Menjadi kebiasaan malam sebelum tidur, papa pasti akan menyediakan segala keperluan adik seperti pakaian sekolah adik, bakul sikat/bedak/cologne dan sebagainya termasuk duit jajan siap dalam dompet adik. Malam semalam sebelum masuk tidur adik membuat itu semua sendiri tanpa bantuan sesiapa. Sebenarnya kami kasihan sebab rutin harian adik, siang hari dari jam 7:00 pagi sehingga jam 6:30 petang adik berada di sekolah. Rehat sebentar tengahari sementara untuk ke sekolah agama memang ada. Malam pula selepas maghrib adik perlu ke tuisyen. Balik tuisyen membuat kerja sekolah. Sebab itu keperluan bangun tidur biasa disediakan oleh papanya sebelum masuk tidur.
Adik: Mama cakap dengan papa biar adik buat sendiri mulai malam ini. (papa belum balik dari masjid).
Mama: Kenapa?
Adik: Mama jangan cakap adik cakap tau. Cakap aje biar adik buat sendiri.
Mama: Oklah, tak ada masalah, mama lagi suka dan lagi baik.
Adik: Masa papa sakit adik boleh buat sekarang biarlah adik buat terus. Mama tak payah buat untuk adik. Adik kan dah besar.
Mama: Oh anak mama sudah besar ye:)
Adik - Betul anak mama sudah besar:) |
Akan tiba masanya anak kita akan terfikir sendiri mana yang patut dia kena lakukan sendiri dan mana yang perlukan bantuan. Anak-anak terlebih mendapat bantuan sebab sedari lahir sudah ada pembantu rumah. Tetapi syukur juga naluri mahu berdikari akan timbul juga dengan sendirinya setanding dengan usia yang bertambah.
~~ Doa setiap ibu-bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak.~~
80 comments:
Betul tu kak.....tiba masanya anak2 kena belajar berdikari.... :D
Alhamdulillah. Adik anak yang cerdik. :)
sekejap je masa berlalu..
semoga sentiasa membesar dengan sihat dan pintar.. aminn
bagusnya adik =)
ahamdulillah....adik smakin mmbasar...ada rasa kesian juga pada papanya tu...
kadang kita rasa dorang kecik kakk tapi hakikatnya dorang dah besar..hehe..kita yang tak sedar..
budak skrg memang penat sekolahnya..anak zee yang darjah satu pon camtu la..kul 7dah siap gi sekolah..kol 7ptg kang baru sampai umah..kesian kadang tu..
semalam ketika saya sedang mengopek petai,anak bongsu saya,Tasha berkata
"mak..kan Tasha dh cakap,jgn makan petai.."
"kenapa.." saya bertanya..
"makruh.." dia menjawab...
hehe budak2 zaman skrg mmg genius..
terharu sy baca..rasa macam nak peluk2 cium adik.kirim dekat mama je la..anty nk peluk cium tak kesampaian..:)
adik mmg dh besar.pandai pulak tu..:)
alhamdulillah.Adik mmg anak solehah.bertuah mak dan papa adik.
alhamdulillah..bagus adik... dia nak buat sendiri... :)
pantasnya masa tu berlalu kan kak..tetau dh minta nak buat sendiri semua..sama cm aiza gak..
rsa cm baru jer lahirkan dia org..
dh sekolah dh anak dara aiza..
bijak sungguh pemikiran dia. bagus la dah pandai berdikari sendiri. anak yg solehah ni.
alhamdulillah adik dah pandai berdikari..dah besar tau mau menyusahkan mama & papanya..
kalau ummu mmg train si aidan tuk berdikari dari skrang lg..cam mand, pakai baju makan nasi srh buatsendiri..tp bila abunya adedirumah mulalahngada2 taknakbuat sendiri..huhuh
alhamdulillah adik dah besar
Kak...
Kita sebagai emak kalau boleh tak nak anak2 merasa susah spt zaman kita dulu2. Bertambah umur bermakna anak2 bertambah matang tidak salah sedikit demi sedikit kita melepaskan tanggungjawab yg biasa kita buat agar mereka dapat berdikari.
Anak Aina yg bungsu 9 tahun, masih emak basuhkan kasut sekolah dan sediakan baju sekolah, sapu tangan, stokin, tali leher dan tali pinggang serta botol air sebelum gi kerja.
alhamdulillah :)
moga menjadi lebih matang dan bertanggungjwb terhadap ibubapa, insyaAllah amin..
