Saturday, September 7, 2013

BERCERITA UNTUK KAKCIK SEROJA

Nasib baik tarikh segmen ini dilanjutkan lagi.
sesiapa yang mahu turut serta kliklah di sini
'aku' di dalam N3 ini bukan merujuk diri sendiri
tetapi Kakcik Seroja penganjur segmen ini

Mouse - Seharian memujuk suami untuk memberikan aku kebenaran untuk mengikuti percutian bersama teman blogger. Sebaik encik suami memberikan kebenaran segera berita ini aku khabarkan kepada Puan Doktor Singa, Cik Puan Lawa dan Iyra Si Reben Merah. Tidak ketinggalan sewaktu bercuti mouse ini turut menjadi peneman aku sepanjang percutian tersebut. Jauh di sudut hati mahu segala aktiviti dikhabarkan pada semua teman-teman blogger
Menara - Sebaik nampak menara ini aku lihat masing-masing mengacu kamera. Aku pun apa lagi turut mengambil gambar. Apa tidaknya semua yang menjadi pengapit kanan dan kiri sepanjang percutian adalah pakar mengambil gambar. Tanpa sedar aku pun bagaikan pakar juga pada hari itu. Senyum aku sendirian melihat hasil bedekan kamera ku.
Kubah - "Mak tangkap gambar kubah pulak mak" Itu jeritan dari anakanda Iyra. Melihat ketiga-tiga mereka iaitu Puan Doktor Singa, Cik Puan Lawa dan Iyra mendongak-dongak mengacu camera aku pun turut serta. "Bravo!!" itu yang terkeluar dari anak-anak itu. Aku sengih lagi. Bangga juga bila melihat hasilnya tidak ada beza dengan apa yang ada di dalam kamera canggih mereka.
Menggapai - Menyusuri perjalanan bila tiba di satu lokasi arca seorang budak yang tidak dapat menggapai apa yang dihajati sayu terasa di hati. "Tak apa mak jangan sayu hati, biar saya yang tolong gapaikan" itu yang terkeluar dari mulut salah seorang insan peneman perjalanan waktu itu. Bagi memuaskan hati sekali lagi kamera aku acukan. Puas rasa di hati. Moga apa yang digapai ini mengubat hati yang sayu.
Letih - Perjalanan bersama anak-anak muda yang bertenaga membuatkan aku mohon pada mereka untuk berehat seketika. Aku biarkan mereka semua mengulek kamera. Doktor Singa, Cik Puan Lawa dan tidak ketinggalan Iyra masing-masing  leka bermain dengan kamera. Aku biarkan mereka dengan dunianya. Dalam pada itu sempat juga aku membedek satu dari tingkah-laku dia. Seketika itulah minda cepat saja menerawang teringat adik 'mata sepet' yang di rumah. Begitulah bila sudah bergelar ibu bila rehat seketika pun rumah juga yang menerjah ke dalam minda.
Pulang - Walau sejauh mana pun perjalanan dan percutian akhirnya aku dan semuanya terbang balik menuju destinasi yang dirindui. En suami, anak-anak dan rumah yang ditinggalkan tetap tidak boleh aku lupakan. Betapa tinggi pun aku terbang pasti akan mendarat ke tanah juga tempat aku kini meneruskan sisa-sisa tanggungjawab dan kewajipan yang diamanahkan. Mungkinkah akan aku jejaki destinasi itu lagi masih belum ada perancangan buat masa ini.

~~ Sesekali berlagak menjadi kakcik seronok juga:) Inilah penyertaan dari Titisan Nurani buat segmen anjuran Kakcik Seroja.~~


59 comments:

asyifamustaffa said...

Wahhh...da mcm penulisan k.cik aje bnyinya k.zakie...:-)

KakNi said...

Bila masa pulak kakcik buat segmen ni.... semoga kak zakie terpilih sbg pemenang

musang said...

selamat bersegmen kak

Puan Kutu said...

kak zakie kratif,Insyaallah boleh menang..:)

wakgelas said...

wahhh hebatnye karangan makk., leh menang ni..,iHHks

perjalanan pulang said...

salam........jenguk jenguk sekejap

Penjejak Mimpi said...

