comments:

NoorVictory said...

Singgah pagi Kak Zakie! Heee~


Semoga lepas nih xda kejadian misteri lg dalam pejabat. Hehehe

Salmiza said...

Salam... Ish nsb baik kerani akk alert...

Kakcik Seroja said...

Assalamualaikum.

Kerana itulah di pejabat kerajaan, diwajibkan untuk menyemak setiap helaian buku resit dan lain2 dokumen yang diterima sebelum ianya disimpan. Tapi, kalau nak terjadi, terjadilah juga...

fuad ansari said...

bila bicara tentang pekerjaan yg berkaitan dengan duit, orang yg teliti dan teratur sesuai kerja sebegini..

sape2 yg sambil lewa buat kerja ni, mau jugak tak balance akaun nanti.. (",)

Afasz said...

Assalamualaikum kak,

ada gak ek kes cmni....moga dipermudahkan....

norhidana said...

mcm2 kes kan kak... mmg kene lebih teliti lain kali... kalu tak kite gk yg kene tanggungjwb nnti...

Aliesha Kirana said...

wah! kes mcm ni pun ada ye kak. mcm2 hal dlm dunia ni. huhuh. eh kerani akak bkn Islam rupanya. terkejut AK. hihih. tp kan kak, yg Islam pun ramai main nombor ekor, kt ofis AK ni berlambak. T_T

Saya Disini said...

mcm2

Izwa Kamaruddin said...

Semoga misteri itu terus hilang selama nyer..

Unknown said...

suspen je, ingatkan misteri apa tadi......
Ckp psl nombor ekor ni, tak berkenan betul la. Knpa negara kita senang2 ada bisnes mcm ni? Bkn bangsa cina je, yg berkopiah pun trsampok.

Unknown said...

siapalah yg misteri mengambil 2 keping cek itu ya kak zakie...

moga di permudahkan urusan...

Cikli said...

Penyangak ada di mana-mana. Kita yang perlu berhati-hati dan tidak buta warna seperti sinetron Indonesia

noor said...

org bank punya kerja hmmmmm.. apa nk jdlah kan.
akak ke situ pulak kerani tu boleh pulak g beli nombor adoii la.. sib baik bukan org islam kn kak

Unknown said...

dah de keje pun still amik hak org..apa nak jadi la nie

hajar said...

isk3... licik sunggunh... kena lebih berhati2 nih..

faraherda.razalan said...

Kakzakie,

Ofis sy pnh ada kes mcm nie. Tp bukan kes hilang cek. Tp staff songlap duit melalui tt form. Apa yg bt kami ralat, fc kami tuduh dari kalangan kami (melayu islam) yg mencuri. RM5k hilang dan terus-terang sy kate, semuanya krn kecuaian acct dept dan fc kami sendiri. Bila disiasat, rupanya one of bangsa die yg songlap. Fc kami terus terdiam tak terkata apa.

Haih....nasib bangsa kuli. heee~

musang said...

lah sempat lagi beli nombor ekor huhuhu

eiza said...

suka saya kisah misteri-misteri ni... detective conan yang anak-anak tengok pun boleh layan jugak!

Unknown said...

kalau bab det ni... mang kena alertkan kak.. kita pemegang amanah... huuu~

LYAfrina said...

huhu..kna selidik betul2 kan

JunAina said...

Pihak bank kena siasat betul2. Kalau ianya kesilapan semasa percetakan tak apa takut orang salah guna aje.

eMMe said...

kehilangan dan kecurian pasti berlaku di mana mana... kalo kite berhati2 pun leh terjadi kes sebegini, 'dowang' lagik licik!

Allah maha melihat, balasan dari Allah juga diterima...

MOKCIK AZWA said...

kalau kes2 camni..biasanya kerja orang dalam..kalau bukan org dalam bank, dalam opis kita..so org yng pegang akaun kena jenis org yg detail ..mujur disedari..