Alhamdulillah..betul kata Kakzakie, sampai satu ketika anak2 mula ingin berdikari, mereka sentiasa berfikir belajar sesuatu tanpa kita sedari.
alhamdulillah....
kt johor mcm camtu kan kak... sbb kt sana mmg dr dulu ada sekolah kebangsaan n sekolah agama... teringat dana sekolah dulu pun gitu... tgri kadang tak blik mak antar bekal n tukar baju kt sekolah... begitu lah rutin sampai lepas tingkatan 2 sbb dh lps darjah khas...
sy pun berharap anak dpt berfikir sendiri apa yg baik dan apa yg perlu buat sendiri.. hehe
apa yg ada dlm diri dan keinginan adik ni adalah hasil didik mama adik...tahniah kakzakie...tahniah juga buat adik..terbit rasa berdikari pd usia yg masih mentah lagi...
anak2 skrg mmg bijak.. bijak & baik mereka adalah dari ajaran kita sebagai ibu bapa.. tahniah kakzakie ;)
alhamdulillah....
sayu hati dgr adik cakap camtu....
Adik: Masa papa sakit adik boleh buat sekarang biarlah adik buat terus. Mama tak payah buat untuk adik. Adik kan dah besar.
-,-
bijak adik...memang tak besar
lega bila anak-anak ni dah pandai berdikari kan kak...
itupun doa setiap ibu bapa...
Mesti akak & suami tacing bler anak ckp gitu kan...
Salam K.Zakie..
alhamdulillah..pandai berdikari..
adik dah besar kan :)
DAH BESAR DAH PUN ANAK DARA K ZAKIE NI..MAKIN LAWA ORGNYA..ANAK2 NOR ADA ANGIN..KADANG RAJIN..KADANG MALAS..
salam.
cepatnye anak dara kakzakie dah besar panjang. dah sampai masa untuk berdikari...
adik memang dah besar...terharu pulak saya baca...dia dah takmo susahkan papa dia lagi...
Alhamdulillah adik dh besar dan berdikari..bagus adik
Husben kakzakie dan husben saya sama pulak suka sediakan alat keperluan untuk anak..elok juga kalau anak kita pandai berdikari kan...bagusnya adik walau ada pembantu nak buat semua sendiri :)
alhamdulillah.. bagus adik..
adik ni pandai..dah pandai berdikari dan tahu tanggungjawap dia..memang dah ada pemikiran cam orang besar!!
Bagus adik nak buat sendiri tapi nanti papa mesti rasa lain macam bila tak buat untuk adik...tapi betul kata akak anak2 makin membesar..sekarang saya masih lagi menguruskan keperluan untuk semua anak2..
kadang2 kita tak perasan anak2 dah pandai berdikari kan....
kadang2 kita tak perasan anak2 dah pandai berdikari kan....
bagus adik dah pandai nak belajar berdikari...
budak2 skrg mmg sibuk kan....belajar dari pg smpi mlm....kadang2 kesian pun ada....
Itulah hikmah disebalik kejadian. Mengajar anak orang lagi mudah dari anak sendiri...mereka bukan mudah sedar sekadar di marahi tapi kadang-kala sesuatu kejadian yang memaksa, telah menyedarkan mereka...
Semoga adik menjadi insan berguna dan membanggakan dan berbakti kpd ibu bapa, agama dan negara.
yup, doa ibubapa ialah yg paling penting untuk anak :)
Tergerak hati Umi Qi bila adik ckp mcm tuh kak...pandai ye adik nak berdikari sekarang...tlg ibu dan ayah...sungguh akak beruntung punya anak yg sgt taat!
Alhamdulillah adik sudah besar dan mahu melakukan apa saja keperluan tanpa bantuan.Anak yang membanggakan ibubapa.
bagusnyer adik..kagum la...betul anak sekarang pagi petang sekolah malam mengaji dan tusyen...kesian balik penat belum apa-apa dah ngantuk kesian sangat...macam saya ni balik kerja sejam jer jumpa dierang lepas tu dah tidur...
baguskan kala anak2 kita berdikari dengan sendiri tampa disuruhkan kak..
setiap yang bergelar ibubapa memang akan berdoa yang terbaik untuk anak...
ALhamdulillah.. dah besar adik.. nak berdikari sendiri...
Pada satu tahap anak2 mmg akan suka buat benda yg dirasakan nya dah boleh buat sendiri kan Kak?..