Selamat bersegmen di hari cuti, kakzakie... :)

Acik Erna said...

Assalam kazakie..menjadi kakcik.he he semoga berjaya

*SiRibenMerah said...

hihihi..
bakat terpendam neh kak Zakie..
best2 baca citer neh..
macam luahan hati mak (kakcik seroja) pulak...

*moga menang... *

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Peh! saling tak tumpah...

Kakcik Seroja said...

Terima kasih Zakie kerana sudi turut serta. :)

Menarik cerita ini...

Ann Ishak said...

keluarga tetap di ingatan ye kak :)

BinMuhammad said...

Akak sangat berbakat dalam penulisan, mampu memberi penceritaan yg amat baik...sungguh asyik dan teruja membacanya. Semoga berjaya!

Ruse Sulaiman said...

Menarik. Tak tau pula kakcik buat segmen ;) good luck

Murni Alfathunnisa said...

mula-mula saya ingatkan kakzakie pun ikut sekali...rupa-rupanya,kakzakie jadi 'suara latar' kakcik..hehe...seronok pulak baca entry ni. ni baru tau rupanya kakcik buat segmen camni...

Umi Nazrah said...

oh masuk kontes ye. mendoakan yg terbaik ye

salam singgah ;)

Mizz Aiza said...

semoga berjaya kakak.. menarik cerita kakak.. :D

HeNRieTTa JoSe said...

semoga berjaya akak....rietta xpndai nk ungkapakan cerita....tgk gambar pndai la ngomel dalam hati saja rietta ini...hehehe...

insan marhaen said...

Mural begitu banyak terdapat di Pulau Pinang sekarang ini. Kerajaan PP amat menggalakkan lukisan mural seperti ini.

Tie HT said...

menarik kan segmen macam ni, good luck kakak :)

eira eixora said...

gud luck kakak

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam K.Zakie..

hehe..lain benar membacanya..rupanya entri utk kcs.

good luck tau kak :)

Mia Kassim said...

Semoga berjaya kak !

cahayahidupku.blogspot.my said...

Pemenang kedua selepas wak gelas ni... saya tak sempat nak buat yg baru hehehe ;)

Mulan said...

good luck kak zakie..!!!

Unknown said...

wah kak zakie. semoga berjaya :D

ANIM said...

Saya ni tengah perah idea...camnalah kakzakie boleh keluar ayat panjang cam tu...heeee

Ujie Othman said...

Kreatip jugak akak ni, saya mmg tak reti nak karang.
Gd luck ya kak!

Unknown said...

Hebatlah KZ ni.

ibuintan said...

wah hebatnya 'tiru gaya kakcik ni'

tahniah kakzakie... leh menang ni

ummiross said...

Waa bestnya Kakzakie, kreatif Kakzakie mengembangkan cerita berdasarkan gambar tu,good luck!

OKje said...

Amboi kanda mengalahkan penglipurlara nampak! Hehe.... nampaknya dinda tak de chance nak menang ni!

YATZAKIE said...

amboi...hebatla kak..membuat huraian bersadarkan gambar....terbaik!!!

Nur-nba said...

Good luck kak.. Pasal kertas Trial tu nanti Nur kumpulkan.. Dah selesai, Nur sms akak ye..

aizamia3 said...

hari tu dah singgah kat blog kakcik pasal segmen ni tapi takdan nak join. padat dengan aktiviti luaran :(

Unknown said...

mg berjaya.pandai akak mengolah cerita

Kayu Manis said...

bijak kak

RIZZNA said...

wahhhh...seronok baca n3, rasa mcm kakzakie pergi sekali, kami pown ala2 tumpang sekaki.

bravo2 kakzakie, yuk kita pergi bercuti

Lydia Miza said...

Good luck kak zakie, gmbr menggapai tu cantik sgt

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

selamat bersegmen kak

wah gaya penulisan kak zakie dh jd kakcik hihi

PeRdU cINta said...