Zana Adieyza said...

kena lebih hati2 mcm tu kan.. mula2 ambik cikit, lama2 nanti makin banyak pulak..

Ce'gu JAERA said...

aissyyy, memang betul2 misteri la kak... tu lah masalahnya jika ada orang dalaman yang tak amanah... suka lesapkan duit syarikat...

kena lebih hati2 macam tu.. Moga Allah akan balas apa yang dia buat...

nabilah_2908 said...

org bank punya kerja la eh kak..ish..

Deru Ombak said...

Assalamualaikum kakak..

Penyelewengan sudah kerap berlaku.berhati2 Dan Peka dengan setiap serial number buku cek juga transaction.

Harap tak berlaku lagi ya kakak.

Psst.untung sabut nombor naik.(dorang ni mmg suka percaya dengan nombor aneh kejadian) heheheh

-Sara- said...

nasib baik akak perasan kan..org bank ni kira nak songlap duit org je kejenye ek..

Qhaifa Nur said...

cemas seketika yup KakZakie, nasib baik perasan...bukannya apa takut nanti kita yang dipersalahkan jua...

* KakZakie berbalik pada citer no. ekor ni, kawan nur yang menang tu...diberi ujian sakit jantung dan kini perlu operation pula..sekelip mata semua berubah...

munna said...

misteri betul kan.... nasib baik cepat alert.... nanti munna pun kena hati2 lepas ni bila buka cek company dan en abg

Unknown said...

kakzakie,
alhadulillah kerani tu sangat teliti, dan pihak bank cepat bertindak dan kes dapat diselesaikan... setiap kejadian ada hikmahnya... moga lebih berhati2, insya-ALLAH

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Kakzakie,

Susah nak dapat kerani yg alert macam tu..Alhamdulillah

Nini D.. said...

bahaya tu...even rm20 tapi kalo kene cas,sape nk bayar kan...

oya said...

bahaya tu ada buku cek mcm tu

Bitt (double IS) said...

assalamualaikum kak...

kena berhati2 la lepas ni...sanggup dia nak tiru sign...emmm

kalau rajin singgah2 saya yer kak ;)
http://b1tt.blogspot.com/2012/06/tips-dan-pengalaman-langkawi-2012.html

miloaiskurangmanis said...

bila manusia dikuasa nafsu dunia... bertuhan kan duit!

esok ada cabutan kah 4D??
wakakakakak

emarieys said...

tak pernah pegang buku cek..so ema pun tak tahu akan timbul masalah ni...

Hidayah said...

ekekekeke...

cerita penuh pengajaran ini saya akhiri dengan ketawa kecil pasal kat tempat keje saya pun sama..

sebarang insiden yang berlaku mesti
mereka akan ambik nombor dan beli..

haha..kelakar sungguh rasanya..

ainhany said...

ooooooooooo (melopong ni..) cemgini pun ada rupanya...ceq taktau laa apa nama duit tu..tapi yang pasti ceq nak je hadiahkan jugak padanya buku syurga lebih dekat tanpa RIBA....

MUga2 biar apapun rezei yang masuk ke tangan dan mulut kita biarlah halalal tiyiban...borokahh..Tak gitu kakak????

tahniah dan syabas kerana cepat bertindak, muga ini yang terakhir!!!

ibuintan said...

cekap kerani akaun kakzakie tu.. cekap dalam kerja dan nombor ekor juga

Masya said...

opsss... bahaya ni.... lebih berhati²....

Aina Adam said...

Hahaha.. boleh pulak kerani akak amik nombor tu.. tapi macam pelik sbb mungkin org bank yang buat.. tak patut..