Alhamdulillah! :)
betul la...
untung dah pandai buat sendiri
:)
betul kak, 2 abdul pun kadangkala tak bagi saya "cakap banyak" sebab kata depa dah besar. malangnya, saya dan abahnya pulak mereka masih anak kecil lagi..camna tu?
adik dah besar??? bila main mainan, lupa terus jadi budak kecik ya..hee
alhamdulillah..akak dapat anak yang menyenangkan ibubapa.semoga adik terus jadi anak yg solehah
sgt sweet anak kakak bile die ckp gitu....
Muka adik ni sebiji mcm muka kandakan...betul tak????
Bagusnya adik, dah pandai berdikari .....memang adik dah besar dah ni....
adik dah besar...dia dah pandai buat sendiri itu yang dia tak nak susahkan papa lagi. :D
terharu plak baca citer adik ni.. dah sampai masa berdikari yer
Kakak, untung adik dah boleh berfikir sendiri, dah rasa dah besar, nak buat semua benda sendiri...adik aishaa, setiap malam saya yang kena pastikan buku, duit sekolah dan kotak pensel ada dalam beg sekolah....lambat lagi kot nak rasa macam adik...:)
tiba masanya derang akan berdikari. kita ni tgk derang sekolah pagi petang, tuisyen bagai mmg tak sampai hati, tau derang penat, kalau bleh semua kita nak sediakan utk derang, tapi sampai masa derang sendiri akan tau derang tak perlu kita utk sediakan semua tu.
biarlah kak, derang berdikari, apa salahnya!
mesti akak terharu kan bila dia ckp cam tu.. kdg2 dialog mcm tu baru buat kita sedar yg dia dah besar..haha..alhamdulillah...bertuah akak.. ;)
alahaiiii.. sejuk hati baca kesah adik nih.. moga anak2 zura pon mahu berdikari cam tu jugak~
Bagus Adik :)
Terbayang betapa sibuknya kehidupan kanak kanak sekarang ni,mengalahkan orang kerja ofis...dari pagi,santak ke malam busy :) Rumah macam hotel utk tidur aja..
alhamdulilah ..jadi touching lak ita kak..seronok tengok...
alhamduillah adik dengan rela hati tahu tanggungjawabnya untuk meringankan beban kakak..
Dah besaq dah... tapi gaya comel...
alhamdulillah kak zakie... izan pun baca kisah adik pun rasa seronok sangat.
Pandai adik
Ya sudah nmpak adik nk berdikari
Al-hamdulillah
Adik pandai untuk berdikari
wani singgah ptg yer kak zakie
salam kak zakie, ..kami ni mengharap sangat anak bongsu kami tu, si Hanis Umairah jadi mcam adik (anak akak)manjanya terlampau sangat..sebesar mana mungkin bagi dia untuk berdikari dgn kehendak sendirinya..itulah sebabnya sy plan nak masukkan dia ke asarama tahun depan. apa betul cara sy ni kak ??
Alhamdulillah, adik dah pandai berdikari :)
mama tak sedar adik dah besar sbb masih panggil adik :)
Ya Allah, packnya jadual harian adik...
Alhamdulillah, perkembangan sihat yang pastinya sangat membahagikan kita sebagai seorang ibu kan kak zakie
syukur alhamdulillah tu kak...adik semakin matang kerana dah ada sikap suka nak berdikari..bagus adik..suatu masa kelak siapa tahu rezeki adik bersekolah asrama..dah tak kekok lagi..yang penting akak dan suami sentiasa beri semangat..bagus-bagus..
Alhamdulillah kak.. inilah permata dan rezeki yg Allah bagi.. hnya ibubapa yg dapat mencorakkan si anak.. sama ada islam atau majusi..
saya rasakan kakak anak2 yang dilahirkan dalam keluarga yang baik2 memang akan mudah berdikari dan dengar cakap mak ayah dari anak2 yang selalu kena tengking dan pukul.
semoga saya sentiasa bersifat sabar dalam mendidik anak2.. aminnnn
Alhamdulillah..bagusnya adik...ada inisiatif untuk berdikari. cayalah!
keep it up, adik. :-)
fikiran anak - anak bertambah seiring usia . org tua cuma perlu pantau lebih sikit jer ...
salam kz ..
cepat masa berlalu ..
kejap jer adik dah besar dan nak buat kerja2 sendiri ..
jee yg dah besar tu .. bila dia nak minum Milo, pasti dia akan suruh papanya buat ..katanya papa buat sedap
bagusla kalau macam tuh , sesetangah budak tuh mintak tolong jaga adik sendiri sekejap pun malas...hehe
Walau ada pembantu namun kakak rasa disebabkan anak-anak punya ibu-bapa yg bekerja akan tiba masa dia boleh fikir yg ibu/bapa mereka juga letih sebagaimana yg dia rasakan. Itu yg kakak rasakan. Berbeza anak yg punya perhatian penuh ibu yg dirumah sangat beruntung segalanya di depan mata.