Usaha yang gitu pasti membuahkan hasil yang padu..insyaAllah kak.. :)

apdm said...

salam kak

cerita yang kreatif dan menarik, kalau dah kreatif memang sukar nak di sembunyikan lagi ;)


p/s: kak, hemm,, kalau jiran2 memang syira tutup pintu je,sebab budget dah,mulut orang.. tapi kalau babitkan mil and sil mmg sakit sikit. nak lari mcm mn, dah kalau tak balik rumah sian kat suami lak, nasib baik suami memahami, dialah yang banyak sabarkan, syira pun sedar, syurga suami bawah tapak kaki ibu, selagi mampu syira senyum je..

nuyui a.k.a miss YUI said...

menarik ayat2 akk ..hihi

azi said...

Kakak...
Tahniah pertama dari saya sebab suka sangat baca karangan kakak...:)

azi said...

Kakak...
Tahniah pertama dari saya sebab suka sangat baca karangan kakak...:)

Angah said...

akak boleh jadi pencerita yang baik...semoga menang!

Unknown said...

Salam Kak
cerita ceriti
terhibur sekali

Have a great Sunday dear

aby said...

Kira2 luahan ketika brcuti tnpa d temani suami yer. Bojo ku kadang2 cuti neng luar karo nad. Aku orak melo. Agaknya mcm tu kot luahan hatinya. Apapun, selamat brjaya

Bunda_nora said...

selamat bersegmen KZ semoga berjaya..

Unknown said...

mcm baca novel pulak

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya kakak suka juga menulis dulu-dulu disebabkan mahu mencari duit lebih. Lahir dari keluarga miskin waktu belajar dulu kena usaha sedikit utk mencari duit kocek membeli buku atau duit jajan. Sebab itu bila ada segmen seperti kakcik ini kakak suka. Tambahan kakcik merupakan salah satu teman blogger yg awal menjadi follower kakak.

Terima kasih kepada semua pengomen N3 ini. Ianya lahir kerana segmen Kakcik itu:-

Asyifa Mustaffa, KakNi, redza, Puan Kutu, Wak Gelas™, Panglima Muda, Penjejak Mimpi, Acik Erna, *SiRibenMerah (MAAFLAH NAMA IYRA TERKAIT SAMA DALAM N3 INI), Seri Kandi Tanah Jauhar, Kakcik (INILAH SAJIAN DARI KAKAK BUAT SEGMEN KAKCIK, MOHON MAAF JADI KAKCIK PULAK KAKAK YE..), Ann Ishak, Bin Muhammad, Ummi Iman, Murni Alfathunnisa, Umi Nazrah, Mizz Aiza (Dunia Kecil), HeNRieTTa JoSe, insan marhaen, Tihara, eira eixora, ♥ Cmª shIemª ♥, Mia Kassim, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), m.u.l.a.n, syuk shusuke, ANIM, Ujie, Juhariah Johari, ibuintan, ummiross, hainom OKje, YATZAKIE, Nur-nba (terima kasih Nur, kakak tunggu smsnya), aizamia3, izan mama mia, Knor, Cinta Misteri, Lydia Miza, Wanieys a.k.a IbuQalief, PeRdU cINta, Syira Qahira (tanamkan dlm hati Allah itu ada Syira), nuyui a.k.a miss YUI, azi, Angah, Hazmin Hamudin, Umi Azizan, aby, BUNDA a.k.a KN, Tetamu Istimewa (terima kasih sudi ke teratak kakak yg tak seumpama ini), MystoryPic (hihi... macam aje kan...).

Buat semua terima kasih sekali lagi:)

amirah said...

menarik jugak...good luck kakzakie..

Dr Singa said...

hahhahahaaa!!
patutlah saya tersedak tadi kak!!!

Unknown said...

alhamdulillah.. sempat join kan.. indahnya bait kata2.. good luck kak.. =)

LiYa HaNiF :: said...

GUd Luck ye KAk...

emarieys said...

selamat bersegmen kak

Anonymous said...

terbaik ni kak.. moga berjaya !

Unknown said...

tahniah kak...mcm penulis da pon..gud luck tau..dapat hadiah kene share ni,...hihi

wawa syaida said...

akak datang penang ke...lukisan kat dinding tu :)
good luck akak...moga berjaya