Kasih Salina said...

dengan bank ni memang kena berhati-hati kak..macam tu juga jika kita nak masukkan duit ikut kaunter duit kita tu kena bilang dulu betol dan semasa kakitangan kaunter bank tu bilang pun kena tengok juga tangan dia yang mengira.sebab ada kes, kakitangan bank dikaunter kata duit tak cukup dgn nilai yg kita nak masukkan tu, walhal dia dah sorokkan bawah keyboard dia duit sekeping lagi. kalo org x perasan mungkin dia akan lepas tapi kalo kita x perasan masa dia kira kita ingatkan kita yg silap..banyak kes dah jadi camtu..

begitu juga dgn duit syiling, kita isi form dan duit tu dikira dan dimasukkan kemudian ke akaun kita. tapi kita kena check lepas tu betol tak nilai seperti yg kita kira..kadang2 duit tu akan lesap sedikit dgn tektik kotor kakitangan bank yang rambang mata..

uncle gedek said...

Saya pon selalu kena sain cheque....

Tapi layak sain belah belakang je.... (tukang bank in!) haha!

ch000tz said...

misteri cheque hilang kat office, pernah terjadi tapi rupa² cheque tu terbang ditiup angin aircond yang kencang hahahaha

kurus said...

loohhh ada pula macam tuu kak
hurmm saya x pernah pula cek buku2 cek yg saya ambil dari bank akk
risau lak mengenagkan certita akk nie
hurmm kena tgk lah lepas nie

wahhh ambil kesempatan dlm kesempitan tuu ekeke , sib baikk bukan islam .. mereka percaya mana yg misteri2 nie sebagai ong ! ;)

eija_sweetmama said...

kes bahaya ni kak,
nasib baik la kerani akak sedar,
kalau tidak msti kita yg akan dipersalahkan/dipertanggungjawabkan..

zaman skrg ni mcm2 cara org buat utk menipu/slh guna wang..

moga dapat penyelesaian yg terbaik..

mama maman aka yana said...

pelik lagi ajaib.... risiko sungguh....

sal said...

masyaAllah..kena alert yee..kerana klu tak cepat tel, tentu boleh terjadi perkara yg tidak diingini.

Ibu Muda 30series said...

tanya kerani kakak tu...nak nombor baekk tak...nanti wani bagi...

wakaka

Chik Na said...

wah!! nampak bila dpt buku cek baru, chik na pun kena check serial nombornya jugak.. macam macam org nak menipu..ni kes nak cepat kaya lah nih

CikguAreefNaim said...

salam,

tulah, bukan leh main2 psl buku check ni... klu sy mcm kat sekolah pun, buku resit yuran tu klu salah isi kena letak balik, kena sign, tkleh buang...

erm, tu bru rm20... byk lg kes yg melibatkan jumlah yg lg besar kan... mslh gak bab2 tandatangan ni... kdg2 kita tgk drama tu, setiausaha yg bawa dok2 utk ditandatangan kdg yg buat muslihat, huhuhu...

Granny Hani said...

salam pagi sabtu..Bab duit memang kena hati2 sentiasa hati2 kan?

Amie said...

Kena hati-hati... he he ehh orang seagama kita pun rajin juga beli no ekor kak Zai.

Aine Ainun said...

nampaknya pasni kena hati2...=)

pena rozie said...

memang la kak.. duduk acc dept ni memang kene byk berhati2.... PR [un kadangkala dah naik penat. Tp dept kite same... huk3...

makchaq said...

Kalau kerja dibhgn melibatkan duit memang kena hati2.

Orang yg buat kerja2 seleweng ni memang panjang akal dan licik. Kita tak terfikir depa boleh buat macam tu..

Mulan said...

masa arwah bapak dok dlm wad, saya pernah tiru signature dia utk sign cek... hehehe itu arahan dia lah... depa kat bank tak check sangat, or maybe saya agak terer copy2 signature... hehehe..

haraaammmmmm amik duit orang tanpa izin tuannya..!!

Aien Not Alien said...

nasiblah akak cepat2 sedar dan bertindak...saya setiap hujung bulan kena rekod baucer bayaran/cek semua...memang teliti semak ikut no.siri untuk kesan sebarang kesilapan....duit syarikat tu...