Terima kasih semua yg memberikan komen untuk N3 kakak ini:-
Mia Kassim, Kakcik, Mimie_Zatun, Fazleyatul Aini, Asyifa Mustaffa, Zee Suhaini (betul sebab ada anak yg seusia ada punya 2-3 adik), ❤Kamsiah❤ (ingatan mereka juga kuat kan Kam), Puan Kutu (Dah 10 tahun dah pun), inazamri, C.M.A @ CikMoonAdnan, Aiza Hamdan, jaakechik (Insya-Allah...), ummuaidan (Aidan beruntung ummu dia ada sentiasa di rumah), redza, JunAina (kalau ada ibu/nenek sentiasa di rumah memang manja Aina), NURSHAKIRA ABDUL HALIM, ummiross, norhidana miswan (anak kakak darjah khas masa tingkatan satu), mama maman aka yana, Eye_nee, ZazaMyMoon, Kisah Si Dairy, My Little Diary (sebab masa abang accident tempohari adik buat semua ini sendiri), Qhaifa Nur, lia (abang tak ada masa tu Lia), ♥ Cmª shIemª ♥, Knor (lebihkuranglah Nor, nama pun budak kan), Sherwieyna Muzzawer, wahida, Wanieys a.k.a IbuQalief, ZalinZalina, Rai Ourkizuna, Sura Mohd, Nurulhuda Abdul Latip (tak lama Huda meraka akan buat sendiri), yan's cottage, aanie, Bin Muhammad (Betul BM. Kakak rasa dia sedar bila abang sakit tempohari), syuk shusuke, Umi Qi, Zaitun, (Lizz) http://haslizalizz.com/, QueeN TerataI, aTieYusof Family, Rapunzel Cikilolo, ANIM (sebab kita rasa dia kecik itulah selalu kita bantu, tak sedar dia dah pandai buat dah Anim), Putri (amin...), Falsya, hainom OKje (pandai terjah dinda ni hihi...), Aien Not Alien, Mila@Rimbun, azi (adik dari tahun satu jadual kakak ajar azi - cuma kita kena pantaulah), elly nadyra (itulah elly, penat tengok aktiviti harian anak kita kan), Deqla Manjew, Nafira usof, Daddy Ziyyad (betul doc. tapi rata-rata semua macam tu nak buat macam mana), anitadiana, Mizz Aiza (Dunia Kecil), makchaq, Izan Ishak, Aine Ainun, Ema Johari, Wanieys a.k.a IbuQalief (singgahlah bila-bila pun waniey hihi...), PakcikLie PCL (tapi kena ada persetujuan juga PCL, jgn nanti dia menangis, MamaD pun menangis sama. Lagi pun kena asuh dari sekarang sebab cuci baju, ironing semua kena buat sendiri di asrama), nurbijen (itulah Nur, pembelajaran di M'sia tak sama di sana), Nor Azimah, PeRdU cINta, Zul Fattah, eira eixora, Murni Alfathunnisa, harumankasehvee, aby (buat air panas kakak belum bagi lagi aby - takut juga), Papa Mifz (kalau yg tak ada adik suka adik PM).
Sekali lagi terima kasih buat semua.
alhamdulillah :)
tersentuh saya baca entry ni kak.dlm diam x diam,kita tak sedar yg anak kita kandung selama 9 bulan lebih dlm rahim kita dan kita tatang dgn kasih sayang semakin membesar.
saya tak dpt bayangkan by the time eryn dan amanda semakin membesar dan bersekolah,dan mereka boleh berdikari sendiri.masa tu kita sedar mereka semakin jauh dari kita.tambahan kalau dh kahwin.aduii,,panjang lak fikiran ni.:p
semakin anak membesar semakin takut nak lepaskan dia pergi..
kekadang kak, kita mkin sebak kan bila anak makin besar... bila anak membesar dgn sehat syukurrr sgt.. moga humaira pun diberi kesihatan yang baik :(
betul lah tu dah jadi anak dara dah ni !
Post a Comment