Shaiful Zaidi said...

salam ziarah....kerja kat mana pun kena hati2.

eelobor said...

hahahaha, agaknya nombor yang hilang tersebut akan jadi bertuah kut. mungkin dia boleh tolong ganti balik jumlah duit yang hilang hasil daripada pegi tikam nombor. huhuhuhu

ckLah @xiiinam said...

Kalau betul orang bank yang buat....hmmm, harapkan pegar, pegar makan padi namanya.

Norzie hany said...

Assalam kak Zakie.
Misteri sungguh...nasib baik cepat bertindak.

Anonymous said...

Salam kakzakie,

Sekarang ni macam-macam cara orang nak menipu. Susahnya nak cari kejujuran.

aizamia3 said...

kalau no siri tu bertuah untungler dia.. hahaha.. apa-apapun sikap kerani tu patut dipuji.. ;)

IntaNBerliaN said...

mmg misteri tu kak... blh ilang pulak 2 keping yer...

mama ju said...

sALAM kz

wAH , MCM TU PUN ADA YA. kALAU STAFF TAK PERASAAN?

HeNRieTTa JoSe said...

Ada jga yea kes camtu...tkut jugak rietta...klu xpsan...burn camtu jew erk....

Ruse Sulaiman said...

Ada juga macam tu ya.. Nasib baik sikit ;)

Cikgu Ma said...

masalah di mana2 jerr kan kak...

Dkna Abza said...

alamak akak..nesib baik diabukan Islam.. ermmm..sekarang nie susah nak dapat orang yang jujur dan amanah kan..

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih buat semunya.Mohon maaf sebab kakak baru membuka pc pagi ini. Buat N3 sekejap dan jenguk komen-komen yg diberikan.

Terima kasih kakak buat: -

NoorVictory, Salmiza, kakcik, fuad ansari, Afasz, norhidana, Aliehsa Kirana, saya disini, Mrs Eady, zna@pc, Yus, Cikli (betul cikli - kerani kakak kira cekaplah kan), noor, Tentang Kita, Hajar, Pok Amai-Amai, redza, eiza, eeiyss, Lyfrina, JunAina (entahlah Aina), Emme, Mokcik Azwa, Zana Adieyza, Gen2Merah, nabila_2908, Deru Ombak (kami dah jadikan pengajaran kak Ya), Sara, Qhaifa Nur (balasan tak tunggu kat akhirat kat Nur), munna. smile, ninie@NMS, Nini D (20 ringgit tu ganti kertas cek yg hilang bukan jumlah cek issue tau Nini), oya, Bitt (double Is), miloais milo, mamaEma, Hidayah bach (agaknya tradisi mereka ye), ainhany (tak tahulah nak kata ain), ibuintan, Maysa, Aina Adam, Kasih Salina (pasti yg tidak terlibat rasa malu dgn rakan mereka), gedek, ch000ct axoera, ieda, sweetmama@eija, mama maman aka yana, Sal, Aku Ibu Mudam Chik Na, Arief Ibn Naim (20 ringgit bukan jumlah wang nya cikgu. tapi jumlah kertas cek. Duit tak tak keluar lagi pun), Granny Hanny, Amie, Aine Ainun, pena rozie, makchaq (betul tu makchaq), mulan (kalau ada kebenaran lain mulan ), Aien Alien, Shaiful Zaidi, eelobior, ckLah@xiiinam, Norzie hany, Kunang-kunang, aizamia3, IntanBerlian, Mama Ju, Henrietta Jose, Ummi Iman, Cikgu Ma dan Adylia Qarissa.

Terima kasih sekali lagi buat semuanya.

gadisBunga™ said...

jadi kesimpulannya mmg page tu takde lah ye kak?

ummu said...

salam kak zakie
ish ngeri ni kak
wah saya pun kena alert bab buku check ni kak.bahaya lah cam gini kan

duniaanita74.blogspot.com said...

nasib baik kerani akak perasan..kalu tak mesti mesteri sungguh nanti..

nazayiena said...

Nasib baik kerani Kakzakie perasan no.cek tsbt...